PERLU HINDARI MUKADIMAH ZINA | impianku dalam mimpiku

Thursday, June 16, 2011

PERLU HINDARI MUKADIMAH ZINA

Assalamualaikum...

ZINA... sory ar kawan-kawan.. ari ni aku xsempat nak pikir n wat entry ape sebab.. so aku search je la kat MyMEtro n aku terjumpa ni... hope sama2 la kita dapat memotivasikan diri kita ni yerk..


Soalan...

"SAYA pernah tidur dengan bekas kekasih saya. Pada ketika itu saya ada menyentuh kemaluannya dengan jari. Sekarang saya sudah berubah dan bertaubat daripada kesilapan lalu. Adakah perbuatan saya dikira berzina? Saya amat takutkan azab yang bakal saya terima daripada Allah."



Jawapan

ZINA adalah persetubuhan haram dan hukuman had (jamak, hudud) dikenakan bagi persetubuhan haram yang secara fizikalnya membabitkan ‘perbuatan memasukkan hasyafah (kepala zakar) lelaki ke dalam faraj perempuan.’

Menurut as-Shirazi, zina ialah ‘persetubuhan yang dilakukan seorang lelaki Islam yang hidup di dalam negara Islam dengan seorang wanita yang dianggap haram disetubuhi tanpa akad atau seumpamanya dan tanpa hak milik atau seumpamanya sedang dia seorang yang waras, baligh, bebas memilih dan tahu perbuatannya adalah haram.’

Ibnu Qudama menyatakan, zina ialah ‘menyetubuhi pada kemaluan secara haram tanpa syubhah’ (Paizah Haji Ismail, 1996: 174).

Perbuatan lain tidak termasuk dalam zina yang dikenakan hukum had termasuk menyentuh kemaluan kekasih menggunakan jari, bercium, berpeluk, berkhalwat atau tidur bersama atas katil.

Perbuatan itu dikira perbuatan maksiat dan dikira percubaan melakukan zina atau mukadimah zina.

Walaupun tidak dikenakan had, mereka boleh dikenakan hukum takzir (menurut bahasa, pencegahan).

Memandangkan anda sudah terlanjur berbuat demikian maka anda perlu bertaubat kepada Allah dengan disematkan azam tidak mengulangi perbuatan keji itu. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan boleh membawa kepada jenayah zina.

SUMBER : MY METRO

Sekian..


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

13 comments:

Fyqa said...

skrng mkin b'leluasa.. hmm

Isteri Encek Bard said...

wakin banyak berlaku sekarang ni

cucu umie said...

incya-Allah wanita itu berubh lgpon dia sudah tkot akan azab Allah..

♥Mrs.Eady♥ said...

hurm...tq for sharing this..
cube tgk time new year,krrismas nnti...

Aniz said...

gagah baca sampai habis...minta dijauhkan dari azab allah...

ShafiqHashim said...

Mintak Dilindungi Perkara macam Tu..

Miss Candy Mandy said...

ramai yg da ta kesah

Piasara said...

"zmn skrg ni org dah tak fikir hukum dah top..cuma ada segelintir jer yg masih takutkn azab Allah...Na'uzubillah..smga di jauhkn ank2,adik2,kwn2,dn saudara2 kita dr perbuatan terkutuk ni.."

KAMIHIDUP said...

bertaubat selagi masih sempat.

Puan Kutu said...

pada yg berkapel tu cpt2 kawen.takde slhnya kawen muda.semua tu utk hindar dr dosa.semoga dpt menjauhi zina dan mukadimah zina..

Mawar Berduri said...

manusia..manusia..

♥ Elin ♥ said...

tanda2 dunia nak kiamat..tp manusia semakin leka.

siti kektus said...

moga mereka yg terlibat mendapat petunjuk dari-NYA agar berubah. ;)