impianku dalam mimpiku

Friday, March 24, 2017

BLOG YANG "SANGAT AKTIF"

Assalamualaikum..

BLOGGER... berkurun lama xupdated menatang ni..xtau la aku membe-member blog lama yang len tu cam mane.. ko orang aktif lagi ke nak taip2 dalam benda ni.. hehe

ak memang minat lagi ngan benda ni.. tapi entah lah.. nk post entry baru pon xtau nape jadi malas. ak selalu bukak blog ak ni baca-baca entry lama ak je.. pastu kutuk diri sendiri nengok post entry2 kita yang lama tu.. cm bongok jerr kn.. hahaha..



ko orang cm mane member lama.. aktif lagi x.. atau dh berkurun lama gak.. haha.. lepas ni ko orang nengok la, kalo aku malas gak ak copy paste je dari tempat len pastu tepek je kt sini... janji benda ni terupdate.. haha

SEKIAN...

"ada lagi ke orang nk baca blog ak ni.. "

IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Tuesday, February 28, 2017

PERCUBAAN SELEPAS TERLAMPAU LAMA BERSAWANG

ASSALAMUALAIKUM...

Apa kabau geng... saje je nk try test post something...dh lama sangat bersawang ni... hehehe



Sekian....


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Tuesday, December 2, 2014

BIODATA NOVELIS RAMLEE AWANG MURSYID

Assalamualaikum...

RAMLEE AWANG MURSYID... Sebelum ni kan aku dah tulis satu entry pasal aku minat membaca novel karya Ramlee Awang Mursyid ni... "JATUH CINTA DENGAN NOVEL RAMLEE AWANG MURSYID"...

Kat sini rasanya xsalah kut kalau aku nak review siket biodata penulis novel thriller no 1 kat malaysia ni kan.. Sumber ni sume pun aku copy paste je dari sumber-sumber kat internet ni juga.. selain tu kat setiap novel karya beliau pon ada papr kan juga latar belakang beliau ni..

------------------------------------------------------------------------

Ramlee Awang Murshid lahir pada 4 November 1967 di daerah Papar, Sabah. Memulakan persekolahan di Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979). Kemudian menuntut di Sabah College (1980-1984). Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000). Kini, Ramlee memiliki ijazah B.A (Hons) Communication Universiti Kebangsaan Malaysia. Dalam pendidikan di UKM, Ramlee pernah menerima anugerah pelajar terbaik komunikasi (2000), watikah penghargaan khas (2001) dan pelajar terbaik keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi UKM (2002). 

Bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur. Dalam dunia penulisan, setakat ini Ramlee telah memiliki empat anugerah. Kejayaan novel PEI PAN yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002 (yang diadakan lima tahun sekali) dianggap kejayaan paling manis. Ramlee merupakan penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan itu

Karya pertama beliau berjudul. IGAUAN MAUT (terbitan 1995) merupakan novel yang pernah memenangi hadiah tempat kedua dalam peraduan menulis novel dewasa anjuran Dewan Pustaka (DBP) negeri Sabah. Novel IGAUAN MAUT sekali lagi dipilih memenangi Hadiah Sastera Negeri Sabah 1994/1995. Pada tahun 2010, Ramlee telah terpilih sebagai penerima Hadiah Karya Sulung sempena perayaan 25 tahun DBP cawangan Sabah dan anugerah novelis prolifik daripada Alaf 21.

Ramlee Awang Murshid seorang penulis novel melayu yang berjaya lari dari tema cinta. Beliau telah membuka ruang untuk genre lain untuk bertapak dalam pasaran novel melayu. Genre thriller yang diselaminya berjaya dihayati oleh ramai pengikut setia hingga kini. Kejayaan beliau membuka mata ramai pihak dan dicemburui oleh pesaing dalam pasaran novel. Namun beliau berdiri dalam cara dan gaya penulisan beliau yang tersendiri sehingga beliau dilabel sebagai Penulis Thriller No.1 Malaysia.

Memetik kata Pengerusi PTS, Ainon Mohamad melalui laman UNIKA PTS “RAM telah berjaya membuka Laut Biru pasaran fantasi Melayu dengan sangat berkesan. Jasa dan sumbangan beliau sangat besar.”
Ramlee Awang Murshid bukan sahaja berjaya menhasilkan novel terlaris di pasaran tapi juga novel bersiri yang digilai ramai. Contohnya novel dari Siri Tombiruo dan Laksaman Sunan, epik Laksamana Sunan adalah siri yang paling berjaya sentiasa dinanti sambunganya dari kalangan peminat setia selain terus menarik perhatian peminat baru.

Melalui pendapatan beliau dalam bidang penulisan, ini diakui oleh Ramlee sendiri beliau telah dapat membeli sebuah rumah dan kereta idaman untuk keluarga beliau. Beliau dan keluarga dapat menikmati hidup senang hasil daripada kejayaan novel-novel beliau.
 ------------------------------------------------------------------------
 ------------------------------------------------------------------------

Semoga apa yang aku paparkan ni dapat memberikan kita sedikit pengetahuan kita terhadap penulis yang hebat ni.. Sory lah entry aku ni copy paste je kan.. Tapi ada aku kesah...Aku telah jatuh cinta dengan karya Ramlee Awang Mursyid.. hehe..

Sekian...
 


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE