impianku dalam mimpiku: May 2014

Tuesday, May 27, 2014

MAIN SUSUN-SUSUN KUSYEN DAN BERPERANG!!!!!

Assalamualaikum...

KUSYEN... ak  terjumpa gambar ni kt weechat... tiba-tiba teringat lak zaman kanak-kanak dulu... ye la, umah dulu-dulu kan semuanya ada kusyen jenis cm ni kan... bukan cam sekarang ni semua dah ada sofa yang empuk-empuk.. larat ke budak2 nak angkat dan susun... hahaha..


Dulu pantang je kalo rumah line clear... confirm kusyen-kusyen ni jadi mangsa... budak budak kretif katakan.. susun cantik-cantik pastu kalau roboh memang sakit hati... rasa cam nak mengamok pn ada

Lagi banyak kubu dapat dibuat lagi rasa seronok.. kebanggaan melanda diri ku.. lepas dah susun-susun tutup lak ngan cadar atau pun selimut... supaya lebih menampak kan kegagahan kubu kita tu kn.. memang best giler..

kalo xbersepah umah tu memang xsah lah.. tp tunggu la nasib ko orang kalo mak bapak ko blek.. kalo kena pukul teros xpe gak.. ni kena bebel.. pecah gegendang telinga siot... rasa cam nak lari rumah je.. hahaha

Ko orang pernah wat x aktiviti ni.. kalo xpernah wat memang rugi la.. benda kalo main sorg-sorg pon jadi.. haha. :)

Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Thursday, May 22, 2014

STYLE TUNJUK BILANGAN 3 DENGAN JARI

Assalamualaikum....

JARI.. Jari adalah salah satu kurniaan tuhan kepada kita yang tidak ternilainnya.. banyak kegunaan jari dalam kehidupan seharian kita... terpulang kepada diri masing masing sama ada menggunakan jari tersebut kejalan yang baik atau pun sebaliknya...

Kat sini aku nak tanya ko orang la, kalo ko orang nak menunjukkan bilangan 3 kepada orang lain dengan menggunakan jari, bagaimanakah kedudukan jari ko orang... aku perhatikan style setiap orang adalah berbeza-beza antaranya  :-



                                                     






berbeza-bezakan... ko orang lak cam ne ye.. kenapakah berbezaan ini leh berlaku ye... adakah kerana faktor keturununan, genetik, tabiat atau pun style untuk menampak kita manja atau pon macho...hahaha..

sekian....


p/s : gunakanlah jari ko orang sebaik mungkin... contohnya.. ----> KOREK HIDUNG GUNA JARI APA?



IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

JOGING WAKTU PAGI ATAU PETANG YANG BAGUS

Assalamualaikum...

JOGING... joging atau bahasa malaysia nya ialah berlari anak-anak adalah satu senaman yang bagus untuk kesihatan kita.. selain itu ia juga dapat meningkatkan stamina kita untuk sentiasa berasa cergas dan bertenaga...  otak kita akan sentiasa berasa tenang untuk berfikir kan sesuatu..



kat sini aku nak bincang dan minta pendapat ko orang la... waktu makna yang paling sesuai dan ideal untuk berjoging ni.. supaya ia dapat memberi kesan yang maksima dan keselesaan kepada kita...

sebenarnya 24 jam kita leh berjoging kan, cuma aku nak fokus kepada waktu pagi dan waktu petang... mane yang lebih sesuai??

ini pandangan aku lah.. merujuk kepada tempat joging di suatu taman riadah kat tempat aku bermastautin sekarang ni la... bandaraya kulim, kedah...

------------------------------------------------------------

WAKTU PAGI

- udara dan suasana diwaktu pagi amatlah nyaman , segar tenang dari sebarang gangguan... 
- orang yang betul2 nak berjoging ada pada waktu ini.
- ada senam aerobik yang menarik.
- sangat selesa sebab tak terlampau sesak.
- rasa cam hebat je dengan peluh yang sebati dengan embun pagi.. hahaha



WAKTU PETANG

- panas dan peluh cepat keluar banyak , so cepat kurus... lepas tu anti dh malas nk joging sebb dh kurus..hehehe
- terlampau sesak dengan riadah dari family-family yang datang.
- terdapat sekelompok manusia yang jadikan tempat ini port berdating..
- ramai awek2 cun yg saje2 dress up maut datang untuk tayang muka..
- kosentrasi untuk berjoging selalu terganggu...

------------------------------------------------------------

pendapat ko orang lak cam ne...

sekian...

p/s : biasanya nye joging ni hangat-hangat taik ayam je.. ikut mood.. hahaha




IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE