impianku dalam mimpiku: MINTA PENDAPAT
Showing posts with label MINTA PENDAPAT. Show all posts
Showing posts with label MINTA PENDAPAT. Show all posts

Friday, September 16, 2011

NAK GEMOK? MAKAN JANGAN KUNYAH, TELAN TERUS

Assalamualaikum...

GEMOK... biasa la manusia.. xpernah puas dengan diri sendiri kn.. yang gemok tu, sibuk nak jadi kurus, yang kurus lak sebok nak jadi gemok kan... hehe.. macam2..... :)

Aku dulu pernah terdengar satu petua bengong ni.. :)... ini adalah suatu perbualan member2 aku... member gemuk vs member kurus..

-----------------------------------------------------------------------

KURUS : Wei, aku nengok ko ni badan sihat wal'afiat je.. jeles la aku nengok.. cm ne ek nak gemok cm ko..

GEMOK : Tu la ko, len kali ikut petua aku ne.. aku makan siket je, tapi badan maintain je gemok tau...

KURUS : Ape petua ko?.. bagi la tau aku.. aku teringin sangat nak gemok cm ko.. baru orang takut sikt ngan aku ....

GEMOK : senang je, mase makan tu ko jangan kunyah tau makanan tu... ko telan je... baru mampat makanan tu dalam badan ko tu.. baru cepat gemuk cam aku ni....


gambar hiasan dari google :)

-----------------------------------------------------------------------

Haha.. aku pon xpasti sama ada petua ni cukup memberi kesan yang memberansangkan ke tidak... hehe.. mau nak tercekik agaknye budak tu makan dan terus telan je.. cam ular sawa gamaknye :)

Tapi, kita sebagai umat islam ni, patut bersyukur lah dengan ape yang dikurniakan oleh tuhan kan.. setiap orang ada kelebihan masing-masing kan.... xkire gemuk atau kurus.. sumenye qada' dan qadar... :)

Lagi satu.. berkaitan petua bengong ni.. hehe.. sunnah rasullullah sendiri mase makan tu adalah kunyah sebanyak 44 kali tu lebih afdal.. sesungguhnya sunnah rasullullah tu ada sebab yang terbaik kan.... Kita digallakkan untuk mengikut cara baginda...

Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Wednesday, September 14, 2011

PUSAT DALAM KAHWEN JAUH, PUSAT TERSEMBUL KAHWEN DEKAT

Assalamualikum...

PUSAT.. "Pusat" yang dimaksudkan di sini adalah lubang kecil yang terdapat di bahagian tengah-tengah perut ko orang tu.. bukanye bermaksud pusat sains negara or pusat sumber k :)

Pernah xko orang terdengar nenek-nenek or makcik-makcik ko orang mengeluarkan teori ini... "dalam nye pusat ko, confirm kahwen ngan orang jauh ne... penat mak bapak ko nak kena antar rombongan meminang nanti"... hehe.. kalau ada mesti ko orang tersenyum kn..



Ape pandangan ko orang tentang teori ini.. bagaimanakah nak ukur kedalaman ssuatu pusat tu dalam sekala untuk dinisbahkan kepada jarak kilometer pasangan kita tu nanti.... hehe.. (poyo x aku.. benda remeh temeh pon nak berdiskusi...hehe)...

Dulu aku nengok pusat member-member aku banyak yang dalam-dalam giler... sampai xnampak dasarnye.. hehe.. mesti jodoh member-member aku tu orang jauh-jauhkan.. silap-silap orang oversea.... indon or myanmar agaknye.. haha

Kepada yang pusat tersembul lak cam ne.. kahwen ngan orang dekat je ek.. ntah2 orang sebelah rumah je kut... so kepada pusat yang tersembul tu, mulai sekarang dah boleh usha line anak-anak dara/teruna jiran-jiran ko orang tu ye :)

Walaubagaimanapun aku rase teori ni belum disahihkan lagi mengikut kaedah saintifik.. hehe.. so, ko orang jangan lah risau tentang permukaan, warna, kedalaman dan kehangatan pusat ko orang tu ye... hehe.. jodoh ditangan tuhan.. :)

Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Tuesday, September 6, 2011

PILIH NOVEL : TENGOK TAJUK NOVEL ATAU NAMA PENULIS NOVEL

Assalamualaikum....

NOVEL.. xtau la nape ari ni mood aku nak citer pasal novel... hehe.. sebelum ni kan aku ada wat entry pasal "TAK SALAH KAN KALAU LELAKI MINAT MEMBACA NOVEL".. daripada feedback yang aku dapat memang ramai gak lelaki minat baca novel ne... hehe..

K.. kali ni aku nak tanye lak kepada semua yang kaki membaca ni terutamanye peminat novel.... macam mane ko orang memilih sesuatu buku tu ek.. apa yang diutamakan.. yang paling utama, selalunye ko orang refer tajuk sesebuah novel tu dulu or penulis novel tersebut ek.... :)

hiasan dari google image :)

Kepada yang memang minat giler dengan novel ne xkira genre ape kan, mesti kenal kan serba sedikit senarai penulis-penulis novel yang terkenal kat Malaysia ni.. bagi aku la, penulis sesuatu novel tu kadang2 mempengaruhi minat pembaca untuk membca ssuatu novel tu kn...

Macam aku kalau nengok buku tu ditulis oleh Shahnon Ahmad... aku kurang untuk membacanye sebab pengolahan ayat die kurang membangkitkan nafsu aku untuk membaca.. lainlah kalau ayah aku.. memang minat giler dengan penulis ni... hehe..

Tapi kalau bab novel remaja ni, aku rasa ko orang xnengok sangat kut dua2 faktor ni... janji novel tu keluaran dari ALAF 21 confirm best kan.. haha. aku rasa la :)

Kesimpulanye, aku rasa dari segala pembacaan ni, sedikit sebanyak ia dapat mempengaruhi kehidupan seharian kita sebab kita akan belajar sesuatu dari pengalaman orang lain kn :)

Sekian...

p/s : teringin nak baca novel dari barat, tapi nak buat cam mane, english aku lembab nak mampos :(


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

TAK SALAH KAN KALAU LELAKI MINAT MEMBACA NOVEL

Assalamualaikum...

NOVEL... jadikan lah membaca tu amalan kita kan... tapi bila bercakap pasal novel, betul ke, amalan membaca novel ni lebih sesuai untuk golongan wanita sahaja.. :) ialah, novel ne banyak melibatkan emosi dan perasaan kan..

Tapi... minta perhatian!!!! diminta jangan lah ko orang pandang amalan membaca novel tu pada satu skop je... sebab novel ni bukan hanya semata-semata "NOVEL CINTA''... banyak lagi kategori novel-novel ni... novel berkaitan, perjuangan, motivasi, sejarah, tamadun dan banyak lagi lah :)

gambar hiasan dari google :)

Aku, kalau member aku tanye kadang kalau ko bosan ko wat pe ek, aku cakap la aku kadang-kadang nengok tv, baca novel ke dan macam2 lagi la.. hehe.. bile dengar nye perkataan novel dieorang gelakkan aku dan cakap ko ne baca novel cam perempuan la... haha.. aku nak wat pe lagi kn.. gelak same gak la.. lantak dieorang la :)

Cam kat rumah aku ni, bapak aku nye novel dah satu rak almari besar penuh... ada pelbagai kategori dari ramai penulis, seperti shahnon ahmad, A.Samad said, Arena Wati, Ali Jusoh dan ramai lagi la...

Aku pon tau pasal novel cinta ne sebab mak aku selalu baca novel2 cam ni.. penulisnye seperti Damya Hamna, Anis Ayuni, Eka Fahara dan macam lagi la.. :).. kalau lelaki nak baca novel-novel cam ni pon xsalah kan :)

Kesimpulannye terpulang lah kepada minat masing-masingkan sesungguhnya amalan membaca ne perlulah sentiasa diterapkan dalam diri kita ni.... sebab setiap dari pembacaan tu adalah ilmu :)

Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Tuesday, August 16, 2011

SALAH KE KALAU WAT ENTRY YANG SAMA?

Assalamualaikum...

ENTRY SAMA.... dalam minggu ni aku ada terjumpa dalam 2 3 entry dari blogger yang mengatakan kecewa sebab ada orang wat entry yang agak sama dengan entry die.... kira ayat mudah adalah mencipalak idea die...

aku xnak beri banyak sangat ulasan pasal benda ni, sebab kita sendiri xtau hujung pangkal die kan.. adakah die sengaja meniru entry tersebut atau memang secara kebetulan dua-dua mempunyai idea yang sama... :)

hanya sekadar gambar hiasan :)

Kat sini aku cume nak mintak pndapat ko orang kan.. cam aku ni, kadang2 aku dapat satu idea untuk wat entry tu... kadang2 idea tu ada lah dalam 3 or 4 ari.. cume xsempat jerk nak taip.... tapi semasa nak menaip tu, aku juga berblogwalking.. tibe2 aku terjumpa satu entry yang sebijik cam idea aku tu...

