SEJARAH SAMBUTAN HARI IBU | impianku dalam mimpiku

Sunday, May 13, 2012

SEJARAH SAMBUTAN HARI IBU

Assalamualaikum...

HARI IBU.... setipa tahun.. bulan Mei, semua anak-anak akan menunggu saat ini untuk meraikan satu hari yang dinamakan hari ibu...

Tapi aku ada gak terdengar dan terbaca tentang fakta yang mengatakan menyambut hari ibu ini adalah haram.. tak tau lah betul ke x kan.. wallahualam...

Tentang sejarah hari ibu lak... cerita dongeng yang paling popular pasal hari ibu adalah seperti kata bawah ni...


--------------------------------------------------------------------------------

Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac.


Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.


Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang fakir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut.


Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Churchdianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan.


Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.


Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR).


TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.


Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.


Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis suratkepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika.


Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.


SUMBER CERITA : http://www.mothersdaycentral.com/about-mothersday/history/

-------------------------------------------------------------------------------

Walauapapun teori yang keluar pasal hari ibu ni, yang penting hati kita sentiasa ingat pada ibu kita, tidak kira masa dan ketikanya kan.. kerana, kalau tiada ibu, tiadalah kita di muka bumi ini..

Sekian...



IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

10 comments:

Chuu Muqhlis said...

bile kua sttment yg kate haram tu, da ragu2 lak nk smbut/wish hari ibu tu. humm

Chuu Muqhlis said...

st klu nak ikut setiap hari pon bole jd hari ibu. kan?? :D

Cik FaRiZaM said...

tula ..sejak tgk statement kata hari ibu haram di sambut...ragu2 nak wish gak....

tk tahu kesahihannya .

Adylia Qarissa said...

tiap2 hari adalah hari ibu kan :)

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

Ada gak tau hal camni kat fb ustaz azhar idrus..

Klu nk gak smbut hari utk kaum ibu..boleh je..tp jgn tarikh yg org kafir tentukn tu.. Kita raikn para ibu pd tarikh dan bulan lain.. Lgpun, hari2 boleh jd hari ibu.. Kan.. Dan asalkn niat kita tu yg perlu betul..

grOundnUt said...

Entah la beb..kesahihan nye tu cuma dalam bentuk fakta yang ada dalam wiki~
Aku just wish kat mak aku hari ibu asalkan aku tak samakan mak aku dengan mak nabi Isa..ok!steady~

Jo-Blogger said...

selamat hari ibu.sy singgah sini melawat..

LydSunshine said...

Yang atas tu memang hari sambutan keagamaan kristian, tapi akak amik yang ni, "Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.". Sebab skrg hari ibu disambut sama tarikh dgn ulang tahun kematian Anna Jarvis ni. So, apa masalahnya kan? Yang hari mother of the bla--bla..bla tu, kan disambut pada bulan februari atau mac. Takde kaitan pun.

Anonymous said...

assalam, sy menghormati pandangan sesetengah pandangan alim ulamak yang mengharamkan hari ibu.. Ilmu agama sy amat sedikit kalau nak banding dgn alim ulama semua namun saya tak setuju menletakkan ia dalam kategori HARAM. berikut pandangan saya :

1. islam mengajar umatnya menghargai/menyayangi ibu setiap masa sepanjang hayat..setiap hari sy mendoakan kan kesejahteraan, memohon diampunkan dosa ibubapa dan keluarga kepada Allah..itu cara kita menghargai mereka secara 'rohani'.
Tetapi dalam setahun, berapa kalikah kita menghargai nya secara 'zahir'? yakni melalui perbuatan spt belanja makan, hadiah & etc..dan kalau ada sekalipun, adakah kita rasa betul2 ikhlas?
Dalam setahun, berapa kalikah kita melukakan hati ibu kita secara sedar or tak sedar?

2. saya rasa yang menjadi issue di sini ialah tarikh sambutan Hari Ibu yang dikatakan terdapat unsur2 kristian tetapi yang saya tahu, lain negara lain tarikh sambutan nya..lainlah April Fool or Christmas yang tarikhnya memang fix..

3. Hari ibu, hari bapa, hari guru, earth day & sebagainya adakah semua ini ada unsur kristiniti?

Yang penting di sini ialah NIAT. apa2 perkara yang kita buat kerana 'Lillahi Ta'ala' dan ikhlas. bagi sy, Takde salahnya menyambut asalkan tidak mengikut cara dan budaya barat, ikut cara kita, cara islam.

assalamualaikum :)

mr.f

:: Mrs.Eady :: said...

hari-hari adalah hari ibu..