Assalamualaikum...
RAKAN BLOG... blog dikategorikan juga dalam golongan laman sosial.. laman sosial maksudnye adalah tempat kita bersosial.. haha.. so, dari medium ni lah kita dapat mengenali ramai orang yang datang dari pelbagai kelompok kan... :)
Selama setahun lebih aku menjenguk dunia blog ne... dah banyak golongan yang aku jmpe dan kenal.... walaupun xpernah lagi bersua muka.. tapi dari ape yang dicoretkan mereka kita dapat tahu mereka dari latar belakang mane kan...
Antara golongan-golongan itu adalah...
- golongan ibu-ibu, bapa-bapa....
- golongan ibu tunggal, (*ak lom jmpe lagi blogger berstatus bapa tunggal.. hehe)....
- golongan student ipt , budak2 sekolah....
- golongan artis ( pelakon, penulis skrip, penulis buku)....
- golongan profesional...
- golongan tak profesional...
- golongan dari baka master chef:)....
- golonganyang punyai keluarga yang amat bahagia....
- golongan budak bujang yang happy ngan pasanganye...
- golongan budak bujang yang ngah kecewa dlm percintaan..
- golongan yang telah berjaya dalam kerjaya
- golongan yang baru menjenguk alam pekerjaan...
- golongan yang xpuas hati ngan orang tu.. ngan orang ni...
- golongan yang sebok kejar duit dari blog
- banyak lagi lah golongan-golongannya... xkan ak nk senarai kn sume... nak mampos.. hehe :)
daripada mana jua golongan pon, apa yang kita dapat adalah kita boleh mengenali gaya hidup seharian palbagai kelompok yang berlainan dari gaya hidup kita...
-----------------------------------------------------------
kadang-kadang kita berasa cemburu bila membaca coretan yang menunjukkan mereka lebih berjaya serta kehidupan yang lebih sempurna daripada apa yang kita miliki sekarang...
contohnya, polan bin polan ni hidup senang sahaja, setiap kali gadget2 baru keluar laju je die sapu.... kerjaya die pon stabil... gaji berkepok2....
sedih melihat blog yang menceritakan tentang kebahagiaan keluarga mereka secara melampau-lampau berbanding keluarga kita...
-----------------------------------------------------------
tapi, sometimes, ia juga dapat membuatkan kita berasa bangga dan bersyukur bile membaca luahan dari insan-insan yang serba kekurangan daripada apa yang kita miliki sekarang ni...
contohnya, sempena hari bapa atau hari ibu.. kepada mereka yang tidak lagi mempunyai ibu bapa.. luahan mereka membuatkan kita bersyukur kerana masih ada keluarga sndiri
-----------------------------------------------------------
walauapa-apa pun semua nya membuatkan kita lebih mesra serta dapat bertukar2 pengalaman dan idea untuk memajukan diri kita sndiri... Dunia blog tanpa sempadan... jangan lah menujukan pepatah ini "muka je ganas, tapi dalam hati ada ropol-ropol" kepada para blogger ye.. hahaha
Sekian...
27 comments:
contohnya, polan bin polan ni hidup senang sahaja, setiap kali gadget2 baru keluar laju je die sapu.... kerjaya die pon stabil... gaji berkepok2....
sedih melihat blog yang menceritakan tentang kebahagiaan keluarga mereka secara melampau-lampau berbanding keluarga kita...
***alaaaa terasa!!!sobsobsoobb...
tutup blog arrr canni.....
betul tu..setuju sangat...
melalui blog kita boleh tahu ttg hitam putih kehidupan...masing2 ada jln cerita dan pengalaman..ada yg menyeronokan..ada yg menyedihkan..jgn pulak seronok dan bertepuk tgn bila baca entry rakan2 yg kecewa, gagal apa2 jua la....
ps: sampai hati nak crikan scandal tuk suami akak......kejam sungguh
muka ganas , hati beropol2 ye .. haha top jenis mcm mana ?
kita fikir positif je kan top..kalau bc blog org yg berjaya kita pon setla nk berjaya gak cam diaorang..:)
aku kategori baka master chef kan! hahaha
betul3,,semua golongn kita boleh kenl
yeah saya golongan pelajar ipt
aku suka la entri ko kali ni ...sgt2 suka ekceli .... nampak ko matang sangat ...yeahhhhh ^_^
kak liza ni golongan manalah pulak ye.. he..he..
tapi tak semua yang nak bercerita dari semua sisi.. kena ada off record jugak.. ;)
tapi bila kita dapat beramah-mesra macam ni sebenarnya kita dah merapatkan sedikit jurang yang takp pernah ada sebelum ni.. dari tak kenal kita jadi kenal.. ;)
kene berfikiran positif. Bace, ambik tau, jgn mudah terase plk kalau terkena btg idung sendiri....
Alahaiii..
Baca jer..ada kala kita dapat mengambil iktibar dari kehidupan org lain yang pelbagai.
Meh mkn laksa kat limbongan.
kt leh tgk perlbagai ragam juga ^__^
ahahahah...pelbagai gol.kita jumpe pelbagai ragam yg terpaksa kne tahu..so enjoyy !!!
blogging itu persahabatan.
ok, tu je aku nk komen ye encik top,
kehkehkeh...
Haha! Betul tu.. MM belum sampai setahun lagi dalam dunia blog ni.. Tapi selain FB, Twitter, Myspace bla3 tu semua, memang betul melalui dunia blog ni jugak kita dapat kenal pelbagai golongan manusia yang ada dalam dunia ni, Malaysia especially.. =)
Btw, singgah sini.. Salam kenal.. =)
dgn berblog gak, akak dpt ramai kenalan
aku muda remaja ! hehehee
tapi, mmg jumpa bermacam jenis orang lah. :D
pernah gak r rasa jelos dgan rakan blogger lain.. tapi nak buat mcam mane, redho r.. rezeki Tuhan dah tentukan masing2
salam kenal..
macam2 jenis blogger ya..hehe..
tp best berkwan n nerkongsi kisah wlupun tak kenal rupa..
sy golongan apa ye...
sy cuma nak menulis apa yg ada dlm fikiran sy... apa yg berlaku di sekeliling sy...
tp setiap apa yg ditulis tu ada batasnya... :)
Setuju...
Dengan blog merapatkan hubungan di hujung jari ;)
setuju jugak..
maka harini saya follower anda yg ke 1429... :)
sebab tu mai suka blog.boleh selami hidup orang lain ... bukan kisah fiction macam novel :)
betul2..chii setuju dan sokong sgt2..walaupun tidak bersua muka..tp dgn blog..kita dpt kawan mcm2 ragam dan rupa..
contohnya, polan bin polan ni hidup senang sahaja, setiap kali gadget2 baru keluar laju je die sapu.... kerjaya die pon stabil... gaji berkepok2.... sedih melihat blog yang menceritakan tentang kebahagiaan keluarga mereka secara melampau-lampau berbanding keluarga kita... ***alaaaa terasa!!!sobsobsoobb... tutup blog arrr canni.....
Post a Comment