impianku dalam mimpiku: 2011

Wednesday, December 28, 2011

#29 WORDLESS WEDNESDAY : CAM SALAH JE TEORI NI

Assalamualaikum...

WORDLESS WEDNESDAY



Sekian...


Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :)




IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Tuesday, December 27, 2011

BILA BUAT BAIK SEKALI, AKAN DATANG AMIK KESEMPATAN LAK

Assalamualaikum...

BERBUAT BAIK... pernah tak ko orang berbuat baik tentang sesuatu perkara.. mesti pernah kan.. dan pernah tak, masa akan datang anti, golongan tersebut akan cuba amik ksempatan ke atas kebaikan ko orang tu :)

Rasanya perkara ini akan brlaku dimana-mana sahaja kut.. xkira la di alam study ke, alam pekerjaan ke, atau pon alam hoo haa hoo haa ko orang kan.. :)

gambar hiasan sahaja

Amalan tolong menolong ni bagus... memang patut ada dalam masyarakat kita ni.. tapi berbuat baik tu biarlah berpada-pada.. dan meminta tolong tu juga biarlah berpada-pada gak kan...

Sebagai contoh, di alam pekrjaan.. jika sekali kita setuju wat overtime setelah dipaksa, akan datang golongan tersebut akan paksa kita juga wat overtime sampai kita setuju.. walaupun ramai lagi staff yg lain..:)

Contoh lain, bile kita dah biasa dengar je arahan die walaupun bukan kerja kita, pastu jika sekali kita engkar, nak marah2 lak tak tentu pasal...:)

Lagi satu contoh, bila dah selalu sangat kita tolong buat kerja die, bile sekali kita malas nak wat, nak terasa hati lak :)

Entahlah. banyak orang banyak lah ragam nye kan.. ape yang aku tulis kat atas ni adalah dari pemerhatian di sekeliling aku je.. tiada kena mengena dengan perjalanan hidup aku pon :)

Sekian..

IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Monday, December 26, 2011

DIA KOMEN BLOG AKU?

Assalamualaikum....

SEGMEN... si penganjur iaitu SI BUDAK KURUS (SBK) wat satu segmen.. aku pon join la.. segmen beliau adalah untuk memberi ruang kepada beliau untuk mengkritik or komen ape2 sahaja pasal blog si persrta...

Aku xkesah ar ko nak kritik ape2 pon pasal blog ni ye cik SBK.. lagi pedas lagi bagus.. haha

http://kay-akam.blogspot.com/2011/12/segmen-dia-komen-blog-aku.html

Pastu SBK suruh peserta bagi tau ape sebab kita singgah kat blog beliau tu.. bagi aku aku suka singgah blog beliau sbab beliau ni friendly siket.. selalu beramas mesra ngan member2 lain..:)... n sporting :)

Design blog die lak mmang simple.. tp menarik.. so xde la sakit sangat mata ni nk nengok kn...

Rasenye cukup kut syarat2nya. kepada yang lain2 tu jom lah join sama k.. :)

Sekian..

IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Wednesday, December 21, 2011

BLOG NI MEMANG BETUL-BETUL MEREPEK LA

Assalamualaikum...

BLOG.. haha. kan betol ape aku cakap semalam.. kalau aku buat segmen memang susah untuk dapat penyertaan.. segmen aku semalam, "BLOGGER NI KUAT MEREPEK, TAPI BEST LA BACA" pon dapat penyertaan hanya 3 orang je... hehe

Ada aku kesah.. ingat aku kecik ati ke.. sorry der... lantak p la bper org je nk join.. ade aku kesah.. haha..

Meh aku list kan 3 orang yang budiman yang menjaga hati aku dengan menyertai sgemn tu.. :)

--------------------------------------------------------------------------------

http://makwepakwekintan.blogspot.com/2011/12/blogger-ni-kuat-merepek-tapi-best-la.html#

blog yang suka merepek, tapi best dan aku suka baca.. kadang2 peel blogger tu yg wat kita sakit hati tapi masih mampu buat kita tersnyum

blog feveret : http://zulhilmitempoyak.blogspot.com/


--------------------------------------------------------------------------------

http://cinta-matahariku.blogspot.com/2011/12/blogger-ni-kuat-merepek-tapi-best-la.html


Blogger Ni Kuat Merepek, Tapi Best La Baca tak lain dan tak bukan adalah tuan rumah penganjur Segmen Kuat Merepek ni TOP IMAGINE. Memang kuat berangan budak ni..hehehehe..

--------------------------------------------------------------------------------

siyes doe wa cakap lu , entry dia alia tengok merepek meraban, ayat memg pakai lepas mcm tak bape nak sopan. gambar kalau edit bapak ahh..tetiba teringat gambar klip 3GP dia =='
tapi alia suka baca. hewhewhew..

blog feveret : http://theceplos.blogspot.com/

--------------------------------------------------------------------------------

Sekian...

Link

IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Tuesday, December 20, 2011

SEGMEN : BLOGGER NI KUAT MEREPEK, TAPI BEST LA BACA

Assalamualaikum....

SEGMEN.. sebelum ni aku nengok ramai blogger yang wat segmen sendiri.. aku pon teringin la nak wat gak. hehe... cam semalam mak dara kita wat segmen die sndiri :) jeles seyhh. hehe

SO, aku nak wat gak la ari ni.. tapi aku tau memang nak capai 5 orang peserta pon susah.. sebab blog aku ni traffik pon suam2 kuku jer.. hehe.. tapi ada aku kesah.. ko orang nak join ke tak tu hak ko orang la kn... aku still nak wat gak :)

-------------------------------------------------------------------

1. Buat entry bertajuk : Blogger Ni Kuat Merepek, Tapi Best La Baca

2. Pastu ko orang tepek je banner aku yang kat atas tu k..

3. Ko orang pilih satu blog dari kalangan member-member blog ko orang tu yang ko orang rasa suka merepek-repek dalam entry die tapi best di baca..

4. Ko orang review blog tersebut dan citer serba sedikit ape yang merepeknya blog tersebut tapi enjoy je bila dibaca :)

4. Bila dah setel ko orang tinggalkan link entry ko orang kat ruang komen ni ek..

5. Tarikh tutup... sampai malam ne je la kut... kalau xde sape join, anti aku join sendiri yer :)


-------------------------------------------------------------------

Senang tak.. kalau boleh blog yang ko orang pilih tu, adalah dari golongan blogger yang biasa2 je.. maksud aku bukan yang otai2 iaitu blogger yang dah femes di persada tanah air kita ni k :)

Tujuan aku wat segmen ni adalah untuk kita beramas mesra dengan rakan-rakan blogger selain dapat membantu memperkenalkan blog member kita tu kepada orang lain :)

Sekian...

p/s : diingatkan lagi, blog aku ni traffik die biasa2 je, so ko orang jgn mengharap sangat dapat lebihan traffik dari segmen ni ek :)


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Monday, December 19, 2011

SAYA PADA TAHUN LEPAS, TAHUN NI, TAHUN DEPAN

Assalamualaikum...

SEGMEN... rasanya dah lama tak join mane-mane segmen.. tapi hari ini aku tertarik nak join segmen dari mak dara kita.... :)

http://www.bicaramakdara.com/2011/12/saya-pada-tahun-lepas-tahun-ini-tahun.html

nak join klik je link or banner kat atas ni :)


----------------------------------------------------------------

TAHUN LEPAS 2010

a) Sertakan gambar anda di tahun lepas 2010 (jika ada)
b) Dimana anda sambut tahun baru (jika ada)
c) Apakah azam anda tahun lepas?
d) Tertunaikah azam anda itu?

rasa aku, aku celebrate depan tv je kut.. azam aku tahun lepas, aku konvo tahun 2009, so, tahun 2010 aku berazam nak dapat kerja... dan azam aku tercapai sebab tahun lepas je aku dah bekerja kat 3 tempat :) cam bongok je... hehe

----------------------------------------------------------------

TAHUN INI 2011

a) Sertakan gambar anda pada tahun ini 2011 (jika ada)
b) Dimana anda sambut tahun baru (jika ada)
c) Apakah azam anda tahun ini?
d) Tertunaikah azam anda itu?

sekali lagi aku sambut depan tv je.. :).... azam aku tahun ni lak nak dapat kerja yang tetap untuk menjamin masa dpan aku... masalahnye azam aku tu masih xtercapai.. malah timbul masalah lak gaji aku tak dibayar selama tiga bulan.. dan bila wat report jabatan buruh... jabatan buruh pon cam bongok je...xde jalan penylesaiannya.. alasannye, majikan susah nak beri kerjasama dan terpaksa tutup kes.... beribu duit aku lenyap cm tu je.... :(

----------------------------------------------------------------

TAHUN DEPAN 2012

a) Dimanakah anda bercadang untuk sambut tahun baru 2012? (jika ada)
b) Apakah azam anda tahun hadapan 2012

Rasanye sekali lagi aku celebrate depan tv ataupun depan komputer je.. sebab aku ni jenis malas nak lepak kat tempat orang yang berasak-asak tu... maklumlah, aku ni pemalu orang nye... haha.. dan azam aku untuk tahun depan same je cam tahun ni.. nak dapat kerja yang stabil.. dan simpan duit untuk kawen.. target kawen 2 or 3 tahun lagi kut... hehe...

----------------------------------------------------------------

aku pon tak ingat ni gambar tahun biler :)

----------------------------------------------------------------

Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

AL-KISAH PERTEMBUNGAN AWEK SEKARANG DENGAN EX-AWEK

Assalamualaikum...

COUPLE.... zaman sekarang ni baru akil baligh siket je, semua2 berlumba nak cari pakwe/makwe kan... haha.. pastu clash.. tu la ragam budak2 zaman millenium ni kan... semua nak test market je.. :)

Ni aku nak citer siket satu kisah benar.. hehe.. yang melibatkan tiga orang member tempat kerja aku ni.. watak utama, 2 orang perempuan satu orang lelaki :)

-------------------------------------------------------------------

sumber google :)

AWEK 1 = NEELOFA (18 thn)
AWEK 2 = TASHA (19 thn)
BALAK = NAZMI (20 thn)


Alkisah...

Sebelum ni neelofa berkapel dengan nazmi... tapi 3 bulan lepas, dieorang ni clash.... sebulan selepas tu, neelofa berhenti kerja dari tempat ni atas masalah tertentu....

Selepas sebulan dieorang ni clash, nazmi berkapel lak dengan sorang awek ni, tasha namanya...pastu, si nazmi tarik la awek die, si tasha ni kerja di sini.. maka mereka bekerja lah di satu tempat yang sama dengan bahagianya :)

Baru2 ini si neelofa ni lak masuk balik bekerja di sini... Sebelum menimbul masalah mendatang , nazmi ceritalah sejarah silam beliau bersama neelofa kepada aweknya, tasha. :)

Ingat kan semuanya berjalan dengan lancar... rupa2 nye si tasha ni benci betul dengan si neelofa ni selepas beliau tau neelofa ni ex-gf si nazmi.. :) mungkin beliau takut neelofa ni nak kembali pada si nazmi :)

Sehingga kan si tasha melarang keras si nazmi bercakap atau berjumpa neelofa walaupun atas urusan kerja :)

Si tasha ni pon pernah bercakap hal yang buruk pasal neelofa kepada staff lain.. Sehingga menimbulkan ketidakselesaaan kepada staff lain kerana staff2 yang lain tu lebih mengenali siapa itu neelofa :)

Neeolofa pon sebenarnye bukan nye ada hati lagi kat si nazmi ni.... die masuk kerja balik pon sebab untuk mencari rezeki setelah masalah lamanye tu selesai... ( lepas die clash ngan nazmi ni pon die dah kapel ngan 2 lelaki lain... minah ni pon satu... leh tahan gak playgirl die.. haha)

Kadang-kadang wujud juga pertengkaran mulut antara dieorang itu.. si nazmi juga kadang-kadang seperti bingung untuk menghadapi masalah ini... rakan-rakan lain pula hanya mampu melihat dan tersenyum sahaja :)


-------------------------------------------------------------

begitulah kisahnya.. gelagat budak2 baru baligh bila brcinta... hehe

aku pon xreti sangat nak bercerita ni. kalau ko orang xfaham wat2 paham sudey... dan kalau ko orang faham apa pandangan ko orang pasal situasi ni ek.. :)

Sekian...



IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Saturday, December 17, 2011

BIODATA PENUH NOOR QALISHA AHMAD RASHID

Assalamualaikum...

QALISHA... ni lagi satu artis yang cuba untuk menembusi pasaran tanah air kita ni.. dengar citer beliau yang juga sepupu kepada Noor Neelofa ni ada talian persaudaraan dengan kerabat DiRaja Terengganu. Betul ke?

Semuanya kerana ibu saudaranya, Toh Puan Sri Noor Intan Zurina Noor Mohamed berkahwin dengan adinda Sultan Terengganu, Tengku Seri Temenggong Raja Tengku Baharuddin Sultan Mahmud.

Tidak cukup dengan itu, ibu saudaranya itu jugalah yang menjadi pendorong utamanya dalam bidang nyanyian sejak dulu.

