impianku dalam mimpiku: April 2014

Friday, April 18, 2014

CARA STYLE PAKAI TUDUNG MASUK DALAM BAJU

Assalamualaikum..

TUDUNG... sekarang ni aku dengar kecoh pasal tudung yang harga mahal la, diciplak la dan macam-macam lagi tentang fesyen tudung dari sebuah syarikat terkenal tu..  cuma ak leh nasihatkan "tepok dada tanya selera" la ye... 

Kali ni aku bukan nak cakap psl bnda ni atau pun cara nak pakai tudung.. tapi aku nak tanye ko orang la orang pmpuan, cam mane ek ko orang pakai tudung yang style masuk dalam baju tu...



Ko orang pakai baju dulu ke atau pakai tudung dulu ek..

Dulu aku pernah gak la wat entry lebih kurang pasal benda ni, tapi lain siket jalan ceritanya.. :)

----------------------------------------------------------------------
Kalau pakai baju dulu, lepas tu baru pakai tudung cam mane ko orang masuk kn tudung dalam baju tu? ko orang sumbat-sumbat je sampai masuk ek.. xkomot lak tudung tu..

----------------------------------------------------------------------

Kalau pakai tudung dulu baru pakai baju lak cam mane lak tu.. mari kita bayangkan bersama-sama ye... xdapat ak bayang kan.. :)

----------------------------------------------------------------------

Ak bukan nak pertikaikan atau nak mainkan isu sensitif ni,, tapi ntah lah, memang ak nak tau la skill ko orang pakai style tu cam mane.. saje je nk sebok-sebok siket... haha

Tapi perasan ada gak yang cakap style ni seperti mirip rahib (sister dalam agama kristian)... entah lah, kepada yang was-was tu cuba2 lah bawak bertanya kepada mane-mane ustaz atau ustazah yang bertauliah ye...

Maaf jika ada silap dan salah ye....

Sekian...

p/m : hukum menutup aurat adalah wajib



IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Monday, April 14, 2014

BEZA LELAKI DAN PEREMPUAN TUTUP MULUT KETIKA MENGUAP

Assalamualaikum...

MENGUAP.... menguap atau bahasa orang melaka "sangap" adalah sesuatu yg sungguh selesa dan menyamankan... pelbagai cara manusia menutup mulut dieorang kalo menguap.. kebiasaanya pakai tangan... xkn nak guna kaki lak kn..:) 

Apa beza cara lelaki dan perempuan tutup mulut dieorang masa menguap ye....


Betul ke kalau lelaki menguap dia akan tutup mulut dengan mengepal tangan.. baru nampak macho dan gantang kn.. :)


VS



betul ke kalau perempuan  menguap die tutup mulut dengan menggunakan tapak tangan.. baru nampak ayu dan ciri-ciri kelembutan wanita melayu terakhir terserlah.. :)


Satu petikan yang aku jumpa...

"Menguap adalah dari setan. Karena itu, apabila salah seorang dari kalian menguap, tutuplah serapat mungkin karena ketika salah seorang dari kalian berkata ‘huah’ (pada saat menguap), setan akan menertawakannya." (HR. Bukhari). sumber

Sekian...

p/s : tutup la mulut masa menguap mengelakkan setan masuk...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Monday, April 7, 2014

BAWAK MOTOSIKAL STYLE BAHU SENGET

Assalamualaikum...

MOTOSIKAL... motosikal adalah sejenis kenderaan asas di malaysia dan seluruh dunia.. ia adalah sejenis kenderaan yang jimat dan mudah dalam cara penggunaanya... boleh dikatakn setiap orang yang akil baligh akan cuba untuk memiliki sebuah motosikal...

Tapi kat sini aku bukan nak cakap pasal cara budak-budak sekarang kikis duit family dieorang untuk beli motor, tapi nak cakap pasal cara penunggangannya..


Ko orang perasan tak, ada sesetengah style penunggangan di malaysia yang suka bawa moto bahu senget sebelah.. adakah gejala ini normal? Kenapa ia boleh terjadi? Adakah kerana faktor fizikal? Rohani? Tabiat semula jadi? Cuaca? Emosi? Satelit? dan sebgainya?

 Tapi aku rasa kadamg-kadang ada gak yang saja-saja bawak moto cam ni kan.. terutamnya lelaki.. Adakah bila bawak moto style cm ni akan kelihatan macho Stylo? Ensem? Bergaya? Mutu? Keunggulan? hehe

Dulu aku masa baru-baru dapat moto pon aku rasa aku pernah bawak moto cm ni kut.. rasa cam hebat je bila bawa moto style cm ni..hehe Bawak moto bahu senget sebelah, pastu bawak laju-laju dan tak pakai helmet sambil kepal dongak tinggi pandang kiri kanan dengan rasa bangga.. rasa betol-betol hebat masa tu.. heheh

Tapi mesti akan ada cakap, tak kan nak bawak moto tegak je dan pandang teros depan jangan toleh kiri kanan.. nampak cam skema dan nerd je kn.. xbrader2 la cm tu..

Aku tau topik yang aku utarakan ni remeh dan mengarut, tapi ada aku kesah... ni blog aku.. suka ati aku la nak tulis apa.. janji xlanggar akta skmm.. haha :)

Sekian..

p/s : berhati-hatilah semasa menunggang motosikal...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Friday, April 4, 2014

BERDEHEM SELEPAS KENCING?

ASSALAMUALAIKUM...
BERDEHEM.... Salam jumaat.. kat sini aku nk bincang siket pasal berdehem lepas kencing... sebelum ni ak pernah gak wat entry psl kencing.. 


Tapi ari ni bukan ak nak kencing ko orang, tapi nk kongsi n mintak pendapat dari ko orang pasal berdehem lepas kencing...


Pendapat ko orang cam mane ye... selalu ke amalkan benda ni... ak pernah gak terdengar dari beberapa ustaz yang menggalakkan kita berdehem lepas kencing ni... ini mengelakkan sisa kekotoran yang ada kat kemaluan kita tu..

Ini membolehkan diri kita untuk sentiasa suci dari segala najis.. contohnya dalam solat.. kita kena yakin kita dalam suci.

Ak jugak pernah terdengar pendapat jika terdapat sisa2 air kencing kita tu ketika solat, solat kita tidak sah.. betul ke? wallahualam...

Selain berdehem untuk "tos" kan air kencing kita tu, ape lagi cari lain ye... ada gak cadangan kalo lelaki, leh jentik2 atau goncang2 "benda" tu 2 3 kali.. kalo pompuan nak jentik ape???? hahhaha..

Sekian...

p/s : kebersihan separuh dari iman


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Wednesday, April 2, 2014

TIDUR ATAS KATIL ATAU BAWAH KATIL

Assalamualaikum...

KATIL...

Dari tajuk entry ni, tidor atas katil aku rasa ko orang faham kut.. tp tidor bawah katil jgn korang salah faham lak.. pa kejadahnye.. xde keje len ke.. maksud aku kita bentang tilam kat lantai, dan tidor atas tilam tu k.. bagi ko orang, mane satu trend yang lebih selesa...?


Cam aku ni, sebgai orang bujang yang duduk rumah bujang, tidor bawah lagi best kut... lagi-lagi bentang tilam depan tv, lagi masyuk... kalo mengantok leh tros membutakan kan... hehe..

Kalo tidor cm ni, kalo nak kemas pon senang, sumbat semua barang seperti selimut, bantal, cadar, sarung bantal, plastik keropok, kulit kacang dan sebagai nye atas tilam, pastu lipat tilam tu, dan leh teros campak dalam bilik... haha.. tak pon lipat je tilam tu n letak tepi dinding.. senang kan??? haha..

Lagi satu, kalo tidor atas katil, lagi-lagi katil bujang rasa cam sempit je.. tidor bawah lagi bestkan.. walaupun guna tilam bujang, tapi rasa cam queen size.. luas terbentang.. kebebasan melanda diri ku.. :)

Terpulang la pada masing-masing mane yang ko orang selesa kan...atas katil pon leh, bawah katil pon leh... janji leh membuta... :)

Sekian...

p/s : umah sewa aku memang xpernah ada katil.. :)



IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE