Assalamualaikum...
HAIWAN PELIHARAAN.. Didalam islam juga ada menuntut kita untuk menyayangi haiwan. Banyak haiwan yang boleh kita pelihara untuk dijadikan teman. Seperti kucing, arnab, anjing bagi non-muslim dan sebagainya.
Tetapi hobi ini biasanya merujuk kepada kanak-kanak ataupun kepada golongan wanita. Walaubagaimanapun golongan adam pun tidaklah terkecuali. Apakah haiwan peliharaan yang sesuai untuk kaum adam. :)
Adakah salah jika seorang lelaki yang mempunyai badan yang cukup tegap, tough dan berketul2 mempunyai hamster sebagai haiwan peliharaannya?. Ini sudah cukup untuk membuatkan orang sekeliling menjadikan perkara tersebut adalah suatu jenaka.
Bagaimanapula bagi perkara untuk menjaga kebajikan haiwan tersebut jika lelaki mempunyai haiwan peliharaan? Banyak yang perlu dittiik beratkan untuk seekor haiwan itu seperti makan minum, kesihatan, mandi, tempat tidur dan sebagainya. Dengan menjadi lumrah alam, kaum adam yang terkenal dengan sikap ambil mudah dan sambil lewa, mungkin jangka hayat binatang tersebut tidak lama. :)
Bagi memupuk kasih saya terhadap haiwan tersebut pula, adakah lelaki akan berjaya menjalinkan satu hubungan yang mesra dengan haiwan tersebut. Dengan sikap lelaki yang tidak mempunyai kesabaran yang tinggi dan panas baran, adakah dapat menahan dengan kerenah-kerenah binatang tersebut yang kadang-kadang menyakitkan hati itu.
Mungkin semua yang disebut diatas merujuk kepada perkara negative bagi lelaki. Apa-apa pun tidak semua lelaki bercirikan seperti yang diperkatakan. Terpulanglah kepada masing-masing untuk mencorakkanya kerana haiwan memang diciptakan tuhan tanpa akal. Dan kita yang mempunyai akal ini lah yang menentukannya.
Apa-apa pun aku mengakuinya yang aku ni memang tidak ada berbakat langsung untuk mempunyai sebarang haiwan peliharaan. hehehehe :)
Sekian...
2 comments:
Haiwan peliharaan kebanyakan lelaki bukan haiwan kecik2 biasanya.. Macam kuda tu.. errkk (termasuk dalam list tak?..)
*Ada member tu sanggup berhabisan semata mata kerana kucennya.
Jemput ke ALL IN ONE
hehe.. kalo kategori org berada leh la jdkn kuda tu member kn... :)
Post a Comment