impianku dalam mimpiku: REZEKI DIMANA-MANA
Showing posts with label REZEKI DIMANA-MANA. Show all posts
Showing posts with label REZEKI DIMANA-MANA. Show all posts

Wednesday, March 20, 2013

NAK JADI KAYA? MUDAH SAHAJA. JOIN LAH MLM

Assalamualaikum...

KEKAYAAN.... kekayaan dalam hidup tidak datang dengan sendirinya.. setiap orang hendaklah sentiasa berusaha untuk memantap ekonomi dan kestabilan dalam hidup ini.. walaubagaimanapun tidak semua orang dilimpahkan rezeki yang berganda... syukurlah dengan bersederhana kan...

MLM.. Multi Level Marketing... tidak dinafikan setiap perniagaan dalam dunia ni adalah multi level marketing... orang atas perlukan orang bawah.. peniaga perlukan pelanggan.. uppline perlukan downline.. pasaran yang perlukan give and take..

Tapi apa yang nak dibincangkan kat sini adalah pasal MLM yang yang biasanya budak2 muda buat tu la.. (orang tua pun ramai yang buat, tapi target budak muda la kan..hehe) maksud ak member-member yang ajak lepak kedai kopi kononnya nk jmpe member lama, padahal tup tup bukak table untuk join bisnes dieorang. ak rase ko orang mesti pernah kena situasi ni kan..

sumber : google.com


Rasanya dah banyak sangat rangkaian MLM kt malaysia ni kan.. dari itu ke ini.. aroma terapi la.. produk kesihatan la, alat senaman la, herba la, dan macam2 lagi.. bagi aku la, MLM ne sebenarnye bagus.. tapi bagus kepada orang yang betul2 berminat dan berkemahiran dalam selok belok marketing ni. Kalo setakat  budak baru abis belajar n baru kerja, dapat gaji pertama semata-mata untuk benda ni xpayah lah kut..

Apa yang aku nampak, MLM ni jadi buruk adalah disebabkan oleh dari golongan yang menceburinya tapi tidak berjaya tanpa apa2 ilmu dan bimbingan.. matlamat dieorang salah.. dieorang join benda ni bukan sebab nk cari rezeki, tapi nak cepat kaya.. sebab tu la kadang2 sampai memaksa member-member join benda ni.. yang jenis memaksa ni kebanyakkannye yang melibatkan pelaburan yang banyak. oleh sebab takut xdpt sekurang2 nye pulang modal balek tu yang sampai bergaduh.. silap2 leh leh hilang member kan.. :)

Antara ayat-ayat femes penggiat MLM ni adalah :-

- "Ko taknak hidup kaya raya cam orang lain ke.. anti kalau aku dah senang dan kaya ko jangan cakap aku tak pernah nak tolong ko."

- "Aku kenalkan benda ni kat ko pon sebab nak tolong orang melayu.. nengok bangsa cina. dieorang kaya sebab benda ni la."

- "Cukup ke gaji ko sekarang ni. kalau ko join benda ni, gaji ko tu xpayah ko usik pon xpe. income bulan2 leh ceh 5 angka tau."

- "kita hidup ni mesti ada matlamat. tak kan selama-lamanya nak hidup makan gaji. ko orang xnak jadi bos ke. dok goyang kaki income masuk je."

- "dan banyak lagi.. hehehe."

apa yang aku perhatikan, group-group ini banyak  mensasarkan kepada golongan belia terutamanya pelajar-pelajar ipt, sebab dieorang tau student2 ni banyak duit.. PTPTN masyuk tu.. haha.. lagi satu sasaran dieorang ialah budak2 muda yang baru dapat kerja. dieorang tau golongan macam ni memang senang terpengaruh nk dapat duit dengan cepat dan senang.. :)

terpulang la kepada masing-masing kan.. tak kan aku nak mengata pekerjaan orang lain kan.. tapi bagi aku, kalau boleh fikirkan lah semasak2 nya sebelum melaburkan duit untuk sesuatu perkara yang belum menjanjikan pulangannya kan. dalam islam sendiri ada mengatakan 9/10 punca kekayaan adalah dari perniagaan kn.

Bagaimanapun kita sentiasa beringat.. rezeki tidak datang bergolek tanpa usaha dari kita sendiri. bukan senang untuk mendapatkan sesuatu itu.. jadi jangan ada sikap tamak dalam diri tu.. kawal nafsu tu.. syukurlah dengan apa yang ada pada kita sekarang ni kan.. 

Sekian..

p/s : nasihat untuk diri aku sndiri. sebab aku pun takut terjerumus je dalam benda2 macam ni. :)


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Thursday, February 23, 2012

BEKERJA DI TEMPAT SENDIRI ATAU MERANTAU?

Assalamualaikum...

PEKERJAAN... zaman sekarang ni, alam perkerjaan memang cukup mencabar... kepada yang mempunyai kelulusan yang tinggi tak kira la diploma ataupun degree belum tentu lagi menjamin untuk mendapat kerja yang bagus2 kan...

Kat sini aku nak tanye pendapat ko orang la.. bagi ko orang, yang mane lebih bagus untuk memajukan diri kita, sama ada bekerja di negeri sendiri atau merantau ke negeri lain untuk mencari rezeki...

gambar hiasan :)

Aku rasa ini banyak melibatkan faktor nasib dan rezeki diri seseorang tu jugak... kadang2 kat tempat sendiri tu memang banyak kerja yang boleh kita cuba, cuma nasib je belum menyebelahi seseorang itu..

Selain itu adalah mengikut keselesaan individu itu sendiri... ada yang lebih selesa bekerja di tempat sendiri kerana sentiasa berada dekat dengan family... mungkin ada tanggungjawab dan perhatian yang tinggi untuk keluargakan..

Tapi ada jugak yang suka merantau untuk mengelakkan dari perhatian dari keluarga... mungkin untuk mencari kebebasan sendiri...

Hidup ditempat orang pun banyak juga cabarannya... jika kita pandai bawak diri mungkin kita akan jadi orang yang berguna.. tapi jika lalai dan alpa.. boleh hanyut jugakkan... moga dijauhi la...

Walaubagaimanapun, ini adalah rezeki masing-masingkan... kat mana-mana pun xkesah kalau kat situ memang dah rezeki kita kan.. yang penting kita sentiasa berusaha untuk memajukan diri kita ini... :)

Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE