impianku dalam mimpiku

Tuesday, February 28, 2012

CARA MENGATASI APABILA DIRI MENGALAMI TEKANAN ATAU MASALAH

Assalamualaikum...

TEKANAN... setiap orang tidak akan mendapat kesempurnaan dalam hidup masing-masing.. kadang-kadang bila seseorang mengalami sesuatu masalah, tekanan pasti akan melanda diri tu kan..

So, bagaimanakah cara ko orang untuk menangani permasalahaan ini ek :)


gambar hiasan dari google :)

----------------------------------------------------------------------

Lelaki bila mengalami tekanan atau masalah....

Lebih suka melarikan diri dan menghindari dari memikirkan masalah tersebut.. dengan itu dia akan cuba untuk menyibukkan diri dengan benda-benda lain, seperti lepak-lepak ngan kawan-kawan...

atau buat benda lain sama ada kerja yang berfaedah atau pun yang xberfaedah untuk mengelakkan diri dari mengingati masalah yang melanda.... :)


----------------------------------------------------------------------

Perempuan bila mengalami tekanan atau masalah...

Lebih suka meluahkan kepada seseorang tentang masalah tersebut... sehingga perkara-perkara peribadi yang tidak perlu diketahui oleh orang lain pun akan diceritakan juga... :)

selain itu, dia juga akan meluahkan perasaan dengan cara penulisan seperti di facebook, blog, diari atau pun tulis secara rambang dimana-mana kertas tentang perasaannya...


perempuan juga gemar melayan lagu-lagu yang sentimental untuk menyelami perasaan masing-masing :)


----------------------------------------------------------------------

aku pun xtau la betul ke tak tentang fakta ni kan.. aku ada gak terjumpa kat beberapa buah forum yang bincangkan tentang masalah ni.... kebanyakkan nye bercakap tentang fakta ni la...

Yang penting, terpulang kepada masing-masing untuk cuba menangani masalah yang melanda... jika perkara itu sesuai untuk mengelakkan diri untuk terus berasa tertekan, tidak salah kan... :)

Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Monday, February 27, 2012

LELAKI HANYA PIKIR MASA DEPAN BILA HENDAK BERKAHWIN?

Assalamualaikum...

MASA DEPAN... setiap orang mengimpikan sesuatu yang baik untuk masa depan masing-masing kan... tapi xsemua apa yang diimpikan itu akan kita dapat capai dengan sempurna...

Kali ni aku nak berbincang pasal orang lelaki... betul ke lelaki akan hanya pikir betul-betul pasal masa depan nya apabila seru untuk berkahwin itu telah sampai????

Maknanye, sebelum tu memang orang lelaki xde kesah sangat ke pasal masa depan die.. :)

gambar hiasan :)

Mase zaman baru abis belajar, adalah masa untuk enjoy dan ingin mencuba pelbagai benda ye.. kesan untuk jangka panjang tidaklah di ambil kisah sangat...

So, bile umur sudah semakin meningkat, maknanya waktu untuk berumah tangga semakin hampirkan.. so, adakah masa itu baru kesedaran untuk masa depan baru timbul??

Antara aspek selalu yang selalu dirisaukan oleh lelaki ialah tentang pekerjaan.. jika umur sudah mencecah 25 tahun, tapi belom dapat suatu kerjaya yang stabil dan mantap memang cukup merisaukan..

Selain itu ialah mengenai simpanan kewangan.. jika niat dihati ada untuk berkahwin, adakah simpanan sudah cukup untuk menjaga anak dara orang.. :)

Lagi satu aspek penting ialah aset peribadi.. contohnye kereta, rumah, insurans dan sebagainya kan.. jika tiada aset basic ni, memang terasa macam belum cukup lengkap.. bukan nak kata kebendaan perlu diutamakan dalam hidup ini, tetapi zaman sekarang ni benda2 ni memang cukup penting untuk hari mendatangkan...

Walaubagaimanapun semua nye adalah rezeki dari tuhan.. selagi tuhan xmengizinkan, selagi tu la kita tidak mencapainye.. tetapi, kita perlu berusaha untuk mecapainya dan kena bijak untuk mengatur perjalanan hidup kita sendiri... :)

Sekian...




IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Thursday, February 23, 2012

BEKERJA DI TEMPAT SENDIRI ATAU MERANTAU?

Assalamualaikum...

PEKERJAAN... zaman sekarang ni, alam perkerjaan memang cukup mencabar... kepada yang mempunyai kelulusan yang tinggi tak kira la diploma ataupun degree belum tentu lagi menjamin untuk mendapat kerja yang bagus2 kan...

Kat sini aku nak tanye pendapat ko orang la.. bagi ko orang, yang mane lebih bagus untuk memajukan diri kita, sama ada bekerja di negeri sendiri atau merantau ke negeri lain untuk mencari rezeki...

gambar hiasan :)

Aku rasa ini banyak melibatkan faktor nasib dan rezeki diri seseorang tu jugak... kadang2 kat tempat sendiri tu memang banyak kerja yang boleh kita cuba, cuma nasib je belum menyebelahi seseorang itu..

Selain itu adalah mengikut keselesaan individu itu sendiri... ada yang lebih selesa bekerja di tempat sendiri kerana sentiasa berada dekat dengan family... mungkin ada tanggungjawab dan perhatian yang tinggi untuk keluargakan..

Tapi ada jugak yang suka merantau untuk mengelakkan dari perhatian dari keluarga... mungkin untuk mencari kebebasan sendiri...

Hidup ditempat orang pun banyak juga cabarannya... jika kita pandai bawak diri mungkin kita akan jadi orang yang berguna.. tapi jika lalai dan alpa.. boleh hanyut jugakkan... moga dijauhi la...

Walaubagaimanapun, ini adalah rezeki masing-masingkan... kat mana-mana pun xkesah kalau kat situ memang dah rezeki kita kan.. yang penting kita sentiasa berusaha untuk memajukan diri kita ini... :)

Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE