impianku dalam mimpiku: 2014

Tuesday, December 2, 2014

BIODATA NOVELIS RAMLEE AWANG MURSYID

Assalamualaikum...

RAMLEE AWANG MURSYID... Sebelum ni kan aku dah tulis satu entry pasal aku minat membaca novel karya Ramlee Awang Mursyid ni... "JATUH CINTA DENGAN NOVEL RAMLEE AWANG MURSYID"...

Kat sini rasanya xsalah kut kalau aku nak review siket biodata penulis novel thriller no 1 kat malaysia ni kan.. Sumber ni sume pun aku copy paste je dari sumber-sumber kat internet ni juga.. selain tu kat setiap novel karya beliau pon ada papr kan juga latar belakang beliau ni..

------------------------------------------------------------------------

Ramlee Awang Murshid lahir pada 4 November 1967 di daerah Papar, Sabah. Memulakan persekolahan di Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979). Kemudian menuntut di Sabah College (1980-1984). Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000). Kini, Ramlee memiliki ijazah B.A (Hons) Communication Universiti Kebangsaan Malaysia. Dalam pendidikan di UKM, Ramlee pernah menerima anugerah pelajar terbaik komunikasi (2000), watikah penghargaan khas (2001) dan pelajar terbaik keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi UKM (2002). 

Bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur. Dalam dunia penulisan, setakat ini Ramlee telah memiliki empat anugerah. Kejayaan novel PEI PAN yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002 (yang diadakan lima tahun sekali) dianggap kejayaan paling manis. Ramlee merupakan penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan itu

Karya pertama beliau berjudul. IGAUAN MAUT (terbitan 1995) merupakan novel yang pernah memenangi hadiah tempat kedua dalam peraduan menulis novel dewasa anjuran Dewan Pustaka (DBP) negeri Sabah. Novel IGAUAN MAUT sekali lagi dipilih memenangi Hadiah Sastera Negeri Sabah 1994/1995. Pada tahun 2010, Ramlee telah terpilih sebagai penerima Hadiah Karya Sulung sempena perayaan 25 tahun DBP cawangan Sabah dan anugerah novelis prolifik daripada Alaf 21.

Ramlee Awang Murshid seorang penulis novel melayu yang berjaya lari dari tema cinta. Beliau telah membuka ruang untuk genre lain untuk bertapak dalam pasaran novel melayu. Genre thriller yang diselaminya berjaya dihayati oleh ramai pengikut setia hingga kini. Kejayaan beliau membuka mata ramai pihak dan dicemburui oleh pesaing dalam pasaran novel. Namun beliau berdiri dalam cara dan gaya penulisan beliau yang tersendiri sehingga beliau dilabel sebagai Penulis Thriller No.1 Malaysia.

Memetik kata Pengerusi PTS, Ainon Mohamad melalui laman UNIKA PTS “RAM telah berjaya membuka Laut Biru pasaran fantasi Melayu dengan sangat berkesan. Jasa dan sumbangan beliau sangat besar.”
Ramlee Awang Murshid bukan sahaja berjaya menhasilkan novel terlaris di pasaran tapi juga novel bersiri yang digilai ramai. Contohnya novel dari Siri Tombiruo dan Laksaman Sunan, epik Laksamana Sunan adalah siri yang paling berjaya sentiasa dinanti sambunganya dari kalangan peminat setia selain terus menarik perhatian peminat baru.

Melalui pendapatan beliau dalam bidang penulisan, ini diakui oleh Ramlee sendiri beliau telah dapat membeli sebuah rumah dan kereta idaman untuk keluarga beliau. Beliau dan keluarga dapat menikmati hidup senang hasil daripada kejayaan novel-novel beliau.
 ------------------------------------------------------------------------
 ------------------------------------------------------------------------

Semoga apa yang aku paparkan ni dapat memberikan kita sedikit pengetahuan kita terhadap penulis yang hebat ni.. Sory lah entry aku ni copy paste je kan.. Tapi ada aku kesah...Aku telah jatuh cinta dengan karya Ramlee Awang Mursyid.. hehe..

Sekian...
 


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Tuesday, November 25, 2014

JATUH CINTA DENGAN NOVEL RAMLEE AWANG MURSYID

Assalamualaikum...

NOVEL RAMLEE AWANG MURSYID... aku ingat lagi dulu aku pernah wat satu entry yang bertajuk "TAK SALAH KAN KALAU LELAKI MINAT MEMBACA NOVEL" ... sebenarnya sekarang ni aku dah jadi giler ngan novel karya Ramlee Awang Mursyid ni..

Ko orang minat tak ngan karya dari novelis thriller no satu kat malaysia ni.. Aku pon start jatuh ngan novel dari novelis ni lepas baca novel MAGIS karya yang ke berapa ntah.. aku tertarik ngan watak-watak dalam novel tersebut iaitu SUNAN, CARLOS, RYU WATANABE, MIKAIL dan TOMBIRUO...

gambar hiasan... sory gambar collection aku xde.. usb hp ak ntah p mane ntah.. xdpt nk tnjuk :)

Lepas aku baca novel ni lah aku dah start kumpul karya-karya beliau.. nak beli novel baru kopak la duit aku.. aku layan kan aje buku-buku second hand yang aku beli secara online..

Setakat hari ni dalam koleksi aku ada 15 buah novel gak karya beliau..

1- Igauan Maut
2- Ranggau
3- Mandatori
4- Satu Janji
5- Tombiruo Terakhir
6- Rahsia Perindu
7- Hatiku Di Harajuku
8- Ungu Karmila
9- Hijab Sang Pencinta
10- Mikhail
11- 9 Nyawa
12- Rayyan Fantasi
13- Fiksyen 302
14-Aku Bercerita
15- Magis

Sekarang ni aku ngah pulun nak collect lagi novel-novel beliau.. ak rasa ada lebih kurang 30 kut karya beliau.. dan yang paling terbaru RAUDHAH...

Tapi susah gak la nak kumpul novel-novel beliau ni.. selain dari kekangan bajet, faktor lain adalah ada novel yang tidak akan dicetak lagi.. dan xbanyak orang yang nak jual novel beliau ni... semua bajet sayang sangat ngan novel dieorang tu.. puiii.. hehe

Ko orang cam mane, pernah x baca novel beliau ni.. sekali baca cnfirm puas hati beb.. karya beliau bukanlah jenis cintan cintun yang meleleh tapi leh dikategorikan sebagi 18 tahun ke atas kut.. thrill habis... hehe.. selamat membaca..

Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Sunday, November 23, 2014

HOI! BLOG AKU HIDUP LAGI LAH!

Assalamualaikum...

BLOG MASIH HIDUP... sudah agak lama disitu aku tidak menjenguk blog aku ni.. biasa lah.. aku bukan lah super tegar cam dulu.. ni pon sekali sekala jengah siket.. saje je tak nak bagi nampak bersawang sangat... haha..

gambar hiasan

Aku pun xtau sangat keadaan dunia blog underground sekarang ni cam ne.. mane la tau sekarang ni dunia blog dah berubah ke, x macam dulu.. dah xleh mengarut cam blog aku ni ke..ade aku kesah? bukannye ada kena mengena pon ngan ak kan..

Ok lah, sampai disini sahaja coretan aku k.. saje je abang long nak lawat kawasan siket.... hahaha.. puiiii

Sekian...

IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Tuesday, June 10, 2014

GIGI ATAS BALING ATAS BUMBUNG, GIGI BAWAH TANAM DALAM TANAH

Assalamualaikum...

GIGI... kalau sakit gigi ni memang menyeksakan kan.. tapi kalau gigi tu dah tercabut, perghhhh... keselesaan dan kebanggaan memang dapat dirasai la... dunia ini aku yang punya.. haha

Tapi aku nak tanya ko orang la.. gigi yang tercabut tu ko orang campak mane ye.. adakah ko orang buang je merata-rata atau simpan dalam frame wat kenangan abadi.. :) aku ada gak terdengar tentang satu teori saintifik ni..

GIGI ATAS BALING ATAS BUMBUNG
GIGI BAWAH TANAM DALAM TANAH

Betulkah teori saintifik yang canggih ini..??? apakah kesannya kepada ekonomi sejagat jika tabiat ini teros diamalkan hingga turun temurun.. ??? Jika kita tak ikut teori ini apakah yang akan terjadi kepada alam semesta kita ni..???  :)


gambar hiasan


Tapi masa kecik kecik dulu memang ak selalu wat benda ni.. kalo gigi atas baling atas bumbung.. pastu terjengah-jengah kepala nk nengok gigi tu kt ne... :).. kalo gigi bawah lak tanam dalam tanah..siap pacak kayu jadi batu nesan..  esok nye gali balik tapi xjumpa... haha

Ko orang lak cam mane? pernah wat? pandangan ko orang pasal benda ni?

Sekian...

p/s : petua orang orang tua ni mesti ada sebabnya


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Tuesday, June 3, 2014

APA ADA DALAM ICE BOX ORANG BUJANG

Assalamualaikum...

BUJANG DAN PETI AIS...

Apa yang ada dalam peti ais orang bujang ek?... xkira la bagi bujang lelaki atau bujang perempuan... ni nak tanye pada orang bujang yang mampu beli peti ais la ye.. xkira la beli peti ais tu guna, duit simpanan sndiri ke, duit loan ke.. duit mak bapak ke.. haha... yang xde peti ais tu senyap2 je k... haha


K.. berbalik kepada tajuk utama.. apa yang biasanye ada dalam peti ais orang bujang ni ye,, bagi aku la.. ni 

- botol kicap (manis dan masin)
- sos (sos cili, tomato, tiram)
- air (air mineral, air kotak, air tin, air bungkus pasar malam)
- ais krim ( ais krim corneto, ais krim mangkok, ais krim uncle muthu)
- buah-buahan (epal, limau, anggur)
- chocolate ( cadbury, ferero, coklat kedai apek)
- majerin, jem, 
- dan lain-lain

+

Bagi yang rajin memasak lak...
- sayur sayuran (sawi, kacang panjang, cili padi, dll) 
- nugget, hotdog, fish ball, prawn ball, tiger ball, lion ball, cow ball..
- mee kuning, mee hijau, mee merah
- pinggan laok sardin yang dh beku
- dan lain-lain

+

Bagi yang rajin membungkus je
- pizza yang dah keras 
- susu rendah lemak yang dah basi
- kotak kosong dari pelbagai jenis makanan
- dan lain-lain

Sebenarnye banyak lagi benda-benda yang ada dalam ice box orang bujang ni.. xkn aku nak list kan sume.. mampos la aku.. ni pon aku men hentam je ape yang aku ingat.. haha... ingat orang bujang xmampu ke nak penuhkan peti ais dieorang.. :) Korang lak cam mane?

Sekian..


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Tuesday, May 27, 2014

MAIN SUSUN-SUSUN KUSYEN DAN BERPERANG!!!!!

Assalamualaikum...

KUSYEN... ak  terjumpa gambar ni kt weechat... tiba-tiba teringat lak zaman kanak-kanak dulu... ye la, umah dulu-dulu kan semuanya ada kusyen jenis cm ni kan... bukan cam sekarang ni semua dah ada sofa yang empuk-empuk.. larat ke budak2 nak angkat dan susun... hahaha..


Dulu pantang je kalo rumah line clear... confirm kusyen-kusyen ni jadi mangsa... budak budak kretif katakan.. susun cantik-cantik pastu kalau roboh memang sakit hati... rasa cam nak mengamok pn ada

Lagi banyak kubu dapat dibuat lagi rasa seronok.. kebanggaan melanda diri ku.. lepas dah susun-susun tutup lak ngan cadar atau pun selimut... supaya lebih menampak kan kegagahan kubu kita tu kn.. memang best giler..

kalo xbersepah umah tu memang xsah lah.. tp tunggu la nasib ko orang kalo mak bapak ko blek.. kalo kena pukul teros xpe gak.. ni kena bebel.. pecah gegendang telinga siot... rasa cam nak lari rumah je.. hahaha

Ko orang pernah wat x aktiviti ni.. kalo xpernah wat memang rugi la.. benda kalo main sorg-sorg pon jadi.. haha. :)

Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Thursday, May 22, 2014

STYLE TUNJUK BILANGAN 3 DENGAN JARI

Assalamualaikum....

