Assalamualaikum...
HARI TANPA BEG PLASTIK... Minggu ne adalah minggu yang ke 4 kempen “hari tanpa beg plastic” di Melaka. Di negeri-negeri lain aku xtau lah samada ada dah lama start ataupun belum lagi. Pada setiap minggu hari sabtu, semua supermarket di Melaka tidak akan menyediakan beg plastic untuk customer. So, pandai-pandai lah ko orang bawak sendiri beg dari rumah ataupun beli sndiri beg plastic tu dengan harga 20sen satu. Kempen ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pengguna tentang kepentingan menjaga alam sekitar.
Buat pengetahuan ko org, aku sebenarnya tiap2 petang wat part-time jadi cashier kt Giant Hyper Market Melaka sebagai cashier. So, dah banyak feedback lah ak dapat dari customer semenjak kempen ini dijalankan.
Aku ingat lagi first week kempen ini dijalankan, berbakul-bakul cashier kena maki ngan customer yang tak tau lg tentang kempen ini. :) . Tapi nak wat cm ne kan. Dah name kerja. Lagipun bukan cashier yang tetapkan peraturan ni, kerajaan yang lancarkan kempen ni. So kite orang butakan mata, pekakkan telinga sudey.. hahaha.
My opinion tentang kempen ini, baguslah untuk memberi kesedaran kepada pengguna tentang kepentingan menjaga alam sekitar. By the way, memudahkan lagi cashier untuk membuat kerja. Just scan and tolak. Pastu total. Pandai2 lah customer nak wat pe ngan barang dieorg. Kalau hari lain, macam lembu jugalah rasanya kena wat keja, kena asing-asing barang lg, scan, packing, dan total. Lom tambah lagi ngan kerenah customer yang macam2. Hahaha :)
Walaubagaimanapun, aku rasa, kalau btol2 kerajaan serius tentang kempen ni, sepatutnya kepenggunaan beg plastik kena terus dimansuhkan. Tak payah lah nak kenakan service charge 20sen bg setiap plastic. Apelah sangat 20sen bagi customerkan. Dan kalau hasilnya memberangsangkan, lanjutkan kempen ini setiap sabtu dan ahad ataupun satu minggu setiap bulan. Cam cun je idea tu. :)
Lagi satu, bukan niat aku nak wujudkan unsur perkauman. Tp apa yang aku nampak sepanjang kempen ini, kaum cina lebih sedar tentang usaha ini. Dieorang bawak sendiri beg dari rumah berbanding kaum melayu dan india yang dengan muka slumber jer bayar 20sen untuk beg plastic. :)
Okaylah u all, ingat ye, setiap ari sabtu tu jgn lupe bawak beg sendiri ye bile bershopping tu. Sahut lah cabaran kerajaan ni demi kepentingan bumi kita yang diamanahkan oleh tuhan ni.
5 comments:
Usaha yang baik tapi susahla skit sebab uma ak xde bakul2 yg bole bwk g shopping..baldi ade la
haha...damansara dh start... dh... hehe. kalo brg bnyk sgp byr 20 sen.hehe..
eimyfaisal : guna baldi pon leh la.. xpon guna keta tolak papa anda pon xpe.. :)
Rockstar : tu la pasal.. tp ade org KL yg shoping kt melaka xtau psl bnda ne.. kite lak kena mare.. maybe die nk cover malu kut... hahaha
hehe.. dah terkena masa first week tu.. nasib baik inagt.. kalau tak.. malu sendiri
haha.. nseb bek awk xmare2 cashier tu.. xpasal2 awk malu sndiri.. hehehe
Post a Comment