impianku dalam mimpiku: June 2012

Friday, June 22, 2012

BEREHAT SEKEJAP DARI DUNIA BLOG



Assalamualikum...

BEREHAT... cam star2 x entry ni... aku berehat ke, ak xnk berblog lagi ke, ak nak berblog sampai lebam ke ape ko orang kesah kan.. xde beri kesan pon dalam kehidupan sejagat kan.. hehhe

Tapi ak nak bagi tau gak.. may be pasni ko orang xdpt la nengok aku update entry lagi... sebab nye...







kena masuk latihan la beb... xtau la aku larat ke x kat dalam sane tu... 6 bulan kat sane.. kalau dalam mase 6 bulan ni tiba-tiba aku aktif berblog balek, maknanye aku xberjaya la dalam misi aku tu ek.. :)

Tapi aku harapkan aku berjaya la .. maklumlah, aku ne pon dh dikategorikan dah tua bangka... so, bile dah tua bangga ni, potensi untuk dapat kerja yang lebih menjamin masa depan agak sukar... peluang agak terhad...

So, aku rasa ni je la peluang terbaik aku untuk memperbaiki diri ni untuk masa depan aku.. ko orang doakan aku berjaya k...

Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Thursday, June 21, 2012

APAKAH MASAKAN FEVERET ORANG LELAKI BUJANG MALAYSIA


Assalamualaikum...

MASAKAN.... jangan sangka orang lelaki xreti masak.. cuba kita renungkan, tukang masak yang termasyur di muka bumi ni pun kebyakkan nye adalah orang lelaki kan...

Tapi kat sini aku nk refer kepada orang lelaki bujang di malaysia ye... apakah masakan yang selalu dimasak oleh orang lelaki bujang kat malaysia ni ek selain meggi...


gambar hiasan :)


--------------------------------------------------------------------

TELUR
---> telur goreng mata kerbau
---> telur dadar
---> telur masak kicap
---> telur sambal
---> telur cincai
---> telur masin

SARDIN
---> sardin mentah yang keluar dari tin
---> kalau nk rasa banyak tambah banyak siket air asam ( kadang guna air paip je)
---> sardin tin, pastu tambahkan lagi bawang2 dan ramuan yang seadanya

IKAN
---> ikan goreng
---> ikan masin
---> kalau rajin siket ikan bakar atas dapur gas :)

SAYUR
---> sayur masak air
---> ulam-ulaman seperti ulam raja, sayur kobis, kacang panjang dan sebagainya..

--------------------------------------------------------------------

banyak jugak resepi lelaki bujang ni ... tapi yang penting tahap kerajinan dan kemahiran serta ekonomi seseorang gak kan..

ko orang ada lagi x resepi yang simple untuk orang bujang yang mudah untuk disediakan dan sedap dimakan.. hehe

kalau nk senang n sedap makan kat kedai je la.. senang citer..

Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Wednesday, June 20, 2012

CUBA SENTUH TELINGA KO ORANG MENGGUNAKAN SIKU


Assalamuaalaikum....

TELINGA DAN SIKU... sebelum ne ak ada wat satu entry yang mencabar fizikal seseorang ... tapi kebanyakkan nye ramai ayng tidak boleh melakukannya :)



gambar hiasan dari google :)



ari ne aku ada lagi satu permainan yang boleh menguji ketahanan fizikal ko orang..


--- > CUBA KO ORANG SENTUH TELINGA KO ORANG MENGGUNAKAN SIKU



amacam? ko orang leh wat tak... kalau nk lebih mencabar ko orang wat aktiviti ni depan cermin.. lagi best... hahaha.. ko orang leh nengok sendiri kehebatan ko orang.. haha

Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Monday, June 18, 2012

BUAT BLOG UNTUK SYOK SENDIRI ATAU TATAPAN ORANG LAIN


Assalamualaikum...

BLOG... aku tau, setiap tujuan orang yang create sesuatu blog ni amatlah berbeza... setiap orang mempunyai pandangan dan matlamat sendiri setelah menceburi dunia blog ni....

Syok sendiri?.. ak rasa ada juga segelintir yang tetap berpegang teguh kepada prinsip "ini blog aku, suka ati aku la tulis ape kan".. hehehe... aku rasa tak salah kut.. sebab kita menulis ne memang untuk mecapai kepuasan sendiri...

Tapi kadang-kadang ada sesetengah readers, naik menyampah membaca blog yang berkonsepkan syok sendiri ni... ye la, asyik2 bercerita tentang kehebatan diri sendiri secara melampau kan.. haha.. mane xmeyampah... Bagi aku senang je, kalau menyampah or xsuka, xpayah lah baca blog tu kan...


gambar hiasan dari google :)



Berkonsep untuk perkongsian? bagi aku konsep perkongsian ni terbahagi kepada banyak cabang lagi... ialah ada yang berkongsi berita terkini, berkongsi masalah peribadi, berkongsi ilmu dan fakta dan sebagainya nye kan..

Jika sesuatu penulisan itu menarik dan mudah difahami maka setiap readers mudah untuk memberi feedback kan... lagi satu yang paling penting ialah wujudkan kemesraan kita sesama rakan blog.. baru dunia blog kita ni enjoy :)

Bagi aku lah, jika ada comunicatioan dua hala yang cukup baik, maka apa yang kita tulis mesti mendapat perhatian dari rakan-rakan blog kita yang lain...

walaupun kadang-kadang entry kita tu nampak giler babeng nye syok sendiri, tapi bila kemesraan kita ngan member2 blog kita yang lain sebelom ni cukup baik, maka boleh menarik perhatian mereka untuk menyelami apa yang cuba kita sampai kan tu.. :)

apa-apa pun jangan lah terlampau jitu sangat berpegang pada prinsip "syok sendiri" ye.. sebab jika apa yang kita tulis tu, kalau xde langsung orang baca xde guna jugak kan.. sebab kita memang dilahirkan dari kecil untuk mendapat perhatian dari seseorang.. hehehe

Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Saturday, June 16, 2012

SEJARAH SAMBUTAN HARI BAPA

Assalamualaikum...

HARI BAPA... pada tahun 2012 sambutan hari bapa jatuh pada hari ahad 17 jun 2012... walaubagaimanapun mengapakah sambutan hari bapa ini kurang mendapat sambutan berbanding HARI IBU kan...

Jika sejarah sambutan hari ibu dikatakan lebih cenderung kepada keraian orang barat, (RUJUK SINI) sambutan hari bapa pula bagaimana ye... :)


----------------------------------------------------------------------------



SEJARAH SAMBUTAN HARI BAPA

Menyingkap kembali sejarah, sambutan ini bermula di Fairmont, West Virginia, Amerika Syarikat pada Julai 1908. Sambutan mula-mula ini diuruskan oleh Puan Grace Golden Clayton bagi mengingati kematian 210 orang bapa yang merupakan mangsa tragedi letusan lombong di Monongah, West Virginia pada 6 Disember 1907. Tetapi malangnya, sambutan itu kurang mendapat tempat ketika itu kerana terdapat sambutan yang lain di daerah sekitar. Menyebabkan sambutan itu tidak didaftarkan secara rasmi. Dikatakan Clayton mengatur sambutan ini kerana terdapatnya sambutan Hari Ibu.

Sekitar tahun 1909, Cik Sonora Smart Dodd telah sekali lagi mengulangi idea ini, tetapi idea pada Dodd ini bukan timbul dari cedukan idea Clayton, sekadar cetusan pemikirannya melihatka betapa besarnya pengorbanan dan susah payah bapanya dalam membesarkan keluarganya selepas kematian ibunya. Pada mulanya sambutan ini kurang mendapat perhatian awam dan pihak berkenaan, namun usaha yang berterusan darinya menampakkan hasil apabila sambutan Hari Bapa mula disambut di Spokane, Washington pada 19 Jun 1910.

Pada 1916, semasa sambutan Hari Bapa diadakan di Spokane, Presiden Woodrow Wilson mencadangkan agar sambutan ini dijadikan sebagai salah satu sambutan rasmi tahunan, tetapi ditolak oleh Kongres ketika itu. Usaha ini dicuba kembali oleh Senator Margaret Smith dengan mengemukan usul menuduh Kongres "menganaktirikan" sambutan Hari Bapa selama 40 tahun dengan tidak meletakkannya sebagai sambutan rasmi tetapi meletakkan sambutan Hari Ibu sebagai sambutan rasmi.

Pada 1966, Presiden Lyndon B. Johnson mengemukan tuntutan agar Hari Bapa disambut pada Ahad miggu ketiga Jun setiap tahun sebagai Hari Bapa. Akhir sekali pada 1972, Presiden Richard Nixon mengumumkan bahawa sambuta Hari Bapa secara rasminya seperti yang dicadangkan pada tahun 1966. Sambutan ini diteruskan sehingga kehari ini di seluruh dunia termasuk Malaysia denga tarikh yang berbeza mengikut negara.


----------------------------------------------------------------------------

Begitulah sejarah sambutan hari bapa ni. walauapa-apaun kita sebagai anak hendak lah sentiasa taat kepada orang tua kita tidak kira masa dan waktu... kerana tanpa mereka siapalah kita :)

Sekian...




IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Friday, June 15, 2012

SEGMEN JOM BIKIN FILEM BERSAMA MAK DARA



Assalamaualaikum...

FILEM... rasanya dah lama gile ak xjoin mane-mane segmen.. tiba-tiba lak rasa nak menjoin kan diri segmen yang dianjurkan oleh blogger otai kita ni ---> MAK DARA

Senang je, segmen ni memerlukan kita wat satu poster filem kita sndiri.. simple je kan... nah amek ko.. ne lah poster dari hasil aku sendiri :)




Dari rules yang ditulis, kita perlu letak gambar kita sndiri.. oleh kerana muka aku xmarket untuk menjadi seorang pelakon... aku cilok la gambar pelakon hebat tanah air masa kini iaitu Mr MARTIAS ALI dan Mrs ADZA IRDAWATI... hahaha

hope kedua-dua pelakon hebat ni xmara ek ak guna muka dieorang.. kalau nak untung wat filem mesti kena guna muka yang market cam dieorang ni kn.. cnfirm box office nye.. :)

sumber gambar : account fb makdara

Sekian...

IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Thursday, June 14, 2012

KRONOLOGI MEMOHON JAWATAN KONSTABEL POLIS


Assalamualaikum...

KONSTABEL POLIS... merujuk kepada entry KONSTABEL POLIS - WORDLESS WEDNESDAY aku semalam... erm.. ko orang rasa aku ni sesuai ke jadi polis ek... ada yg kata x sesuai ada yang kata sesuai... hahaha...

Sebenarnye dah lama giler ak apply jawatan polis ni... tahun lepas kut... bulan 3 2011... xcaye ko orang nengok entry ni...---> JAWATAN POLIS - MANE LA TAU ADE REZEKI...

Dah lame gile kan... mase ak apply tu ak ngah kemaruk nk cari kj yg kononnye leh jamin mase depan.. ak ingat apply 2 or 3 bulan die dh panggil interview...

Tapi berkurun lame ak tunggu siot... sampai ak dh xpikir n xmengharap lagi.... tup tup bulan 4 tahun 2012 ne dapat panggilan tepon n surat suruh g ujian kecergasan kat IPK melaka... badan mase tu xpayah cakap la... gedabak punye besar.. lagi tang2 perot.. memboyot je. tp nk wat cm ne kan.. try gak g cuba nasib...



Tapi alhamdulillah, rezeki ak lepas lak ujian kecergasan tu walaupun sampai terbaring tersadai ak kt tengah-tengah dewan ujian tu lepas kena "dera" ngan abg2 polis tu..

Walaubagaimanapun kita orang yg g ujian kecergasan mase tu cukup bernasib baik kerana ujian die kali ni tidak cukup tough sangat berbanding sebelom2 ne.. maybe kerajaan sekarang ni memang memerlukan anggota polis yang ramai kut... sebab tu ramai yg lepas...

Next exam, kena interview lak... pasal undang2 negara, isu-isu semasa, budaya malaysia dan serba sedikit pasal perlembagaan negara... alhamdulillah dapat jawab ngan baik :)

Next level, kena g medical check up.. periksan semua anggota badan termasuk lah, mata, tekanan darah, air kencing, telor ko orang n banyak lagi, akhirnya aku lepas.. alhamdulillah..

Sekarang ne ngah tunggu mase je nak masuk pusat latihan 23 jun 2012 ne.. aku kena kat kem latihan Port Dickson... 6 bulan siot kena kuarantin kt sane... xtau la ak leh tahan ke x kena "ragging " kat dalam anti... :)

Ko orang sume doakan kejayaan aku ye anti.. hope ak leh tahan la kt dalam tu... rugi beb kalau xlepas.. walaupun hanya sekadar konstabel. (nk inspektor kena ada degree.. dl diploma pon dh leh...) bukan selalu dapat peluang ni kn... aminnnnn :)

Sekian...



IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Wednesday, June 13, 2012

KONSTABEL POLIS : WORDLESS WEDNESDAY


Assalamualaikum....

WORDLESS WEDNESDAY




Sekian....


Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :)


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Monday, June 11, 2012

APA YANG SEBENARNYA KITA CARI DARI DUNIA BLOG NI?



Assalamualaikum...

DUNIA BLOG.. semasa mula berminat untuk menceburi dunia blog ni, apa sebenarnye yang ko orang fikir kan ek.. ape yang ko orang harapkan dari bidang ni :)

Dari apa yang aku perhatikan matlamat seseorang bila berada dalam line ni sumenya x sama.. pelbagai sisi yang kita pandang dan harapkan untuk mendapat kepuasan bila berada dalam dunia blog ni...

gambar hiasan sahaja :)

------------------------------------------------------------------------------

Apakah sebenarnya apa yang ko orang harapkan?

---> untuk mendapat nama dan dikenali oleh ramai orang?

---> untuk mendapat ganjaran/wang ringgit dari iklan2 yang dipasang?

---> untuk menjadikan blog korang tu sebagai diari digital ko orang?

---> untuk mempromosi produk-produk ko orang (perniagaan online) ?

---> untuk dijadikan medium sebagai tempat ko orang lontarkan pendapat atau fakta yang ikhlas dari diri ko orang sendiri?

---> untuk menunjukkan ko orang juga tidak jauh ketinggalan dalam teknologi arus perdana ini?

---> untuk menunjukkan yang ko orang ini berpengaruh?

---> sekadar untuk mengisi lapang walaupun tau xde sape nak baca blog kita tu?

---> untuk mengenali dengan lebih ramai rakan-rakan baru?

------------------------------------------------------------------------------

aku rase banyak lagi tujuan yang berbeza dari semua orang bila menceburi dunia blog ni kan... cam aku ni lak, sampai sekarang pon xtau lagi sebab ape leh kekal lagi kat sini.. ak pon xtau apa yang ak nak.. hahaha.. senang citer masih lagi mencari identiti diri kut :)

Kadang-kadang kita memang xtau sebab ape kita buat sesuatu perkara tu kan... semuanye mengikut sahaja suasana kehidupan kita...

Cuma yang penting, bila kita melakukan sesuatu ia akan memberi sesuatu kepuasan kepada diri kita kan.. biarlah tidak mendapat seperti apa yang orang lain dapat.. tapi sekurang2 nya kita tidak menganggap apa yang kita wat ini hanya lah sia-sia sahaja.. :)

Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

DUNIA BLOG BUAT KITA MENGENALI RAKAN DARI PELBAGAI GOLONGAN


Assalamualaikum...

RAKAN BLOG... blog dikategorikan juga dalam golongan laman sosial.. laman sosial maksudnye adalah tempat kita bersosial.. haha.. so, dari medium ni lah kita dapat mengenali ramai orang yang datang dari pelbagai kelompok kan... :)

Selama setahun lebih aku menjenguk dunia blog ne... dah banyak golongan yang aku jmpe dan kenal.... walaupun xpernah lagi bersua muka.. tapi dari ape yang dicoretkan mereka kita dapat tahu mereka dari latar belakang mane kan...


gambar hiasan :)



Antara golongan-golongan itu adalah...

- golongan ibu-ibu, bapa-bapa....
- golongan ibu tunggal, (*ak lom jmpe lagi blogger berstatus bapa tunggal.. hehe)....
- golongan student ipt , budak2 sekolah....
- golongan artis ( pelakon, penulis skrip, penulis buku)....
- golongan profesional...
- golongan tak profesional...
- golongan dari baka master chef:)....
- golonganyang punyai keluarga yang amat bahagia....
- golongan budak bujang yang happy ngan pasanganye...
- golongan budak bujang yang ngah kecewa dlm percintaan..
- golongan yang telah berjaya dalam kerjaya
- golongan yang baru menjenguk alam pekerjaan...
- golongan yang xpuas hati ngan orang tu.. ngan orang ni...
- golongan yang sebok kejar duit dari blog


- banyak lagi lah golongan-golongannya... xkan ak nk senarai kn sume... nak mampos.. hehe :)


daripada mana jua golongan pon, apa yang kita dapat adalah kita boleh mengenali gaya hidup seharian palbagai kelompok yang berlainan dari gaya hidup kita...

-----------------------------------------------------------

kadang-kadang kita berasa cemburu bila membaca coretan yang menunjukkan mereka lebih berjaya serta kehidupan yang lebih sempurna daripada apa yang kita miliki sekarang...

contohnya, polan bin polan ni hidup senang sahaja, setiap kali gadget2 baru keluar laju je die sapu.... kerjaya die pon stabil... gaji berkepok2....

sedih melihat blog yang menceritakan tentang kebahagiaan keluarga mereka secara melampau-lampau berbanding keluarga kita...
-----------------------------------------------------------

tapi, sometimes, ia juga dapat membuatkan kita berasa bangga dan bersyukur bile membaca luahan dari insan-insan yang serba kekurangan daripada apa yang kita miliki sekarang ni...

contohnya, sempena hari bapa atau hari ibu.. kepada mereka yang tidak lagi mempunyai ibu bapa.. luahan mereka membuatkan kita bersyukur kerana masih ada keluarga sndiri

-----------------------------------------------------------

walauapa-apa pun semua nya membuatkan kita lebih mesra serta dapat bertukar2 pengalaman dan idea untuk memajukan diri kita sndiri... Dunia blog tanpa sempadan... jangan lah menujukan pepatah ini "muka je ganas, tapi dalam hati ada ropol-ropol" kepada para blogger ye.. hahaha

Sekian...

IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Friday, June 8, 2012

TERKEMUT-KEMUT SEORANG DIRI BILA BACA ENTRY-ENTRY LAMA


Assalamualaikum...

ENTRY LAMA... semalam aku terbca entry ringkas kat blog CIK BETTY kita ne... tu yg aku dapat idea nk untuk entry ini :)

Pasal entry lame kita.. tak kire la dari zaman purba kala, zaman kegemilangan ke, zaman kegelapan ke, sumenye dari hasil idea kita jugak kn.. ko orang selalu tak godek2 entry lame ko orang tu?

Cam aku selalu gak la.. dalam sebulan tu leh dikatakan 2 or 3 kali juga la... tp xla menyuruh.. mane yg terperasan tu baca je la kan.. cam mane perasaan ko orang mase baca entry2 lama dari cetusan idea dari kategori kurang matang ke matang tu... hehehe


gambar hiasan ihsan dari google :)


Aku bila baca yang lame2 tu macam2 perasaan yang aku rasa.. haha..

--> ada rasa, bangga.. xsangka aku berbakat gak ek :)
--> ada rasa, cam bangang je aku ne tulis cm ni.... :)
--> ada rase, eh mesti member2 gelak kn ak bile dieorang terbaca yang ni.. :)
--> ada rasa, lawak siot entry ne.. xlogik pon ade :)
--> ada rase, eh, ni ke yg aku tulis... mengarut siot.. :)
--> ada rasa, eh xsangka lak, aku dh tipu orang secara xsengaja dari penulisan ak ni :)
--> ada rasa, lucah gak ape yg aku tulis ne... :)

macam-macam rasa la senang citer... :)

Bila kita baca entry lama kita ne, kadang-kadang secara tak langsung kita leh kenal diri kita ni cam mane... ape yang kita nak dalam hidup ni...

ialah, secara teorinye setiap ape yang kita tulis tu adalah fakta.. tp disebaliknya adalah luahan dari dalam diri kita sendiri secara ikhlas.. fikir kan la sejenak :) (hehe.. terpoyo lak ayat aku ne)

Apa-apa pun, xsalah kalau kita nak pandang kebelakang untuk memajukan diri kita untuk masa hadapan kan.. :)

Sekian...



IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

TERINGAT ZAMAN AWAL MENCEBURI DUNIA BLOG


Assalamualaikum....

DUNIA BLOG... cam mane sejarah permulaan ko orang dalam menceburi dunia blog ni ek..? mesti ada sebab nye kan.. hehe....

Cam aku ni pon permulaan yang tidak disengajakan kut... bermulanye disini..... dulu ada la 2 3 orang member aku ni mintak aku ajar dieorang wat blog... mentang2 la aku dulu amek dip dalam bidang komputer... so dieorang ingat aku reti wat menatang ni agak nye.. :)

Padahal habuk pon aku xreti pasal dunia blog ni.. setakat baca blog orang tu memang la best tapi nk creat sendiri memang haram.... xreti... nak dijadikan cerita, bile dah asyik kena kutuk je, pe lagi.. jalan paling mudah.. explore kat google sudeyyy... cari step2 nak create blog.. cara nk"touch-up" sane "touch-up" sine...

last2 sekali reti la jugak aku. siap leh ajar lagi member aku yang kutuk aku dulu tu.. :)... nak kata expert tu xde la, janji leh jugak lah orang lain membaca nye dan tau benda tu adalah "blog"... hehehe



first design interface blog aku.. :) black n white je :)




Selain itu, aku ada gak member sekolah yang sudah lebih awal menceburi bidang ni... so, malu bertanya sesat jalan la kan.. dieorang ni gak la yang ajar aku serba sedikit tentang blog ni... antara otai2 blogger yang berasal dari sekolah ak dulu...


Wat pengetahuan ko orang semua... sebelum aku menceburi dunia blog ni aku selalu kutuk2 belakang pasal member-member yang menceburi dunia blog ni.. hehe.. lagi2 pada yang lelaki tu.. hehe

Ialah, cam good2 je nampak, tulis tentang perjalanan harian dieorang.. pastu bagi tau kat semua orang... kononnye diari digital la ek.. haha.. kalau perempuan leh terima lagi.. ne jantan... harap je muka ganas, tapi dalam hati ada ropol-ropol... haha... <---- antara ayat2 kutukan yang kita orang selalu cakap sebelum join dunia blog ni.. :)

Tapi bila dah ada blog sendiri.. amek ko... semua kutukan yang sebelom ne hilang.. xpasal-pasal kena batang hidung sendiri kan.. haha...

Sebenarnye banyak lagi nak cerita.. tapi aku tau, aku xde bakat dalam penulisan.. hehe.. so, sapai disini sahaja la coretan aku kali ini sebelom kebosanan melanda diri kepada yang membacanya.. hehe

Dunia blog ne memang best :)

Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE