impianku dalam mimpiku: March 2013

Wednesday, March 20, 2013

NAK JADI KAYA? MUDAH SAHAJA. JOIN LAH MLM

Assalamualaikum...

KEKAYAAN.... kekayaan dalam hidup tidak datang dengan sendirinya.. setiap orang hendaklah sentiasa berusaha untuk memantap ekonomi dan kestabilan dalam hidup ini.. walaubagaimanapun tidak semua orang dilimpahkan rezeki yang berganda... syukurlah dengan bersederhana kan...

MLM.. Multi Level Marketing... tidak dinafikan setiap perniagaan dalam dunia ni adalah multi level marketing... orang atas perlukan orang bawah.. peniaga perlukan pelanggan.. uppline perlukan downline.. pasaran yang perlukan give and take..

Tapi apa yang nak dibincangkan kat sini adalah pasal MLM yang yang biasanya budak2 muda buat tu la.. (orang tua pun ramai yang buat, tapi target budak muda la kan..hehe) maksud ak member-member yang ajak lepak kedai kopi kononnya nk jmpe member lama, padahal tup tup bukak table untuk join bisnes dieorang. ak rase ko orang mesti pernah kena situasi ni kan..

sumber : google.com


Rasanya dah banyak sangat rangkaian MLM kt malaysia ni kan.. dari itu ke ini.. aroma terapi la.. produk kesihatan la, alat senaman la, herba la, dan macam2 lagi.. bagi aku la, MLM ne sebenarnye bagus.. tapi bagus kepada orang yang betul2 berminat dan berkemahiran dalam selok belok marketing ni. Kalo setakat  budak baru abis belajar n baru kerja, dapat gaji pertama semata-mata untuk benda ni xpayah lah kut..

Apa yang aku nampak, MLM ni jadi buruk adalah disebabkan oleh dari golongan yang menceburinya tapi tidak berjaya tanpa apa2 ilmu dan bimbingan.. matlamat dieorang salah.. dieorang join benda ni bukan sebab nk cari rezeki, tapi nak cepat kaya.. sebab tu la kadang2 sampai memaksa member-member join benda ni.. yang jenis memaksa ni kebanyakkannye yang melibatkan pelaburan yang banyak. oleh sebab takut xdpt sekurang2 nye pulang modal balek tu yang sampai bergaduh.. silap2 leh leh hilang member kan.. :)

Antara ayat-ayat femes penggiat MLM ni adalah :-

- "Ko taknak hidup kaya raya cam orang lain ke.. anti kalau aku dah senang dan kaya ko jangan cakap aku tak pernah nak tolong ko."

- "Aku kenalkan benda ni kat ko pon sebab nak tolong orang melayu.. nengok bangsa cina. dieorang kaya sebab benda ni la."

- "Cukup ke gaji ko sekarang ni. kalau ko join benda ni, gaji ko tu xpayah ko usik pon xpe. income bulan2 leh ceh 5 angka tau."

- "kita hidup ni mesti ada matlamat. tak kan selama-lamanya nak hidup makan gaji. ko orang xnak jadi bos ke. dok goyang kaki income masuk je."

- "dan banyak lagi.. hehehe."

apa yang aku perhatikan, group-group ini banyak  mensasarkan kepada golongan belia terutamanya pelajar-pelajar ipt, sebab dieorang tau student2 ni banyak duit.. PTPTN masyuk tu.. haha.. lagi satu sasaran dieorang ialah budak2 muda yang baru dapat kerja. dieorang tau golongan macam ni memang senang terpengaruh nk dapat duit dengan cepat dan senang.. :)

terpulang la kepada masing-masing kan.. tak kan aku nak mengata pekerjaan orang lain kan.. tapi bagi aku, kalau boleh fikirkan lah semasak2 nya sebelum melaburkan duit untuk sesuatu perkara yang belum menjanjikan pulangannya kan. dalam islam sendiri ada mengatakan 9/10 punca kekayaan adalah dari perniagaan kn.

Bagaimanapun kita sentiasa beringat.. rezeki tidak datang bergolek tanpa usaha dari kita sendiri. bukan senang untuk mendapatkan sesuatu itu.. jadi jangan ada sikap tamak dalam diri tu.. kawal nafsu tu.. syukurlah dengan apa yang ada pada kita sekarang ni kan.. 

Sekian..

p/s : nasihat untuk diri aku sndiri. sebab aku pun takut terjerumus je dalam benda2 macam ni. :)


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Monday, March 18, 2013

KAKITANGAN AWAM WAJIB BUAT PERSONAL LOAN?

Assalamualaikum...

PERSONAL LOAN... setiap manusia kat muka bumi ni tak lari daripada berhutang.. lagi-lagi zaman sekarang ni kan.. tak kan nak beli kereta pon cash, umah pon cash.. nak mampos.. mane nak korek duit.. :)

Tapi apa yang aku nk bincang kan ni ialah pasal personal loan.. dalam bahasa malaysia nya adalah pinjaman peribadi daripadi institusi-institusi perbankan negara yang diiktiraf... hehe.. 

semua sedia maklum bank2 ni sume pantang kalau kakitangan kerajaan yang nak wat buat loan.. bukan men dengan hati terbuka nak luluskan... cuba kalau kakitangan swasta, macam2 prosedur nak kena wat kan.. yang tu la. yang ni la.. last2 sekali kena reject kalau tak cukup kriteria... :)

Aku yang baru menceburi alam pekerjaan dalam kategori penjawat awam dapat menyaksikan fenomena ini.. adakah wajib bagi seseorang penjawat awam itu untuk membuat personal loan????? banyak nasihat dan tunjuk ajar dari orang lama yang aku dapat pasal personal loan ni.. antaranya:-

- "tak payah lah wat loan.. nanti mampu ke nk bayar?.. aku dari dl sampai sekarang xpernah wat loan.. hidup lagi smpai sekarang.."

- "kalau nak buat loan tu jangan la buat banyak-banyak.. buat siket2 dulu.. buat yang perlu je.. anti tak cukup akan datang leh wat lagi.."

- "kalau nak buat loan baik dentum maximum terus.. kalau basic kata leh wat 60 ribu... sapu je terus.. senang, sekali jalan je.."

- " buat je loan tu.. tapi pandai la nak guna duit tu cam mane.. separuh simpan, separuh guna.. (aku rasa percent untuk "guna" lagi tinggi kut dari percent untuk "simpanan").."

sumber : google.com


Setakat sekarang ni, majoriti rakan-rakan seperjuangan aku ni dah buat personal loan ni.... ape yang aku nengok, sesetengah nye boleh la kawal diri tu, tapi ada gak yang hanyut.. mana taknye, dalam semnggu, 80% duit tu dah habis dibelanjakannye.. xtau la ape yang dibelinya..

Pada pendapat aku la, pasal benda ni bukannye wajib buat, tapi boleh dikatakan harus wat kut.. hehe.. advantage kata kan.. kena guna peluang ni.. tapi terpulang kepada diri masing-masing untuk menguruskannye.. dan kalau leh, cuba buat duit pinjaman tu memberi manfaat kepada diri tu balek..jangan nampak sangat pembaziran... ini aku nasihat kat diri aku ni sekali walaupun sekarang ni aku xbuat loan tu lagi, tapi pasti lambat laun aku akan buat jugak kan..

pendapat ko orng lak macam mane????

Sekian..


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Saturday, March 16, 2013

SALAM PERKENALAN KEMBALI

Assalamualaikum...

COMEBACK... cam star2 lak ak nk wat comeback dalam dunia blog ni.. dah lama siot tinggal kan zaman kegemilangan ak dulu.. (haha.. gemilang la sangat)... rasenye dah sembilan bulan kut ak tak update blog ak ni.. bersawang jugak ak nengok.. 

aku nengok rakan-rakan seperjuangan ak yang sama-sama ngan ak dulu tu nampak nya masih staytune lagi dalam dunia blog ne.. nak tegur kang takut dieorang tak kenal aku lagi kan.. termalu sendiri lak nanti.. so kena la mula dari awal balik.. jadi adik baru la aku nampaknya.. hai abang long! kak long! tumpang lalu ye.... hahahahahahakkk tuiii ...

Sebab ape aku lama tinggal kan dunia blog ni xpayah la aku nak bagi tau kan.. member2 lama tau la. kalo member baru tu buat2 tau sudeyyyy... ---> BEREHAT SEKEJAP DARI DUNIA BLOG


ne aku join balek dunia blog ni pon bukan bermakna aku nak aktif balek cam dulu... rase nye dalam sebulan pun belom tentu dapat update sampai 10 entry.. ntah-ntah 5 pon xsampai kut.. ini adalah kerana kekangan masa dan kepenggunaan internet yang lom tentu ak leh dapat.. almaklumlah, nak pasang streamyx kt kuaters xmampu.. nk on9 guna handphone, handphone lak cap ayam.. so, ukuran baju badan sendiri.. hahaha.. ne dapat on9 pon sebab dipaksa untuk bercuti balek kampung selama seminggu.. orang baru kata kan.. die bagi la cuti dulu.. pasni jangan harap la kan.. :)

k la.. rase cam kekok lak.. xtau nak tulis ape.. pada abang long dan kak long sume.. selamat berkenalan kembali.. biar muka ganas, dalam ati ada ropol-ropol2 kan... bak kata pepatah.. blog aku, suka ati lah nak tulis apa... :)

Sekian...

IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE