impianku dalam mimpiku: November 2011

Friday, November 18, 2011

VIDEO JARINGAN GOL MALAYSIA VS INDONESIA SUKAN SEA 2011

Assalamualaikum...

JARINGAN.. berjutaan tahniah diucapkan kepada skuad bola sepak sepak negara di sukan sea kali ini kerana mengekalkan rekod tanpa kalah setakat ini..

Dan terbaru, kita dapat melenyapkan sorakan provokasi penyokong Indonesia di stadium Gelora Bung Karno dengan berjaya mengalahkan Indonesia 1-0..


Walaupun pelbagai cabaran yang diterima oleh skuad negara, ternyata skuad negara masih antara kuasa bola sepak di asia tenggara ni kan.. sekali lagi tahniah kepada skuad bola sepak Malaysia...

Mari kita layan gol tunggal untuk perlawanan antara Malaysia dan Indonesia itu...



Sumber Youtube

Hope pasukan Malaysia dapat mengekalkan momentum ini untuk memberikan aksi yang lebih baik pada separuh akhir menentang Myanmar, dan kalau ada rezeki melayak kan diri ke final bola Sepak Sukan Sea 2011 dan memenangi emas...

Tahniah dan selamat berjuang Malaysia.. MALASIA BOLEH...

Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Thursday, November 17, 2011

FENOMENA BILA ISTERI MERAJUK, BALIK RUMAH EMAK

Assalamualaikum...

ISTERI MERAJUK... agak sensitif gak tajuk ne ek.. haha.. aku pon bukannye tau pon pasal fenomena ni sebab aku ni masih bujang.. lom ada isteri lagi.. so, xtau la cm ne kan.. haha

Tapi aku selalu gak terdengar dari rakan2 yang dah kawen or dari drama-drama melayu kt tv ni, isteri kalau merajuk je ngan laki dieorang, mesti lari balik umah mak... nape ek?.. :0.. nape xlari balik umah nenek ke, umah paklong ke, tak pun umah jiran ke... hehe

Mesti jawapan yang selalu kita dengar, sebab emak adalah orang yang paling rapat ngan kita.. dan di sana la tempat yang paling sesuai untuk berbincang dan meminta pendapat untuk selesai kan sesuatu masalah tu kan..

sumber google :)

Tapi cm ne lak kalau suami yang merajuk.. rumah mane lak die nak bawak diri ek.. rasenye xbalek umah mak kut sebab takut dikatakan xdapat memimpin keluarga dengan baik... so jawapan yang aku selalu dengar ialah bawak diri kt mane2 tempat yang leh menenang kan jiwa.. so, tidur hotel la 2 3 malam kan.. :)

Tapi ada gak yang bagi jawapan yang lebih extreme, lelaki kalau merajuk dengan isteri, ape lagi bawak diri ke rumah isteri kedua la kn.. kalau merajuk ngan isteri kdua, g umah isteri 3.. kalau isteri 3 majuk, pe lagi, cari la alon seterusny kan.. haha

Haha,, macam2 ragam orang yang dh kawen ni kan.. aku pon ingat nak kawen, tapi duit lak xde.. so post pone je la niat murni tu kan.. hehe.. kepada suami2 or isteri2 tu cuba bagi pandangan siket atas pengalamn ko orang yang berkaitan hal ni yer... :)

Sekian...




IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

SEMAKAN KEPUTUSAN UPSR 2011 MELALUI MYSMS 15888

Assalamualaikum...

UPSR... nk try siket lak entry SEO ni.. hehe... dalam diam tak diam, setelah bertungkus lumus pelajar darjah 6 tahun menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada bulan september lalu, maka hari ni lah masa yang ditunggu-tunggu.. KEPUTUSAN!!!!!

Confirm exited kan. xkira lah, student mahu pun mak bapak dieorang kan.. maklumlah, UPSR adalah peperiksaan besar yang pertama bagi semua pelajar..

Kalau nak lebih sentimental, calon-calon boleh pergi ke sekolah masing2 untuk mengambil result ko orang tu ye mulai jam 10 pagi.. baru meriah n lebih beremosi kan dapat nengok keputusan secara by hand. hehe

Tapi kalau dh xsabar sangat nak tau awal result ko orang tu, ko orang leh wat sendiri je melalui Semakan UPSR 2011 Melalui MySMS 15888...


Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia, perkhidmatan itu akan diaktifkan sehingga 12 tengah malam 23 November. Pengumuman rasmi analisis keputusan UPSR akan dibuat di Bilik Mesyuarat Utama, Kementerian Pelajaran, Parcel E di Putrajaya, 9 pagi ini.

Walauapa-apa pun keputusan yang diterima oleh adik2 kita ni, hope dieorang xlupa diri atau pun berputus asa ye.. sebab UPSR ni hanyalah satu permulaan untuk dijadikan batu loncatan ke alam yang lebih mencabar.. :)

Sekian...

IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Wednesday, November 16, 2011

BERAPA LAMA DIPERLUKAN UNTUK SIAPKAN SATU ENTRY?

Assalamualaikum...

ENTRY... semenjak dua menjak ni aku nengok ramai blogger yang wat entry yang menyatakan semuanye kekurangan idea nk update, xde mood nak update, dan macam-macam lagi lah termasuk la aku sendiri.. hehe.:)

Tapi xkurang gak yang aktif mengupdate ni.. sampai satu hari 2 or 3 entry kan.. bagus la cm tu kan.. sentiasa ada info baru...

Kat sini aku nak tanye ko orang la, pengalaman semua blogger... kalau nak setel kan satu entry tu, bper minit diperlukan ye? 5 mint? 10 minit? setengah jam? atau pun berjam-jam?

sumber google :)

Kalau yang Blog SEO tu cm ne ek. aku nengok satu hari banyak gak entry yang dieorang leh setelkan.... aku rase blog berunsurkan SEO ni ade dua kategori... Pertama : Copy Paste.... Kedua : guna isu-isu semasa or fakta dengan pengolahan ayat sendiri... So, berapa lama masa diperlukan?

Kalau blog diari harian lak cm ne ek?.. mesti banyak benda yang nak dikongsi kan.. tapi xkan semua nak suapkan dalam satu entry.. mesti kena berfikir banyak mane yang patut dulu diceritakan.. :) So, berapa lama masa diperlukan?

Jenis blog yang mintak pendapat untuk diketengah kan lak cm ne? Mesti nak pikir ayat-ayat yang leh membuatkan readers berfikir untuk memberikan pendapat.. so, tajuk entry amat penting.. So, berapa lama masa diperlukan?

Bagi masakan lak cam ne? sudah semestinye praktikal dah buat kan.. cume pengolahan ayat untuk step reseipi tu je perlu bijak kan.. Supaya readers yang nak mencuba resipi tu berjaya dan faham :).. So, berapa lama masa diperlukan?

Entahlah.. cam aku lak.. kadang lame2.. tapi xde la lama sangat.. paleng lama pon 30 minit je kut... kadang2 kejap lak.. pernah xsampai 2 minit pun.. entry ape? confirm la entry wordless wednesday. hehe.. Ko orang lak cm ne?

Sekian..

IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

#24 WORDLESS WEDNESDAY : PERBEZAAN PERUT LELAKI DAN PEREMPUAN YANG GEMUK

Assalamualaikum...

WORDLESS WEDNESDAY



Sekian...


Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :)


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Tuesday, November 15, 2011

BETUL KE RAKYAT KELANTAN DAN TERENGGANU NI SUKA BERPUAK-PUAK

Assalamualaikum...

BRPUAK-PUAK... sebelum ape-ape hal pon aku nak mintak maaf kepada semua rakyat jati negeri Kelantan dan Terengganu ye.. kat sini bukan nak hentam menghentam cume nak mintak pandangan masing-masing je ye...

Betul ke kebanyakkan orang kelantan dan terengganu ni suka berpuak-puak dengan orang2 nye sahaja.. xkira la samada ada ditempat dieorang sendiri atau pun bila berada di tempat orang..


Aku xreti sangat nak olah ayat ni... tapi aku cuba bagi contoh ye..

- kalau nengok bola.. perghhhh. memang kuat betol sokongan dieorang ni ek pada pasukan negeri masing-masing.. (aku rasa ni bukan puak2 kut.. ni semangat kenegerian...)

- Kalau berada di negri lain, jika ada sorang budak kelantan or terngganu bergaduh dengan budak negeri lain, ramai2 lak budak negeri dieorang ni datang serang budak negeri lain tu untuk backup walaupun kadang2 member dieorang ni yg salah...

- cuba ko orang nengok kat mane2 perhentian bas dibandar-bandar besar kat malaysia ni.. orang2 di dua negeri ne kalau berjalan suka berjalan berkumpulan dengan orang die gak..

- di mane-mane ipt.. dieorang lebih selesa rapat dengan member satu negeri gak...


Tapi aku setuju dengan pandangan yang mengatakan xsemua rakyat kelantan dan terenegganu ni bersikap begini.. aku ramai gak member2 aku dari dua negeri ni.. tp dieorang akui juga la ada sesetengah rakyat negeri dieorang ni kadang2 sukar untuk "masuk kepala" dngan budak2 ngeri lain..

Aku pernah gak dok terngganu 3 bulan dulu.. aku rase selesa je kat sane.. xde pon diskriminikasi or puak2 ni.. cume bile dok sane timbul lak satu isu, dieorang kata, budak2 dari besut n hulu terengganu memang suka cari gaduh dengan budak2 daerah lain ni.. hehehe..:)

Dan ada lagi satu pandangan lagi, ada yang cakap bila sseorang rakyat kelantan dan terengganu yang jarang keluar dari negeri negeri dieorang ni memang semangat puak2 dieorang masih menebal.. manakal yang yang dah selalu merantau ni agak mudah untuk bergaul dengan semua orang...

Wallahualam la kan.. so, kepada semua, terutamanya orang kelantan n terengganu sila la beri siket pandangan ye.. n sekali lagi aku nak mintak maaf kat ko orng ye :)

Sekian...

IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Monday, November 14, 2011

APA TUJUAN KITA TERLIBAT DALAM DUNIA BLOG?

Assalamualaikum...

BLOG...Rasenye dah seminggu lebih kut aku xupdate blog aku ni.. hehe.. nak kta rindu, xde la rindu sangat kat blog ni.. sebab aku ari2 on9.. cume xupdate je.. hehe.. malas dan xde mood.. haha

K la, sebenarnye kan, aku nak tanye ko orang la walaupun dah banyak blogger yang wat entry pasal persoalan ni... :).. ape sebenarnye tujuan kita berblog ni ek? apa yang kita cari dalam dunia blog ni???..



Kalau ko orang tanye pendapat aku lak cam ne ?... sebenarnye aku pon xtau nape aku join dunia blog ni.. sampai sekarang pon aku xtau nape aku kadang2 enjoy ngan blog dan kadang2 cam nak layan pon malas...

Apa yang aku ingat, aku start ngan blog ne sebab ada beberapa member aku suruh ajar aku wat blog.. n ada beberapa member aku ni lak memang dah lame join ngan blog.. tu yang aku tertarik dulu..

Ada sesetengah cakap terutamanya orang perempuan, blog ni adalah suatu diari harian.. same gak la cam kita tulis kat buku diari... tapi, boleh ke orang lain baca "diari" kita ek :)

K la... aku pon xtau nak tulis ape lagi, sebab aku memang xde idea nak tulis.. haha

Sekian...

IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Wednesday, November 2, 2011

#23 WORDLESS WEDNESDAY : CARA MENGATASI ORANG PEREMPUAN???

Assalamualaikum...

WORDLESS WEDNESDAY



Sekian...



Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :)



IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE