impianku dalam mimpiku: TEKNOLOGI
Showing posts with label TEKNOLOGI. Show all posts
Showing posts with label TEKNOLOGI. Show all posts

Friday, October 7, 2011

PENGASAS APPLE, STEVE JOBS MENINGGALKAN DUNIA

Assalamaualikum...

APPLE... Aku rase kepada peminat-peminat Apple mesti dah tau pasal kematian pakar teknologi dunia ni kan... dengan ini dunia akan kehilangan satu aset yang amat berguna kepada ketamadanun sejagat..

sumber google

-----------------------------------------------------------------------

SAN FRANCISCO: Pengasas Apple Computer, Steve Jobs, meninggal dunia akibat kanser pankreas pada usia 56 tahun semalam, selepas dia berjaya merevolusikan budaya moden dan mengubah selama-lamanya perhubungan teknologi melalui pelbagai inovasi.

Antara sumbangan Jobs kepada dunia ialah mencipta iPad dan iPhone. Dalam kenyataan lembaga pengarah Apple semalam, syarikat gergasi itu mengesahkan kematian Jobs dan bersedih atas kehilangan itu.

“Jobs seorang pintar, bersemangat dan bertenaga menjadi sumber pelbagai inovasi yang memperkaya dan meningkatkan kualiti hidup kita. “Dunia ini menjadi lebih baik kerana Jobs,” kata kenyataan itu.

Lahir di San Francisco pada 24 Februari 1955, Jobs lahir tanpa bapa dan dijadikan anak angkat kira-kira seminggu selepas itu. Dibesarkan di kawasan Mountain View - sebuah kawasan pertanian yang kemudian menjadi hab teknologi dunia dikenali sebagai Lembah Silicon.

Jobs juga menjadi pengasas bersama pengeluar filem dihormati, Pixar, pada 1986 selepas dia membeli unit komputer grafik penerbit Star Wars, George Lucas. Semalam, Jobs meninggal dunia di kelilingi ahli keluarganya. Kematian Jobs turut dirasakan di seluruh dunia, dengan peminat Apple membanjiri laman sesawang sosial dengan menyatakan ucapan dan penghargaan masing-masing.

Orang biasa - kebanyakannya tahu berita kematian itu melalui iPhone dan iPad mereka - menggunakan Twitter menyatakan penghargaan. Jobs hanya berusia 21 tahun ketika dia mengasaskan Apple Computer bersama rakannya, Steve Wozniak - ketika itu berusia 26 tahun - pada 1976.

Daripada syarikat sederhana, Apple berkembang menjadi satu daripada firma paling bernilai di dunia kini. Pada Julai lalu, perolehan keuntungan separuh kedua Apple mencapai RM23.2 bilion.

Presiden Barack Obama turut memberi penghormatan ke atas Jobs dengan menggelarnya sebagai “pakar inovasi terhebat” yang mengubah hidup manusia dan memberi makna baru kepada keseluruhan industri.

“Dia mengubah cara setiap kita melihat dunia,” katanya. Jobs meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Apple enam minggu lalu. Jobs meninggal dunia sehari selepas Apple melancarkan produk terbarunya, iPhone 4S, tetapi gagal menarik sambutan seperti diharapkan.

Dia meninggalkan isteri, Laurene, bersama tiga anak mereka, selain seorang anak perempuan hasil hubungan Jobs dengan seorang wanita lain sebelum dia berkahwin. - AFP

SUMBER : MYMETRO

-----------------------------------------------------------------------

Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Tuesday, September 27, 2011

MOOD SESEORANG MEMPENGARUHI KEPENGGUNAAN JENIS RINGTONE TELEFON

Assalamualaikum....

RINGTONE.. pada zaman teknologi ni, boleh dikatakan setiap orang mempunyai telefon yang canggih manggih .. kalau kita duduk ditempat awam, bermacam bunyik kita dengar yang keluar dari telefon dieorang kn..

Kalau dulu, hanya keluar bunyik padu dari nokia 3310, sekarang ni lak dah bermacam irama ringtone kita leh dengar.. ada yang bunyi baby menangis la, ayam brkokok la, azan la dan pelbagai variasi lagu dari local or antarabangsa kan....

sumber google

Ape yang aku aku cube nak sampaikan ialah.... nak tanye pendapat ko orang apakah ciri2 utama yang menyebabkan ko orang pilih sesuatu ringtone tu ek? adakah ini dipengaruhi oleh mood seseorang itu pada masa tersebut...

Contohnye, pada bulan puasa, banyak yang gunakan azan, selawat or lagu-lagu nasyid... pada hari raya lak confirm lagu raya kan.. pada bulan kemerdekaan lak, gunakan lagu tanggal 31 kut..hehe :)

Kalau dari sudut emosi lak cam ne?.. kalau ngah baru bercinta ko orang gunakan lagu-lagu cinta ke? hehe.. seperti lagu dari misha omar or anuar zain... kalau ngah putus cinta lak?... ko orang gunakan lagu SOLO dari Iyaz kut... hehe..

Aku terpikir nak wat entry ni sebab aku terprasan ada sesetengah orang selalu tukar ringtone dieorang.. biasanye diorang akan gunakan lagu latest yang ngah hot... maybe lagi latest ringtone yang digunakan lagi canggih sesuatu handphone tu kn :)

So, sekarang ni apekah ringtone latest ko orang yerk :).... n ape sebab ko orang gunakan ringtone tu :)

Sekian...



IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Friday, September 9, 2011

AKU BARU HABIS RM50 DI "MALAYSIA IT FAIR MELAKA 2011"

Assalamualaikum..

IT FAIR MELAKA.... buat rakan-rakan melaka yang terdekat.... kepada yang berminat dengan technologi terbaru dalam bidang IT ne ape lagi.. meh la ramai2 g MITC melaka... IT FAIR baru je start ari ne... Aku baru g tadi ngan bapak aku n member aku...

Kepada yang duit melimpah2 dalam poket memang tersenyum simpul la datang sane kan.. kalau jenis yang sengkek cam aku ne datang sambil senyum cam kerang busuk je la kan.. cuci-cuci mate sudey...

Aku ingat nak sapu je DSLR NIKON D3100 tadi.. tapi nak wat cm ne... aku datang hanya untuk cuci mata sambil senyum cam kerang busuk je kan... ape yang aku mampu belanja kan hanyalah RM50 ringgit je. tu pon terketar2 tangan nak kuar... maklumlah gaji aku cukop2 makan je.. hehe..:)


Cooling fan : RM7.00 (bagi adik aku)
Pendrive Kingston 8G : RM26.00(aku punye)
Pendrive Kingston 4G : RM17.00 (bagi mak aku)


Kepada yang lain tu masih sempat lagi nak bershopping sakan.. 2 hari lagi.. meh la sama-sama kita menghabiskan duit dan mengkayakan tokey2 sane tu ye.. hehe...

tarikh : 9 September 2011 - 11 September 2011
tempat : Melaka International Trade Centre (MITC)
masa : 10 pagi - 10 malam

Sekian...




IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE