Assalamualaikum...
PENGAJIAN JARAK JAUH... Pjj.. Belajar sambil bekerja bukanlah sesuatu yang asing dalam kehidupan masyarakat kita pada zaman sekarang ni. Melalui program ini, xkira dari apa peringkat usia sama ada tua atau pun muda, semuanya berpeluang untuk mencapai segulung sijil dan mendapat ilmu sehingga hujung nyawa ko orang kan..
Pada pendapat ko orang macam mana ye tentang program ini... bagi aku lah benda ni sebenarnya ada pro and contranye.. terpulang kepada masing-masing sama ada pandai untuk membahagikan perjalanan kehidupan seharian ko orang dengan baik.
Memang ramai yang berjaya mencapai matlamat dieorang dengan program ini. tapi tidak kurang gak yang kecundang dipertengahan jalan. Lagi yang melibat kan kepada seseorang yang mempunyai kerja hakiki yang tidak tentu masa. Dieroang mungkin gagal membahagikan masa untuk kerja, keluarga, pelajaran dan lain-lain perkara dengan baik.
Aku ada ramai jugak rakan-rakan yang mengikuti program PJJ ni.. aku sendiri dapat perhatikan ada yang sampai ke puncak dan ada yang tersungkur. Bagi yang berjaya tahniah diucapkan. tapi bagi yang gagal ak harap ko orang tak berputus asa dan jika diberi peluang dan rezeki ko orang boleh cuba buktikan ko orang jugak boleh.
Apa yang aku nampak kepada yang gagal, serba sedikit antara sebabnya ialah,
- kerana tidak mendapat sokongan dari orang sekelilingnya.
- kekangan masa sebab kepentingan terhadap kerja hakiki (melibatkan periuk nasi tu)
- tidak sabar untuk menamatkan pengajian sebab terlampau mengejar sijil untuk kepentinagn terrtentu.
- kepala hotak memang sudah tepu untuk belaja sebab dah bertahun tinggalkan zaman wat assignment ni.. hehe..
- faktor ekonomi kerana ada sesetangah ipt mengenakan yuran yang agak mahal.
- dan lain-lain...
Pada pendapat korang macam mane lak ek tentang program PJJ ni.. kadang-kadang aku yakin yang membuat PJJ ni adalah kerana segulung ijazah untuk menjadi platform untuk kenanikan pangkat, terutamanya dari sektor kerajaan kan. Ak sebenarnya respek dengan sesiapa yang dapat menamatkan program ni dengan baik terutamanya yang sudah bekerjaya.
Sebenarnya, memang tiada alasan untuk menuntut ilmu ni kan.. tetapi kadang-kadang kerana faktor keadaan yang tidak mengizinkan membuatkan kita susah untuk mencapai nya.. Yang penting semuanya dari semangat dan rezeki masing-masing yang telah dikurniakan..
Sekian...
p/s : menuntut ilmu biar sampai ke negeri china.
2 comments:
setuju..part ekonomi & masa tu sebenarnya aku setuju. berlaku pd aku juga.. tp aku baru je dpt tawaran study pjj mse tu terpaksa pulak tolak saat akhir sbb ekonomi & masa tu la..lagi2 unit office yg aku kje ni tak ckup staff.. terpaksala aku berkorban dulu..adoii.. bab kenaikan pangkat aku kurg stuju.. sbb dh byk kali gi temuduga tp tak naik2 juga.. balik2 yg berjaya lantik junior yg baru 2-3 tahun kje..kami yg senior2 lebih 6 tahun kje ni masih ditakuk lama.. padahal kelulusan sama saja..2-3 kali dh posting tmpt kje.. apa yg bgus sgt tak tau la.. hehe ala xpe mungkin bukan rezeki lagi.. ini utk gred W la ye..gred lain aku taktau.. hehe tp aku nekad nk smbg study fulltime jela tahun depan.. payah sgt..
pengajian jarak jauh takpo. kalau perkahwinan jarak jauh I tak sanggup kikikiki
Post a Comment