JARI.. Jari adalah salah satu kurniaan tuhan kepada kita yang tidak ternilainnya.. banyak kegunaan jari dalam kehidupan seharian kita... terpulang kepada diri masing masing sama ada menggunakan jari tersebut kejalan yang baik atau pun sebaliknya...

Kat sini aku nak tanya ko orang la, kalo ko orang nak menunjukkan bilangan 3 kepada orang lain dengan menggunakan jari, bagaimanakah kedudukan jari ko orang... aku perhatikan style setiap orang adalah berbeza-beza antaranya  :-



                                                     






berbeza-bezakan... ko orang lak cam ne ye.. kenapakah berbezaan ini leh berlaku ye... adakah kerana faktor keturununan, genetik, tabiat atau pun style untuk menampak kita manja atau pon macho...hahaha..

sekian....


p/s : gunakanlah jari ko orang sebaik mungkin... contohnya.. ----> KOREK HIDUNG GUNA JARI APA?



IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

JOGING WAKTU PAGI ATAU PETANG YANG BAGUS

Assalamualaikum...

JOGING... joging atau bahasa malaysia nya ialah berlari anak-anak adalah satu senaman yang bagus untuk kesihatan kita.. selain itu ia juga dapat meningkatkan stamina kita untuk sentiasa berasa cergas dan bertenaga...  otak kita akan sentiasa berasa tenang untuk berfikir kan sesuatu..



kat sini aku nak bincang dan minta pendapat ko orang la... waktu makna yang paling sesuai dan ideal untuk berjoging ni.. supaya ia dapat memberi kesan yang maksima dan keselesaan kepada kita...

sebenarnya 24 jam kita leh berjoging kan, cuma aku nak fokus kepada waktu pagi dan waktu petang... mane yang lebih sesuai??

ini pandangan aku lah.. merujuk kepada tempat joging di suatu taman riadah kat tempat aku bermastautin sekarang ni la... bandaraya kulim, kedah...

------------------------------------------------------------

WAKTU PAGI

- udara dan suasana diwaktu pagi amatlah nyaman , segar tenang dari sebarang gangguan... 
- orang yang betul2 nak berjoging ada pada waktu ini.
- ada senam aerobik yang menarik.
- sangat selesa sebab tak terlampau sesak.
- rasa cam hebat je dengan peluh yang sebati dengan embun pagi.. hahaha



WAKTU PETANG

- panas dan peluh cepat keluar banyak , so cepat kurus... lepas tu anti dh malas nk joging sebb dh kurus..hehehe
- terlampau sesak dengan riadah dari family-family yang datang.
- terdapat sekelompok manusia yang jadikan tempat ini port berdating..
- ramai awek2 cun yg saje2 dress up maut datang untuk tayang muka..
- kosentrasi untuk berjoging selalu terganggu...

------------------------------------------------------------

pendapat ko orang lak cam ne...

sekian...

p/s : biasanya nye joging ni hangat-hangat taik ayam je.. ikut mood.. hahaha




IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Friday, April 18, 2014

CARA STYLE PAKAI TUDUNG MASUK DALAM BAJU

Assalamualaikum..

TUDUNG... sekarang ni aku dengar kecoh pasal tudung yang harga mahal la, diciplak la dan macam-macam lagi tentang fesyen tudung dari sebuah syarikat terkenal tu..  cuma ak leh nasihatkan "tepok dada tanya selera" la ye... 

Kali ni aku bukan nak cakap psl bnda ni atau pun cara nak pakai tudung.. tapi aku nak tanye ko orang la orang pmpuan, cam mane ek ko orang pakai tudung yang style masuk dalam baju tu...



Ko orang pakai baju dulu ke atau pakai tudung dulu ek..

Dulu aku pernah gak la wat entry lebih kurang pasal benda ni, tapi lain siket jalan ceritanya.. :)

----------------------------------------------------------------------
Kalau pakai baju dulu, lepas tu baru pakai tudung cam mane ko orang masuk kn tudung dalam baju tu? ko orang sumbat-sumbat je sampai masuk ek.. xkomot lak tudung tu..

----------------------------------------------------------------------

Kalau pakai tudung dulu baru pakai baju lak cam mane lak tu.. mari kita bayangkan bersama-sama ye... xdapat ak bayang kan.. :)

----------------------------------------------------------------------

Ak bukan nak pertikaikan atau nak mainkan isu sensitif ni,, tapi ntah lah, memang ak nak tau la skill ko orang pakai style tu cam mane.. saje je nk sebok-sebok siket... haha

Tapi perasan ada gak yang cakap style ni seperti mirip rahib (sister dalam agama kristian)... entah lah, kepada yang was-was tu cuba2 lah bawak bertanya kepada mane-mane ustaz atau ustazah yang bertauliah ye...

Maaf jika ada silap dan salah ye....

Sekian...

p/m : hukum menutup aurat adalah wajib



IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Monday, April 14, 2014

BEZA LELAKI DAN PEREMPUAN TUTUP MULUT KETIKA MENGUAP

Assalamualaikum...

MENGUAP.... menguap atau bahasa orang melaka "sangap" adalah sesuatu yg sungguh selesa dan menyamankan... pelbagai cara manusia menutup mulut dieorang kalo menguap.. kebiasaanya pakai tangan... xkn nak guna kaki lak kn..:) 

Apa beza cara lelaki dan perempuan tutup mulut dieorang masa menguap ye....


Betul ke kalau lelaki menguap dia akan tutup mulut dengan mengepal tangan.. baru nampak macho dan gantang kn.. :)


VS



betul ke kalau perempuan  menguap die tutup mulut dengan menggunakan tapak tangan.. baru nampak ayu dan ciri-ciri kelembutan wanita melayu terakhir terserlah.. :)


Satu petikan yang aku jumpa...

"Menguap adalah dari setan. Karena itu, apabila salah seorang dari kalian menguap, tutuplah serapat mungkin karena ketika salah seorang dari kalian berkata ‘huah’ (pada saat menguap), setan akan menertawakannya." (HR. Bukhari). sumber

Sekian...

p/s : tutup la mulut masa menguap mengelakkan setan masuk...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Monday, April 7, 2014

BAWAK MOTOSIKAL STYLE BAHU SENGET

Assalamualaikum...

MOTOSIKAL... motosikal adalah sejenis kenderaan asas di malaysia dan seluruh dunia.. ia adalah sejenis kenderaan yang jimat dan mudah dalam cara penggunaanya... boleh dikatakn setiap orang yang akil baligh akan cuba untuk memiliki sebuah motosikal...

Tapi kat sini aku bukan nak cakap pasal cara budak-budak sekarang kikis duit family dieorang untuk beli motor, tapi nak cakap pasal cara penunggangannya..


Ko orang perasan tak, ada sesetengah style penunggangan di malaysia yang suka bawa moto bahu senget sebelah.. adakah gejala ini normal? Kenapa ia boleh terjadi? Adakah kerana faktor fizikal? Rohani? Tabiat semula jadi? Cuaca? Emosi? Satelit? dan sebgainya?

 Tapi aku rasa kadamg-kadang ada gak yang saja-saja bawak moto cam ni kan.. terutamnya lelaki.. Adakah bila bawak moto style cm ni akan kelihatan macho Stylo? Ensem? Bergaya? Mutu? Keunggulan? hehe

Dulu aku masa baru-baru dapat moto pon aku rasa aku pernah bawak moto cm ni kut.. rasa cam hebat je bila bawa moto style cm ni..hehe Bawak moto bahu senget sebelah, pastu bawak laju-laju dan tak pakai helmet sambil kepal dongak tinggi pandang kiri kanan dengan rasa bangga.. rasa betol-betol hebat masa tu.. heheh

Tapi mesti akan ada cakap, tak kan nak bawak moto tegak je dan pandang teros depan jangan toleh kiri kanan.. nampak cam skema dan nerd je kn.. xbrader2 la cm tu..

Aku tau topik yang aku utarakan ni remeh dan mengarut, tapi ada aku kesah... ni blog aku.. suka ati aku la nak tulis apa.. janji xlanggar akta skmm.. haha :)

Sekian..

p/s : berhati-hatilah semasa menunggang motosikal...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Friday, April 4, 2014

BERDEHEM SELEPAS KENCING?

ASSALAMUALAIKUM...
BERDEHEM.... Salam jumaat.. kat sini aku nk bincang siket pasal berdehem lepas kencing... sebelum ni ak pernah gak wat entry psl kencing.. 


Tapi ari ni bukan ak nak kencing ko orang, tapi nk kongsi n mintak pendapat dari ko orang pasal berdehem lepas kencing...


Pendapat ko orang cam mane ye... selalu ke amalkan benda ni... ak pernah gak terdengar dari beberapa ustaz yang menggalakkan kita berdehem lepas kencing ni... ini mengelakkan sisa kekotoran yang ada kat kemaluan kita tu..

Ini membolehkan diri kita untuk sentiasa suci dari segala najis.. contohnya dalam solat.. kita kena yakin kita dalam suci.

Ak jugak pernah terdengar pendapat jika terdapat sisa2 air kencing kita tu ketika solat, solat kita tidak sah.. betul ke? wallahualam...

Selain berdehem untuk "tos" kan air kencing kita tu, ape lagi cari lain ye... ada gak cadangan kalo lelaki, leh jentik2 atau goncang2 "benda" tu 2 3 kali.. kalo pompuan nak jentik ape???? hahhaha..

Sekian...

p/s : kebersihan separuh dari iman


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Wednesday, April 2, 2014

TIDUR ATAS KATIL ATAU BAWAH KATIL

Assalamualaikum...

KATIL...

Dari tajuk entry ni, tidor atas katil aku rasa ko orang faham kut.. tp tidor bawah katil jgn korang salah faham lak.. pa kejadahnye.. xde keje len ke.. maksud aku kita bentang tilam kat lantai, dan tidor atas tilam tu k.. bagi ko orang, mane satu trend yang lebih selesa...?


Cam aku ni, sebgai orang bujang yang duduk rumah bujang, tidor bawah lagi best kut... lagi-lagi bentang tilam depan tv, lagi masyuk... kalo mengantok leh tros membutakan kan... hehe..

Kalo tidor cm ni, kalo nak kemas pon senang, sumbat semua barang seperti selimut, bantal, cadar, sarung bantal, plastik keropok, kulit kacang dan sebagai nye atas tilam, pastu lipat tilam tu, dan leh teros campak dalam bilik... haha.. tak pon lipat je tilam tu n letak tepi dinding.. senang kan??? haha..

Lagi satu, kalo tidor atas katil, lagi-lagi katil bujang rasa cam sempit je.. tidor bawah lagi bestkan.. walaupun guna tilam bujang, tapi rasa cam queen size.. luas terbentang.. kebebasan melanda diri ku.. :)

Terpulang la pada masing-masing mane yang ko orang selesa kan...atas katil pon leh, bawah katil pon leh... janji leh membuta... :)

Sekian...

p/s : umah sewa aku memang xpernah ada katil.. :)



IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Monday, March 31, 2014

KEDUDUKAN TEMPAT DUDUK DALAM BAS SEKOLAH

Assalamualaikum...

BAS SEKOLAH... Bas merupakan sebuah kemderaan jalan raya yang besar serta direka bentuk untuk membawa penumpang yang ramai sebagai tambahan kepada pemandu dan kadang-kadang konduktor bas. Perkataan bas berasal daripada perkataan latin omnibus, yang bermaksud 'untuk semua'. Nama penuh bas  ialah 'Kenderaan Omnibas' - bermaksud 'kenderaan untuk semua. WIKIPEDIA



Merujuk kepada gambar diatas apa yang ko orang faham ye... adakah betul teori yang ditunjukkan didalam gambar tersebut... aku pon xtau betul ke tak teori tersebut... aku pon jumpa gambar ni kat facebook.. aku pon xtau sangat nk explain cm ne sebb sekolah rendah ak jalan kaki je g sekolah... sekolah menengah lak dok asrama yang sume jantan... hehe..

-----------------------------------------------------------------------

Barisan Hadapan.

- kalau untuk sekolah yang lelaki perempuan memang dah termaktub kut perempuan dok depan lelaki dok belakang..
- ini dikuasai oleh budak-budak yang pandai lagi bijaksana yang sentiasa mendapat perhatian dari guru-guru disekolah kan.
-budak-budak yang nerd untuk mengelakkan dari dibuli rakan-rakan yang berkuasa dibelakang... hehe
- lagi satu posisi ni adalah untuk seseorang yang dahulunye taiko besar sekolah, tapi setelah dibenci dan dipulaukan oleh rakan2 sebaya ini lah tempat yang sesuia..

Barisan Tengah

- Ini lah port untuk student yang couple untuk menunjukkan saat romantik mereka. apa lagi ek nak explain.. xtau ak nak explain cm ne posisi midfilder ni...

Barisan Belakang

- Untuk "abang-bang" besar kat sekolah.. kira taiko la ek. lagi-lagi sit paling belakang tu, reserve untuk taiko la kn... lagipun port ni memang sesuai sebab line clear giler untuk isap rokok.. hehe..

-----------------------------------------------------------------------

Aku xtau la teori ni betol ke tak kan.. kalo ukut aku dok mane2 pon leh.. kalo leh dok tengah.. kalo langgar bonggol xla melambung.. haha.. ko orang cam mane?

Sekian...

p/s : dah lama tak naik bas sekolah


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Wednesday, March 26, 2014

FENOMENA RENDAM BAJU, KACAU, DAN SIDAI

Assalamualaikum...

BASUH BAJU... didalam islam memang kita digalakkan untuk sentiasa menjaga kebersihan.. salah satunya tentang kebersihan pada pakaian kita.. ini adalah untuk keselesaan kita dalam seharian dan dalam melakukan ibadat..




Kat sini aku nak bincangkan cara kita membasuh pakaian kita... kalo yang ada washing machine senanglah... baling, masuk serbuk ke, pewangi ke, n on.. cukup masa, siap.. leh sidai.. :)

Ni kepada yang manual, terutamanya bujang.. pernah ke basuh baju menggunakan teori fizik + kimia ni.. iaitu.. rendam baju, masuk serbuk, isi air, kacau baju tersebut sehingga sebati (bayang kan seperti baju itu didalam washing machine), kalo nk hardcore lagi kacau pakai kaki, setelah berpuas hati leh bilas dan sidai.. hehe..

Adakah betul teori ini? sape yang memperkenal kan teori ini kepada umum ye.? adakah ia cukup berkesan.?. renung-renung dan selamat beramal.. :)

Sekian..

p/s : menjaga kebersihan itu separuh daripada iman...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Monday, March 24, 2014

CARA UNTUK MATIKAN BENANG DALAM JAHITAN

Assalamualaikum...

BENANG... aktiviti menjahit biasanya dikuasai oleh golongan wanita... tapi ko orang jangan ingat lelaki xreti menjahit... lagi-lagi orang bujang... xkan koyak siket nk suruh mak jahit kan.. jahit la sndiri.. lagi-lagi port yang biasa koyak ialah kelengkang seluar.. mane tak nye.. asyik mengangkang je depan tv.. :)



Tapi ak bukan nak citer pasal sape lagi hebat menjahit.. tapi nk citer macam mane nak matikan benang masa menjahit...  ko orang fahamkan maksud "matikan" benang tu.. kalo xfaham, senang citer maksud aku, lepas ko orang dah siap terkemut-kemut menjahit tu, cam mane finishing die yg wat jahitan ko orang tu kuat... ini merujuk kepada jahitan tangan ye, bukan menggunakan mesin...

Lagi satu, entry ni bukan nk tunjukkan cara nya, tapi nk tanye ko orang macam mana caranye... haha.. sebb sampai la ni haram jadah aku tak reti.. memang ada caranya kan.. tapi cam aku biasanya, last sekali putuskan benang tu, and then ikat mati je la dua tiga kali.. tak pun ko cucuk je jarum sane sini sampai dh berbelit-belit baru ko putuskan... haha..

Cam ko orang yang expert menjahit ni leh tolong bagi tau cara yang betulnya.. hahaha :)

Sekian...

p/s : kalau dah kawen kan senang.... suruh orang rumah je jahitkan.. :)


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Wednesday, March 19, 2014

BEKERJA DAN BELAJAR - PENGAJIAN JARAK JAUH (PJJ)

Assalamualaikum...

PENGAJIAN JARAK JAUH... Pjj.. Belajar sambil bekerja bukanlah sesuatu yang asing dalam kehidupan masyarakat kita pada zaman sekarang ni. Melalui program ini, xkira dari apa peringkat usia sama ada tua atau pun muda, semuanya berpeluang untuk mencapai segulung sijil dan mendapat ilmu sehingga hujung nyawa ko orang kan..

Pada pendapat ko orang macam mana ye tentang program ini... bagi aku lah benda ni sebenarnya ada pro and contranye.. terpulang kepada masing-masing sama ada pandai untuk membahagikan perjalanan kehidupan seharian ko orang dengan baik.

Memang ramai yang berjaya mencapai matlamat dieorang dengan program ini. tapi tidak kurang gak yang kecundang dipertengahan jalan. Lagi yang melibat kan kepada seseorang yang mempunyai kerja hakiki yang tidak tentu masa. Dieroang mungkin gagal membahagikan masa untuk kerja, keluarga, pelajaran dan lain-lain perkara dengan baik.



Aku ada ramai jugak rakan-rakan yang mengikuti program PJJ ni.. aku sendiri dapat perhatikan ada yang sampai ke puncak dan ada yang tersungkur. Bagi yang berjaya tahniah diucapkan. tapi bagi yang gagal  ak harap ko orang tak berputus asa dan jika diberi peluang dan rezeki ko orang boleh cuba buktikan ko orang jugak boleh.

Apa yang aku nampak kepada yang gagal, serba sedikit antara sebabnya ialah, 

- kerana tidak mendapat sokongan dari orang sekelilingnya. 
- kekangan masa sebab kepentingan terhadap kerja hakiki (melibatkan periuk nasi tu)
- tidak sabar untuk menamatkan pengajian sebab terlampau mengejar sijil untuk kepentinagn terrtentu.
- kepala hotak memang sudah tepu untuk belaja sebab dah bertahun tinggalkan zaman wat assignment ni.. hehe..
- faktor ekonomi kerana ada sesetangah ipt mengenakan yuran yang agak mahal.
- dan lain-lain...

Pada pendapat korang macam mane lak ek tentang program PJJ ni.. kadang-kadang aku yakin yang membuat PJJ ni adalah kerana segulung ijazah untuk menjadi platform untuk kenanikan pangkat, terutamanya dari sektor kerajaan kan. Ak sebenarnya respek dengan sesiapa yang dapat menamatkan program ni dengan baik terutamanya yang sudah bekerjaya.

Sebenarnya, memang tiada alasan untuk menuntut ilmu ni kan.. tetapi kadang-kadang kerana faktor keadaan yang tidak mengizinkan membuatkan kita susah untuk mencapai nya.. Yang penting semuanya dari semangat dan rezeki masing-masing yang telah dikurniakan..

Sekian...

p/s : menuntut ilmu biar sampai ke negeri china.


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Monday, March 17, 2014

BLOG AKU HANYA DALAM KENANGAN

Assalamualaikum...

Rasanya dah berkurun lama, ku rasakan blog aku ni xberupdate... rasanye dh setahun lebih kut xupdate.. tahun lepas pon 4 je entry aku update kut... aku pon dah xberapa ingat lagi member2 blog aku yang rapat sebelom ni, ape ntah lagi dieorang, haram jadah nak ingat kt blog aku ni..

Macam mane la suasana dunia blog sekarang ni kan.. cm meriah je ak nengok..  siap leh berkumpul dalam 300 bloggers dalam 1 tempat dan 1 masa kan dalam 1 majlis kan.. gempak siot... haha.



Nak wat comeback????.. haha.. comeback la sangt.. nk pasang internet kat umah pon x mampu, ape ntah lagi nak mengadap internet .. nak layan kt cc? mampos pokai aku... nk update kat fhone? haha.. memang xlah.. terkemut-kemut ak nak taip kt fhone murah aku ni..

Ni update pon saje je, sementara ada peluang dapat cilok internet free orang lain kan.. saje je nak jengah-jengah jap blog sendiri.. haha.. Lagipun ak ni dah xde idea nak mengarut kat blog.. dah matang la kata kan.. tak mampu lagi aku nak masuk air dengan ko orang lagi.. haha :)

Semoga ko orang berjaya dalam apa yang ko orang wat k.. )

Sekian...

p/s : pray for mh370.. apa pun kesudahannya sama-sama la kita doakan yang terbaik untuk mangsa dan ahli keluarga mereka.. peace 4 all...





IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE