APA YANG SEBENARNYA KITA CARI DARI DUNIA BLOG NI? | impianku dalam mimpiku

Monday, June 11, 2012

APA YANG SEBENARNYA KITA CARI DARI DUNIA BLOG NI?



Assalamualaikum...

DUNIA BLOG.. semasa mula berminat untuk menceburi dunia blog ni, apa sebenarnye yang ko orang fikir kan ek.. ape yang ko orang harapkan dari bidang ni :)

Dari apa yang aku perhatikan matlamat seseorang bila berada dalam line ni sumenya x sama.. pelbagai sisi yang kita pandang dan harapkan untuk mendapat kepuasan bila berada dalam dunia blog ni...

gambar hiasan sahaja :)

------------------------------------------------------------------------------

Apakah sebenarnya apa yang ko orang harapkan?

---> untuk mendapat nama dan dikenali oleh ramai orang?

---> untuk mendapat ganjaran/wang ringgit dari iklan2 yang dipasang?

---> untuk menjadikan blog korang tu sebagai diari digital ko orang?

---> untuk mempromosi produk-produk ko orang (perniagaan online) ?

---> untuk dijadikan medium sebagai tempat ko orang lontarkan pendapat atau fakta yang ikhlas dari diri ko orang sendiri?

---> untuk menunjukkan ko orang juga tidak jauh ketinggalan dalam teknologi arus perdana ini?

---> untuk menunjukkan yang ko orang ini berpengaruh?

---> sekadar untuk mengisi lapang walaupun tau xde sape nak baca blog kita tu?

---> untuk mengenali dengan lebih ramai rakan-rakan baru?

------------------------------------------------------------------------------

aku rase banyak lagi tujuan yang berbeza dari semua orang bila menceburi dunia blog ni kan... cam aku ni lak, sampai sekarang pon xtau lagi sebab ape leh kekal lagi kat sini.. ak pon xtau apa yang ak nak.. hahaha.. senang citer masih lagi mencari identiti diri kut :)

Kadang-kadang kita memang xtau sebab ape kita buat sesuatu perkara tu kan... semuanye mengikut sahaja suasana kehidupan kita...

Cuma yang penting, bila kita melakukan sesuatu ia akan memberi sesuatu kepuasan kepada diri kita kan.. biarlah tidak mendapat seperti apa yang orang lain dapat.. tapi sekurang2 nya kita tidak menganggap apa yang kita wat ini hanya lah sia-sia sahaja.. :)

Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

22 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

---> untuk menjadikan blog korang tu sebagai diari digital ko orang?

ini tujuan utama.. :) utk anak-anak jek :)

nazirah said...

hahaha jujur la ckp
dlu nk berblog ni
sbb nak duet haha
skang ni tak kot..
sbb seronok pulak berblogging ni huhu

Ahmad Haziq Azlan said...

hobi

Yaya Azura aka Naz Azra said...

lebih kpd diari digital..tak pe la takde org dtg baca pun..tapi dapat kawan baru tu bonus..hehe

UniMeOw said...

utk membuang masa dgn xtvt berfaedah..haha

JunAina said...

Diari digital. kadang2 tempat lepas geram...hehehe...

Asyiqin Haulisah said...

untuk untuk untuk urrmmm, *fikir.

Sery Suryani said...

saje suke2 tulis blog..
ingatkan org veteran mane komen blog kita tdi..
he3..

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

suke content entri ni..

banyak newbies yg mai buat blog ni sume pasal nk ade DUIT dri NUFFNANG...kadang2 rimas laaa dok tya itu ini..tp layannnn kn jee..

*mintak izin nk adaptasi content blog ini yee sebagai perkongsian kat bog patik..

Chuu Muqhlis said...

aku cari kawan.

Myra Jay said...

Tak kisah apa tujuan menulis blog pada seseorang tu, yg penting kalau dia happy orang sekeliling pun happy, dah cukup bagus ;)

Cikpuan rara said...

xcr pape.saje suka2.hehehe

Afasz said...

seronok berblogging ...

rasa mcm diari...kongsi apa yg aktiviti kite. & info2 yg kite tahu.

sharing is caring

lepas tu kenal blogger2...sgt seronok siap wat gathering smua.

schaze zainn said...

---> untuk menjadikan blog korang tu sebagai diari digital ko orang?

---> untuk mempromosi produk-produk ko orang (perniagaan online) ?

---> sekadar untuk mengisi lapang walaupun tau xde sape nak baca blog kita tu?

p/s: yang ni saye setuju sangat ;p

Nini D.. said...

btol..btol..btol..setuju!

MamaEma said...

untuk kenangan dan utk anak-anak malah terselit untuk side income

♥ ROS ♥ said...

Sonok tgk diorg citer life diorg, so ros pun nak jugak... Hahhaa... Biarlah hanya sedikit info :p

LydSunshine said...

Rasa mcm nak luahkan a deep thoughts saya dgn org lain yg kadang2 org tak fikir benda saya fikir dan nak tgk respon org cemana. Tapi kalau takde benda nak kongsi pun, tetap suka nak tulis apa2 je sbb saya mmg suka mengarang.

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

dah tentu utk isi masa lapang kat opis yg kebiasaannya xde keje.. hehehe

Adylia Qarissa said...

dkna pon tak tau kenapa dkna berblog..hehehee...dulu bila tengok entry kita tak ada sape komen rasa macam sedih sangat sebab tak ada orang baca...sekarang bila dah tau caranya berblog, ramai yang tinggal komen dan jejak rasa hepi...hepi..hepi..

sebab tu dkna akan komen apa yang dkna baca supaya pemilik blog rasa hepi seperti dkna rasa :)

THE LEKAT LEKIT STORY said...

kalau org selalu baca blog saya sudah pastinya alasannya kenapa saya berblog...
untuk dijadikan medium sebagai tempat ko orang lontarkan pendapat atau fakta yang ikhlas dari diri ko orang sendiri?
sebabnya banyak entri yg berkonsepkan macam tu kat blog saya. kekekekeke
pasal nama, duit bagai tu ada la skit2 tp bkn misi utama.. kalau misi utama benda tu.. rasa pakcik kayo dari pakcik Ben kot.. wakakakaka. just joke

chii said...

pd peringkt awal dulu..sebab terikut kawan..tp lama2 rasa menarik..sebab dpt luah,then dpt kenal org baru selain dpt info menarik yg tak pernah chii amik tau pun sblm ni