CIRI-CIRI LELAKI YANG SEDANG MERAJUK | impianku dalam mimpiku

Tuesday, May 24, 2011

CIRI-CIRI LELAKI YANG SEDANG MERAJUK

Assalamualaikum...

MERAJUK.... biasanye aktiviti ini dimonopoli oleh kaum hawa kan... walaupun ego seorang lelaki begitu tinggi, xsemestinye lelaki ni xboleh merajuk kn.. :)

Apakah yang lelaki akan buat biler merajuk... aku dapat informasi ini daripada seorang member facebook aku iaitu SELIPAR JEPON SURIA... meh kita baca apa yang telah die senaraikan tentang lelaki yang merajuk ni :)

_____________________________________________________


Diam Seribu Bahasa

Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan kita.

Buat Tak Tahu

Dia akan buat tak tahu dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.

Menolak Untuk Makan Bersama

Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti "awak makan la dulu, saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi" (walhal perut lapar... nak uji dorang, kita dok je sila depan dorang, sambil makan... )

Masam Muka

Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! (amik hanger, gantung kat muncung dia)

Baca Surat Khabar

Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.

Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam

Dia akan tengok TV tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di TV tapi hatinya ke lain. Kita kena peka beb!

Keluar Rumah Tanpa Beritahu

Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnya. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana confirm dia akan buat dek je!

Matikan Telefon Bimbit

Ha ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat... Alaa, bila dah rindu call jugak last-lastnyer!

Hisap rokok

Macam tak pernah dapat rokok setahun...

_____________________________________________________

Sekian...

IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

20 comments:

Shaherah said...

lelaki kalau merajuk.. buruk rupenyer weh.. hahaha

Khaisya said...

lelaki kalo merajuk burok bebenor ropenya...hahahahaa

rafina mimi abdullah said...

lelaki klau mrajuk nmpak comel je..especially my hubby..ekekeke..

MOK&SONS said...

:D..ala lelaki pon ade sifat nak majuk gak..ehehhe..takkan pompuan jerk..eden macam yg no 1 jerk..(oooppssss...terbocor rasia lak..)

Unknown said...

tak suka laa laki merajuk2 nih,geli.HAHA

Fathiah Hamim said...

nasib baek la boipren eden tak merokok. kalo tak, dua kotak agak nya habes terus bila merajuk

i l y l i n said...

waduh..merajuk lelaki lagi gedik eh! perempuan ta sampai cm tuh..HAHA... agk2 topek cm tu tak???

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

ily >>> aku kalau merajok or mare aku g amik wuduk :)

Unknown said...

alamak..hahahhaha...ada 2 same..adehh....

aku nih kuat merajok ker...???

Rina Rahamat said...

suami akak salu buat yg atas sekali tu..diam jer..kalu ckp ngn dia jwb sepatah-sepatah jer..maleh betui nk pujuk..

Nur Hawa Mohd Zin said...

kalu en hubby awe merajuk dia akan senyap jerk...dan muka dia kita akan tahu...huhu

*cik syu* said...

encik intanpayung sye tgh mrajuk skang .. puas dh pjuk .. die bt ta twu jer .. last2 sye pn bt ta twu .. dh 2 hari die ta cntct sye .. xpelh .. :)

bicara mak dara said...

wahhh bagusss ni Top.. betul tu kena peka juga dgn hati dan perasaan kaum adam ni hehe..

KAMIHIDUP said...

lelaki pun ada hati dan perasaan. :)

ezza haniza said...

ko kuat majuk tak ?

Unknown said...

laki majuk?? cari org lain je arr..ahaha...

mOon EyEzS said...

kalo ko merajOk ko g amek wuduk...alhmdlh...bgsnya tOp... :p

kalo kua umah xbgtaw 2 biasa la...

Anonymous said...

masam muka dengan keluar rumah tak beritahu biasa aku buat..haha..merokok takdelah..sebab dah berhenti merokok dah bro...haha.

Anonymous said...

lelaki lebih kuat merajuk dr perempuan.. bila perempuan merajuk kene marah pula. sbr jelah.

febrian qurata akhyun said...

Sebagian lelaki cpt mrasa mrh n'cemburu