impianku dalam mimpiku: September 2011

Friday, September 30, 2011

FENOMENA PAKAI BAJU TERBALIK

Assalamualaikum....

PAKAI BAJU TERBALIK.... idea untuk wat entry ni datang apabila terbaca entry dari puan kutu yang mana kejadian beliau pakai baju terbalik mase g makan kat kedai bersama anak-anak beliau.. hehe (LAWAK UJANG BENAR-BENAR BERLAKU)

Pakai baju terbalik ni ade dua kategori.. pertama--> baju sebelah depan dipakai belakang dan baju sebelah belakang dipakai kehadapan.. kedua---> baju sebelah dalam dipakai ke luar dan baju sebelah luar di pakai ke dalam... :)

gambar hiasan je dari google :)

Rasenye dalam seumur hidup mesti ko orang pernah mengalami fenomena ni kan walaupun sekali.. aku prnah mengalaminye.. agak kemaluan melanda diriku bile perasan dirini pakai baju terbalik :)

kalau kantoi ngan member2 xde la segan sangat kut.. sebab kita leh senyum cam kerang busuk sambil control macho.. dengan mase yang sama kita leh betol kan balek pemakain kita tu kn...

Cuba kalau kita ngah sorang2 berada di tempat awam dengan orang yang kita xkenal.. dan kita perasan ramai yang memerhatikan kita sambil tersenyum2.. pastu baru kita perasan yang kita pakai baju terbalik.. confirm rase kebas je muka kita ni kan.. ap lagi, angkat bontot, buka langkah dan terus pecutttt 100 meter la kn... hehe :)

Mengapa fenomena pakai baju terbalik ni boleh berlaku ye.. adakah sebab baju yang kita pakai tu baju baru kita.. kita masih xtau lagi kondisi cara pemakaianye.. atau pu semasa kita nak pakai baju tu kita pakai dalam gelap.. xpon mase tu kita ngah tergesa kerana terlewat atau pun nak cepat sampai main sarung jerk.. :)

haha. apa2 pon, benda ni sume kenangan manis dan pahit kita kan. cube kita kenang balik kejadian tuu... mesti kita leh tergelak sorang2 kan.. :)...

Sekian...



IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Thursday, September 29, 2011

#7 SPONTANEOUS THURSDAY : PENGORBANAN

Assalamualaikum...

Spontaneous Thursday....

--------------------------------------------------------------



"Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan"

--------------------------------------------------------------

Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

#6 SPONTANEOUS THURSDAY : KEKUATAN

Assalamualaikum...

Spontaneous Thursday...

----------------------------------------------------



Tidak mengapa jika SEMALAM kita TEWAS lalu terpaksa undur satu langkah ke belakang.. Mungkin justeru sebuah kegagalan itu, kita mampu bangkit lalu mengumpul sepenuh kekuatan untuk mengatur sepuluh langkah lagi ke hadapan di HARI ESOK..

----------------------------------------------------

Sekian...



IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Wednesday, September 28, 2011

#15 WORDLESS WEDNESDAY : TENANGKAN FIKIRAN

Assalamualaikum...


Sekian...

Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :)




IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Tuesday, September 27, 2011

TUTORIAL LETAK ENTRY ASSALAMUALAIKUM

Assalamualaikum..

TUTORIAL..... ni bukan entry tutorial k.. hehe.. ne aku saje je nk tunjuk kyword blog aku ne.. maklumlah.. kekringan idea melanda diri ku..

Yang menarik perhatian aku ialah tentang satu keywords ni... "TUTORIAL LETAK ENTRY ASSALAMAUALAIKUM''.... apa sebenarnye yang dicari oleh pencari ne ek?.. hehe



pada tafsiran aku ialah, die nak cari tutorial cam ne nak type assalamualaikum dalam entry.. haha.. senang je... cari n taip huruf a+ s + s + a + l + a + m + u + a + l + a + i + k + u + m... setel... :)

Sory la guys aku wat entry bodoh2 ne.. keep in touch k :)

Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

MOOD SESEORANG MEMPENGARUHI KEPENGGUNAAN JENIS RINGTONE TELEFON

Assalamualaikum....

RINGTONE.. pada zaman teknologi ni, boleh dikatakan setiap orang mempunyai telefon yang canggih manggih .. kalau kita duduk ditempat awam, bermacam bunyik kita dengar yang keluar dari telefon dieorang kn..

Kalau dulu, hanya keluar bunyik padu dari nokia 3310, sekarang ni lak dah bermacam irama ringtone kita leh dengar.. ada yang bunyi baby menangis la, ayam brkokok la, azan la dan pelbagai variasi lagu dari local or antarabangsa kan....

sumber google

Ape yang aku aku cube nak sampaikan ialah.... nak tanye pendapat ko orang apakah ciri2 utama yang menyebabkan ko orang pilih sesuatu ringtone tu ek? adakah ini dipengaruhi oleh mood seseorang itu pada masa tersebut...

Contohnye, pada bulan puasa, banyak yang gunakan azan, selawat or lagu-lagu nasyid... pada hari raya lak confirm lagu raya kan.. pada bulan kemerdekaan lak, gunakan lagu tanggal 31 kut..hehe :)

Kalau dari sudut emosi lak cam ne?.. kalau ngah baru bercinta ko orang gunakan lagu-lagu cinta ke? hehe.. seperti lagu dari misha omar or anuar zain... kalau ngah putus cinta lak?... ko orang gunakan lagu SOLO dari Iyaz kut... hehe..

Aku terpikir nak wat entry ni sebab aku terprasan ada sesetengah orang selalu tukar ringtone dieorang.. biasanye diorang akan gunakan lagu latest yang ngah hot... maybe lagi latest ringtone yang digunakan lagi canggih sesuatu handphone tu kn :)

So, sekarang ni apekah ringtone latest ko orang yerk :).... n ape sebab ko orang gunakan ringtone tu :)

Sekian...



IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Monday, September 26, 2011

JOM MENONTON FILEM LIBAS by Mak Dara

Assalamualaikum...

CONTEST... semua sedia maklum tak lama lagi filem yang berkisar tentang sukan tradisional melayu kita sepak takraw akan menerjah layar perak... filem tersebut diberi nama LIBAS...

ko orang tau x sape penulis skrip filem tu? beliau adalah Martias Mohd ALi.. Beliau adalah suami kepada Puan Adza Irdawati Adenan @ Mak Dara.... Mak Dara lak adalah antara member blogger yang terawal aku kenal.. beliau ni artis tau dulu.... salah sorang anggota band D'ADZA..

http://bicaramakdara.blogspot.com/2011/09/contest-jom-menonton-filem-libas.html

So, sempena perlancaran filem LIBAS ni, mak dara dengan kerjasama syarikat MDAG Sdn Bhd telah mengadakan satu contest.. so, aku ape lagi.. confirm ar kena join kan.. lagi2 bile dah di tag oleh SITI KEKTUS... :)

------------------------------------------------------------------------------
SINOPSIS FILEM LIBAS

Adnan Saladin seorang pakar Libasan dalam permainan sepak takraw (Libas). Dia di gelar sebagai raja libas Malaysia. Kehebatan libasan Raja Libas sangat digeruni pasukan lawan terutamanya dari pasukan Siam (Thailand). Kecederaan berlaku mengakibatkan tekong Malaysia (Dali) parah apabila Libas gagal menampan libasan kuat AK Nangkhon lalu terkena dadanya. Akibatnya Malaysia tumpas kepada Thailand untuk kali kedua berturut-turut. Jurulatih dan rakan sepasukan, Megat turut menyalahkan Adnan Saladin kerana kekalahan itu sehingga Jurulatih sanggup memutuskan pertunangan Adnan Saladin dengan anaknya, Ratna.

Raja Libas resah apabila diketahui Mr. Wilson menawarkan perlawanan Libas lebih awal dari selalunya untuk mendapatkan bola warisan yang mempunyai nilai sejarah dan kuasa mistikal. Tawaran lumayan diberikan kepada pasukan Thailand demi mendapatkan bola warisan tersebut yang berada pada Raja Libas. Raja Libas berfikir siapa yang harus dia ambil sebagai pemain bagi mengekang kehebatan pemain Thailand. Akhirnya Raja Libas dapat menemui pemain baru dan mengumpulkan regu pasukan yang terdiri daripada Megat (pemain lama), Hamadi dan Kumok yang merupakan taruhan Libas untuk menentang Thailand nanti... Diperlawanan akhir, pasukan Malaysia teruk dibelasah oleh pasukan Thailand. Mampukah Raja Libas mempertahankan maruah negara. Nantikan kesudahannya...

SUMBER : sinemamalaysia.com

------------------------------------------------------------------------------

Aku nak tag : LYA COLOURS, AZLAN THE TYPE WRITER,

Sekian..



IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

FENOMENA COUPLE TUKAR-TUKAR NOMBOR HANDPHONE DENGAN AWEK/PAKWE

Assalamualaikum...

COUPLE.... aktiviti bertukar nombor handphone di sini adalah bermaksud ko orang dah couple... pastu nombor ko orang awek/pakwe ko guna... nombor awek/pakwe ko orang lak ko orang yang guna.... bukannye bertukar nombor dengan awek/balak yang ko orang baru usha tu yer :).. "nk no tepon boleyyyy"

sumber google :)

mesti ko orang pernah lihat fenomena ni kan... ntah2 ko orang sendiri yang buat... :)... bagi ko orang sama ada positif or negatif ye kesan daripada aktiviti tukar2 nombor handphone ni... ???

Bagi aku la, kesan negatif die lagi banyak kut... hehe.. kalau setakat tukar2 handphone xpe gak kan.. tapi kalau dah tukar ngan nombornye sekali tu namenye dah nyusah kan member2.... mane xnye... kite bukan main nak rak mesej2 or call die sebab ada hal penting.. tapi sekali awek die lak yang jawab.. xke nyusah kn :)

Kalau call tu leh jugak la kita tau kn.. cube kalau mesej?.. lagi2 kalau awek/pakwe die wat bodoh je xbagi tau kepada empunya nombor tersebut... kita mati2 la ingat maklumat yang kita nak sampaikan tu dh tiba kepada orang yang sepatutnye ..... :)

Aku pun xtau la atas dasar ape menyebabkan fenomena ni terjadi... adakah sebab tiada dasar kepercayaan dalam sesuatu hubungan dieorang tu... :).. mungkin kepada yang pernah wat bnda ni ada penjelasan masing2 kn :)... semua orang ada hak asasi manusia masing2... :)

Sekian...




IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Sunday, September 25, 2011

MASIH ADE JUGAK RUPENYE ORANG PERASAN KEHADIRAN AKU DALAM DUNIA BLOG NI

Assalamualaikum...

DUNIA BLOG... rupe2 nye dah seminggu lebih gak la aku xupdate blog aku ni kan... so aku nak wat ayat klise la cam kebanyakkan blogger lain buat bile dah lame xupdate.... hehehe..

"wah.. dah bersawang la blog aku ni... ko orang rindu xkat aku... mesti la tak kan... sebab blog aku ni bukannye blog femes cam blog ko orang semua tu... hehe"...

hehehe.. xsengaja lak terperli... sory2 k :)... sebenarnye memang aku sengaja xnk update blog aku ne sebab aku memang xde mood dalam seminggu ni.. xtau la mood aku g mane?.... hehe...


Tapi aku xsangka gak la, masih ada gak beberapa insan yang prihatin terhadap kehadiran aku dalam dunia blog ni.. terharu gak la beta :) antara ayat2 diorang ...

LYA COLOUR - topppp.. mana kau ne.. lama xupdate
FATHIAH HAMIN - hahhh.. baru nampak update
BRO AHMAD - lama menyepi ni

baru tiga orang prihatin terhadap aku pon aku nak kerek.. hehe.. lantak la.. janji ada kan.. :) sebenarnye ramai lagi peminat fanatik aku kat brazil, kt sweden, kt jepun n kat asia pasifik ni.... tapi semuanye xberani nak bersuara ... may be dieorang segan ngan aku kut... hehe :)

Happy blogging guys :)

Sekian...







IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

5 BLOG PILIHAN AKU MALAM INI



Assalamualaikum...

5 BLOG PILIHAN.... orang len wat entry la.. aku pon nak wat entry gak la sempena segmen BEN ASHAARI ni...


5 blog pilihan aku ialah :)

1 . CELOTEH SI ALYA - blog purple
2 . UMARFARUQ.COM - blog kelabu asap
3 . DIA BUKAN AKU - blog purple
4 . BICARA OH SI CINTA - blog purple putih
5. JAJAN STORY - blog pink kut

Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Friday, September 16, 2011

NAK GEMOK? MAKAN JANGAN KUNYAH, TELAN TERUS

Assalamualaikum...

GEMOK... biasa la manusia.. xpernah puas dengan diri sendiri kn.. yang gemok tu, sibuk nak jadi kurus, yang kurus lak sebok nak jadi gemok kan... hehe.. macam2..... :)

Aku dulu pernah terdengar satu petua bengong ni.. :)... ini adalah suatu perbualan member2 aku... member gemuk vs member kurus..

-----------------------------------------------------------------------

KURUS : Wei, aku nengok ko ni badan sihat wal'afiat je.. jeles la aku nengok.. cm ne ek nak gemok cm ko..

GEMOK : Tu la ko, len kali ikut petua aku ne.. aku makan siket je, tapi badan maintain je gemok tau...

KURUS : Ape petua ko?.. bagi la tau aku.. aku teringin sangat nak gemok cm ko.. baru orang takut sikt ngan aku ....

GEMOK : senang je, mase makan tu ko jangan kunyah tau makanan tu... ko telan je... baru mampat makanan tu dalam badan ko tu.. baru cepat gemuk cam aku ni....


gambar hiasan dari google :)

-----------------------------------------------------------------------

Haha.. aku pon xpasti sama ada petua ni cukup memberi kesan yang memberansangkan ke tidak... hehe.. mau nak tercekik agaknye budak tu makan dan terus telan je.. cam ular sawa gamaknye :)

Tapi, kita sebagai umat islam ni, patut bersyukur lah dengan ape yang dikurniakan oleh tuhan kan.. setiap orang ada kelebihan masing-masing kan.... xkire gemuk atau kurus.. sumenye qada' dan qadar... :)

Lagi satu.. berkaitan petua bengong ni.. hehe.. sunnah rasullullah sendiri mase makan tu adalah kunyah sebanyak 44 kali tu lebih afdal.. sesungguhnya sunnah rasullullah tu ada sebab yang terbaik kan.... Kita digallakkan untuk mengikut cara baginda...

Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Thursday, September 15, 2011

#5 SPONTANEOUS THURSDAY : SABAR DARI FITNAH

Assalamualaikum...

SPONTANEOUS THURSDAY......


"Kalau ada yg kata kamu jelek, sabar je.
Kalau ada yg kata kamu bodoh, biarkan je
kalau ada yg kata kamu dungu, Cool je.
Tapi kalau ada yg kata kamu cantik/hensem,
Tampar je kerana itu FITNAH!"


gambar hiasan dari google :)


Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

#4 SPONTANEOUS THURSDAY : PANDANG MASA LEPAS

Assalamualaikum...

SPONTANEOUS THURSDAY......


"Jika pada awalnya anda tidak berjaya mencapai sesuatu matlamat itu, cubalah cari kembali arah haluan yang pernah anda lemparkan ke dalam tong sampah sebelum ini"


gambar hiasan dari google :)


Sekian...



IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Wednesday, September 14, 2011

TUTORIAL - EDIT GAMBAR SECARA ONLINE (PICJOKE.com)

Assalamualikum...

TUTORIAL... rasenye dah lama giler aku xbuat tutorial kut... tapi malam ni rase cam nak share siket info.... nak kata tutorial xde la rasa sangat cam tutorial.. cume berkongsi maklumat je kut :)

Sebab aku wat entry pon adalah kerana entry WORDLESS WEDNESDAY - LUKISAN aku sebelum ni.. yang mana aku mendapat kritikan, pujian, dan perlian yang membina... hehe (kurang asam ek sorang-sorang)...

So kat sini aku nak share ko orang la cm ne aku edit gambar tu... Senang je... :)

---------------------------------------------------------------------------

1 . Pergi je link ni ---> http://picjoke.com/ ----> dan pilih la bahasa yang ko orang nk guna... france ke, spain ke, indon ke :)

2. Kat situ anti ada banyak design yang ko orang pilih... pilih je la ape yang ko orang suka kn... :)


3. Lepas dah pilih efek.. pastu ko orang pilih la pulak gambar yang ko orang nak edit tu :)


4. Lepas dah pilih gambar, tu ko orang klik la "membuat gambar" nye.. dan lihat pulak hasilnye k :)

---------------------------------------------------------------------------

Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

#14 WORDLESS WEDNESDAY : LUKISAN

Assalamualaikum...


Sekian...

Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :)




IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

PUSAT DALAM KAHWEN JAUH, PUSAT TERSEMBUL KAHWEN DEKAT

Assalamualikum...

PUSAT.. "Pusat" yang dimaksudkan di sini adalah lubang kecil yang terdapat di bahagian tengah-tengah perut ko orang tu.. bukanye bermaksud pusat sains negara or pusat sumber k :)

Pernah xko orang terdengar nenek-nenek or makcik-makcik ko orang mengeluarkan teori ini... "dalam nye pusat ko, confirm kahwen ngan orang jauh ne... penat mak bapak ko nak kena antar rombongan meminang nanti"... hehe.. kalau ada mesti ko orang tersenyum kn..



Ape pandangan ko orang tentang teori ini.. bagaimanakah nak ukur kedalaman ssuatu pusat tu dalam sekala untuk dinisbahkan kepada jarak kilometer pasangan kita tu nanti.... hehe.. (poyo x aku.. benda remeh temeh pon nak berdiskusi...hehe)...

Dulu aku nengok pusat member-member aku banyak yang dalam-dalam giler... sampai xnampak dasarnye.. hehe.. mesti jodoh member-member aku tu orang jauh-jauhkan.. silap-silap orang oversea.... indon or myanmar agaknye.. haha

Kepada yang pusat tersembul lak cam ne.. kahwen ngan orang dekat je ek.. ntah2 orang sebelah rumah je kut... so kepada pusat yang tersembul tu, mulai sekarang dah boleh usha line anak-anak dara/teruna jiran-jiran ko orang tu ye :)

Walaubagaimanapun aku rase teori ni belum disahihkan lagi mengikut kaedah saintifik.. hehe.. so, ko orang jangan lah risau tentang permukaan, warna, kedalaman dan kehangatan pusat ko orang tu ye... hehe.. jodoh ditangan tuhan.. :)

Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Tuesday, September 13, 2011

GUNA TABUNG BOLEH KOREK ATAU TABUNG BATU@SIMEN

Assalamualaikum..

MENABUNG.... menabung yang dimaksudkan disini adalah menyimpan duit didalam suatu bekas untuk dikumpul sebelum dimasukkam ke dalam bank atau pun digunakan...

menabung adalah suatu amalan yang murni.. orang yang suka menabung menunjukkan yang dia ni adalah seorang yang pandai berjimat cermat dan fikir masa hadapan.. :)

tabung senang nak "keluar masuk"

tabung yang "ikat mati habis"


Tapi ari ni, ape yang cuba dibincang kan lah pasal jenis tabung yang digunakan.... adakah tabung yang boleh dibuka dan ditutup sesuai digunakan ataupun tabung yang jenis simen yang kalau nak dikeluarkan isi dalamnye kena pecahkan tabung tersebut...

Aku rasa pada 10 tahun yang lepas tabung jenis yang "ikat mati" tu lebih banyak digunakan... hehe.. ini bermkna tiada "hantu-hantu" or "nafsu" yang leh mengarahkan diri kita ni untuk menggunakan duit tersebut pada bila2 masa.. so, duit dalam tabungan tu akan sentiasa "maintain"..

Ini kerana kalau kita henda gunakan duit tersebut, kita perlu memecahkan tabung tersebut.. kerugian kos membeli tabung akan lesap cam tu je kn... :)

Tapi pada zaman millenium lak, aktiviti menabung lebih banyak menggunakan tabung yang senang dibuka ditutup.. hehe..so faham2 je la kan.. name sahaja tabung, tapi diibaratkan tabung tu wallet kita gak kn... bila rasa nak berjimat simpan duit dalam tabung.. bil rasa kayap, korek je tabung tu.. ape susah.. hehe

Pucuk pangkal nye adalah hati masing-masingkan.. kalau betul2 tekad untuk simpan duit memang kita xkan "mengorek" duit tabung kita tu (ataupun tabung anak-anak2..hehe)... kental kan hati... mantapkan pendirian.. :)

Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Monday, September 12, 2011

GIVEAWAY - DAH TAKDE SAPE NAK BAGI HADIAH TOPUP LAGI KE?

Assalamualaikum....

TOPUP... sekarang ni kan ngah kecoh pasal tindakan syarikat telekomunikasi tanah air kita ni yang nak kena kan cukai 6% terhadap nilai prabayar @topup kan.. tapi sekarang ada gak desas desus yang mengatakan tindakan tersebut akan ditangguh@dibatalkan.... aku xtau lagi la keputusan muktamadnye...


ni adalah carta bagi Harga Baru Topup selepas dikenakan cukai 6%....


Tapi apa yang aku cuba nak cakap kan ialah, adakah selepas ini akan ada lagi blogger-blogger yang wat giveaway dan memberi hadiah berupa topup... hehe.. nampaknye kos hadiah2 akan semakin meningkatkan .. :) ini akan membeban para penganjur :)

Semenjak aku join dunia blogger ni pada januari lalu, aku dah dapat dalam 4 kali topup RM10 ringgit hasil penglibatan aku dalam giveaway ne.. hehe.. berbaloi2....

Sebut pasal givaway ne, nape sekarang mood giveaway dah makin berkurang.. dah xrancak macam dulu lagi.... :) sume dah lari bajet pasal raya ke... hahaha :)

Sekian...



IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

DAPAT KEK COKLAT DARI MEMBER BLOGGER - LYA COLOURS

Assalamualaikum...

KEK COKLAT.. sekarang ne kan masih lagi dalam mood ari raya kan.. time ni la sume anak2 dara kat malaysia ne nak tunjukkan kemahiran masing untuk wat kuih raya la, wat cookies lal, wat kek la dan macam2 lagi untuk menonjolkan keayuan gadis melayu masing2 kn... hehe

Tak ketinggalan jugak la member blogger kita sorang ne... iaitu CIK LYA COLOURS... kalau kita perhatikan entry beliau mase bulan ramadhan ari tu banyak tentang cookies die yang bermacam jenis tu..

http://lyacolours.blogspot.com/


dan ari sabtu lepas, ntah ape mimpi beliau ntah nak bagi aku kek coklat yang die wat sendiri tu... nak kata kita orang pernah jumpe.. xpulak.. kenal sebagai member blogger je la..tapi dh beliau merayu sampai nangis2 nak bagi aku gak sebab beliau kata beliau tu peminat fanatik aku.. xsampai hati lak aku nak hampa kan beliau... :)....(statement ni aku tipu... hahaha)

So ari tu lepas die balek dari ofice beliau terus main redah je kat tempat kerja aku.. maklumlah aku ne cashier je.. nak jumpe aku pon senang.. di kaunter pembayaran je kan... mula-mula aku nengok kek beliau tu, biasa je rupenye.. aku target mesti xsedap... haha.. tapi bile dah makan. ok la... member2 aku pon sebat sama.. haha..

ko orang nengok.. xde seni langsung kan kek beliau ni.. tapi ko orang xrase lagi... marvelesss tau. hehe... ( nak jaga hati balek sebab dh kutuk td...)

Di sini aku nak mengucap ribuan terima kasih kepada CIK LYA COLOURS sebab sudi antar kek tu kat aku ek... lagi2 mase tu aku ngah lapar giler.. xsampai 5 minit licin teros... haha.. memang terbaek la.. :)

Sekian...



IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Saturday, September 10, 2011

TROUBLE DENGAN AWEK INDON KAT FACEBOOK

Assalamualaikum..

AWEK INDON.. Malaysia dan Indonesia adalah negara serumpun.. so, banyak adat resam budaya masyarakat Malaysia dan Indonesia ada berkaitan antara satu sama lain... Hubungan perdagangan dan diplomatik antara kdua-dua negara meamng cukup erat sejak dari zaman pemerintahan Tunku Abdul Rahman da Suharto lagi kn... :)

hehe.. poyo lak aku kan.. nak cakap pasal dunia konon.. hehe... ne aku nak iter siket pasal persengketaan antara aku dan sorang awek Indon ne kat wall FB member aku....


Status FB member aku..


Komen antara aku ngan awek indon tu.. ( minah tu dah delete komen die.. mase tu aku xsempat nak print screen lak... hehe)

kat anak panah tu adalah komen minah tu yang die dah delete... komen die lebih kurang cam ne kut :-

"nape awak cakap cam tu pulak..
biarlah die nak raya..
dia ramai kawan-kawan muslim la..
nape awak lorat!!!...
cantik bahasa!!!"

lebih kurang cam tu la ayat minah tu.. panas gak aku la... Jessy Giong tu member aku.. budak sarawak berbangsa kadazan dusun dan beragama kristian...... suka ati aku la nak komen ape... si minah Putry Malu ni lak aku xkenal langsung.. member kepada member aku tu kut... tu lantak dieorang la kan...

Yang aku menyirap tu, yang die nak menyampuk apesal lak.. pastu nak sound aku lak.. kalau cakap elok2 xpe gak kn.. leh aku mintak maaf or bergurau2 blek ngan die.. tapi cam ni cara die.... g mam la...

inilah dikatakan semua nye dihujung jari anda :)

Sekian...

IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Friday, September 9, 2011

AKU BARU HABIS RM50 DI "MALAYSIA IT FAIR MELAKA 2011"

Assalamualaikum..

IT FAIR MELAKA.... buat rakan-rakan melaka yang terdekat.... kepada yang berminat dengan technologi terbaru dalam bidang IT ne ape lagi.. meh la ramai2 g MITC melaka... IT FAIR baru je start ari ne... Aku baru g tadi ngan bapak aku n member aku...

Kepada yang duit melimpah2 dalam poket memang tersenyum simpul la datang sane kan.. kalau jenis yang sengkek cam aku ne datang sambil senyum cam kerang busuk je la kan.. cuci-cuci mate sudey...

Aku ingat nak sapu je DSLR NIKON D3100 tadi.. tapi nak wat cm ne... aku datang hanya untuk cuci mata sambil senyum cam kerang busuk je kan... ape yang aku mampu belanja kan hanyalah RM50 ringgit je. tu pon terketar2 tangan nak kuar... maklumlah gaji aku cukop2 makan je.. hehe..:)


Cooling fan : RM7.00 (bagi adik aku)
Pendrive Kingston 8G : RM26.00(aku punye)
Pendrive Kingston 4G : RM17.00 (bagi mak aku)


Kepada yang lain tu masih sempat lagi nak bershopping sakan.. 2 hari lagi.. meh la sama-sama kita menghabiskan duit dan mengkayakan tokey2 sane tu ye.. hehe...

tarikh : 9 September 2011 - 11 September 2011
tempat : Melaka International Trade Centre (MITC)
masa : 10 pagi - 10 malam

Sekian...




IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

CUBA ELAKKAN DIRI DARIPADA MENJADI SEORANG YANG CEPAT PUTUS ASA

Assalamualaikum...

PUTUS ASA.. ini adalah suatu sifat semula jadi dalam manusia kan.. rasanye semua pernah mengalami situasi seprti ni kan. yang membezakannye adalah adakah seseorang itu dapat menanganinye atau pun tidak...

Perkara ini sering berlaku kepada orang yang sentiasa berada dalam kegagalan... mungkin apa yang difikirkan, selama-selamanye dia tidak akan mengecapi kejayaan...


Ingatlah sahabat, setiap apa yang terjadi ada kelebihan dan keburukannya.. Allah tidak akan menjadikan sesuatu perkara itu tanpa sebab.. kita sebagai umat islam ni hendaklah percaya kepada qada' dan qadar.. dan disamping itu perlu sentiasa berusaha kehadapan untuk mencapai apa matlamat yang kita tetapkan itu...

Oleh itu, cuba elakkan diri daripada cepat berputus asa dan sentiasa memohon kepada tuhan... Allah juga melarang umatnya daripada cepat berputus asa.. Firman ALLAH :


“……dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir” – Surah Yusuf Ayat 87

SUMBER : SINI


Aku akui, bercakap/menulis memang senang berbanding dengan orang yang menghadapi masalah ni kan... Jadi, orang sekeliling amat penting untuk memainkan peranan bagi memastikan seseorang itu lebih bersemangat untuk meningkatkan keyakinan beliau untuk memajukan dirinya..

Sekian..

p/s : sekali sekala nak gak wat entry nasihatkan... hehe.. mane la tau dapat membantu orang lain kan :)


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Wednesday, September 7, 2011

RAYA TAHUN NI TIADA GAMBAR FAMILY

Assalamualaikum...

GAMBAR FAMILY.. aku perhatikan, sekarang ni ramai giler yang publish gambar family ko orang semua mase raya kan.. kita mesti bangga dengan family kita kan.. hehe

Sebelum ni kan aku ada wat WORDLESS WEDNESDAY : MY FAMILY yang menunjukkan gambar family aku kan. yang aku edit tu..... dan ada yang suruh aku publish gambar family aku untuk raya tahun ne..

gambar raya lama pon jadi la.... hehe ( aku memang dua adik beradik lagi dulu sampai sekarang....)

Kepada semua, dimaklumkan tahun ni kita orang semua memang xde ambil gambar family. tak tau nape.. hehe.. padahal setiap keluarga yang berkumpul pada pagi raya ari tu aku rasa ade kamera setiap family.. :) may be xsempat kut..

so, kepada yang ada tu same2 lah kita berkongsi ek.. n kepada yang xde tu cam aku ne nengok je la orang lain punye kan.... hahaha..

Sekian...



IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

#13 WORDLESS WEDNESDAY : MY FAMILY

Assalamualaikum...



Sekian....


Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :)





IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Tuesday, September 6, 2011

PILIH NOVEL : TENGOK TAJUK NOVEL ATAU NAMA PENULIS NOVEL

Assalamualaikum....

NOVEL.. xtau la nape ari ni mood aku nak citer pasal novel... hehe.. sebelum ni kan aku ada wat entry pasal "TAK SALAH KAN KALAU LELAKI MINAT MEMBACA NOVEL".. daripada feedback yang aku dapat memang ramai gak lelaki minat baca novel ne... hehe..

K.. kali ni aku nak tanye lak kepada semua yang kaki membaca ni terutamanye peminat novel.... macam mane ko orang memilih sesuatu buku tu ek.. apa yang diutamakan.. yang paling utama, selalunye ko orang refer tajuk sesebuah novel tu dulu or penulis novel tersebut ek.... :)

hiasan dari google image :)

Kepada yang memang minat giler dengan novel ne xkira genre ape kan, mesti kenal kan serba sedikit senarai penulis-penulis novel yang terkenal kat Malaysia ni.. bagi aku la, penulis sesuatu novel tu kadang2 mempengaruhi minat pembaca untuk membca ssuatu novel tu kn...

Macam aku kalau nengok buku tu ditulis oleh Shahnon Ahmad... aku kurang untuk membacanye sebab pengolahan ayat die kurang membangkitkan nafsu aku untuk membaca.. lainlah kalau ayah aku.. memang minat giler dengan penulis ni... hehe..

Tapi kalau bab novel remaja ni, aku rasa ko orang xnengok sangat kut dua2 faktor ni... janji novel tu keluaran dari ALAF 21 confirm best kan.. haha. aku rasa la :)

Kesimpulanye, aku rasa dari segala pembacaan ni, sedikit sebanyak ia dapat mempengaruhi kehidupan seharian kita sebab kita akan belajar sesuatu dari pengalaman orang lain kn :)

Sekian...

p/s : teringin nak baca novel dari barat, tapi nak buat cam mane, english aku lembab nak mampos :(


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

TAK SALAH KAN KALAU LELAKI MINAT MEMBACA NOVEL

Assalamualaikum...

NOVEL... jadikan lah membaca tu amalan kita kan... tapi bila bercakap pasal novel, betul ke, amalan membaca novel ni lebih sesuai untuk golongan wanita sahaja.. :) ialah, novel ne banyak melibatkan emosi dan perasaan kan..

Tapi... minta perhatian!!!! diminta jangan lah ko orang pandang amalan membaca novel tu pada satu skop je... sebab novel ni bukan hanya semata-semata "NOVEL CINTA''... banyak lagi kategori novel-novel ni... novel berkaitan, perjuangan, motivasi, sejarah, tamadun dan banyak lagi lah :)

gambar hiasan dari google :)

Aku, kalau member aku tanye kadang kalau ko bosan ko wat pe ek, aku cakap la aku kadang-kadang nengok tv, baca novel ke dan macam2 lagi la.. hehe.. bile dengar nye perkataan novel dieorang gelakkan aku dan cakap ko ne baca novel cam perempuan la... haha.. aku nak wat pe lagi kn.. gelak same gak la.. lantak dieorang la :)

Cam kat rumah aku ni, bapak aku nye novel dah satu rak almari besar penuh... ada pelbagai kategori dari ramai penulis, seperti shahnon ahmad, A.Samad said, Arena Wati, Ali Jusoh dan ramai lagi la...

Aku pon tau pasal novel cinta ne sebab mak aku selalu baca novel2 cam ni.. penulisnye seperti Damya Hamna, Anis Ayuni, Eka Fahara dan macam lagi la.. :).. kalau lelaki nak baca novel-novel cam ni pon xsalah kan :)

Kesimpulannye terpulang lah kepada minat masing-masingkan sesungguhnya amalan membaca ne perlulah sentiasa diterapkan dalam diri kita ni.... sebab setiap dari pembacaan tu adalah ilmu :)

Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Monday, September 5, 2011

AMADKHIR'S FIRST GIVEAWAY

Assalamualaikum...

GIVE AWAY.... tadi aku mase aku nengok dashboard aku terperasan lak GIVEAWAY ne. nengok cam senang je.. aku pon nak menjoinkan diri la.. hadiah die pon leh tahan la.. RAYBAN 3025 FRAME AVIATOR... mane la tau rezeki aku kn...

k la.. GIVE AWAY ni dianjurkan oleh MR. AHMAD KHIR... so kepada yang berminat nak join klik je banner kat bawah ni :)


http://amadkhir.blogspot.com/2011/09/my-first-giveaway.html

pastu die suruh tag sorang.... sape aku nak tag ek.. erm, aku tag LYA COLOURS la.. haha.. sebab die perempuan... kalau die menang mesti die bg aku kn.. xkn die nak pakai Raybon tu lak... haha...

Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

LEPAS RAYA AIDILFITRI NI, BERAPA RAMAI YANG AKAN DAPAT "WARNING LETTER"

Assalamualaikum...

WARNING LETTER... sebelum pape, disini aku MOHD TAUFIQ BIN ARIFIN aka TOPIMAGINE ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua muslimin dan muslimat, mukminin nak mukminat... :)

Ok, berbalik kepada tajuk asal... aku percaya bermula hari ni ramai student-student dan pekerja yang bercuti tu telah kembali ke tempat asal ko orang balik kn.. :)... seronok la ko orang yang dapat bercuti tu ... tapi xsemua golongan yang dapat bercuti tiap2 kali raya menjelang kan.... Contohnye golongan yang bekerja di supermarket, hotel, konsesi lebuh raya, hospital dan sebaginye ...

Tapi semua kan dah besar... akal fikiran akan digunakan.... :) walaupun ade yang xdapat cuti, aku percaya, ramai gak yang wat cuti sendiri ... semuanye sanggup untuk menghadapi risiko yang mendatangkan .. haha.. yang penting raya beb... dabedabeduuuuu......


Contohnye, kat tempat kerja aku ne... ramai gak la yang wat cuti sendiri.. terkontang kanting la juga budak2 yang jujur cam aku ne untuk menghadapi situasi ini.... tapi nak wat cm ne .. tak kan nak marah member2 lak kn... dieorang dok jauh... nak balik beraya gak.. bagi la dieorang peluang... hehehe

Tapi aku ade juga terdengar, kepada yang xmengikuti jadual yang telah ditetapkan akan diberi surat cinta iaitu "warning letter"... hehe. rase nye ramai gak kut yang akan terima surat tersebut... tempat kerja ko orang lak cm ne.. ade xmember2 ko orang yang wat cuti sendiri. cnfirm ada kn... tapi, "Warning Letter" ni besar ke kuasa die ek.. atau sekadar hanya sekeping kertas je.. hope xde la beri effect sangat kat member2 aku yang akan menerimanye tu :)..... hehehe..

Sekian...



IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE