TUKAR JANTINA LEPAS, TAPI NAK TUKAR NAMA LAK TAK LEPAS | impianku dalam mimpiku

Tuesday, July 19, 2011

TUKAR JANTINA LEPAS, TAPI NAK TUKAR NAMA LAK TAK LEPAS

Assalamualaikum...

LELAKI PEREMPUAN... ingat lagi x pasal kesah seorang hamba Allah dari terengganu yang dilahirkan sebagai seorang lelaki dan telah melakukan pembedahan jantina untuk bertukar kepada seorang wanita.... :)

Beliau telah memohon kepada Mahkamah untuk menukarkan nama beliau daripada nama lelaki kepada nama perempuan... name perempuan yang die pilih tu xmacam best lak.. hehe.. walaubagaimanapun mahkamah tlah menolak permohonan beliau tu....

___________________________________________
BERITA PENUH

KUALA TERENGGANU: “Walaupun pemohon sudah menjalani pembedahan tukar jantina, perkara itu tidak boleh dijadikan hujah untuk mendapatkan kebenaran mahkamah.”

Demikian kata Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Mohd Yazid Mustafa dalam penghakimannya ketika menolak permohonan Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 26, yang mahu menukar namanya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz, semalam.

Selain itu, kata Mohd Yazid, tiada laporan lengkap daripada pihak hospital bersabit pembedahan jantina yang dibuat terhadap Mohd Ashraf Hafiz dan sepanjang prosiding berlangsung, tiada seorang pun doktor dipanggil memberi keterangan.

“Selepas kes ini diperhalusi dan diteliti daripada semua aspek dan mengambil kira implikasi kepada masyarakat, mahkamah menolak permohonan ini,” katanya.


Bagaimanapun, Mohd Ashraf Hafiz selaku pempetisyen tidak hadir di mahkamah semalam dan hanya diwakili peguamnya, Horley Isaacs.


SUMBER : MYMETRO

___________________________________________

inilah tabiat manusia akhir zaman kan.. menuntut yang bukan. tidak bersyukur dengan ape yang telah tuhan tetapkan.. jangan pilih jalan hitam... musnah diri nanti....

hope bangsa melayu dan umat islam di negara kita ni cube lah elakkan daripada menjadi bangsa yang xbertamadun kan... jangan terlampau sekular sehingga melangkaui norma2 kehidupan kita sebagai seorang manusia :(

Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

21 comments:

Isteri Encek Bard said...

Nauzubillahiminzalik....

:: Mrs.Eady :: said...

org yg tak bersyukur...

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

masyaallah.. mmg kita sedang menuju ke hujung zaman nampak gayanya..

Lya Colours said...

akhir zaman..

Mrs.Yie said...

yang paling x tahan bila tengok dia pakai tudung tu..kahkahkah..adoi la..apa la nak jadi..

Fathiah Hamim said...

menggedik betul

Bidasari said...

Susah nak ceritakan... tapi kalau dia khunsa dia ada hak nak memilih dia lelaki atau perempuan... itu kelebihan dia... kalau dia betul2 khunsa laa .... wallahualam...

cucu umie said...

agaknyer apalah perasaan dia ea bila tak diizinkan..perghhh tapi tak boleh blh sebb pky tudung sekli..lelaki trtp lelaki lh

Cikya said...

Top,

mungkin dia rasa tak adil dilahirkan sebagai lelaki..
manusia macam2..
harap dijauhi semua..
wallahua'lam..
tahu dakk nape dia nak tukar jantina?

kayrul-shah said...

macam mana la nanti bila dia mata ye.....

Amirah Suhana said...

Macam2 kan sekarang ni....

siti kektus said...

mlm tadi ada tengok berita pasal ni.
aish, siap bertudung bagai.

naseb baik mahkamah tolak, kalau di approve, mau semua mak nyah nak tukar nama.

Cik Bell said...

sungguhpun dia mempunyai sifat-sifat kewanitaan tapi jgn smpai dia melakukan pembedahan tukar jantina.Mengubah ciptaan Allah.Nauzubillah~

Piasara said...
This comment has been removed by the author.
Khairul Antasha said...

haihhh..tu la manusia tak reti bersyukur

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

ish ish... xtau bersyukur laa budak tu... allah dah bagi jadi lelaki... nak jadi pompuan plak... berdosa mengubah ciptaann Allah..

chii said...

hurm..bagus la mahkamah tak lepaskan..kalo kerajaan lepaskan..rasanya akan mcm2 berita kuar nnt ttg sistem perundangan kat m;sia

Fiizya Aurora said...

dunia sekrang dah caca marba ^_^

Piasara said...

"komen terdahulu terpaksa didelete..hehe top,tau tak kenapa...sebab ada 2,3 entri yg akk baca masa bw mlm ni buat akk takut...takut sbb akk pun tak sempurna sebenarnya ,jadi tak nak komen lebih2..."

abu idris said...

arrayah.info - Hukuman terhadap Si Penukar Jantina Jika Dia Tidak Bertaubat

Lisarvao said...

arrayah.info - Hukuman terhadap Si Penukar Jantina Jika Dia Tidak Bertaubat