A DOCTOR IN THE HOUSE : THE MEMOIRS OF TUN MAHATHIR MOHAMAD | impianku dalam mimpiku

Saturday, March 12, 2011

A DOCTOR IN THE HOUSE : THE MEMOIRS OF TUN MAHATHIR MOHAMAD

Assalamualaikum...

TUN MAHATHIR... Beliau adalah antara idola aku. Aku begitu menyanjungi beliau kerana atas keberanian dan konsisten bile membuat suatu keputusan serta tindak tunduk kepada sesiapa.

Baru2 ne mantan perdana menteri kita yang disanjungi ini, telah melancarkan satu buku yang bertajuk "A Doctor In The House : The Memoirs Of Tun Mahathir Mohamad". Buku ini mengisahkan perjalanan hidup beliau dari kecil sehinggalah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.


Antara isi kandungan buku tersebut ialah :-

1- Kisah Tun Daim Zainuddin, seorang ahli perniagaan yang tidak pernah terfikir untuk menjadi menteri tetapi akhirnya dilantik sebagai Meneri Kewangan apabila Tengku Razaleigh Hamzah mengosongkan jawatan tersebut selepas Perhimpunan Agong UMNO 1984.

2- Operasi Lalang (OPS LALANG) membabitkan penahanan beramai-ramai lebih 100 orang termasuk ahli politik pembangkang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1987 menyebabkan Dr. Mahathir di label sebagai diktator.

3- Dr. Mahathir adalah Perdana Menteri pertama bukan daripada kalangan aliran undang-undang sepertimana Perdana Menteri sebelum beliau sekaligus mencetuskan konflik dalam pentadbiran undang-undang negara.

4- Seorang anak saudara Dr. Mahathir turut terlibat dalam gejala dadah tetapi telah insaf atas perbuatannye. Menunggang motosikal berkelajuan tinggi adalah hobi anak saudaranye itu selepas pulih dari gejala dadah, akan tetapi anak saudaranye itu telah terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya.

5- Dr. Mahathir mengaku pernah terlibat dalam pasaran gelap sewaktu zaman penjajahan Jepun dengan menjual pakaian lama, barang perhiasan dan barang milik peribadi termasuk rokok yang diperolehi daripada tentera jepun.

6- Beliau meragui sama ada benar pengganas yang terlibat dalam peristiwa 11 September 2001 atau ia hanyalah drama yang dipentaskan untuk meyakinkan dunia mengenai serangan serius pengganas terhadap Amerika Syarikat.

7- Dr. Mahathir amat kecewa dan marah apabila kerajaan membatalkan projek Jambatan Bengkok yang bakal menghubungkan Malaysia dan Singapura di Johor Bahru pada 2006. Beliau menuduh kerajaan Malaysia di bawah Tun Abdullah Ahmad Badawi lebih perihatin terhadap kepentingan Singapura berbanding Negara sendiri.

8- Selepas menyerahkan tugas Perdana Menteri kepada Abdullah Ahmad Badawi pada 31 oktober 2003, akhbar-akhbar telah menyiarkan gambar simbolik penyerahan satu fail biru kepada Abdullah namun hakikatnya, kata Mahathir, tiada apa-apa di dalamnya.

9.- Tun Mahathir hanya memiliki 2 buah kenderaan iaitu kereta Produa Kancil dan Proton Saga yang dibayar dengan wang sendiri. Kenderaan lain semuanya didaftarkan di bawah Kementerian Kewangan dan merupakan harta kerajaan.

*sumber - akhbar kosmo


Buku ini dijual dengan harga RM100.00 senaskah dan ditulis dalam Bahasa Inggeris.. Hope buku ini dapat mengajar kita tentang jerit perit seorang negarawan dalam perjalanan hidup untuk membangunkan suatu negara...

Sekian...



IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

17 comments:

pakteh wawan said...

sgt brinfo follow you hee

me as liana said...

dah lama sy nak tahu pasal buku ni.trimas ya ! :)

KAMIHIDUP said...

tabik tun.

Nurul Atika said...

anda direview, http://ikachenta.blogspot.com/2011/03/hari-sabtu-hari-mereview-blog-3.html

topimagine said...

pakteh >>> thankz :)
liana >>> wekam2 :)
KAMI >>> tabik KAMI gak :)
Atika >>> thankz tika coz view blog top ne :)

BAKAWALI said...

nana sayang beliau!!!

little cart00n said...

Tersangat2 nk baca buku ni! :)

Miss Tira said...

Pak-pak menteri yang lain tak mahu ke kira harta yang dibeli menggunakan wang sendiri? Hahaha.

Farhan Zulhusmi said...

sy suke pemikiran dy....
move and move....
like that........

Pirate said...

Im going to get this book soon :)

Nadhirah-chan said...

<------ sangat respek dr mahathir ^^

topimagine said...

nana >>> semua sayang beliau.. :)
cartoon >>> sy pon same.. tp dlm english ar.. sy dh la lembab english .. hehe :)
tira >>> haha.. mesti lagi banyak guna wang kerajaan kn :)

topimagine said...

farhan >>> tau xpe.. beliau ne pemimpin yang perpandangan jauh kn.. :)
pirate >>> leh la pinjam anti yerk :)
nadhirah >>> respek gak ngan beliau :)

SyedGraphiX said...

besar kan jasa dia :')

chii said...

seorg yg berfikirn jauh.. i loike =)

Siti Safiyyah said...

tunggu Nik Aziz punye buku pulak..ngehh


psstt : Anda masih ada ayah? Hargailah dia sebelum ...

FA said...

sanjung Tun..:) hebat...