FAKTA MENGENAI PENYAKIT BATU KARANG | impianku dalam mimpiku

Tuesday, July 12, 2011

FAKTA MENGENAI PENYAKIT BATU KARANG

Assalamualaikum..

Penyakit batu karang
merupakan penyakit di mana batu terhasil dalam buah Pinggang yang terjadi daripada tumbuhan kristal halus hasil gabungan beberapa jenis kimia. Bahan kimia yang paling biasa menyebabkan penyakit batu karang adalah kalsium oxalat, kalsium pospat dan yang kurang dikenali adalah asid uric, cystine dan magnesiam pospat ammonia.

Saiz batu karang pula ada yang halus seperti pasir dan ada yang besar sebesar bola golf. Kebanyakan penyakit batu karang tumbuh membesar dalam buah pinggang, kemudian akan bergerak ke bawah ke dalam saluran kencing dimana ia biasanya akan menjadi bertambah besar.

Kesulitan mula akan timbul apabila batu karang menjadi terlalu besar yang boleh menyebabkan ganguan dalam perjalanan aliran air kencing. Ini biasanya akan membawa kepada penyakit di mana kuman akan merebak. Jangkitan kuman itu boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, jika penyakit batu karang tersebut tidak diubati segera.

Kejadian batu dalam buah pinggang atau penyakit batu karang ini adalah masalah yang biasa dalam saluran kencing. Dianggarkan bahawa terdapat satu hingga lima peratus dari jumlah penduduk biasanya akan mengalami menghadapi penyakit batu karang pada sesuatu ketika dalam hidup.

Sesetengah orang biasanya mengalami penyakit batu karang hanya sekali, kemudian pulih dan penyakit batu karang itu tidak berulang lagi. Bagaimanapun dalam banyak kes, penyakit batu karang adalah penyakit berpanjangan seumur hidup. Kebiasaannya orang lelaki pertengahan umur adalah lebih ramai yang mengidap penyakit batu karang ini dari kaum wanita.

Kadang-kadang penyakit batu karang ini boleh disebabkan oleh keturunan. Jika terdapat sejarah kejadian penyakit batu karang ini di kalangan ahli keluarga, sila dapatkan nasihat dari doktor.

Penyakit batu karang biasanya jarang menimbulkan masalah ketika ia mula terjadi. Tetapi bila batu karang itu beralih atau bergerak dalam ginjal atau dalam saluran kencing, ini akan menyebabkan kesakitan yang amat sangat dan pendarahan pada kebiasaannya boleh berlaku sehinggalah sesudah batu itu keluar.

Ada juga kes di mana batu karang tersekat yang akan menyebabkan kesakitan dan akan membawa bahaya bila kuman mula merebak. Jika ini berlaku biasanya tanda-tanda seperti pedih ketika buang air kecil, rasa loya dan air kencing berbau busuk akan berlaku. Penyakit batu karang pada keadaan ini memerlukan rawatan perubatan yang segera.


Apakah ubat batu karang ?

Jenis pengubatan penyakit batu karang adalah berbeza mengikut keadaan sesuatu kes itu. Jika batu karang dapat keluar dengan mudah, maka pengubatannya ialah dengan mengelakkan batu karang berlaku lagi. Untuk kes begini, penghidap penyakit batu karang akan diminta minum air dengan banyak iaitu sebanyak 3 liter sehari. Dengan cara ini ia akan dapat membersihkan buah pinggang. Makanan pesakit batu karang juga akan diubahsuai untuk mengurangkan bahan kimia yang terdapat dalam badan pesakit. Bila sahaja batu karang itu keluar, pesakit mestilah menyimpan batu tersebut bagi dibuat kajian. Kajian ini akan membolehkan para doktor menentukan sebab mengapa terjadinya batu tersebut dan dapat pula membantu untuk mengelakkan berulang lagi penyakit ini.

Telah ada pengubatan yang telah berjaya untuk menghancurkan batu asid uric dan systine. Bagi kes-kes yang lebih serius, bila batu tersebut terlalu besar untuk keluar sendiri, suatu pembedahan adalah perlu.

Juga penting untuk diingatkan bahawa penyakit batu karang ini memerlukan pengubatan sepanjang hayat. Ini adalah kerana, jika ianya tersekat dan perebakan kuman berlaku, buah pinggang tidak akan berfungsi lagi.


SUMBER : http://www.klik4sihat.com/penyakit-batu-karang.html

(sory, all copy paste)


Sekian...




IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

11 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

good entry dik..

Fathiah Hamim said...

mesti tengah sedeh pasal ayah kau kan. saba yea. semoga ayah kau cepat pulih.

Isteri Encek Bard said...

Banyakkan besabar yer Top, mesti risaukan akan kesihatan ayah top.. Thanks sebab bagi info nie

Lya Colours said...

sama2 la menjaga kesihatan. penyakit sekarang tak mengenal usia. aku baru dapat tau ada member serumah aku masa time uitm dulu kene kanser usus, agak kritikal. baru operate kelmarin. harap2 yang terbaik untuk dia, dan dipermudahkan urusan dan diberikan kesihatan yg baik semula

mOon jOhari said...

...ptt la ayat x lintang pukang...cOpy paste...hehehe....

semOga ayah cepat sembOh....

siti kektus said...

atok pon ada penyakit ni,

mogac cepat sembuh penyakit tu. ;)

kayrul-shah said...

entry yang menarik untuk pengetahuan semasa

Piasara said...

"macam2 penyakit kan..akk ni takut sgt nk pi check up sbb takut doktor jumpa penyakit2 yg bersembunyi lam bdn akk ni..~top,smga ayah kamu cepat sembuh yer.."

KAMIHIDUP said...

bagus entri ni top. :)

armouris said...

lagi info tentang batu karang di SIHAT SELALU - Punca Batu Karang Terbentuk

Shaun said...

sama2 la menjaga kesihatan. penyakit sekarang tak mengenal usia. aku baru dapat tau ada member serumah aku masa time uitm dulu kene kanser usus, agak kritikal. baru operate kelmarin. harap2 yang terbaik untuk dia, dan dipermudahkan urusan dan diberikan kesihatan yg baik semula