impianku dalam mimpiku

Tuesday, December 2, 2014

BIODATA NOVELIS RAMLEE AWANG MURSYID

Assalamualaikum...

RAMLEE AWANG MURSYID... Sebelum ni kan aku dah tulis satu entry pasal aku minat membaca novel karya Ramlee Awang Mursyid ni... "JATUH CINTA DENGAN NOVEL RAMLEE AWANG MURSYID"...

Kat sini rasanya xsalah kut kalau aku nak review siket biodata penulis novel thriller no 1 kat malaysia ni kan.. Sumber ni sume pun aku copy paste je dari sumber-sumber kat internet ni juga.. selain tu kat setiap novel karya beliau pon ada papr kan juga latar belakang beliau ni..

------------------------------------------------------------------------

Ramlee Awang Murshid lahir pada 4 November 1967 di daerah Papar, Sabah. Memulakan persekolahan di Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979). Kemudian menuntut di Sabah College (1980-1984). Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000). Kini, Ramlee memiliki ijazah B.A (Hons) Communication Universiti Kebangsaan Malaysia. Dalam pendidikan di UKM, Ramlee pernah menerima anugerah pelajar terbaik komunikasi (2000), watikah penghargaan khas (2001) dan pelajar terbaik keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi UKM (2002). 

Bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur. Dalam dunia penulisan, setakat ini Ramlee telah memiliki empat anugerah. Kejayaan novel PEI PAN yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002 (yang diadakan lima tahun sekali) dianggap kejayaan paling manis. Ramlee merupakan penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan itu

Karya pertama beliau berjudul. IGAUAN MAUT (terbitan 1995) merupakan novel yang pernah memenangi hadiah tempat kedua dalam peraduan menulis novel dewasa anjuran Dewan Pustaka (DBP) negeri Sabah. Novel IGAUAN MAUT sekali lagi dipilih memenangi Hadiah Sastera Negeri Sabah 1994/1995. Pada tahun 2010, Ramlee telah terpilih sebagai penerima Hadiah Karya Sulung sempena perayaan 25 tahun DBP cawangan Sabah dan anugerah novelis prolifik daripada Alaf 21.

Ramlee Awang Murshid seorang penulis novel melayu yang berjaya lari dari tema cinta. Beliau telah membuka ruang untuk genre lain untuk bertapak dalam pasaran novel melayu. Genre thriller yang diselaminya berjaya dihayati oleh ramai pengikut setia hingga kini. Kejayaan beliau membuka mata ramai pihak dan dicemburui oleh pesaing dalam pasaran novel. Namun beliau berdiri dalam cara dan gaya penulisan beliau yang tersendiri sehingga beliau dilabel sebagai Penulis Thriller No.1 Malaysia.

Memetik kata Pengerusi PTS, Ainon Mohamad melalui laman UNIKA PTS “RAM telah berjaya membuka Laut Biru pasaran fantasi Melayu dengan sangat berkesan. Jasa dan sumbangan beliau sangat besar.”
Ramlee Awang Murshid bukan sahaja berjaya menhasilkan novel terlaris di pasaran tapi juga novel bersiri yang digilai ramai. Contohnya novel dari Siri Tombiruo dan Laksaman Sunan, epik Laksamana Sunan adalah siri yang paling berjaya sentiasa dinanti sambunganya dari kalangan peminat setia selain terus menarik perhatian peminat baru.

Melalui pendapatan beliau dalam bidang penulisan, ini diakui oleh Ramlee sendiri beliau telah dapat membeli sebuah rumah dan kereta idaman untuk keluarga beliau. Beliau dan keluarga dapat menikmati hidup senang hasil daripada kejayaan novel-novel beliau.
 ------------------------------------------------------------------------
 ------------------------------------------------------------------------

Semoga apa yang aku paparkan ni dapat memberikan kita sedikit pengetahuan kita terhadap penulis yang hebat ni.. Sory lah entry aku ni copy paste je kan.. Tapi ada aku kesah...Aku telah jatuh cinta dengan karya Ramlee Awang Mursyid.. hehe..

Sekian...
 


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Tuesday, November 25, 2014

JATUH CINTA DENGAN NOVEL RAMLEE AWANG MURSYID

Assalamualaikum...

NOVEL RAMLEE AWANG MURSYID... aku ingat lagi dulu aku pernah wat satu entry yang bertajuk "TAK SALAH KAN KALAU LELAKI MINAT MEMBACA NOVEL" ... sebenarnya sekarang ni aku dah jadi giler ngan novel karya Ramlee Awang Mursyid ni..

Ko orang minat tak ngan karya dari novelis thriller no satu kat malaysia ni.. Aku pon start jatuh ngan novel dari novelis ni lepas baca novel MAGIS karya yang ke berapa ntah.. aku tertarik ngan watak-watak dalam novel tersebut iaitu SUNAN, CARLOS, RYU WATANABE, MIKAIL dan TOMBIRUO...

gambar hiasan... sory gambar collection aku xde.. usb hp ak ntah p mane ntah.. xdpt nk tnjuk :)

Lepas aku baca novel ni lah aku dah start kumpul karya-karya beliau.. nak beli novel baru kopak la duit aku.. aku layan kan aje buku-buku second hand yang aku beli secara online..

Setakat hari ni dalam koleksi aku ada 15 buah novel gak karya beliau..

1- Igauan Maut
2- Ranggau
3- Mandatori
4- Satu Janji
5- Tombiruo Terakhir
6- Rahsia Perindu
7- Hatiku Di Harajuku
8- Ungu Karmila
9- Hijab Sang Pencinta
10- Mikhail
11- 9 Nyawa
12- Rayyan Fantasi
13- Fiksyen 302
14-Aku Bercerita
15- Magis

Sekarang ni aku ngah pulun nak collect lagi novel-novel beliau.. ak rasa ada lebih kurang 30 kut karya beliau.. dan yang paling terbaru RAUDHAH...

Tapi susah gak la nak kumpul novel-novel beliau ni.. selain dari kekangan bajet, faktor lain adalah ada novel yang tidak akan dicetak lagi.. dan xbanyak orang yang nak jual novel beliau ni... semua bajet sayang sangat ngan novel dieorang tu.. puiii.. hehe

Ko orang cam mane, pernah x baca novel beliau ni.. sekali baca cnfirm puas hati beb.. karya beliau bukanlah jenis cintan cintun yang meleleh tapi leh dikategorikan sebagi 18 tahun ke atas kut.. thrill habis... hehe.. selamat membaca..

Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Sunday, November 23, 2014

HOI! BLOG AKU HIDUP LAGI LAH!

Assalamualaikum...

BLOG MASIH HIDUP... sudah agak lama disitu aku tidak menjenguk blog aku ni.. biasa lah.. aku bukan lah super tegar cam dulu.. ni pon sekali sekala jengah siket.. saje je tak nak bagi nampak bersawang sangat... haha..

gambar hiasan

Aku pun xtau sangat keadaan dunia blog underground sekarang ni cam ne.. mane la tau sekarang ni dunia blog dah berubah ke, x macam dulu.. dah xleh mengarut cam blog aku ni ke..ade aku kesah? bukannye ada kena mengena pon ngan ak kan..

Ok lah, sampai disini sahaja coretan aku k.. saje je abang long nak lawat kawasan siket.... hahaha.. puiiii

Sekian...

IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE