SEJARAH SAMBUTAN HARI BAPA | impianku dalam mimpiku

Saturday, June 16, 2012

SEJARAH SAMBUTAN HARI BAPA

Assalamualaikum...

HARI BAPA... pada tahun 2012 sambutan hari bapa jatuh pada hari ahad 17 jun 2012... walaubagaimanapun mengapakah sambutan hari bapa ini kurang mendapat sambutan berbanding HARI IBU kan...

Jika sejarah sambutan hari ibu dikatakan lebih cenderung kepada keraian orang barat, (RUJUK SINI) sambutan hari bapa pula bagaimana ye... :)


----------------------------------------------------------------------------



SEJARAH SAMBUTAN HARI BAPA

Menyingkap kembali sejarah, sambutan ini bermula di Fairmont, West Virginia, Amerika Syarikat pada Julai 1908. Sambutan mula-mula ini diuruskan oleh Puan Grace Golden Clayton bagi mengingati kematian 210 orang bapa yang merupakan mangsa tragedi letusan lombong di Monongah, West Virginia pada 6 Disember 1907. Tetapi malangnya, sambutan itu kurang mendapat tempat ketika itu kerana terdapat sambutan yang lain di daerah sekitar. Menyebabkan sambutan itu tidak didaftarkan secara rasmi. Dikatakan Clayton mengatur sambutan ini kerana terdapatnya sambutan Hari Ibu.

Sekitar tahun 1909, Cik Sonora Smart Dodd telah sekali lagi mengulangi idea ini, tetapi idea pada Dodd ini bukan timbul dari cedukan idea Clayton, sekadar cetusan pemikirannya melihatka betapa besarnya pengorbanan dan susah payah bapanya dalam membesarkan keluarganya selepas kematian ibunya. Pada mulanya sambutan ini kurang mendapat perhatian awam dan pihak berkenaan, namun usaha yang berterusan darinya menampakkan hasil apabila sambutan Hari Bapa mula disambut di Spokane, Washington pada 19 Jun 1910.

Pada 1916, semasa sambutan Hari Bapa diadakan di Spokane, Presiden Woodrow Wilson mencadangkan agar sambutan ini dijadikan sebagai salah satu sambutan rasmi tahunan, tetapi ditolak oleh Kongres ketika itu. Usaha ini dicuba kembali oleh Senator Margaret Smith dengan mengemukan usul menuduh Kongres "menganaktirikan" sambutan Hari Bapa selama 40 tahun dengan tidak meletakkannya sebagai sambutan rasmi tetapi meletakkan sambutan Hari Ibu sebagai sambutan rasmi.

Pada 1966, Presiden Lyndon B. Johnson mengemukan tuntutan agar Hari Bapa disambut pada Ahad miggu ketiga Jun setiap tahun sebagai Hari Bapa. Akhir sekali pada 1972, Presiden Richard Nixon mengumumkan bahawa sambuta Hari Bapa secara rasminya seperti yang dicadangkan pada tahun 1966. Sambutan ini diteruskan sehingga kehari ini di seluruh dunia termasuk Malaysia denga tarikh yang berbeza mengikut negara.


----------------------------------------------------------------------------

Begitulah sejarah sambutan hari bapa ni. walauapa-apaun kita sebagai anak hendak lah sentiasa taat kepada orang tua kita tidak kira masa dan waktu... kerana tanpa mereka siapalah kita :)

Sekian...




IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

18 comments:

Lya Colours said...

woi kongajaq naaa kutuk aku kat komen. aku fire kangg

Dina Darwina said...

selamat hari bapa :)

Misz Mieza said...

Owh.. Itu rupanyan sejarahnya.. Thanks for the info.. Klu tak baca ni, sampai ke sudahlah tak tau sejarah hari bapa ni.. =)

Syakilla kebebeh said...

gitu rupanya sejarah hari bapa...nice entry...:)

Chuu Muqhlis said...

lame betol sejarahnye.,

Ahmad Haziq Azlan said...

serabut je sejarah dia

themoonshadowz said...

WAH...baru rini tau sejarahnya..Selamat hari bapa wat semua bapa2 d malaysia dan AL-FATIHAH buat arwah bapaku,.....

Cik Jannah said...

setiap hari adalah hari bapa. :)

Nurul Husna Mohd Hassan said...

tiap hari adalah hari bapa, macam hari ibu jugak :)

Adylia Qarissa said...

setiap hari adalah hari ibu dan bapa kan.. :)

Syazana Zainn said...

takde pulak org kelam kabut nak haramkan hari bapa.;p

bagi aku, kite nak sambut hari ibu atau hari bapa tu tak salah, as long kita ada batas.

p/s: tak tau nape kalo hari bapa je, mesti tak wish pun..haha segan mebi? ;p

Asyiqin Haulisah said...

saya sayang ayah saya. :)

cik mun said...

sy syg ayah sy..hehe

:: Mrs.Eady :: said...

saya sayang abah saya! :)

♥ ROS ♥ said...

Saya sayang abah saya... Hari2 sayang... Tak ucap semalam smpai terasa dah dia :( sob2

gadisBunga said...

ehehe. makan hati la kaum2 bapak...

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

ehhh ada sejarah gak ke? hehe

afiqazizan said...

First time tahu pasal sejarah hari bapa ni..Anyway selamat hari bapa..:)