JOM MENONTON FILEM LIBAS by Mak Dara | impianku dalam mimpiku

Monday, September 26, 2011

JOM MENONTON FILEM LIBAS by Mak Dara

Assalamualaikum...

CONTEST... semua sedia maklum tak lama lagi filem yang berkisar tentang sukan tradisional melayu kita sepak takraw akan menerjah layar perak... filem tersebut diberi nama LIBAS...

ko orang tau x sape penulis skrip filem tu? beliau adalah Martias Mohd ALi.. Beliau adalah suami kepada Puan Adza Irdawati Adenan @ Mak Dara.... Mak Dara lak adalah antara member blogger yang terawal aku kenal.. beliau ni artis tau dulu.... salah sorang anggota band D'ADZA..

http://bicaramakdara.blogspot.com/2011/09/contest-jom-menonton-filem-libas.html

So, sempena perlancaran filem LIBAS ni, mak dara dengan kerjasama syarikat MDAG Sdn Bhd telah mengadakan satu contest.. so, aku ape lagi.. confirm ar kena join kan.. lagi2 bile dah di tag oleh SITI KEKTUS... :)

------------------------------------------------------------------------------
SINOPSIS FILEM LIBAS

Adnan Saladin seorang pakar Libasan dalam permainan sepak takraw (Libas). Dia di gelar sebagai raja libas Malaysia. Kehebatan libasan Raja Libas sangat digeruni pasukan lawan terutamanya dari pasukan Siam (Thailand). Kecederaan berlaku mengakibatkan tekong Malaysia (Dali) parah apabila Libas gagal menampan libasan kuat AK Nangkhon lalu terkena dadanya. Akibatnya Malaysia tumpas kepada Thailand untuk kali kedua berturut-turut. Jurulatih dan rakan sepasukan, Megat turut menyalahkan Adnan Saladin kerana kekalahan itu sehingga Jurulatih sanggup memutuskan pertunangan Adnan Saladin dengan anaknya, Ratna.

Raja Libas resah apabila diketahui Mr. Wilson menawarkan perlawanan Libas lebih awal dari selalunya untuk mendapatkan bola warisan yang mempunyai nilai sejarah dan kuasa mistikal. Tawaran lumayan diberikan kepada pasukan Thailand demi mendapatkan bola warisan tersebut yang berada pada Raja Libas. Raja Libas berfikir siapa yang harus dia ambil sebagai pemain bagi mengekang kehebatan pemain Thailand. Akhirnya Raja Libas dapat menemui pemain baru dan mengumpulkan regu pasukan yang terdiri daripada Megat (pemain lama), Hamadi dan Kumok yang merupakan taruhan Libas untuk menentang Thailand nanti... Diperlawanan akhir, pasukan Malaysia teruk dibelasah oleh pasukan Thailand. Mampukah Raja Libas mempertahankan maruah negara. Nantikan kesudahannya...

SUMBER : sinemamalaysia.com

------------------------------------------------------------------------------

Aku nak tag : LYA COLOURS, AZLAN THE TYPE WRITER,

Sekian..



IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

6 comments:

bicara mak dara said...

Terima kasih sbb sudi join contest aka ni ye.. Org kuat LIBAS akan memilih pemenang cont1est ini.. Nantikan keputusannya esok ya

ct kektus said...

wewiitt. dah join dah. weh kalau kau menang, tiket kite pancung na. haha ;p

Unknown said...

dah tengok trailer sikit .. heheh

Mia Liana said...

good luck ya...

Fazleyatul Aini said...

wei top dah tutup la !! awat hang x habaq semalam, malam tadi due date diaaaaa

Isteri Encek Bard said...

wahhh tak sabo nak tengok filem Kak Adza nie