LEE CHONG WEI JUARA MALAYSIA OPEN 2011 | impianku dalam mimpiku

Monday, January 24, 2011

LEE CHONG WEI JUARA MALAYSIA OPEN 2011


Assalamualaikum…

SEORANG LAGENDA.. disebalik konflik dalaman yang melibatkan kontinjen badminton negara kite kebelakangan ni, wira kita Datuk Lee Chong Wei still berjaya melengkapkan kejuaraan yang ketujuh Badminton Malaysia Open sepanjang kariernya. TAHNIAH diucapkan.

Datuk Lee Chong Wei dengan mudah dapat mengalahkan pemain “budak nakal” dari Indonesia.Dengan 37 minit sahaja beliau dapat mengalahkan pemain seberang itu dengan straight set 21-8, 21-17.

Bagi akulah, aku amat berbangga sebab Datuk LCW dapat menjuarai kejohanan ini disebalik masalah yang melanda. Beliau memang mempunyai ketahanan mental dan semangat yang tinggi. Cuma agak terkilan coz xdapat jumpa musuh tradisi Lin Dan di final. Kalo match antara dieorang confirm lagi berdebar dan menarik kan.

Lagi satu, tentang arena badminton negara, siapakah akan menjadi pelapis bg Datuk LCW ek. rasanya belum ada lagi pelapis yang berpotensi untuk menggantikan beliau. apa-apapun kite perlu berfikiran positif k. May be 2 or 3 tahun nanti, pelapis kita seperti Ramdan Misbun ataupun Iskandar Zulkarnain berjaya membayangi Datuk LCW. Insya'allah.

Sekali lagi diucapkan tahniah kepada Datuk LCW coz terus mengharumkan nama negara dipersada sukan dunia.. MALAYSIA BOLEH.. MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

Sekian...

IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

No comments: