SEGMEN MAK DARA - INILAH OMAK DEN | impianku dalam mimpiku

Saturday, May 7, 2011

SEGMEN MAK DARA - INILAH OMAK DEN

Assalamualaikum...

SEGMEN... sempena hari ibu ni, mak dara telah wat satu segmen untuk mengenalkan mak masing-masing kan... walaupun aku tau mak aku xbaca blog ni, mane la tau adik aku baca dan bagi tau mak aku kan... mesti mak aku terharunye :)

nak join kilik sini : http://bicaramakdara.blogspot.com/2011/05/segmen-inilah-omak-den.html

Nama penuh beliau ialah ROSAYA BINTI JUSOH.... dilahirkan di Melaka dan dari kecil menetap di Melaka... Beliau di lahir kan pada 4 Mac 1961... Beliau bekerja sebagai guru di Sekolah Rendah Arab Al-Falah Pernu Melaka... Masa aku sekolah agama kecik2 dulu beliau menjadi guru besar sekolah aku.. takot beb.. maklumlah, beliau amat terkenal dengan seorang guru yang tegas dan garang... hehe


Bagi aku, walaupun beliau seorang yang garang, tapi tetap mempunyai ciri2 seorang ibu yang penyayang dan bertanggungjawab... aku kalau demam bukan main risau beliau. mesti beliau wat kan aku air asam jawa :).. dan apabila aku berjauhan dengan beliau, kalau beliau rindu ngan aku, nenek aku cakap beliau akan nengok botol kicap kat umah... sebab aku kalau makan xpernah miss ngan kicap.. xkire lauk banyak ke sikit, kicap mesti ada... hehehe...

Tapi aku amat sedih kerana, beliau sekarang ne bertarung dengan pelbagai penyakit... walaupun dari segi zahirnya nampak seperti wanita yang sihat, tapi didalamnye hanya beliau je la yang menanggung... Dahulu, beliau pernah menjalani pembedahan kanser usus dan alhamdulillah pembedahan itu berjaya..sekarang ni beliau sedang memerangi penyakit darah tinggi dan kencing manis... hope beliau tabah mengahdapi sume ini dan cepat lah sembuh ye.

Disini, sempena hari ibu ini, aku ingin mengucap SELAMAT HARI IBU kepada ibuku tersayang ROSAYA BINTI JUSOH dan tunggulah hadiah istimewa dari anak mu ini nanti... hehehe

Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

14 comments:

Unknown said...

lerr..org pernu ke ko ni,akak org umbai..kat pernu tu ramai kaum kerabat akak...mak ko pun hampir sebaya akak@auntie hehehe..itulah mak..baguslah buat segman ttg mak..sbb tiada mak tiadalah kitakn...

Anonymous said...

Selamat hari ibu. Sayangilah mereka sepenuh jiwa kita. Syurga kita terletak dibawah telapak kaki mereka.

Unknown said...

semoga emak kiter eh silap..mak awak siaht hendaknye k..

bicara mak dara said...

tks Top sudi join .. Mudah2an Ibu Top berjaya melawan penyakit tu insyaallah.. Kim salam kat mak ye =)

cik azeya said...

semoga emak top sentiasa sihat dan kuat melawan penyakit beliau. (:

selamat hari ibu untuk my mummy and mak Top and semua ibu2 di dunia. :)

. said...

gudluck top. hehe

Nur Hawa Mohd Zin said...

laaaa....
anak ustazah rosayah rupanya...duk bukit katil kak? mak dulu guru besar sek agama bkt katil..hahah...kecik nye dunia..perasan tak awe ni sape? eh entah2 akak..hahah

Dol said...

semoga ibu akan cepat sembuh dan sentiasa dirahmati selamat hari ibu.. :)

poem hari ibu:
http://ikanmasin164.blogspot.com/2011/05/mothers-day-special-gift-poem.html

bicara mak dara said...

Ini entry istimewa utk Top dan Ibu.. tlg kim salam dengan Ibu Top ya..

http://bicaramakdara.blogspot.com/2011/05/omak-top-imagine-inilah-omak-den-part-3.html

Anim Azhari said...

<---- rindu ngn mak T.T

Unknown said...

selamat hari ibu ya..semoga umi kamu tabah menghadapi slgi dugaan ya,,incya-Allah

rafina mimi abdullah said...

kirim salam pada ibu..selamat bersegmen.. :)

Rina Rahamat said...

kem salam emak..

mOon EyEzS said...

mak aku lahir thn 1964...maknanya mak aku muda sket dr mak ko...muka ko mcm muka mak ko la...