SINOPSIS FILEM OMBAK RINDU (ARAHAN OSMAN ALI) | impianku dalam mimpiku

Saturday, December 3, 2011

SINOPSIS FILEM OMBAK RINDU (ARAHAN OSMAN ALI)

Assalamualaikum...

OMBAK RINDU.. sekarang ni kan fenomena meleleh air mata melalui filem ombak rindu sedang melanda industri perfileman negara kita ni kan.. hehe.. Ramai yang cakap citer ni best giler.. lagi2 pada yang pernah baca novel asal cerita tersebut..

Aku pun teringin gak nak nengok citer ne kat wayang.. tapi bile pikir2 balek, aku rasa baik aku tunggu dvd je kuar ar.. bukan ape.. kang kalau aku nangis kat dalam wayang tu cm ne.. hahaha.... Banjir lak pawagam tu anti.. :)



k la sape yang belum nengok cter tu, ni ha ade siket sinopsis pasal citer tersbut.. hope ada siket bayangan untuk ko orang k :)

__________________________________________________

SINOPSIS FILEM OMBAK RINDU

Filem Ombak Rindu hasil karya novelis Fauziah Ashaari, Izzah, gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya.

Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah.

Isteri Taha cukup tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bala dalam keluarga mereka.
Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang.

Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak ayah saudaranya walaupun hatinya meronta.


Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz sanggup 'membeli' Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.


Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.


Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?

__________________________________________________

Filem arahan Osman Ali ini menampilkan pelakon kacak Aaron Aziz sebagai Hariz manakala, Lisa Surihani (Mila). Turut berlakon Maya Karin dan Umie Aida.

Sekian...



IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

9 comments:

Senyuman Cahaya mata said...

Malam Tadi Baru tengok Citer Dia..! Sampai termimpi2..! ekekekekke tp
Memang best lah..! Walau ada perubahan sedikit dalam movie..! tapi cerita dia..! mMg teruja lah..!!! 2jam Dok dlm bilik Sejuk..! Puas Hati lah..! lagi2 adik Blanje..! Lagi lah Best..!!

Fazleyatul Aini said...

top jom la kita p tgk sama2 ! aku nak p tgk esok ! harap2 tiket still available. kalo xde, aku meraung depan kaunter tu !

Dkna Abza said...

teruja nak p tengok...tapi masih berfikir...nak p ke tak..nak ke tak huhuuuuuuuuuuuu

Unknown said...

teringin gak nak g..tp tatau bila...
tp nasib baik da baca novel nya..so da tau sket jln cite nye..

Unknown said...

teringin nak tengok, tp nnt byk pulak yang nak dikomen. he5

Unknown said...

huh..
ramai btuil wat sinopsis cter nie..
xyah g tgk panggung pn xper kalu cmni:p

anamizu said...

ramai gila fans movie ni.. tp tah nape guwa pon rase nak tggu dvd je.. xde keterujaan plak nk p tgk kt wyg..kehkehkeh





luv,
cik ana

Ca Ezah said...

jom abg top~ hehe..nak tgok top nanges..huahaha

Unknown said...

maya karin pakai tudung ke? katanya ada adegan atas katil