TIDUR ATAS KATIL ATAU ATAS LANTAI? | impianku dalam mimpiku

Monday, May 14, 2012

TIDUR ATAS KATIL ATAU ATAS LANTAI?



Assalamualaikum...

TIDUR... setiap orang ada cara yang tersendiri untuk mendapatkan tidur yang selesa dan menyenyakkan :)

Maksud aku tidur atas lantai adalah dengan membentangkan tilam diatas lantai k.. hehe... bukannya tidur diatas lantai tanpa pape alas.. hehe.. kalau cm tu sejukk bebbb...:)

sumber google :)

Ko orang cam ne ek.. prefer tidor atas katil or atas lantai ek... macam aku ne, aku lagi selesa dengan bentangkan tilam kat atas lantai.. lagi best n rasa luas je..

kat bilik aku bukannya xde katil.. siap katil double decker lagi.. hehe.. katil atas tu aku dah wat rak letak bantal-bantal yang banyak tu... n katil bawah lak aku dah wat rak letak buku-buku, bedak, perfume, wallet, handphone dan sengangkatan dengan nye la.. hehe

Tapi ada gak jenis orang yang xleh tidor cm tu .. may be mereka lebih selesa tidor diatas katil kan..

-------------------------------------------------------

kat sini aku ada terdengar beberapa perkara lawak pasal tidur atas katil ni.... :)

1- tidur atas katil rase sempit je. kalau mengigau mesti jatuh katil.. hehe

2- kalau tidor atas katil , mesti ada rasa cam ada benda je kat bawah katil kita tu...

3- mase kat asrama, baldi student kan letak kat bawah katil sendiri... bile malam je, kadang2 student selalu terdengar cam ada benda bergolek2 dalam baldi dieorang tu.. ada orang kata tu kepala jepun yang kena pancung.. hehe..

-------------------------------------------------------

macam-macam .. yang penting ko orang selesa dengan cara tidur yang ko orang pilih kan.. :)

Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

13 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

atas katil!perrgghh..kene pulak tilam empukkkkk!!!perrgghhh...

Masz Sidek said...

sy tak memilih atas katil atau pun atas lantai... janji ada tilam untuk tidur... hehehehe ;p

♥ Elin ♥ said...

atas katil yg empuk pilihan kuuu~

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

lebih suka tdo atas lantai..beralaskan tikar jenis kayu.. lebih selesa..sbb aku amalkan dari kecil.. sangat sukar tido atas katil..

dan ikut sunnah nabi :)

tdo yg terlalu selesa..akan membuatkan kita terlalu lena..sehingga melekit dan malas nak bangun utk bersolat.. terutamanya waktu nak qiamullail dan tahajjud..

diana said...

SEJAK MENGANDUNG NI AKAK SUKA TIDUR ATAS LANTAI JE..BENTANG TOTO ATAS LANTAI LEPAS TU TIDUR.SEBAB SENANG SIKIT NAK PUSING SANA PUSING SINI..KALAU ATAS KATIL TU RASA SUSAH LA NAK PUSING2..RASA BERAT JE PERUT NI..HAHAHAH

LydSunshine said...

Melampau kepala jepun boleh bergolek dlm baldi. Takkan baldi besor sgt. Akak prefer tido atas katil.

Liza @ Adzriel AB said...

atas katil le best. bangun tido nak turun, kaki cecah lantai dah kira separuh bangun. maklumlah dah tua2 ni malas sikit dah bangun kalau dah dok kat lantai... he..he..

LidiaSuraya said...

Atasss katil.. Pehhh ttb seram plak dahhhh ayooo

Amirah Jafri said...

Atas katil.hahaha

mizzkechique said...

dua² pun boleh.. aku fleksibel.. hahaha

nur anis said...

tiap malam, tarik tilam, selimut, bantal, letak depan tv kat ruang tamu..tidur kat situ..best...

aizamia3 said...

fleksibel.. kalau hujung minggu bentang tilam kat ruang tamu.. rasa luas je.. anak2 pun puas..
tapi la ni memang kena tidur atas katil takut baby kena himpit dek kakak dan adik.. hahaha..

siti kektus said...

Aku mana2 tak kisah. Letak kepala terus tido. Haha