BEKERJA DI TEMPAT SENDIRI ATAU MERANTAU? | impianku dalam mimpiku

Thursday, February 23, 2012

BEKERJA DI TEMPAT SENDIRI ATAU MERANTAU?

Assalamualaikum...

PEKERJAAN... zaman sekarang ni, alam perkerjaan memang cukup mencabar... kepada yang mempunyai kelulusan yang tinggi tak kira la diploma ataupun degree belum tentu lagi menjamin untuk mendapat kerja yang bagus2 kan...

Kat sini aku nak tanye pendapat ko orang la.. bagi ko orang, yang mane lebih bagus untuk memajukan diri kita, sama ada bekerja di negeri sendiri atau merantau ke negeri lain untuk mencari rezeki...

gambar hiasan :)

Aku rasa ini banyak melibatkan faktor nasib dan rezeki diri seseorang tu jugak... kadang2 kat tempat sendiri tu memang banyak kerja yang boleh kita cuba, cuma nasib je belum menyebelahi seseorang itu..

Selain itu adalah mengikut keselesaan individu itu sendiri... ada yang lebih selesa bekerja di tempat sendiri kerana sentiasa berada dekat dengan family... mungkin ada tanggungjawab dan perhatian yang tinggi untuk keluargakan..

Tapi ada jugak yang suka merantau untuk mengelakkan dari perhatian dari keluarga... mungkin untuk mencari kebebasan sendiri...

Hidup ditempat orang pun banyak juga cabarannya... jika kita pandai bawak diri mungkin kita akan jadi orang yang berguna.. tapi jika lalai dan alpa.. boleh hanyut jugakkan... moga dijauhi la...

Walaubagaimanapun, ini adalah rezeki masing-masingkan... kat mana-mana pun xkesah kalau kat situ memang dah rezeki kita kan.. yang penting kita sentiasa berusaha untuk memajukan diri kita ini... :)

Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

21 comments:

Anum said...

bagi anum x kisah
kat mane ada rezeki anum.. anum terima

Ezad Skytech said...

kerja kat mana pun tak kisah sebenarnya...ada rezeki kat situ..kat situ la aq pilih... :D

ikatankasihku said...

ikut gerak hati

mykhalis said...

Khalis pernah kerja gomen.. kerja dengan orang tempatan..pernah berhijrah kerja dengan orang luar.. last2 berniaga jugak.. jadi rasanya berusaha untuk buat apa yg kita suka dan selesa..

ApiH said...

lebih suka keje tempat sendiri tp skrang Apih still merantau kat tempat orang.. bila la nak dapat balik keje kat kg ni.. ehehee..

LydSunshine said...

Bagi akak, kat mana2 pun ada kebaikannya. Kalau kat tmpat sendiri, dekat dgn family boleh berbakti kepada mak ayah, boleh rapat dengan adik beradik. Bila susah, ada ramai yg kita boleh mintak tolong. Kalau tempat org pulak, kita boleh jumpa macam2 org. So, pergaulan kita tak la dari kelompok itu je.

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

hmm terpulang pada diri indvdu tu laa..

kalo kat negeri sendiri..susah nak dapat pekerjaan.. merantau je laa.. ke negeri lain..

xkan nak duk situ jugak ibarat tggu bulan jatuh ke riba.. lebih baik usaha cari di tempat lain..

mcm aku..dah senang duk kl.. tapi mgatal sgt nak cari keje kat melaka gak.. hehe.. xdpt2 pon.. lalala~

mizzkechique said...

tak kesah kt mana² pun.. rezeki.. xblh memilih...

:: Mrs.Eady :: said...

kerja gomen sb abah suruh.. :)

Pen Biru said...

sy ditakdirkan bekerja di tempat sendiri..alhamdulillah..

Nini D.. said...

btol..bumi Allah ni luas utk cari rezeki yg halal :)

chii said...

mana2 pun x kisah..as long pandai bawa diri..da cukup..kadang2 kalau nak terkejar2 tmpat yg jauh skalipun..tp paymnt x seberapa..x best gak kan

Cik RoSs said...

Kalau keje di tempat sendiri jimat bab sewa rumah dengan makan!

Kalau keje luar tempat sendiri,parah duit poket...tapi,kebaikannya adalah kita belajar hidup berdikari.

[PCL] said...

salam, sy dah jadi perantau sejak sekian lama...mmg nasib dan rezeki kita..selagi ada kudrat kita buat apa yg terlarat...yeah betul, keja kat mana pon sama je...janji mau rajin segalanya.

dhiera said...

saya lebih suka bekerja di negara sendiri sebab rasa bertanggungjawab pada keluarga sebagai anak sulung. walaupun, ada rasa juga nak bekerja di luar negara.

yang pentng, kita kena adapt dengan situasi. kalau ada degree tapi tak ada pengalaman, orang pandang sebelah mata je. apa pun kerja yang kita dapat, cuba sesuaikan dan improve kan diri sendiri supaya jadi lebih baik. yang penting, ikhlas dan bekerja kerana Allah swt. insyaallah berkat lah rezeki kita

Mama Ema said...

kerja kerajaan..kalau boleh nak kerja di kampung jer..sebab sama jer gajinya...

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

Dulu masa muda muda akak mmg teringin sangat merantau dan bekerja di tempat org namun bila dah berkeluarga ni rasanya dudok malaysia ajelah sampai bebila hehehehe

Mrs Nury said...

Dimana ada kemahuan di situ ada jalan. Peluang ada dimana-mana saja. Kita cari kita jumpa+dapat. TEPUK DADA TANYA SELERA!

nazirah said...

aah betul tak kesah kt mana2 pun kte kerja yg penting kene rajin, dan usaha baru bole kekal & berjaya insyaallah ;)

Miss Anis said...

nk kja kt mna2 pun bleh cuma kna berusaha n mencari la.....

kaki langit said...

Tengah bfikir untk hdup merantau ke negeri jiran je .