So, cm ne ek kalau berlaku situasi cm ne.. adakah aku perlu teruskan wat entry tu? atau abaikan aje n wat entry lain... hehehe.. maklumlah entry aku kn banyak yang merepek2, so aku takut orang len cakap aku ne meniru idea orang lak... :)

Ye la, blog aku xde sape yang kenal pon, blog yang lagi satu tu lak, ramai yang kenal.. so mesti ramai yang akan cakap aku tiru idea blogger terkenal tu kn :)

Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Saturday, August 13, 2011

ORANG BUKAN ISLAM BERTANYA : KENAPA DALAM ISLAM LELAKI BOLEH KAHWIN EMPAT?

Assalamualaikum...

KAHWIN EMPAT... kita sebagai umat islam perlu lah sentiasa berhati-hati dan menggunakan ayat yang yang sesuai bile orang yang bukan islam bertanya kepada kita tentang islam untuk mengelakkan tanggapan buruk dan kemushkilan dihati mereka kan...

Semalam, semasa aku traine seorang budak cashier yang berbangsa cina untuk menjadi cashier pada hari raya anti aku mendapat satu soalan cepu emas...

Die tanye aku, kenapa dalam agama lain xde istilah boleh kahwin banyak tapi dalam islam dibenarkan untuk lelaki berkahwin sampai empat.... perghhhhh... terkesima jap aku.. ape aku nak jawap ek.. aku ne bukan lah kategori dari golongan pendakwah, tapi kita sebagai umat islam kita perlu sentiasa menerangkan tentang islam kepada orang bukan islam jika ditanya....

sumber google : salleh yaakob dan empat orang isterinya


"Akhirnye, ape yang aku leh jawab ialah, pada zaman dahulu, semasa empayar islam sedang meluaskan agama islam kepada manusia terdapat ramai wanita-wanita yang tidak bernasib baik.. ada yang miskin, ada yang ditimpa penyakit kronik... ada yang wanita yang kehilangan ahli kluarga disebabkan peperangan.. so, kepada orang lelaki, bertanggungjawab untuk melindungi mereka... dalam islam, lelaki dan wanita yang tiada apa2 ikatan haram untuk duduk bersama atau terlampau rapat antara satu sama lain.. so, jalan terakhir, islam membenarkan lelaki berkahwin sampai empat untuk mejaga kebajikan wanita-wanita yang malang ini dan melindungi mereka tanpa menimbulkan fitnah dari orang ramai..."

Aku xtau lah adakah jawapan aku tu dah cukup kuat atau tidak.... aku nak mintak pandangan ko orang lak cam mane yerk untuk menangani situasi cam ni.... hope kepada yang arif tentang perkara ni dapat membantu ye...

Sekian..


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Monday, August 1, 2011

KALAU MAKAN SEBAB TERLUPA TAK BATAL PUASA KAN?

Assalamualaikum...

BATAL PUASA... selamat mulakan hari pertama puasa ko orang ye.. ko orang pernah mengalami tak yang ko orang terlupa sebenarnye sekarang ni dah bulan pose :)

Biasanye perkara ni akan berlaku pada hari pertama, kedua dan ketiga bulan puasa ni kan.. ialah sebelum ni, memang habit kita bangun pagi jer teros bukak ice box cari mane yang patot kan... xpon kalau haus siket jerk cepat je cari mane water cooler yang terdekat kan... hehe

tapi aku pernah dengar, ade yang cakap kalau makan siket xpe kn, cepat2 la berkumur-kumur balek... tapi kalau dah melantak 2 pinggan nasi ayam black paper ke, pastu bagi alasan terlupa yang sekarang ni bulan pose, tu aku rase memang dah macam mintak kaki saiz 11 kn.. :)
sumber google


Apa-apa pon kita sebagi umat islam harus lah fokus dan tawaduq dengan amalan yang kita sedang laku kan ni kan. cube lah wat yang terbaik kn.. kepada orang sekeliling perlulah sentiasa prihatin dan saling ingat mengingati antara satu sama lain kn... :)

Sekian..


p/s : Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Jika seseorang itu terlupa sehingga dia makan dan minum, hendaklah dia menyempurnakan puasanya, kerana sesungguhnya Allah yang memberinya makan dan minum.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/135) dan Muslim (1155))


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Thursday, June 30, 2011

KOREK HIDUNG GUNA JARI APE?

Assalamualaikum...

KOREK HIDUNG.... maaf lah sekali lagi aku wat entry pasal korek mengorek ni... agak menjijikkan juga la... jika sebelum ni aku ada wat entry pasal aktiviti mengorek telinga (SILA RUJUK SINI)... tapi kali ni aku ni bincang kan pasal korek hidung lak...

Boleh dikatakan hari-hari kita akan menjalan aktiviti korek mengorek hidung ni kan.. so aku nak tanye ko orang la... ko orang korek pancaindera ko orang tu guna apa ye?

gambar hiasan dari cik google :)

Medium yang paling feveret digunakan pada alam semesta sekarang ni ialah jari kita sendiri kan.. so, jari apa kah yang biasa digunakan untuk memungut hasil lombongan ni yerk....

Adakah jari telunjuk @ jari tengah @ jari manis @ jaring kelingking @ yang lebih extreme jari ibu?... hehe

Apa yang aku perhatikan... masyarakat dunia lebih gemar untuk menggunakan jari telunjuk dan jari kelingking kan.. kenapa ye? mungkin jari-jari tersebut lebih praktikal dan sesuai untuk digunakan kerana saiz dan tindakbalas jari tersebut tu sendiri kan.. maka, aktiviti pembersihan tersebut akan berjalan dengan lebih lancar dan teratur..

Setakat ni aku xpernah lagi nampak manusia yang korek hidung mereka dengan menggunakan jari ibu... agak amazing race juga lah kalau dieorang guna medium tersebutkan... ko orang lak cm ne ?... marilah kita same-same kongsi kepakaran masing-masing yerk :)

Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Tuesday, June 28, 2011

AKU INGAT NAK WAT GAK ENTRY SEO LA... OK TAK?

Assalamualaikum...

ENTRY SEO.. giler trafik?... nak duit dari nuffnang? nak popular?.. ape sebenarnye yang kita cari dalam dunia blog ni kan... jawapan klise adalah nak segala tulisan kita dihargai oleh orang lain.... tp tu lah memang jawapan yang terbaik sekali kan...


Aku perhatikan sekarang ni terlampau banyak yang jadikan blog dieorang sebagai "surat khabar" online... ini bermakna dieorang akan mencoret perkara berkaitan isu semasa yang kadang2 tu tulisan dieorang sebijik dari portal rasmi BERITA HARIAN atau pun UTUSAN MALAYSIA....

Tapi xkurang jugak yang blog peribadi kadang2 juga akan menyelitkan serba sedikit satu dua entry berkaitan SEO dalam seminggu tu.... pendapat ko orang cm ne ek.. aku pon ingat nak wat cm tu la.. hehehe.. tapi anti cam ne penerimaan rakan blogger kita yang lain yang mana selama ni sentiasa mengikuti blog kita tu yerk.. kalau pembaca anonymous tu memang banyak la leh dapat kan...

Cam aku ni, dulu adalah dua tiga blog yang selalu aku terjah.. tapi bile blog tersebut dah terlampau banyak publish entry yang main SEO aku dh kurang nak terjah... sebab aku tau ayat2 dalam entry tu tak akan secara santai.. ia akan menggunakan ayat yang cukup skema.. dan anti mesti aku xtau nak komen ape.... bagi aku kalau nak dapat berita2 cam tu bek aku ak g portal rasmi akhbar2 tu kn.

Sebenarnye aku ni pon kurang faham pasal SEO ni.. so, jika aku ada salah kata ko orang tegor la ek.,.. btw aku enjoy ngan dunia blog ni... :)

Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

KOREK TELINGA GUNA COTTON BUD ATAU PENGOREK TELINGA BESI

Assalamualaikum..

KOREK TELINGA... kepada yang rase die ni sekarang dah cam pekak badak cepat2 la g korek telinga ko orang yang. jangan sampai semua orang cakap ko ko orang xdengar... :)

Ok.. kali ni aku nak bincang kan pasal korek telinga... menjijikkan?... kalau jijik xpayah baca yerk.. :)... aku nak tanya ko orang, ko orang lebih suka buang tahi telinga ko orang guna cotton bud atau pon pengorek telinga yang jenis besi tu yerk... hehehe..

sumber goggle

Macam aku guna kedua-dua nye sekali.. tapi lebih selesa guna yang jenis besi tu... sebab kenikmatan die mase dapat hasil tu cukup memuaskan hati dan perasaan.... sebab benda tu berbentu sudu.. so, segala sudut2 yang sukar dapat dijelajahi dengan sempurna...dan hasilnye lombongan tu pon cukup banyak... :).. so mase dan tenaga dapat dijimatkan..

Dan bila diri ini sudah berpuas hati dan menganggap segala hasil lombongan itu dapat dikeluarkan barulah aku akan guna kan cotton bud tu untuk membersihkan telinga aku tu.. aku akan basah kan cotton bud tu dan korek lagi sekali untuk menghilang segala sisa-sisa pepejal yang mashih tertinggal tu.. hehe

tiba-tiba aku lak jadi geli bile citer pasal ni... so ko orang share la style ko orang cam ne ko orang buang tahi telinga ko orang tu yerk.. adakah ada cara yang extreme... bak kata orang tua2.. kalau dah pekak sangat tu xdengar orang cakap, korek je telinga tu pakai cangkol... hahahah

Sekian..


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Thursday, June 23, 2011

KENIKMATAN HISAP ROKOK SAMBIL BERAK

Assalamualaikum..

BERAK DAN ROKOK... maaflah kalau entry kali ni sungguh menjijikkan.. tapi nak wat cm ne kan.. dah tu je idea yang datang... kalau jijik sangat dan meloyakan ko orang laju2 je la tekan button "x" kat atas sebelah kanan tu yerk :)

kepada lelaki yang hisap rokok , mesti ko orang tau pasal benda ni kan.. ramai member2 aku yang hisap rokok ne kalau waktu nak berak mesti kena hisap rokok sekali.. kalau xde rokok dieorang kata susah najis-najis tersebut untuk keluar dari "sarang" nye.. betol ke?

so, sape yang xisap rokok ne, maknanye dieorang kena berusaha sedaya upaya sehingga berpeloh2 ketiak dieorang untuk kluarkan najis2 tersebut la yerk... :)

sumber gambar dari pakcik google :)

Adakah tabiat ini adalah suatu yang normal???... kalau tandas tu dah kecik, pastu korang isap rokok lak, x ke berkepol asap dalam bilik termenung tu... silap2 leh mati mengejut ko orang dalam tu kan...

Ada yang cakap bila hisap rokok mase berak, sistem pernafasan dan pengaliran darah dalam tubuh badan akan berjalan dengan lebih lancar... maka urat saraf manusia tidak memerlukan tenaga yang lebih untuk mengepam pergerakan sistem kumbahan yang ada dalam perot manusia untuk keluar... maka, sumber tenaga dapat dijimatkan... betol ke?

Walaubagaimanapun, ingatlah wahai sahabat-sahabatku, sesungguhnya tabiat merokok adalah sesuatu yang amat merugikan... ia akan menjejaskan kesihatn kita dan orang sekeliling... selain itu ia juga menggalakan pembaziran... cube ko orang fikir ape kelebihan merokok ni.. xde kan.... insaf lah sahabat2 ku.. renungkan lah bersama ye :)

Sekian...

p/s : nasib baik lah aku ne bukan perokok... (aku tipu korang)

IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Tuesday, June 21, 2011

BACA SURAT KHABAR DARI DEPAN ATAU BELAKANG ATAU TENGAH-TENGAH???

Assalamualaikum....

BACA SURAT KHABAR.... walaupon cerita ni dah basi... tapi aku tetap nak tanye ko orang gak... ko orang baca paper dari depan or belakang ek..

Cam aku ne memang cnfirm la dari belakang... column sukan la menjadi pilihan aku.. hehe... aku pasti memang ramai yang baca paper dari belakang kan.. tapi mak bapak aku relaks je start baca paper dari depan...

Bukan kerana aku minat sukan aku start dari belakang, tapi kadang2 berita utama di dada akhbar wat kita menyampahkan.. kalau pasal politik tu, melampau2 lak beritanye... sampai 3 4 muka surat pasal politik ni "makan"... lantak p la dieorang ngan hal dieorang kn :)


Walaubagaimanapun, Ape yang aku perasan kalau orang lelaki memang cari coloumn sukan dulukan... kalau orang pompuan lak cam ne... cnfirm la column hiburan .. maklumlah.. orang pompuan kan suka benda yang bergosip2 dan mengumpat ni .. hahaha...

Pasal benda yang melalaikan ni bagi jerk kat orang pompuan... hidop nyawa dieorang.. kepada insan yang bergelar pompuan jangan mare yerk.. ni lah hakikatnye...

Bagi para usahawan lak cm ne yerk.... mesti coloumn biznezz menjadi keutamaan .. ialah nak nengok saham semasa naik ke x ... dah nama ushawan, duit tetap menjadi keutamaan dalam setiap permulaan kan...

Lagi satu jangan lupa pada golongan "ngangkung" ... dieorang ni sebenarnye bukan berminat pon baca paper ni.. setakat nak tau result no dieorang kena ke x je... adohai.. bile la dieorang ne nak bertaubat.... :(

Sekian....


P/S : Betol ke, apa yang ada dalam surat khabar ni, yang paling tepat adalah tarikh dan keputusan nombor ekor je.. yang lain tu banyak dimanipulasikan :)


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Monday, June 20, 2011

SATU HARI BAPER KALI KO ORANG BUKAK ICE BOX???

Assalamuaalaikum...

ICE BOX... dalam bahasa malaysia nye ialah peti sejuk...kepada yang dok hostel or umah sewa yang xde ice box ni senyap2 sudeyyyy .. baca n teros menjeleskan diri yerk :)

Pikir-pikir balik kan, dalam satu hari banyak kali jugak la aku bukak ice box umah aku tu.. xtau la ko orang cam ne kan.... ape yang aku carik dalam tu pon aku xtau?? tapi kalau waktu nak makan nasi satu benda yang wajib aku amik dalam ice box ialah botol kicap... hehehe...

ni bukan ice box makanan yerk.. ne ice box mayat.. :)

Tapi pada waktu lain lak cam ne ek.. kadang2 baru selang lima minit aku bukak ice box, anti aku akan bukak lagi.. padahal aku dah tau dalam ice box tu ade ape je...

Lagi-lagi mase ngah lapar tahap gaban nye..... memang dah tau dalam ice box tu xde makanan, kering kontang, aku masih lagi bukak... may be untuk puaskan diri sendiri agaknye.. hehe....

Kalau macam aku ni dok ngan family... so, ice box umah aku memang jarang akan kosong... so, memang patot la aku kena bukak selalu kan.. kalau xde makanan yang dah siap masak, masih ada lagi bahan mentah untuk di masakkan.. hehehe

May be orang lain xmacam aku kut.. xtau la kan.. setiap orang ada ragamnye sendiri ... so pandai2 la ko orang mengaplikasikannye .... haha.. dah start nak melalot ne baik aku bye dulu.. bye....

Sekian..


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Friday, June 17, 2011

LEPAS MANDI, KITA PAKAI BAJU ATAU SELUAR DULU???

Assalamualaikum...

PEMAKAIAN.... ntah cam ne tiba-tiba terkeluar lak idea ni.. nak tanye ko orang la.. selalunye ko orang bile nak bersiap-siap, biasanye ko orang pakai baju atau seluar/kain dulu yerk... (Persoalan ini tidak melibatkan konsep pemakaian dalam ye... )

kalau yang ni, pakai seara serentak :)

Memang nampak remeh je kan benda ni.. hehehe.. mase study dulu aku perhatikan member2 aku ada yang pakai baju dulu dan ada yang pakai seluar dulu...

pada yang selalu buang air pada waktu pagi, biasanye dieorang pakai baju je dan pakai towel sambil lepak2 dulu... bile nak gerak g kelas baru pakai seluar.. kalau jenis yang kurang buang air tu, selalunye pakai seluar dulu, lepak2 hisap rokok, mencekik dulu pastu baru pakai baju :)

Ni bagi orang lelaki la.... bagi orang perempuan xtau la aku cm ne kan... tapi kalau pikir logik, xkan la dieorang nak pakai seluar/kain dulu pastu lepak2 depan tv dan bile tibe mase baru pakai baju.. cam buruk je rupenye kan... :)

Tapi kalau dah lambat bangun tido, dan dah terlewat nak g keje ke, memang mane yang kita nampak dulu kita capai la kan.. tu yang kadang2 pakai butang baju pon singkat, zip seluar pon lupa nak tutup.. dan bermacam2 lagi lah... hahaha

Semua orang ada cara tersendiri kan... banyak orang banyak ragam... yang penting xmenyusahkan orang lain.... :)

Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Thursday, June 9, 2011

MUKA BULAT SESUAI TAK RAMBUT PANJANG???

Assalamualaikum....

MUKA BULAT RAMBUT PANJANG.... aku memang minat ngan rambut awie dan faizal tahir.... nampak smart giler la.. hehe...

Tapi, aku nak tanye ko orang la, muka aku yang bulat chubby ni sesuai x simpan rambut panjang.. hehe... aku memang lagi dulu teringin nak simpan rambut panjang... tapi selalu nye xkesampaian... paling panjang pon sampai tutup leher jerk... aku nak yang leh ikat2 kat belakang tu... hahaha

Ialah, dulu mase study rambut panjang siket adalah orang yang berkenaan tgor suruh potong kan.. kalau xkena denda... ni bile dah alam pekerjaan lak, dah nama makan gaji, kena la ikut peraturan.. kalau kita ni ada company sendiri n jadi bos lantak pi la nak panjang cam ne kan.. :)

sumber cik google :)

Tapi bile aku cakap ngan member2 yang aku nak simpan rambut panjang cam faizal tahir or awie nape ramai gelak kan aku ek.. hehe.. ada yang cakap sampai nak termuntah dengar... :)

Aku pon heran nape.. so aku pon g la nengok depan cermin n bayang kan aku rambut panjang... aku pon tergelak n rase nak muntah... hahaha... nape la dieorang ni jujur sangat ek.. xreti ke dieorang nak jaga ati aku.. hehe

K la.. sampai disini sahajalah entry santai ek... lain kali kita leh merepek lagi bersama-sama yerk :)

Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Tuesday, June 7, 2011

MACAM MANA NAK PERGI HOSPITAL KUALA LUMPUR (HKL) DARI MELAKA???

Assalamualaikum...

HOSPITAL KUALA LUMPUR... wat pengetahuan ko orang ayah aku sekarang ni menghidap pelbagai penyakit seperti batu karang, darah tinggi, kencing manis dan macam2 lagi la... yang paling teruk darah tinggi ayah aku la...


Ari tu dah g jumpe doktor kat melaka, dan ayah aku telah dinasihatkan untuk pergi ke Hospital Kuala Lumpur pada 10 june 2011 jam 9.00 pagi untuk pemeriksaan selanjutnye...

masalahnye ayah aku memang xtau tentang jalan KL ni... nak harap kan aku , kalau naik moto tu leh la g KL.. senang nak cilok sane sini kan.. kalau nak suruh aku drive lak, masalhnye lesen keta aku ade problem siket... xpayah lah aku nk cter kt sini ape problemnye kn..

Sebelom ni ade beberapa kawan ayah aku ada berjanji nak teman kan same.. tapi entah lah tibe2 lak ada yang cakap ada hal la, xleh pergi la dan macam2 la.. biasa la janji melayu kan... lantak la...

Ayah aku ingat nak g sane sendiri n drive sendiri jerk.. xkan aku nak biarkan ayah aku g sorang kan.... maybe aku ikut same kut... tapi masalahnye jalan nak ke hospital kuala lumpur lak kite orang xtau.

Nak nengok google map?... haha.. leh paham ke nengok peta tu.. so, ko orang leh terang kan siket x cam ne nak g ke hospital kuala lumpur tu dari melaka.. senang cter dari tol sungai besi tu :) kat KL ne ada ramai jugak la member2 aku mase study dulu.. tapi kalau leh aku nak cube g sendiri dulu.. xnak menyusah kan sape2 kan...

Sekian...

p/s : doa kan segala penyakit ayah aku cepat sembuh yerk .. aminnnn..


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Friday, June 3, 2011

NAK JADI ORANG TUA GANYUT YANG MATANG

Assalamualaikum....

MATANG.... sape lom wish besday aku cepat siket wish kat sini yerk... ---> HAPPY BESDAY TAUFIQ ARIFIN...<---- adalah wajib untuk mengewishkan diri yerk :)

Pabila umur semakin meningkat, maka pemikiran kita pon mengalami perubahan kan.... ada orang cakap makin bertambah umur, makin bertambah lah kemtangan seseorangkan.. :0.. adakah aku cukup matang sekarang ni...

gambar ini tiada kena mengena dengan isi kandungan entry ini yerk :)

Aku pon xtau aku ni dah matang ke lom... kalau baligh tu memang cnfirm la dah.. adakah kah baligh dan matang sesuatu benda yang sama?.. yang aku tau baligh ialah keluarnye cecair pekat dari kemaluan (bagi lelaki) sama ada secara sengaja atau tidak sengaja :)

Matang lak cam ne ek.. ape yang aku perhatikan, daripada entry2 aku yang sebelom ni menunjukkan aku ni seorang yang dah matang... tol x kawan-kawan.. hehe.. gaya penulisan aku pon dah cukup nampak aku ne seorang yang matang kan :)

Sume entry2 aku sebelom ni sumenye yang serius2 kan... struktur ayat pon semuanye adalah menggunakan tatabahasa bahasa melayu yang sempurna :) isi kandungannye pula banyak mengaitkan tentang kehidupan sejagat sebagai manusia... xcukup matang kah tu?... hehe

Apa-apa pon, sempena hari umur aku bertambah ni aku harap aku dapat menjadi seorang manusia yang lebih baik dan matang dalam membuat apa2 keputusan dalam hidup aku ni... doakan aku berjaya dalam hidup ni yerk..

Diharapkan ko orang jangan muntah hijau bile baca entry aku yang penuh dengan informasi berguna ni yerk :)

Sekian...

p/s : terima kasih kepada semua rakan-rakan yang telah mengewish aku yerk :)




IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Thursday, June 2, 2011

NAPE ADA LELAKI JALAN KENGKANG? dan NAPE ADA PEREMPUAN JALAN KENGKANG???

Assalamualaikum..

KENGKANG... Setiap orang ada cara jalan sendiri kan.... xkire lelaki ke perempuan kan.... adakah cara jalan seseorang itu menunjukkan ciri peribadi seseorang..

Tapi kali ni aku nak tanye pendapat ko orang tentang nape ade sesetengah lelaki atau perempuan yang jalan kengkang.... hahaha... ape la sengal entry ni ek... tapi nak wat cm ne.. ni je idea yang terlintas dalam pale hot aku ni :)


Bagi lelaki yang jalan kengkang..... ni bukan aku cakap ek... orang len yang cakap..... lelaki yang jalan kengkang ni sebab telor dieorang besar... hahaha.. alamak, terlampau direct lak.... lantak la.. aku bukan nye reti berkias2 ni...

Tapi betol ke kalau lelaki telor besar ni jalan kengkang ek..... agak payah jugak ek kalau lelaki ade telor besar ni.. kalau jalan kepit takut pecah ke bang... hahaha.. stop!

Bagi orang perempuan lak.. ni pon bukan aku cakap ek... orang len yang cakap...... perempuan yang jalan kengkang ni sebab malam tadi perempuan tersebut telah "ditembak"... ape maksud "tembak" tu ek... ape yang aku faham ialah ia memberi maksud bersetubuh.. betol ke ape yang aku faham tu?

kalau cam tu, maknenye, perempuan yang dah berkahwin la yerk ramai yang jalan kengkang... tapi aku perhatikan ramai gak "anak dara" yang jalan bersepah... berterabur kengkang nye... hahaha.... Stop!!!

k la.. idea aku sampai setakat ini jerk.. ko orang leh sambung untuk lontarkan idea masing2 k...

Sekian..


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Thursday, May 26, 2011

WANITA TIDAK BERTUDUNG SOLAT VS WANITA BERTUDUNG TIDAK SOLAT

Assalamualaikum...

TUDUNG... sebenarnye aku xsuka bangkit isu tudung dan tidak bertudung ni... sebab aku perhatikan ramai giler terutamanya blogger lelaki ni suka bangkit isu pasal pemakaian tudung bagi seseorang wanita...

Tapi ntah lah, ni sume hak peribadi masing-masing kan.. tapi aku tergerak untuk membuat entry ini adalah disebab satu komen pada entry aku yang sebelum ni "SOLAT TAK PERNAH TINGGAL, TAPI NENGOK VIDEO LUCAH GAK"..

sumber dari pakcik google :)

Komen / Pertanyaan tersebut dibuat oleh seorang wanita... yang menggunakan nickname PIQAH BAGUS... aku rasa beliau mungkin risau dengan gejala yang melanda wanita zaman sekarang ni kan... komen beliau berbunyi :-

"antara prempuan yg solat tapi tak pakai tudung dgn prempuan yg pakai tudung tapi tak solat, which 1 is better..."

Susah gak nak jawab pasal benda ni kan.. ini kerana sumenya adalah kerja tuhan...kepada yang arif pasal benda ni boleh lah berkongsi ilmu tentang gejala ini yerk...

Sekian..


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Wednesday, May 25, 2011

ORANG PEREMPUAN SUKA SALIN RESEPI, TAPI MASAK TAK IKUT RESEPI

Assalamualaikum..

RESEPI... orang perempuan dan masakan memang cukup rapat... memang tidak dinafikan.. ini adalah lumrah kehidupan...

Cube kita perhatikan bila ada rancangan memasak kat tv, orang pompuan bukan men khusyuk menyalin cara2 penyediaannye.. lom lagi ditambah dengan resepi-resepi yang diambl dari internet.. kalau kita nengok koleksi resepi yang disimpannya boleh wat arkib negara la... beriban.. hehe :)


Tapi, betol ke semua resepi yang disalin itu akan dipraktik kan oleh kaum wanita?... dalam beriban tu baper resepi yang akan dicuba ye?? banyak kali aku terbaca artikel pasal "Salah satu kegemaran orang perempuan ialah salin resepi, fotostat resepi dan hafal resepi. Dan salah satu ketidakgemaran orang perempuan ialah masak ikut resepi!".... betol ke fakta ni????

Kalau fakta ni betol, wat pe orang perempuan bukan men suka salin resepi ek.. apakah tujuan tersebut? adakah ini adalah bekalan untuk menjadi rujukan bagi anak2 bila dah besar nanti... hehehe...

Orang perempuan mesti ada jawapan nye tersendiri kan apa sebab dieorang berperangai cam ni... haha.. yang penting orang perempuan ni kena pandai memasak.. lagi2 kalau dapat anak lelaki or suami yang kuat makan cam aku ni... :)

Sekian..



IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE