impianku dalam mimpiku: April 2012

Friday, April 27, 2012

MUTIARA KATA : TIDAK PERNAH MELAKUKAN KESALAH SEPANJANG HIDUP?



Assalamualaikum...



Sumber google :)



Adakah orang yang begitu sempurna di dalam dunia ini...?

Jika seseorang itu merasakan bahawa dia tidak pernah melakukan sebarang kesalahan selama hidupnya....

Maka sebenarnya mereka tidak pernah mencuba hal-hal yang baru di dalam kehidupannya...

kata-kata dari Albert Einstein...




Sekian...




IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Monday, April 23, 2012

MALAS BASUH PINGGAN SENDIRI SELEPAS MAKAN



Assalamualaikum...

BASUH PINGGAN... sendiri makan sendiri basuh lah .. haha... ada yang kata basuh pinggan sendiri adalah antara salah satu adab lepas makan... :)

Ko orang macam mane ye... aku rasa kebanyakkan yang malas basuh pinggan sendiri lepas makan adalah dari golongan lelaki .. betol ke?

Lagi-lagi yang duduk dengan family... kalau kat umah xde orang pon dah malas nak basuh sendiri.. ini kan pulak kalau ada mak atau kakak atau adik pompuan kat umah kan.. ape lagi terus mind set kerja basuh membasuh adalah hak mutlak orang perempuan.. hehe...

tapi jangan sangka xde orang perempuan yang pemalas giler cam orang lelaki ni kan.. hehe.. ada yang jenis kumpul banyak2 dulu dalam singki... biler dah penuh singki tu ngan pinggan mangkok, kuali, belanga, baru lah terkemut-kemut nak basuh :)

sumber google :)


tu citer kat umah sendiri... kalau g umah orang lain cam mane ye.. ada gak jenis orang, walaupun die menjadi tetamu, kalau boleh die sndiri nak basuh pinggan or cawan yang die guna kan.. may be nk berbahasa je..

tp ada juga org yang memang jenis cm ni.. xselesa jika orang lain yang basuh kan walaupun bukan kt umah sndiri :)

Lagi satu, orang bujang yang dok umah sewa ngan rakan-rakan dan taulan.. cam mane lak perangai nye ek.. ak rase itu ikut latar belakang masing2 kan... ada yang rajin ada yang pemalas..

Yang paling cantik perangai... kita bincang kan basuh selepas guna... tapi ape yang berlaku, pinggan akan dibasuh bila hendak digunakan.. hahaha

Pandangan ko orang cam mane ek... bagi aku benda ni adalah dari didikan kita dari kecil kan.. bile dari baby lagi sudah di ajar untuk basuh sndiri benda yang kita guna, nescaya sampai ke warga emas kita akan mempraktik kan nye :)

Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Friday, April 20, 2012

MUTIARA KATA : APABILA CINTA ITU DIPENDAM



Assalamualaikum...



sumber google :)



Cinta Yang Di Pendam...

Cinta itu di ibarat kan seperti "kentut"...

Apabila dipendam, resah gelisah melanda...

Maka hendaklah kita meluahkannya...

aaaaahhhh ... lega rasanya bila dilepaskan segalanya... :)


Sekian...



IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Thursday, April 19, 2012

FENOMENA BADAN DI TINDIH KETIKA TIDUR


Assalamuailaikum...

DITINDIH... kita sentiasa mengharapkan tidur yang cukup dan selesa untuk membuatkan badan kita sentiasa sihat dan cergas kerana mendapat rehat yang secukupnya...

Ko orang pernah dengar tak pasal manusia yang kena tindih semasa sedang tidur... confirm pernah kan.. dan banyak teori yang keluar pasal fenomena ini kan...

dulu mase dok asrama ramai member aku yang mengadu pasal benda ni.. alhamdulillah sepanjang hidup ak, ak xpernah lagi mengalami masalah ini.. berat badan untuk bangun pagi adalah sebab ngah best tidor..hehe


sumber google :)



Ada yang mengatakan benda ini berlaku kerana ditindih oleh makhluk halus... orang yang jenis lemah semangat memang selalu mengalami benda ini kerana syaitan mudah untuk meresap dalam badan nya... betol ke?

Tapi aku ada gak terbaca tentang benda ni dari sudut saintifik.. fenomena ini dipanggil SLEEP PARALYSIS atau pun lumpur ketika tidur... ia dipanggil ditindih kerana kita akan sukar bergerak dan akan rasa sejuk menjalar dari hujung kaki ke seluruh tubuh... betol ke?

Secara faktanya bile benda ini berlaku kepada seseorang, ia akan menyebabkan seseorang itu merasa sesak nafas seperti dicekik, badan sukar untuk bergerak dan tidak boleh mengeluarkan suara untuk bercakap atau pun menjerit... betol ke?

Tapi ramai yang cakap, belom ada teori yang mutlak pun pasal benda ini.. betol ke?

kepada yang pernah mengalaminya cuba la kongsi pengalaman ko orang tu ye dengan rakan2 yang belum pernah mengalaminya... :)

Adakah benda ini satu yang menyakitkan.. ataupun sekadar lumrah kehidupan :)

Sekian...



IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Wednesday, April 18, 2012

#36 - BILA PEREMPUAN MERAJUK LELAKI KENA PUJUK ??? - WORDLESS WEDNESDAY



Assalamualaikum...

WORDLESS WEDNESDAY...




Sekian..



Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :)



IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Tuesday, April 17, 2012

BILA ANDA POTONG KUKU KAKI DAN KUKU TANGAN?



Assalamualaikum...

POTONG KUKU... kita diwajibkan untuk menjaga kebersihan diri.. antara kebersihan yang perlu dijaga pada diri kita adalah mengenai kuku...

Selalu kita dengar sunnah untuk memotong kuku kita adalah pada hari jumaat.. kadang2 sudah menjadi habit, bile hari jumaat je kita nak potong kuku kan, xkira la kuku dh nampak panjang ke x.. hehe

sumber google :)



Tapi yang ingin aku persoal kan kat sini adalah... adakah jika ko orang potong kuku kat tangan ko orang, ko orang akan potong kuku kaki ko orang sekali...

Aku cnfirm la, xsemua orang akan potong kuku masing2 secara berpakej...

sebab ada yang jenis potong kuku mase berada kat office atau pun kt tempat kerja kn... xkn yang dah smart2 ngan pakai kasut serta berstokin sanggup bukak kasut n stokin ko orang tu semata-mata nak potong kuku.. haha :)

Lagi satu aku dah lama perhatikan, kuku tangan lebih cepat panjang dari kuku kaki kita.. xtau lah betol ke x pemerhatian ak ni.. :)

Ko orang lak cam mane ye?..

Sekian..



IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Monday, April 16, 2012

PEREMPUAN TIDAK SUKA LELAKI RAMBUT TERLAMPAU BASAH ATAU KERAS



Assalamualaikum...

RAMBUT.. kalau dulu selalu kita dengar pasal "rambut adalah mahkota setiap wanita".. tapi sekarang xkire la lelaki ke, perempuan ke, semuanya menitik beratkan pasal rambut masing2 ni kan.. :)

Betul ke perempuan tidak suka kepada lelaki yang rambut nye sentiasa terlalu basah?... aku pernah terdengar gak orang perempuan cakap, geli je la nengok rambut mamat tu.. basah je.. lepas mandi bukan nak lap dulu rambut tu... hahaha....

kadang aku nengok stylo gak ape lelaki yang rambut basah ni.. hehe... ye la.. nampak fresh je kan.. sedap je mata memandang kn.. haha..



gambar hiasan :)



Lagi satu, betul ke perempuan tak suka kepada lelaki yang berambut keras ni?.. rasenye masa kini memang ramai lelaki yang suka keras kn rambut dieorang ...

ye la.. kalau xkeras cam ne nak pacak .. haha pompuan kn cakap lelaki yang rambut pacak ni seksi... wekkkk.. hahah

tapi ada yang cakap, cara pemakaian wax oleh lelaki yang keterlaluan bagi mengeraskan rambutnya juga membuatkan perempuan geli menengoknye.. sekali nengok dah macam dawai pon ade...

perempuan lebih suka nengok lelaki yang membebaskan rambutnye secara semula jadi kut...

Lantak p lah apa orang nk cakap.. yang penting setiap lelaki tu selesa dengan ape yang ada kt kepala dieorang tu kn.. haha.. pandangan ko orang cm ne lak?


Sekian..



IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Wednesday, April 11, 2012

#35 - PERBEZAAN BLUETOOTH DAN WIFI - WORDLESS WEDNESDAY



Assalmualaikum...

WORDLESS WEDNESDAY...



Sekian...



Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :)

IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Tuesday, April 10, 2012

TABIAT SUKA GIGIT STRAW / LIDI SELEPAS MAKAN / MINUM



Assalamualaikum...

STRAW / LIDI.... setiap orang ada mempunyai tabiat sendiri kan.. cam ne dengan satu tabiat ni ... adakah tabiat ini suatu yang menjengkelkan atau pun sudah menjadi kebiasaan.. :)

Tabiat yang dimaksudkan ialah suka menggigit straw atau lidi ataupun benda2 yang seangkatan dengan nye... adakah ko orang, rakan-rakan, jiran, sedara mara atau pon sesiapa yang dikenali ada terlibat dalam gejala ini .. hehe :)

gambar hiasan je.. hahaha


Pasal gigit straw tu aku rase memang ramai giler yang menceburinya kan... ada org kata bila gigit straw tu baru nikmat minum air tu datang menyerap dalam sanubari.. hehe.. lagi satu bile dah gigit straw tu, org len pon xsanggup untuk mintak air tersebut.. so, penjimatan serta kedekutan akan berlaku :)

Tang lidi tu maksud ak bukan lidi penyapu ek.. disini bermaksud adalah lidi sate.. aku rase benda adalah kebiasaan je kut.. lidi sate boleh dijadikan pengganti kepada pencungkil gigi...

Lagi satu yang aku nak ketengah kan ialah tabiat suka gigit batang gula loli pop.. haha.. tu habit aku.. pas makan gula lolipop tu, aku suka gigit batang beliau sampai lunyai.. bila gigi dah lenguh baru aku buang... hahaha

Ko orang lak cam mane?...

Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Monday, April 9, 2012

VIDEO OMBAK RINDU DI ANUGERAH BINTANG PALING POPULAR 2011

Assalamualaikum..

ABPH 2011... sory la.. aku lambat siket pasal bnda ni.. almaklumlah aku ahad pon kena keje.. so xdapat lah nengok majlis anugerah ni kan.. so, ari ni godek2 la puas2 kt internet sebab nk sama2 merasainya... hahaha



Yang paling sempoi ialah persembahan hebat dari pelakon2 ombak rindu ni... stylo giler ar sekuel dieorang ni.. :)

Meh sama-sama kita layan.. :)






IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Friday, April 6, 2012

MUTIARA KATA : SUATU PERJALANAN HIDUP

Assalamualaikum...




Perjalanan Hidup...

Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkanlah pendirianmu itu...

Sepanjang hidup dan usiamu jangan lah mudah untuk berputus harapan...

Senyum yang kau berikan dan juga air mata yang kau titiskan itu, simpanlah untuk dijadikan tauladan

Segala yang kau pandang dan dengar itu, simpanlah untuk dijadikan pedoman....


Sekian...




IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Thursday, April 5, 2012

FENOMENA TABIAT KOREK LUBANG PUSAT


Assalamualaikum...

PUSAT.. rasenye dh lame kut aku tak buat entry yang bangang2 ni.. hehe.. tiba2 lak ari ni idea pasal pusat menjelma... :)

Apa pandangan koorang pasal fenomena ni.. adakah ko orang tergolong dalam orang yang menjalankan operasi ini.. jika tidak ko orang, adakah sedara mara, rakan taulan atau pun org yang dikenali mempunyai tabiat ini :)

Mungkin tidak ramai yang menceburi bidang mengorek pusat ni kan.. tapi ada juga segelintir yang berkecimpung... mengapa perkara ini terjadi? ape yang nikmat yang dirasa oleh pelaku?

sumber google :)


Takkan aku nk cter pasal diri sendiri kn.. so, kita cter pasal orang len la kn.. :).. aku pernah gak ternampak member aku suka sangt korek pusat die.. lagi2 kalau ngah terbaring dengan muka bosan... dengan muka yang menghayalkan, tangan beliau sungguh aktif mencari hasil lombong nye.. :)

Adakah orang yang aktif melibatkan diri dalam aktiviti korek mengorek ini adalah seorang yang pembersih? ini kerana beliau sentiasa berusaha untuk membersihkan pusat beliau dari anasir2 yang tidak diperlukan... :)

Entahlah, setiap orang ada tabit buruk dan baik masing2 kan.. terpulanglah kepada yang melihat untuk menilainya :)

Sekian...

p/s : kalau pusat dalam leh la korek... kalau pusat tersembul cam mane.. hahaha..



IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Wednesday, April 4, 2012

#34 - CARA BERGADUH DENGAN ORANG PEREMPUAN - WORDLESS WEDNESDAY

Assalamualaikum...

WORDLESS WEDNESDAY

Sekian...


Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :)




IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE