AL-KISAH PERTEMBUNGAN AWEK SEKARANG DENGAN EX-AWEK | impianku dalam mimpiku

Monday, December 19, 2011

AL-KISAH PERTEMBUNGAN AWEK SEKARANG DENGAN EX-AWEK

Assalamualaikum...

COUPLE.... zaman sekarang ni baru akil baligh siket je, semua2 berlumba nak cari pakwe/makwe kan... haha.. pastu clash.. tu la ragam budak2 zaman millenium ni kan... semua nak test market je.. :)

Ni aku nak citer siket satu kisah benar.. hehe.. yang melibatkan tiga orang member tempat kerja aku ni.. watak utama, 2 orang perempuan satu orang lelaki :)

-------------------------------------------------------------------

sumber google :)

AWEK 1 = NEELOFA (18 thn)
AWEK 2 = TASHA (19 thn)
BALAK = NAZMI (20 thn)


Alkisah...

Sebelum ni neelofa berkapel dengan nazmi... tapi 3 bulan lepas, dieorang ni clash.... sebulan selepas tu, neelofa berhenti kerja dari tempat ni atas masalah tertentu....

Selepas sebulan dieorang ni clash, nazmi berkapel lak dengan sorang awek ni, tasha namanya...pastu, si nazmi tarik la awek die, si tasha ni kerja di sini.. maka mereka bekerja lah di satu tempat yang sama dengan bahagianya :)

Baru2 ini si neelofa ni lak masuk balik bekerja di sini... Sebelum menimbul masalah mendatang , nazmi ceritalah sejarah silam beliau bersama neelofa kepada aweknya, tasha. :)

Ingat kan semuanya berjalan dengan lancar... rupa2 nye si tasha ni benci betul dengan si neelofa ni selepas beliau tau neelofa ni ex-gf si nazmi.. :) mungkin beliau takut neelofa ni nak kembali pada si nazmi :)

Sehingga kan si tasha melarang keras si nazmi bercakap atau berjumpa neelofa walaupun atas urusan kerja :)

Si tasha ni pon pernah bercakap hal yang buruk pasal neelofa kepada staff lain.. Sehingga menimbulkan ketidakselesaaan kepada staff lain kerana staff2 yang lain tu lebih mengenali siapa itu neelofa :)

Neeolofa pon sebenarnye bukan nye ada hati lagi kat si nazmi ni.... die masuk kerja balik pon sebab untuk mencari rezeki setelah masalah lamanye tu selesai... ( lepas die clash ngan nazmi ni pon die dah kapel ngan 2 lelaki lain... minah ni pon satu... leh tahan gak playgirl die.. haha)

Kadang-kadang wujud juga pertengkaran mulut antara dieorang itu.. si nazmi juga kadang-kadang seperti bingung untuk menghadapi masalah ini... rakan-rakan lain pula hanya mampu melihat dan tersenyum sahaja :)


-------------------------------------------------------------

begitulah kisahnya.. gelagat budak2 baru baligh bila brcinta... hehe

aku pon xreti sangat nak bercerita ni. kalau ko orang xfaham wat2 paham sudey... dan kalau ko orang faham apa pandangan ko orang pasal situasi ni ek.. :)

Sekian...



IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

16 comments:

KHRLHSYM said...

:3 lama tak datang menyinggah :3

Anum said...

hehehe

Alia Rahmat said...

biaslah lah tu .. cemburu tak hengaaattt !

*watak tu memg kena deme bertiga . aigoooo~

Ca Cik Duyung said...

tak profesional la diorang tu..benda yg lepas jangan dikenang.cewah..nak sgt jadi 'dewasa' (bercouple), tp otak macam dak hingusan..hentak je pale dua2 orang tu.erk!

LydSunshine said...

Taufiq, jangan kau kata ko nazmi tu sudah. Kekeke. Pendapat akak, pompuan yg mcm Tasha itu sangat tak yakin dengan diri sendiri. Kalau dia betul2 yakin dengan diri dia, dia mesti tak heran pun dgn ancaman2 pompuan lain. Akak pun penah kena taw. Wife kepada ex-bf akak meroyan. Ungkit kisah yg dah lama pdhal akak pun dah kawen dan tak heran pun dgn ex-bf akak tu. Apa ntah masalah dia.

Ezad Skytech said...

haha...tu la..kerja tempat sama lagi..mmg problem la..asal jumpa je mesti nak bergaduh...heee~

ikatankasihku said...

konflik mcm ni payah sikit, 1 tmpt keje lak tu, mesti 1 department ek..payah2 mcm tu..hanya mampu tgk , tp jgn campor, kang jadi hal lak.. :)

nick dot anis said...

hahaha i pon pernah jumpa kes camni:-)

Chuu Muqhlis said...

alaa., tasya tu takot azmi jatoh ke tgn neelofa semule., tu je.. so tpksa la tasya bersabar lebih dan tanam kepercayaan thadap azmi., ecewahh :P

Fyqa said...

mcm cinta monyet je dorang neh. hehehe

Alin Marlini said...

yg untung Nazmilah..2 org pompuan beebut2..hehehe

:: Mrs.Eady :: said...

aduyaaiii... :D

chii said...

masalah sungguh..sorang cemburu x bertempat..sorang lg..xtau la nak kata ape..haishh..da benti..leh plak masuk balik

Ahmad Haziq Azlan said...

takde pengalaman lagi....

siti kektus said...

kalau aku mungkin akan jeles sikit lah. tapi, tak adalah sampai tak bagi langsung bercakap atas sebab kerja.

Muji Anto said...

http://gambarawekmelayu.com/