---------------------------------------------------------------------

sumber google :)


Serba sedikit info pasal Noor Qalisha Ahmad Rashid

NAMA PENUH: Noor Qalisha Ahmad Rashid

TARIKH LAHIR: 15 Julai 1991

UMUR: 20 tahun

TEMPAT LAHIR: Pasir Mas, Kelantan

KELUARGA: Anak kedua daripada empat beradik

KERJAYA: Penyanyi dan model

NAUNGAN : Wake The Baby Sdn Bhd

SINGLE POPULAR : Satu Januari

STATUS: Bujang

ALBUM: Qalisha

SINGLE: Satu Januari

IKLAN: McDonald’s, Yamaha dan Sendayu Tinggi

---------------------------------------------------------------------

Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Friday, December 16, 2011

SUAMI BOROI MAKNANYE ISTERI PANDAI JAGA SUAMI

Assalamualaikum...

SUAMI ISTERI... aku lom kahwen, tapi banyak kali dengar pasal bnda ni... hehe.. betul ke orang dah kawen, kalau suami die nampak boroi n chubby je maknanye si isteri pandai jaga suaminya.. hehe

Teori ini bermaksud.... si isteri pandai menjaga keperluan suaminye.. terutamanya dari segi pemakanan... si suami pasti sentiasa berselera makan di rumah jika si isteri pandai buat makanan yang sedap2 bagi makanan kegemaran si suami kan. hehe

Tapi betul ke fakta ni ek... ataupun bila dah kawen suami jadi semakin malas... hahaha... nak g bersenam pon dah malas.. ada isteri kat umah katakan.. nak keluar rumah pun malas kut.. :) ini bermakna si isteri pandai "jaga" suami die kn .. haha.

sumber google :)


Aku ada gak search kat google.. perkara ini adalah normal kut... dan aku terjumpa satu artikel ni.. xtau la kesahihannye cam ne kn :)

Kebuncitan lelaki ini berlaku apabila cecair daripada isteri yang mengalir masuk melalui zakar semasa hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekaligus akan mudah membuatkan perut menjadi buncit. Faktor itu juga menyebabkan zakar lelaki yang berkahwin akan lebih mengembang dan besar berbanding lelaki bujang.

Tapi yang muda2 belom kahwen tu pon ada yang nampak boroi tu pe cer ek.. haha.. dah ketentuan kan.. xleh melawan takdir :)

Sekian...



IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Thursday, December 15, 2011

KENAPA AKU BUAT ENTRY BIODATA ARTIS

Assalamualaikum...

BIODATA ARTIS... haha.. nak jadi blog hiburan ke?.. haha.. aku dah la buta siket pasal hiburan ni.. tak kira la hiburan tempatan ke.. kalau luar negara lagi jauh ketinggalan..

sape yang perasan, semenjak dua menjak ni aku selalu wat entry pasal biodata artis.. nak kata banyak xde la banyak sangat.. 3 or 4 je kut.. haha.. tu pon ada yang complain.. kurang asam tol dieorang ni.. xleh nengok aku wat keje senang.. haha

---------------------------------------------------------------------------

senarai biodata yang aku dah wat....

BIODATA NAZMI FAIZ MANSOR ( Bukan artis tp dah femes cam artis gak kut...)

---------------------------------------------------------------------------

Nape ek aku wat entry2 cam ni... senang je jawapan die.. sebab ni entry copy paste.. haha.. aku ngaku.. aku kadang2 copy dari akhbar online... tak pun dari wikipedia jerk... bersepah info pasal dieorang ni.... org femes kata kn.. hehe..

terpulang la kt ko orang nk cakap aku ni blogger copy paste ke ape... :) ak xkesah pun .. haha

Lagi pun, aku ni bukannye ade selalu je idea nak karang entry sendiri.. ni la point aku kalau langsung xde idea.... mudah dan senang... :)

Lagi satu, traffik pun free2 je leh dapat kut ngan wat entry2 cam ni... haha

Sekian...

IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

BIODATA PENUH TASHA SHILLA

Assalamualaikum...

TASHA .. Selepas diperkenalkan melalui filem Ratu The Movie arahan A Razak Mohaideen, Tasha berjaya menambat hati penonton dengan watak antagonis, Hartina yang cemburu dengan kakaknya dalam drama bersiri Sahara arahan Jamal Khan dan watak Cikgu Ruhana dalam siri Gemilang arahan Kabir Bhatia.

Biasa la artis kan. confirm xlari dari kontroversi... kontroversi yang kena pada awek ni ialah dikatakan sombong.. xtau la kan... tapi dari raut wajah die memang nampak kerek siot.. haha.. btw, awek ni tak mintak dilahirkan sebegini rupakan :)

-------------------------------------------------------------------------

K la. meh layan siket nfo-info pasal beliau k :)



NAMA SEBENAR: Natasha Sheila Abd Razak

NAMA KOMERSIAL: Tasha Shilla

ASAL: Ampang, Selangor

TARIKH LAHIR: 25 Januari 1987

USIA: 24 tahun

STATUS: Bujang

KERJAYA: Model dan pelakon

FILEM: Ratu The Movie dan Klik 3GP

DRAMA: Dottie, Gemilang, Sahara, Panggilan Arwah, Mila Kejar Cinta, Ramadan Terakhir dan slot Samarinda, Bunga April

-------------------------------------------------------------------------

ka la.. layan k..

Sekian...

IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Wednesday, December 14, 2011

#28 WORDLESS WEDNESDAY : PENIPUAN CINTA DI ALAM MAYA

Assalamualaikum...

WORDLESS WEDNESDAY

Sumber Google :)


Sekian...

Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :)



IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

#27 WORDLESS WEDNESDAY : LOVING IN FRIENDSHIP

Assalamualaikum...

WORDLESS WEDNESDAY


sumber google :)


Sekian...


Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :)




IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Tuesday, December 13, 2011

AKU MAAFKAN KAMU - MALIQUE DAN JAMAL ABDILLAH

Assalamualaikum....

LAYAN LAGU.... aku pun xtau la lagu ni dah lama keluar ke x.... ape yang aku tau aku baru terdengar lagu ni.. hehe

almaklumlah, aku ni memang tertinggal agak jauh dalam dunia musik ni :)

Tapi bila dengar lagu ni cam best je... rentak musik die leh tahan.. yang paling utama lirik dia.. memang pelbagai maksud tersiratnye.. hehe....

Meh , layan video hitam putih beserta lirik :)



-----------------------------------------------------

Tajuk: AKU MAAFKAN KAMU
Artis Malique featuring Jamal Abdillah
Lirik: Malique
Lagu : Tripdisz
Dikerluarkan oleh : Malique for Qarma Musiq

Lirik Lagu Malique Aku Maafkan Kamu Feat. Jamal Abdillah

Aku minta maaf di atas segala perbuatanku.
Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan

Jamal Abdillah:
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Malique:
Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan

Jamal Abdillah:
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Malique:
Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

Atas kepala murai sekawan
Baling kurambit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya

Kenapa awak tak pukul mereka?
Saya tak suka pada keganasan

Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta

(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan


-----------------------------------------------------


Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

BIODATA PENUH IZREEN AZMINDA AZNAM

Assalamualaikum....

IZREEN... pelakon yang semakin meningkat naik ini... beliau semakin dikenali selapas membintangi drama yang mencetuskan fenomena iaitu JUVANA..

Awek cun ni cun pernah dikaitkan dengan kisah percintaan bersama salah sorang pelakon drama tersebut iaitu Johan Ariff Asa’ri (Botak)....

Walaubagaimanapun aku rase awek cun ni pon lebih dikenali melalui kontroversi dan kisah peribadi berbanding bakat lakonan die kut.... xpe la.. pelakon yang cantik molek memang senang nak naik :)


-----------------------------------------------------------------------



ni ha ada siket info pasal beliau :-


Nama Penuh: Izreen Azminda Aznam

Tarikh lahir: 30 Ogos 1985

Usia: 26 Tahun

Asal: Kangar, Perlis

Kerjaya: Pelakon

Drama: Sesuci Cinta Sofia, CID 3278, Gerak Khas, Atiqah Najwa 2, Dilema Wanita, Air Mata Maria, Pasrah, Pria, Bella, Gila Auto Cinta, Apa Kata Cinta, Sedetik Aku Berpaling, Nenek Kebaya, Puteri Arora Beradu, Ragam Menantu, Gelora Di Hati Sara, Pasukan Gerakan Marin, Isabella, Juvana, Mendongak Ke Langit, Tentang Dhia, Penjara

Filem: Nana Tanjung 2, Otai

Program: Seekers (Musim 6) & In Trend

Pendidikan: Diploma Kewartawanan Integratif, Institut Media Integratif
Malaysia (MIIM).

Pencapaian: Tempat Ketiga, Dewi Remaja 2005/2006

-----------------------------------------------------------------------


Hope ko orang dapat sedikit info pasal pelakon yang bertudung didalam drama juvana ni kn :)

Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Monday, December 12, 2011

SAPE PANDAI SELESAIKAN MASALAH MAGIC BOX?

Assalamualaikum...

MAGIC BOX.... tu name dalam english la... dalam malay nye aku search kat google adalah rubik... apa-apa lah kan...

Tapi yang penting ko orang reti tak nak setel benda yang berwarna-warna ni.. haha.. dulu aku nengok menatang cam susah giler.. tapi sekarang, celah gigi je la aku nengok..

sumber google


Nak kata senang sangat xde la, makan 15 minit gak la nak setelkan.. tapi sekurang2 nye aku dah reti wat kan... daripada ko orang.. hampeh.... :)

Aku mengambil masa untuk mempelajari teknik nak setelkan natang ni adalah 3 minggu... tapi bukannye 3 minggu tu bermaksud 21 ari tanpa henti aku belajar benda ni.. purata dalam 3 hari je kut.. haha :)

nasib member aku tu xnyampah nak layan kerenah ak untuk belajar wat benda ni... :)

Kepada yang xreti wat tu, bawak2 la belajar.. sebab permainan ni memang best.. lagi2 kalau kita xreti wat. tapi bile dah reti wat ni rase bosan lak.... hahaha... berlagak tak aku.... ???

Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

APA PANGGILAN MANJA ANTARA AWEK / PAKWE

Assalamualaikum...

AWEK DAN PAKWE... zaman sekarang ni budak-budak sekolah lagi dah pandai berkapel2 ni kan.. maklumlah, sekarang, tahap akil baligh seseorang memang sampai awal. hehehe

Tapi ari ni aku bukan nak cakap psal budak sekolah.. aku cakap umum untuk semua golongan.. apa panggilan yang ko orang gunakan untuk tujukan kepada awek/ pakwe ko orang ek.. :)

Aku memang dah dengar banyak giler panggilan yang brbeza yang digunakan oleh orang skeliling aku ni.. kadang-kadang nampak cam so sweet je.. kadang2 pulak cam nak muntah darah pun ada.. haha..

--------------------------------------------------------------------------------

sumber google


Ni aku listkan apa yang pernah aku dengar la..

mama - papa
ma - pa
cayang - ucuk
sayang - abang
awak - saya
ma - bie
baby - baby
darling - hubby
sweet
- cute
sayang - honey
ayg comel - abg encem
kau - aku
nama girl - nama boy

--------------------------------------------------------------------------------

haha.. amacam. ko orang lak kategori cam ne ek...:).. kalau ko orang ada versi lain ke, cube la kongsi2 kan ye...

mane la tau leh tambahkan kemanjaan untuk kita semua ni kan... hahaha

Sekian...





IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

BIODATA PENUH NOOR NEELOFA MOHD NOOR

Assalamualaikum...

NEELOFA.. pelakon yang meningkat naik ni.. nak kata cun memang cun siot. haha. sekarang ni heboh pasal beliau berskandal ngan pemain harimau muda kita.... NAZMI FAIZ MANSOR...

Adohai... budak kecik ni nak main bola.. bukan nak kejar glemer ngan dunia artis.. nape la bila player ni dah femes baru artis2 ni sume nak terhegeh2 kat budak ni ek. nak publisisti murahan kut :)

-----------------------------------------------------------------

Lantak p la sama die orang... ni ada serba sedikit biodata pasal Neelofa ni :-



NAMA PENUH: Noor Neelofa Mohd Noor

TARIKH LAHIR: 10 Februari 1989

ASAL: Pasir Mas, Kelantan

KELUARGA: Anak ketiga daripada sembilan beradik

DARAH CAMPURAN: Ayah (Melayu) dan ibu (Pakistan-Arab)

PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda, Perdagangan Antarabangsa & Pemasaran, Sunway University College, Bandar Sunway, Selangor

PENCAPAIAN: Juara Dewi Remaja 2010

KOMERSIAL TV: Nokia, Silky Girl, Fair & Lovely dan F&N Fruit Tree

KLIP VIDEO: Kau Bukan Aku nyanyian kumpulan Tilu

FILEM: Azura (versi baru) terbitan Ace Motion Pictures Sdn Bhd, arahan Aziz M Osman

DRAMA: Kasih Najihah, Tahajud Cinta dan Kitab Cinta kesemuanya arahan Erma Fatima

PENGACARAAN: Paparazzi terbitan KRU Studios, boleh diikuti menerusi www.tonton.com.my dan Sekolahku Hebat siaran Astro Ceria (saluran 611)

ARTIS NAUNGAN: KRU Studios mulai 31 Januari lalu selama setahun



SUMBER

-----------------------------------------------------------------

Hope ko orang dapat serba sedikit info pasal artis ni ek. :)

Sekian...



IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Sunday, December 11, 2011

TUJUAN AMALAN BERKHATAN DARI PERSPEKTIF ISLAM

Assalamualaikum....

BERKHATAN. amalan berkhataan ataupun bahasa mudah nye ialah sunat... hehe.. musim cuti2 sekolah ne kerap kali kita dengar pasal majlis berkhatan kan.. (teringat lak zaman kena sunat dulu.. haha)

nape orang islam diharuskan untuk "memotong" anu kita sendiri tu ek.. haha.. amalan ini kadang2 menjadi kekeliruan kepada rang ramai teruatamanya dari kalangan orang bukan islam....

Mereka bukan menentang amalan ini, tetapi ingin mendapat kepastian sebab utama amalan ini dijalankan.. mereka sendiri pun tahu dari sudut sains, amalan berkhatan ini ada kelebihannya.

hari ini aku ada terbaca di MYMETRO pasal benda ini.. mari kita baca serba sediikit penerangan tentang berkhatan ini dari seorang pakar..

-------------------------------------------------------------


PENGALAMAN berkhatan pastinya antara detik yang tidak dapat dilupakan kebanyakan kita. Berkhatan atau bersunat adalah detik penting bagi kanak-kanak lelaki, khususnya beragama Islam, kerana ia menandakan seseorang itu memasuki fasa alam dewasa.

Dalam Islam, berkhatan bermakna memotong lebihan kulit kemaluan bagi mengelakkan ia menutupi keseluruhan kemaluan.

Tujuannya pula bagi memastikan kemaluan seseorang itu bersih daripada kekotoran yang terhasil di bawah lebihan kulit berkenaan.

Dalam kaedah sains perubatan pula, berkhatan bermaksud membuang lapisan kulit yang membalut bahagian depan alat kelamin lelaki yang disebut ‘Qulfah’ kerana lapisan ini mengandungi najis dan lebihan alat kelamin lelaki.

Kekotoran itu pula mampu menyebabkan seseorang lebih mudah mengalami keradangan dan penyakit berjangkit berpunca daripada hubungan seks.


Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melalui Program HIV/Aids Bersama Bangsa-bangsa Bersatu dan Pusat Kawalan Penyakit (CDC) juga mendapati berkhatan dapat mengurangkan risiko jangkitan virus HIV.

Ia mungkin disebabkan kulit penghujung zakar lelaki berkhatan lebih tebal berbanding lelaki tidak berkhatan dan ia dapat mengurangkan kemungkinan kulit melecet atau tercedera ketika melakukan hubungan seks.

Bagaimanapun perlu diingat, lelaki berkhatan tetap mempunyai peluang tinggi dijangkiti virus HIV atau virus penyakit kelamin lain jika mengadakan hubungan seks dengan pasangan yang ada virus berkenaan.

Berdasarkan Persatuan Pakar Pediatrik Amerika, jika tidak berkhatan, seseorang lelaki itu perlu menarik lebihan kulit (kulup) itu ke belakang sehingga mendedahkan hujung zakar. Ia bagi membolehkan kemaluan dibersihkan setiap hari.

Jika tidak dilakukan, sel kulit yang mati akan terkumpul lalu membentuk kekotoran.

Pakar perubatan berpendapat kulit kulup inilah yang mungkin menjadi punca jangkitan saluran kencing sehingga menyebabkan keradangan.

Justeru, berkhatan adalah cara terbaik untuk mengelakkan jangkitan ini, terutama bagi kanak-kanak lelaki yang mempunyai masalah buah pinggang.

Malah, hasil kajian juga mendapati kanak-kanak lelaki yang berkhatan mempunyai masalah jangkitan saluran kencing lebih rendah berbanding kanak-kanak tidak berkhatan. Masalah zakar seperti keradangan, kerengsaan dan jangkitan sangat kerap berlaku di kalangan lelaki tidak berkhatan.

Menurut Pakar Perunding Kanan Perubatan Keluarga (Kesihatan Lelaki), Hospital Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Shaiful Bahari Ismail, berkhatan pada masa kini bukan saja dilakukan oleh umat Islam, malah mula dilakukan oleh masyarakat bukan Islam, termasuk di Barat.

Katanya, ini kerana mereka mendapati proses berkhatan menjadikan kemaluan mereka lebih bersih dan mudah dijaga.

“Di dalam Islam, berkhatan memang dituntut dan jika kita lihat kenapa ia dituntut, ia sememangnya berkait dengan soal kesihatan.

“Kajian sains perubatan sendiri mengesahkan berkhatan mengurangkan risiko jangkitan HIV dan menjadikan kemaluan seseorang lebih bersih,” katanya.

Shaiful berkata, walaupun kaedah rawatan membabitkan operasi pembedahan kecil sama ada secara tradisional ataupun moden, evolusi rawatan pada masa kini menyebabkan berkhatan semakin mudah dan paling utama kurang menyakitkan.

Namun yang pasti, katanya berkhatan menerusi kaedah tradisional atau moden adalah sesuatu yang baik untuk kesihatan.

-------------------------------------------------------------


hope pembaca dapat serba sedikit info tentang amalan berkhatan ni ye....

Sekian..

SUMBER : MYMETRO


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Thursday, December 8, 2011

APA PAKAIAN ANNUAL DINNER BERTEMAKAN HANTU

Assalamualaikum....

ANNUAL DINNER..... tak lama lagi tempat kerja aku akan mengadakan Annual Dinner.. dan tema untuk tahun ni pulak ialah "HANTU"... some semua yang hadir kena dress up hantu...

Aku pun xtau la sape yang mengundi bertemakan hantu ni.. menyusahkan orang siot.... haha.. ade khabar angin yang aku dengar sape yang tidak ikut dressup yang telah ditetap kan, maka, muka insan berkenaan akan diconteng di atas pentas pada malam tersebut... malu siot kalau kena.. haha

gambar hiasan sahaja

ko orang ada cadangan tak drees up cam ne yang perlu aku buat pada malam tersebut... :) kalau boleh cadangan yang ko orang nak bagi tu bercirikan :-

- kos baju adalah murah..
- untuk menyiapkan diri tidak merumitkan..
- tidak merimas kan badan..
- xnak yang berserabut sangat
- kalau boleh jangan la seram sangat... ak naik moto tu g tempat annual dinner tu.... kang ada lak yang mati terkejut nengok aku pakai baju cam tu naik moto tengah2 malam buta.. hahaha..


k la... aku bukan exited sangat pun nak g annual dinner tu, tapi.. aku nengok hadiah yang disediakan tu tak macam berlambak lak... mane la tau aku leh sambar first prize kn... rugi lak xpergi.. menu makanan die pun dengar citer plbagai gak.. aku dah la kuat makan.. rugi x g beb :)

ape-ape pun, hope sume enjoy pada malam tersebut k.... cuma harap sangat jangan yang masuk dewan anti 150 orang, kuar dewan ada 2o0 orang... xkan ada hantu lain tumpang skaki kut.. haha

Sekian....



IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Wednesday, December 7, 2011

#26 WORDLESS WEDNESDAY : KO ORANG PERNAH RASA KUKU TERCABUT TAK?

Assalamualaikum...

WORDLESS WEDNESDAY

sumber gambar dari google je ... bukan kuku aku :)


Sekian...


Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :)


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

#25 WORDLESS WEDNESDAY : DIFFERENT BETWEEN BOYS AND GIRLS

Assalamualaikum...

WORDLESS WEDNESDAY



Sekian...

Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :)



IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

CARA BUAT TULISAN BIRU DI KOMEN FACEBOOK

Assalamualaikum...

TULISAN BIRU.... sebenarnye benda ni dah lama pun.. tapi aku baru tau... aku ingat aku je ketinggalan zaman, rupa2nye ramai lagi makhluk yang xreti wat benda ni..

So, meh sini aku ajar cam ne nak wat benda ni ek.. sebenarnye xde pape pon kelebihan wat benda ni.. cuma nampak cam good2 je la :)

------------------------------------------------------------


STEP-STEP NYA...

ko orang copy je coding ni...

@@[1:[id_facebook:1:TULISAN ANDA]]

gantikan
"id_facebook" tu ngan id facebook ko orang....
"TULISAN ANDA" tu ngan ape benda yang ko orang nak coretkan...


Contoh : @@[1:[1419847342:1:pale hotak ko berjambul]]

------------------------------------------------------------

note : id facebook ko orang leh amik je kat url facebook ko orang tu.... kalau ko orang cam aku ni, xreti nak cari no id facebook, letak je ngan nombor "0"...

contohnya :@@[1:[0:1:pale hotak ko berjambul]]

------------------------------------------------------------

hasilnya
:
:
:

------------------------------------------------------------

Senangkan.. ape lagi.. selamat mencuba :)

Sekian..

IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Tuesday, December 6, 2011

FENOMENA SALAH HANTAR SMS KAT ORANG LAIN

Assalamualaikum..

SMS... short message system (SMS) adalah teknologi yang amat popular.. kerana ia sangat mudah, ringkas dan cepat serta menjimatkan pengguna :)

Golongan muda dan student lebih suka berSMS berbanding membuat calling2.. save bajet kata kn.. hehe..

Golongan yang berkapel lak ape tah lagi kan.. kalau leh 24 jam nak berSMS je.. maklumlah, sentiasa nak tau keadaan orang tersayang .. :)

sumber dari carian di google :)

Aku nak tanye ko orang la, prnah tak ko orang tersalah hantar message kat orang lain atau pun tiba-tiba je dapat mesage dari kawan ko orang.. padahal message tu bukan untuk ko orang...

Contohnye, ko dah taip mesagge yang jiwang2 dan berbunga, mase nak send tu ko orang tersend ke nombor member ko orang lak.. haha. Amecam bro, ape perasaan ko orang mase tu.. muka ganas, tapi guna ayat2 cinta kantoi ngan member... :)

Ni kira ok lagi, cuba kalau ko orang pasang banyak.. berskandal sane, berskandal sini... sampai ko orang terlupa ko orang ngah berSMS ngan skandal mana.. hehe.. x ke haru biru nanti.. :)

Kesimpulannya kalau nak berSMS tu kena wat double check pada kosa kata ayat, grammar die, past tense ke present tense, dan yang paling penting nombor yang nak dihantar tu.. hehe :)

Sekian..

SUMBER IDEA : CIK FYQA


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

MAK DARA FABULOUS GIVEAWAY

Assalamualaikum...

GIVE AWAY... selamat ulang tahun yang ke sepuluh bulan untuk blog mak dara kita ni ye...

aku rase tarikh aku start berblog ngan mak dara ni lebih kurang sama ja, tapi cuba ukur dari segi kejayaan.... mak dara dah jauh giler meninggal kan aku.. kurang asam nye mak dara..haha :)

http://www.bicaramakdara.com/2011/11/mak-dara-fabulous-giveaway.html

Haha. blog mak dara ni memang menarik pun.. beliau dan husband beliau adalah penulis skrip.. banyak skrip drama-drama yang telah mereka hasilkan... filem "LIBAS" juga adalah hasil dari tulisan suami beliau martias ali...

Giveaway kali ni beliau ingin meminta kita cadang kan satu tajuk filem.. ape tajuk filem nak bagi ne ek.. hehe..

IMPIANKU DALAM MIMPIKU

Tajuk blog aku sudey... haha.. ape pon xboley... janji ada kan... k la mak dara... xde hadiah nak bagi la untuk besday ke sepuluh bulan ni.. mak dara lak yang bagi hadiah kat orang len.. padan mukeee... :)

Sekian...

IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Monday, December 5, 2011

SETIAP ORANG ADA BAJU FEVERET SENDIRI

Assalamualaikum...

BAJU FEVERET.. ko orang perasan x kawan-kawan ko orang atau pun diri ko orang sendiri, dalam satu minggu mesti akan pakai baju yang sama dalam 2 or 3 kali.... kalau xde mungkin itu hanya perasaan aku je kut..

tapi aku rasa setiap orang mesti ada baju feveret ko orang sendiri kan....aku pon pernah perasan member aku, setiap kali nak turun town mesti pakai baju tu.. kalau dalam sebulan 4 kali turun town, semua 4 kali tu die pakai bj tersebut.... :)

Sama gak ngan member ak lg sorang, kalau g main badminton or futsal ke.. setiap kali bersukan mesti pakai "jersey malaysia"... hehe.. tapi xtau la kalau beliau mempunyai 5 6 pasang jersey malaysia kn..... :)

bukan aku nak mengatakan orang je.. aku pon same.. lagi2 kalau baju baru beli.... hehe.. rase cam nak pakai baju tu je ari2.. bukan ape, bile pakai baju baru beli, rase diri ni ensem sangat2.. hahaha..

gambar hiasan sahaja :)

Biarlah sape2 pun nak pakai baju sama ari2 kan.. bukannye xbasuh baju tu.. lain la kalau xbasuh.. mungkin aroma die akan mempengaruhi orang sekeliling.... memang patut kena tegur.. hehe..

Ko orang lak cam ne.. mesti ada baju feveret sendiri kn.. :)

Sekian....

IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Sunday, December 4, 2011

VIDEO DOKUMENTARI MAJALAH TIGA MENGENAI SKUAD HARIMAU MALAYA SUKAN SEA 2011

Assalamualaikum...

HARIMAU MALAYA... walaupun dah dua tiga minggu detik2 kemenangan skuad bola sepak negara memenangi pingat emas di sukan SEA Indonesia yang lepas, rakyat malaysia masih lagi tidak bosan untuk menceritakan pasal kejayaan gemilang ini kan :)


Malam tadi majalah tiga ada menayangkan satu dokumentari pasal dieorang ni.. aku pon xdapat nengok sebab menunaikan tanggungjawab untuk mencari rezeki buat keluarga.. hehehe

Tapi jangan risau, zaman teknologi, kat youtube berlambak video dokumentari tu.. hehe.. ni ha aku nak kongsi video tu ngan ko orang....



Bila nengok dokumentari ni, makin bertambah bangga kita kat skuad muda ni kan. Ong kim Swee memang berjaya membentuk skuad yang mantap untuk masa depan negara...

Hope pasukan ini tidak hanya setakat ini sahaja... pihak2 berwajib perlu menjalankan tanggungjawab untuk mengekalkan potensi dieorang semua ni kan.. MALAYSIA BOLEH...

Sekian....

IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

TUTORIAL BUAT BUTTON HIDDEN SHOUTBOX DI SIDE BAR

Assalamualaikum...

HIDDEN SHOUTBOX.... rasenye dah lame aku xbuat tutorial kan.. tapi tiba-tiba lak rasenye ari ni aku nak kongsi siket ngan ko orang, cara nak buat button shoutmix kat side bar....

Ala... cuba ko nengok side bar aku tu.. aku nak tunjuk cara wat cam tu la... mmang la xmenarik kan.. nampak simple je.. tp aku rase leh kurang kan kesemakkan dalam blog kita kn.. hehe


_________________________________________________________

1.Log in blogger>>Dashboard>>Page Element>>Add a Gadget>>pilih HTML/Java

2.Copy code di bawah ni

------------------------------------------------------------------
<div style="margin-top: 2px; margin-bottom: 2px" align="center"><div style="margin-bottom: 2px;" class="bigfont"><input style="margin: 0px; padding: 0px; width: 180px; " value="Open" onclick="if (this.parentNode.parentNode.getElementsByTagName('div')[1].getElementsByTagName('div')[0].style.display != '') { this.parentNode.parentNode.getElementsByTagName('div')[1].getElementsByTagName('div')[0].style.display = ''; this.innerText = ''; this.value = 'Sembunyikan'; } else { this.parentNode.parentNode.getElementsByTagName('div')[1].getElementsByTagName('div')[0].style.display = 'none'; this.innerText = ''; this.value = 'TUTUP'; }" type="button"/><br /> </div><div style="border: 0px inset ; margin: 0px; padding: 6px;" class="alt2"><div style="display: none;"><br />
code shoutbox
</div></div></div>
------------------------------------------------------------------

perkataan yang berwarna merah tu ko orang leh ubah mengikut keselesaan ko orang k :)

3.Paste code yang dah copy tadi dalam box HTML/Java

4.Dah siap paste dan edit..save

5.preview

Done!

_________________________________________________________


senang je kan.. ape lagi.. kalau ko orang berminat pergi lah cuba ye... kalau xberminat abaikan aje.. hehe :)

Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Saturday, December 3, 2011

PEMIMPIN POLITIK MELAYU PERLU BERSATU

Assalamualaikum...

POLITIK.... sekarang ini kan sedang hangat berlangsung nya perhimpunan agung UMNO di PWTC.... ramai yang cakap perhimpunan kali ini banyak yang bersangkut paut dengan pilihan raya umum akan datang..

Sebenarnya aku ni malas nak amik tau pasal hal politik.. aku pun xde sokong mane2 parti... maklumlah lah, politik negara kita kan semua faham kan.. huru hara.. hentam sane sini.. fitnah sane ni.. saman sane sini.. yang jadi mangsa rakyat jugak kan...

Walaubagaimanapun, xde la aku benci sangat pasal hal politik ni.. Aku amik tau juga la serba sedikit...

bagi aku perhimpunan UMNO kali amat pnting untuk menentukan hala tuju orang melayu akan datang ni. Sekarang ni pon, kita dapat perhatikan banyak kepentingan orang melayu dan raja2 sudah berani dipertikai olh golongan2 tertentu di negara kita ni.


Orang melayu perlu bersatu, walaupun ada perbezaan parti politk, tapi berkaitan hak dan keistimewaan orang perlayu kita semua berlalu bersehaluan.. kena bersatu mmpertahankan hak bangsa kita.. cube kita nengok bangsa cina, walaupun parti lain2, tapi hati sama2 menuntut hak mereka..

Aku bukan la nak tunjuk diri aku ni semangat sangat.. tapi, aku kan bekerja di pasaraya.. hari2 aku mengadap pelbagai jenis golongan rakyat malaysia.... Aku dah banyak kali jmpe bangsa lain yang hina orang melayu secara terang-terangan.. mereka anggap dieorang ni jauh lebih maju dari orang melayu...

Sedar lah semua wahai ahli politik melayu..

sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

BIODATA NAZMI FAIZ MANSOR HERO HARIMAU MALAYA

Assalamualaikum....

NAZMI FAIZ.. sekarang nama pemain cilik negara kita ni semakin mendapat perhatian oleh pihak media dan peminat2 bola sepak negara kita ni kn...

Daripada menjadi pemain bidan terjun di Sukan SEA sehingga menjadi pemain yang cukup hebat dan terkenal sekarang ni...

Ramai juga yang mempertikaikan mengenai penangguhan beliau untuk mengambil peperiksaan SPM tahun ni..

tapi bagi aku, xsalah tindakan beliau tu.. sebab peluang untuk mengembangkan karier beliau sebagai pemain bola sepak profesional ni bukannya selalu leh datang kn....

Aku pun suka sangat nengok cari dia main.. tepat sekali nama jolokan yang diberikan kepada beliau itu... "Kaka Malaysia".. hehe

_________________________________________

sumber google


Ni ada siket info pasal "budak kecik" ni ...:)

Nama Penuh: Muhamad Nazmi Faiz Bin Mansor

Tarikh Lahir:
16 Ogos 1994 (umur 17 tahun 2011)

Asal : Kuala Lumpur

Negara:
Malaysia

Tinggi :
167 cm

Posisi :
Midfielder

Nombor Jersi:
21

Sekolah :
Sekolah Sukan Bukit Jalil, (2008-2011)

_________________________________________Link

Selain itu, jaringan beliau masa match Skuad Olimpik Malaysia vs Bahrain tempoh hari tu pun telah di iktiraf dunia... Gol beliau tersenarai antara 10 jaringan gol terbaik dunia untuk minggu ini.... SUMBER

Aku bangga malaysia pemain yang bertaraf dunia ini :)

Sekian..


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

SINOPSIS FILEM OMBAK RINDU (ARAHAN OSMAN ALI)

Assalamualaikum...

OMBAK RINDU.. sekarang ni kan fenomena meleleh air mata melalui filem ombak rindu sedang melanda industri perfileman negara kita ni kan.. hehe.. Ramai yang cakap citer ni best giler.. lagi2 pada yang pernah baca novel asal cerita tersebut..

Aku pun teringin gak nak nengok citer ne kat wayang.. tapi bile pikir2 balek, aku rasa baik aku tunggu dvd je kuar ar.. bukan ape.. kang kalau aku nangis kat dalam wayang tu cm ne.. hahaha.... Banjir lak pawagam tu anti.. :)



k la sape yang belum nengok cter tu, ni ha ade siket sinopsis pasal citer tersbut.. hope ada siket bayangan untuk ko orang k :)

__________________________________________________

SINOPSIS FILEM OMBAK RINDU

Filem Ombak Rindu hasil karya novelis Fauziah Ashaari, Izzah, gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya.

Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah.

Isteri Taha cukup tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bala dalam keluarga mereka.
Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang.

Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak ayah saudaranya walaupun hatinya meronta.


Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz sanggup 'membeli' Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.


Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.


Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?

__________________________________________________

Filem arahan Osman Ali ini menampilkan pelakon kacak Aaron Aziz sebagai Hariz manakala, Lisa Surihani (Mila). Turut berlakon Maya Karin dan Umie Aida.

Sekian...



IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Friday, December 2, 2011

LELAKI TAKDE BULU KAKI TAK BOLEH PAKAI SELUAR PENDEK

Assalamualaikum....

BULU KAKI.. betol ke, lelaki yang banyak bulu kaki ni lebih menonjolkan kejantanannya.. haha... macam2 toeri la ko orang ni kan..

Pastu ada yang cakap lelaki yang ada bulu kaki ni seksi.. yang xde bulu kaki lak cam ne? xseksi ke? hehe.. Sekarang fenomena untuk menunjukkan "aurat bulu kejantanan" tu semakin berleluasa kan.. hehe.. Lagi2 budak lelaki melayu sekarang ni.. mesti rase diri tu ensem bangat kan... :)

gambar ni aku amek kat google je :)

Tapi nk dijadikan cerita ada member aku sorang ne, bulu kaki die xde la lebat sangat.. sekali nengok am xde je.. pastu die pakai short pant... ade la beberape orang makhluk member2 lain gelakkan beliau... diorang mngatakan " dah kaki xde bulu.. cam pompuan je.. ad hati nak tayang-tayang".... :)

yang menjadi persoalannya adakah lelaki yang tidak berbulu kaki tidak digalakkan memakai seluar pendek..haha... Aku soal, ko orang la yang jawab k.. maklumlah, lama xmenulis kat blog ni.. so idea pon xbanyak. :)

Sekian...

IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

JADUAL HARI PERSEKOLAHAN DAN CUTI SEKOLAH 2012

Assalamualaikum..

TAHUN 2012.. xlame lagi tahun baru akan menjelma.. sebulan je lagi... sekarang ne kan budak2 sekolah ngah seronok bercuti kan... semua ngah enjoy...

Mak aku kan cikgu.. beliau pon dah suruh aku search jadual ni.. nak tulis dalam report beliau..

Kepada budak2 sekolah, ko orang xnak tau ke jadual ko orang untuk tahun depan lak.. sini aku tunjukkan jadual untuk ko orang sume tu ye :)


Kumpulan A : Sekolah-sekolah di Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu



Kumpulan B: Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya




Hope dapat membantu ko orang semua ye...

Sekian...

IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

MAK NYAH KEMBALI KE PANGKAL JALAN

Assalamualaikum...

MAK NYAH... tadi aku baca akhbar metro... muka depan die menayangkan pasal mak nyah yang telah menemui hidayah untuk berubah ke pangkal jalan untuk menjadi lelaki sejati.. baguslah cam tu kan...

Aktiviti "kepangkal jalan" tersebut adalah Program Mukhayyam anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). aku xtau lah berapa ramai yang telah diperkasa kan.. :)

gambar hiasan dari google :)

Aku nak cadang kan agar pihak jakim pergi lah tangkap semua mak nyah kat luar sane tu dengan wat ops secara besar-besaran... kadang2 nyampah gak nengok dieorang ne.. dah la jalan nak bajet cun cun jerk.. pastu terjongket sane, terjongket sini.. ingat seksi bangat la tu.. haha.. cam mintak kaki saiz 11 pon ade... :)

Cam kat melaka ni, semua dah tau port terbaik mak nyah2 ni.. confirm ar kat ocean di jalan tun ali tu kan.. aku rase pihak jabatan agama mesti sudah tau pasal port ni .. tapi nape mak nyah2 ni masih bermaharaja lela lagi kat sane ek.. pelik gak kn..

Kadang2 kiteorang nak beriadah di taman tema yang terletak dibelakang ocean tu pon rase cam xselesa je.. lagi2 bile waktu malam.. bersepah2 spesis dieorang ne berpeleseran di kaki lima tunggu customer...

k la. ne cuma entry nasihat di pagi jumaat ne ye.. kepada lelaki-lelaki kat luar tu jangan lah jadi mak nyah k.. :)

Sekian...

IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Friday, November 18, 2011

VIDEO JARINGAN GOL MALAYSIA VS INDONESIA SUKAN SEA 2011

Assalamualaikum...

JARINGAN.. berjutaan tahniah diucapkan kepada skuad bola sepak sepak negara di sukan sea kali ini kerana mengekalkan rekod tanpa kalah setakat ini..

Dan terbaru, kita dapat melenyapkan sorakan provokasi penyokong Indonesia di stadium Gelora Bung Karno dengan berjaya mengalahkan Indonesia 1-0..


Walaupun pelbagai cabaran yang diterima oleh skuad negara, ternyata skuad negara masih antara kuasa bola sepak di asia tenggara ni kan.. sekali lagi tahniah kepada skuad bola sepak Malaysia...

Mari kita layan gol tunggal untuk perlawanan antara Malaysia dan Indonesia itu...



Sumber Youtube

Hope pasukan Malaysia dapat mengekalkan momentum ini untuk memberikan aksi yang lebih baik pada separuh akhir menentang Myanmar, dan kalau ada rezeki melayak kan diri ke final bola Sepak Sukan Sea 2011 dan memenangi emas...

Tahniah dan selamat berjuang Malaysia.. MALASIA BOLEH...

Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE