impianku dalam mimpiku: February 2012

Tuesday, February 28, 2012

CARA MENGATASI APABILA DIRI MENGALAMI TEKANAN ATAU MASALAH

Assalamualaikum...

TEKANAN... setiap orang tidak akan mendapat kesempurnaan dalam hidup masing-masing.. kadang-kadang bila seseorang mengalami sesuatu masalah, tekanan pasti akan melanda diri tu kan..

So, bagaimanakah cara ko orang untuk menangani permasalahaan ini ek :)


gambar hiasan dari google :)

----------------------------------------------------------------------

Lelaki bila mengalami tekanan atau masalah....

Lebih suka melarikan diri dan menghindari dari memikirkan masalah tersebut.. dengan itu dia akan cuba untuk menyibukkan diri dengan benda-benda lain, seperti lepak-lepak ngan kawan-kawan...

atau buat benda lain sama ada kerja yang berfaedah atau pun yang xberfaedah untuk mengelakkan diri dari mengingati masalah yang melanda.... :)


----------------------------------------------------------------------

Perempuan bila mengalami tekanan atau masalah...

Lebih suka meluahkan kepada seseorang tentang masalah tersebut... sehingga perkara-perkara peribadi yang tidak perlu diketahui oleh orang lain pun akan diceritakan juga... :)

selain itu, dia juga akan meluahkan perasaan dengan cara penulisan seperti di facebook, blog, diari atau pun tulis secara rambang dimana-mana kertas tentang perasaannya...


perempuan juga gemar melayan lagu-lagu yang sentimental untuk menyelami perasaan masing-masing :)


----------------------------------------------------------------------

aku pun xtau la betul ke tak tentang fakta ni kan.. aku ada gak terjumpa kat beberapa buah forum yang bincangkan tentang masalah ni.... kebanyakkan nye bercakap tentang fakta ni la...

Yang penting, terpulang kepada masing-masing untuk cuba menangani masalah yang melanda... jika perkara itu sesuai untuk mengelakkan diri untuk terus berasa tertekan, tidak salah kan... :)

Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Monday, February 27, 2012

LELAKI HANYA PIKIR MASA DEPAN BILA HENDAK BERKAHWIN?

Assalamualaikum...

MASA DEPAN... setiap orang mengimpikan sesuatu yang baik untuk masa depan masing-masing kan... tapi xsemua apa yang diimpikan itu akan kita dapat capai dengan sempurna...

Kali ni aku nak berbincang pasal orang lelaki... betul ke lelaki akan hanya pikir betul-betul pasal masa depan nya apabila seru untuk berkahwin itu telah sampai????

Maknanye, sebelum tu memang orang lelaki xde kesah sangat ke pasal masa depan die.. :)

gambar hiasan :)

Mase zaman baru abis belajar, adalah masa untuk enjoy dan ingin mencuba pelbagai benda ye.. kesan untuk jangka panjang tidaklah di ambil kisah sangat...

So, bile umur sudah semakin meningkat, maknanya waktu untuk berumah tangga semakin hampirkan.. so, adakah masa itu baru kesedaran untuk masa depan baru timbul??

Antara aspek selalu yang selalu dirisaukan oleh lelaki ialah tentang pekerjaan.. jika umur sudah mencecah 25 tahun, tapi belom dapat suatu kerjaya yang stabil dan mantap memang cukup merisaukan..

Selain itu ialah mengenai simpanan kewangan.. jika niat dihati ada untuk berkahwin, adakah simpanan sudah cukup untuk menjaga anak dara orang.. :)

Lagi satu aspek penting ialah aset peribadi.. contohnye kereta, rumah, insurans dan sebagainya kan.. jika tiada aset basic ni, memang terasa macam belum cukup lengkap.. bukan nak kata kebendaan perlu diutamakan dalam hidup ini, tetapi zaman sekarang ni benda2 ni memang cukup penting untuk hari mendatangkan...

Walaubagaimanapun semua nye adalah rezeki dari tuhan.. selagi tuhan xmengizinkan, selagi tu la kita tidak mencapainye.. tetapi, kita perlu berusaha untuk mecapainya dan kena bijak untuk mengatur perjalanan hidup kita sendiri... :)

Sekian...




IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Thursday, February 23, 2012

BEKERJA DI TEMPAT SENDIRI ATAU MERANTAU?

Assalamualaikum...

PEKERJAAN... zaman sekarang ni, alam perkerjaan memang cukup mencabar... kepada yang mempunyai kelulusan yang tinggi tak kira la diploma ataupun degree belum tentu lagi menjamin untuk mendapat kerja yang bagus2 kan...

Kat sini aku nak tanye pendapat ko orang la.. bagi ko orang, yang mane lebih bagus untuk memajukan diri kita, sama ada bekerja di negeri sendiri atau merantau ke negeri lain untuk mencari rezeki...

gambar hiasan :)

Aku rasa ini banyak melibatkan faktor nasib dan rezeki diri seseorang tu jugak... kadang2 kat tempat sendiri tu memang banyak kerja yang boleh kita cuba, cuma nasib je belum menyebelahi seseorang itu..

Selain itu adalah mengikut keselesaan individu itu sendiri... ada yang lebih selesa bekerja di tempat sendiri kerana sentiasa berada dekat dengan family... mungkin ada tanggungjawab dan perhatian yang tinggi untuk keluargakan..

Tapi ada jugak yang suka merantau untuk mengelakkan dari perhatian dari keluarga... mungkin untuk mencari kebebasan sendiri...

Hidup ditempat orang pun banyak juga cabarannya... jika kita pandai bawak diri mungkin kita akan jadi orang yang berguna.. tapi jika lalai dan alpa.. boleh hanyut jugakkan... moga dijauhi la...

Walaubagaimanapun, ini adalah rezeki masing-masingkan... kat mana-mana pun xkesah kalau kat situ memang dah rezeki kita kan.. yang penting kita sentiasa berusaha untuk memajukan diri kita ini... :)

Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Wednesday, February 22, 2012

#32 WORDLESS WEDNESDAY : KELAYAKAN OLIMPIK 2012 MALAYSIA VS JAPAN

Assalamualaikum..,

WORDLESS WEDNESDAY....


Sekian...


Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :)




IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Tuesday, February 21, 2012

BILA MEJA OFFICE BERSEPAH-SEPAH

Assalamualaikum...

MEJA OFFICE.... kalau ko orang kerja ofice, mesti ada meja sendiri kan... so,meja tu lah menjadi tanggungjawab ko orang untuk menjaga nye...

Dari segi susun atur, pengurusan dan dekorasinye... memang seronok kalau ada meja sendiri.. ada siket hak privacy kan.. so orang lain xbleh kacau...

kat sini cuma aku nak tanye siket je la... ape yang terpikir dalam kepala otak orang lain bile ternampak meja seseorang pekerja tu bersepah ek... kita fokus kepada lelaki dan perempuan je la ye.. hehe :)

-------------------------------------------------------------------



Bila Meja Lelaki Bersepah-sepah....

Wah rajin betul die ni kan.. mesti bos banyak beri keje kat die kan.. maklumlah die kan bijak.. kerja die sume memuaskan hati bos.. sebab tu die kalau boleh semua benda die nak siapkan cepat-cepat.. tu yang bersepah meja die ngan sume fail-fail tu...

-------------------------------------------------------------------

Bila Meja Perempuan Bersepah-sepah....

Eh, ni perempuan ke jantan nye meja ni... bersepah giler... mesti perempuan ni tak reti jaga kebersihan tu yang tempat die tunggang langgang .. nak kata wat keje, tu ha berlambak-lambak lagi fail atas meja tu... ntah bile nak siap agaknye tak tau la kan...

-------------------------------------------------------------------

tu ha die... entry ni cam nampak diskriminikasi gender jer..... xtau la betul ke x benda ni yang dipikir kan oleh orang yang melihatnye kn... ko orang lak cm ne...hehe

Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Monday, February 20, 2012

AYAT POPULAR SELEPAS NENGOK FILEM KAT WAYANG

Assalamualaikum...

WAYANG.. kepada yang kaki wayang mesti setiap kali filem baru keluar mesti ko orang dah serbu ke panggung wayang yang terdekat ...

Dan pabila selesainye aktiviti ko orang menonton tu mesti adalah sedikit komentar dan ulasan mengenai cerita yang ditonton tu ... hehe.. biasa lah , bila sudah dilantik sebgai pengkritik yang tak bertauliah mesti macam2 komen yang akan keluar kan...

------------------------------------------------------------------------



So apa ayat-ayat yang selalu akan keluar bila selesai menonton tu ek..

* ape la, rugi aku beli tiket mahal-mahal tapi citer hampeh je...

* pembohong siot cerita ni, mesti hero nak menang...

* cerita ne mesti ada sambungan nye kan...

* the making bukan men gempak, tapi cerita biasa je...

* Ramai cakap citer ni best, tapi aku nengok tadi biasa je...

* ngantok giler nengok citer tadi...

------------------------------------------------------------------------

Hahaha.. sumenye cakap benda yang negatif kan.. ko orang lak cm ne, ape komen yang selalu ko orang keluarkan lepas keluar dari panggung wayang...

Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Wednesday, February 15, 2012

PERSEPSI BILA KELUAR MAKAN DENGAN BOSS

Assalamualaikum...

KELUAR MAKAN DENGAN BOSS.... selama korang bekerja di sesuatu tempat tu, ko orang pernah x keluar makan berdua dengan bos ko orang... haha.. cnfirm pernah kn.. lagi2 kalau jenis company kecik :)

Tapi bagaimana pula tanggapan staff lain terhadap keadaan ini ek.. adakah positif.. ataupun negatif...

Biasalah, nak bagi contoh positif memang susah .. so, aku leh bagi contoh negatif je la yerk..hahaha..



-------------------------------------------------------------------------

Bila lelaki keluar makan berdua dengan boss (lelaki)....

Orang lain akan menganggap xlama lagi confirm la naik pangkat ... baik ngan boss la kata kan... bahasa lebih budiman bodek.. mesti boss nampak benda yang baik je kat die :) gaji pon makin lama makin up la... leh main peranan yang penting dalam company...

-------------------------------------------------------------------------

Bila perempuan keluar makan berdua dengan boss (lelaki)....

Orang beranggapan mesti die ade pape hubungan sulit dengan boss die... bahasa lebih budiman adalah skandalas... ye la.. confirm sume benda anti boss die payung .. kerja pon senang... semua boleh berjalan dengan lancar.. poket pon leh penuh..

-------------------------------------------------------------------------


seperti biasa.. ape yang diketengahkan ni belom tentu betol kan... terpulang kepada niat masing2 kan.. ikhlas atau tidak...

kepada yang dah masuk alam pekerjaan mesti pernah mengalaminya ... biasa la.. mulut orang mane leh tutup .. yang penting kita pandai bawak diri .. :)

Sekian...




IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Tuesday, February 14, 2012

BEZA LELAKI DAN PEREMPUAN BILA DI KRITIK OLEH BOSS

Assalamualaikum...

KRITIK.. setiap orang pasti pernah kena kritik kan.. jap... nak tanye ko orang lak.. ape beza kritik dengan kutuk ek.. haha.. terpulang la ko orang nk definisi die cm ne kan



kat sini aku nk bentang kan pasal kesan ape bila dikritik dengan bos..

-------------------------------------------------------------------------

Lelaki apabila dikritik oleh boss.......

akan berusaha untuk meningkatkan prestasi supaya dapat membuktikan kepada boss die bahawa die boleh buat dengan lebih baik... kiranya kritikan tu adalah sebagai semangat atau tonik untuk lebih maju ke hadapan.. hehe :)

-------------------------------------------------------------------------

Perempuan bila dikritik oleh boss...

Mula lah tarik muka 14... kadang leh sampai 1 bulan wat muka untuk tunjukkan protes die.. haha.. pastu kt belakang mulalah ngumpat sane sini kan.. boss pilih kasih lah, boss nampak salah die je la.. salah orang lain xnampak.. haha..

-------------------------------------------------------------------------

Bagi aku fakta ni xde la 100% betulkan.. maybe 51% perkara ni betul2 berlaku kan.. terpulang la kepada masing-masing untuk menilaikannya kan.. :)

Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

BIODATA PENUH ZARINA ANJOULIE

Assalamualaikum...

ZARINA ANJOULIE... aku pon bukan kenal sangat ngan pelakon dan model ni.. kalau aku dh xkenal die, de lagilah xkenal aku kan... haha

Tapi semenjak dua menjak ni aku nengok, rancak je sume orang xkire la kt blog ke, kat facebook ke, kat surat khabar ke bercerita pasal beliau ni..

Bukan cerita pasal kejayaan beliau, tapi pasal kontroversi beliau la.. kira yang buruk kut.. tu dieorang nye pasal la kan..

Kalau ko orang nk tau pasal beliau ni, aku ada siket info.. memang siket je info pasal die yang ak dapat.. haha..

-------------------------------------------------------------------------------------



NAMA PENUH: Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul

KETURUNAN: Melayu, Iran dan Scottish

TARIKH LAHIR: 9 September 1987

ASAL: Kuala Lumpur

KERJAYA: Pelakon dan model

AKADEMIK: Diploma Broadcasting & A Levels Law and Business

STATUS: Bujang

KELUARGA: Anak kelima dari lapan beradik

SUMBER

-------------------------------------------------------------------------------------


Hope ko orang dapat serba sedikit info pasal artis ni ek. :)

Sekian...


# ni la skill entry paling senang kalau xde idea.. hahaha




IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Thursday, February 9, 2012

BALASAN DARI KEBAIKAN DAN KEJAHATAN (SPONTAN)

Assalamualaikum


sumber dari google


"Jika kejahatan di balas kejahatan maka itu adalah dendam"

"Jika kebaikan di balas kebaikan itu adalah perkara biasa"


"Jika Kebaikan di balas kejahatan itu adalah zalim"


"Jika Kejahatan di balas kebaikan itu adalah amat terpuji"



Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Wednesday, February 8, 2012

SIAPA PULA TASHA MANSHAHAR NI?

Assalamualaikum...

TAHSA MANSHAHAR... sape lak si gadis ni :) aku jmpe video ni pon kat youtube... mase blogwalking pon aku jmpe gak dua tiga blog cter pasal gadis ni...


sumber gambar dari google :)



youtube


Penyanyi : Tasha Manshahar
Tajuk Lagu : Be Mine

Komposer : Tasha Manshahar



video tu diupload pada 2 februari... dan sekarang ni (8/2/2012) dah cecah 137994 viewers... banyakkan..

adakah akan lahir lagi sorng lagi artis you tube selepas fenomena adik kita si Najwa Latif tu.. hehe...

Dari segi video klip ni nampak cam profesional siket kn.. may be beliau ni dari golongan keluarga industri gak kut... ntah2 memang dh ada studio sendiri.. nickname yang digunakan kat youtube tu pon "CloraStudio"...

Apa-apa pon kita jangan beranggapan negatif tentang fenomena ni ek.. aku yakin mesti ada yang kutuk pasal gadis2 zaman sekarang ni berlumba2 nak jadi artis kn.. :) no komen :)

Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

#31 WORDLESS WEDNESDAY : BEZA RAGAM BOYS AND GIRLS

Assalamualaikum...

WORDLESS WEDNESDAY



Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :)

IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Friday, February 3, 2012

AKU TAK TAU NAK MENGARUT APE LAGI KAT BLOG NI



Assalamualaikum...

DUNIA BLOG... aku pon xtau la ape lagi aku nak wat kat blog ni.. ketandusan idea melanda diri...

tulis pasal peribadi ---> orang kata poyo lak mamat ni...

tulis pasal kerja ----> kerja aku bukannye good2 sangat pon untuk dikongsikan...

tulis pasal aktiviti harian ----> hari2 aktiviti aku same je.. xde yg menarik pon nak diceritakan

tulis pasal cinta ----> muka xnampak jambu or kasanova sangat untuk cter pasal cinta.. haha

tulis pasal benda lucah ----> blog aku bukan blog lucah :)

tulis pasal masakan ----> megi n telor je aku reti masak..:)

tulis pasal artis ----> ni bukan blog hiburan

tulis pasal cerita novel ----> aku xde bakat dalam mengarang jalan cerita


hahaha.. ape pon tak bley...

Sekian..


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Thursday, February 2, 2012

#11 SPONTANEOUS THURSDAY : YANG MENANG DAN YANG KALAH

Assalamualaikum...

SPONTANEOUS THURSDAY

sumber google


"Pemenang membandingkan prestasinya dengan tujuan mereka, sedangkan Penerima kekalahan adalah yang membandingkan prestasinya dengan pencapaian orang lain."

Nido Qubein, motivator Amerika Syarikat"


Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

PEREMPUAN CEREWET DALAM CARA PEMAKAIAN

Assalamualaikum..

PEMAKAIAN.. aku dapat idea ni pon bile aku terbaca satu entry dari member kita iaitu YAYA AZURA...

Kat sini bukan nak cter pasal pompuan yang banyk songeh nk pilih baju kat shopping or kat butik ke ape... ni nak cter pasal kecerewetan perempuan dalam pemilihan pakaian bile nak g mane2 terutamanye pergi kerja or kelas.. :)

Cam orang perempuan ni memang xsuka ek pakai baju yang sama dalam sebulan tu.. :) maksud aku kalau sebulan ada 28 hari maknanye 28 pasang baju lah diperlukan untuk bulan tersebut.. hehe

memang la setiap orang nak jaga penampilan masing2 kan. tp orang pompuan ni kadang overdose siket... ape lah salah nye ari ni kita pakai baju tu, minggu depan kita pakai bj tu lg kn.. bukannye ari2 pakai baju sama :)

Pastu bila dah pakai baju tu 3 or 4 kali dah rasa bosan lak nengok baju tu kan.. teros minda beralih arah kepada untuk membeli baju yang baru :)

hanya gambar hiasan je.. aku xtau nk letak gambar ape :)


Cam lelaki simple je.. mane baju yang nampak cm smart n bersih je sapu tros.. biasa la lelaki.. satu baju bila dh pakai 2 or 3 kali baru basuh.. hahaha.. cuma selang2 kn hari je kut :)

beli baju baru pon bila dah setahun pakai... haha..cam aku mase kerja ofice dulu... aku ada 8 pasang baju kemeja.. so selama 2 tahun la aku rolling pakai baju tu sume ari2 :).. maknanye paling lame pon selang 1 minggu je la :)

Tapi kita xleh mempertikaikan fenomena ni kan.. sebab orang perempuan memang dari dahulu kala lagi amat popular dengan sikap cerewet ni :) so kita paham2 sudey :)

Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Wednesday, February 1, 2012

#30 WORDLESS WEDNESDAY : RAGAM COUPLE MILLENIUM

Assalamualaikum...

WORDLESS WEDNESDAY


sumber dari google :)


Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :)

IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

UMUR BERAPA SESUAI UNTUK BERKAHWIN

Assalamualaikum…

KAHWIN… maksud kahwin mengikut Wikipedia ialah hubungan terikat antara dua orang yang diiktirafkan oleh pihak berkuasa sivil dan/atau diikat oleh kepercayaan. RUJUKAN

Nape aku tiba-tiba cakap pasal kahwin ek setelah lama x mengupdate blog.. jawapannye ialah suka aku la kan.. ni blog aku.. so lantak p la aku nak tulis ape.. :)

sumber google :)


Berbalik kepada tajuk asal..bagi ko orang cam mane ek? Zaman sekarang ni aku nengok semua orang kahwin dah xkire umor pon… ada yang kahwin awal ada yang kahwin lambat..

Ada member aku pas abis SPM dah dentum tros kahwin.. tapi ade gak yang dah cecah 30 pon masih still membujang lagi… rezeki dan jodoh masing-masingkan..

Tapi tak salah kan kalau ko orang ada target sendiri… benda ni tak dela mengikut faktor jantina.. lelaki ke, perempuan ke, bila dah sampai seru dan bila dah sedia, pe lagi, go on je la kn.

Tapi bagi orang perempuan, bile umor dah cecah je 25, mula la risau.. xde orang nk aku ke? Aku ni tak cantik ke? Aku dh expired ke? Haha.. tu baru empunya diri.. belom lagi family.. lagi la kecoh.. risau giler anak dara die xde orang nak.. mula la, risik sane, risik sini.. :)

Bagi lelaki lak, kadang-kadang bukan takda orang yang nak… masalah utamanya ialah kuantiti simpanan dalam akaun ASB, Maybank, RHB, CIMB, BSN,PUBLIC BANK dan HONG LEONG bank ko orang tu dh cukup ke nak sara anak dara orang… lagi pening oi.. :)

Kalau belom ada kerja yang stabil n ekonomi yang mantap jgn mimpi la nak malam pertama.. haha..

Pada yang dah kahwin tu tahniah di ucapkan dan bawak2 la berkongsi pengalaman ko orang sebelom nak kahwin tu kn.. dan kepada yang belom kahwin tu, bawak2 la bersabar… xkan lari dua gunung yang dikejar tu.. haha

Sekian…


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE