impianku dalam mimpiku

Monday, March 24, 2014

CARA UNTUK MATIKAN BENANG DALAM JAHITAN

Assalamualaikum...

BENANG... aktiviti menjahit biasanya dikuasai oleh golongan wanita... tapi ko orang jangan ingat lelaki xreti menjahit... lagi-lagi orang bujang... xkan koyak siket nk suruh mak jahit kan.. jahit la sndiri.. lagi-lagi port yang biasa koyak ialah kelengkang seluar.. mane tak nye.. asyik mengangkang je depan tv.. :)



Tapi ak bukan nak citer pasal sape lagi hebat menjahit.. tapi nk citer macam mane nak matikan benang masa menjahit...  ko orang fahamkan maksud "matikan" benang tu.. kalo xfaham, senang citer maksud aku, lepas ko orang dah siap terkemut-kemut menjahit tu, cam mane finishing die yg wat jahitan ko orang tu kuat... ini merujuk kepada jahitan tangan ye, bukan menggunakan mesin...

Lagi satu, entry ni bukan nk tunjukkan cara nya, tapi nk tanye ko orang macam mana caranye... haha.. sebb sampai la ni haram jadah aku tak reti.. memang ada caranya kan.. tapi cam aku biasanya, last sekali putuskan benang tu, and then ikat mati je la dua tiga kali.. tak pun ko cucuk je jarum sane sini sampai dh berbelit-belit baru ko putuskan... haha..

Cam ko orang yang expert menjahit ni leh tolong bagi tau cara yang betulnya.. hahaha :)

Sekian...

p/s : kalau dah kawen kan senang.... suruh orang rumah je jahitkan.. :)


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Wednesday, March 19, 2014

BEKERJA DAN BELAJAR - PENGAJIAN JARAK JAUH (PJJ)

Assalamualaikum...

PENGAJIAN JARAK JAUH... Pjj.. Belajar sambil bekerja bukanlah sesuatu yang asing dalam kehidupan masyarakat kita pada zaman sekarang ni. Melalui program ini, xkira dari apa peringkat usia sama ada tua atau pun muda, semuanya berpeluang untuk mencapai segulung sijil dan mendapat ilmu sehingga hujung nyawa ko orang kan..

Pada pendapat ko orang macam mana ye tentang program ini... bagi aku lah benda ni sebenarnya ada pro and contranye.. terpulang kepada masing-masing sama ada pandai untuk membahagikan perjalanan kehidupan seharian ko orang dengan baik.

Memang ramai yang berjaya mencapai matlamat dieorang dengan program ini. tapi tidak kurang gak yang kecundang dipertengahan jalan. Lagi yang melibat kan kepada seseorang yang mempunyai kerja hakiki yang tidak tentu masa. Dieroang mungkin gagal membahagikan masa untuk kerja, keluarga, pelajaran dan lain-lain perkara dengan baik.



Aku ada ramai jugak rakan-rakan yang mengikuti program PJJ ni.. aku sendiri dapat perhatikan ada yang sampai ke puncak dan ada yang tersungkur. Bagi yang berjaya tahniah diucapkan. tapi bagi yang gagal  ak harap ko orang tak berputus asa dan jika diberi peluang dan rezeki ko orang boleh cuba buktikan ko orang jugak boleh.

Apa yang aku nampak kepada yang gagal, serba sedikit antara sebabnya ialah, 

- kerana tidak mendapat sokongan dari orang sekelilingnya. 
- kekangan masa sebab kepentingan terhadap kerja hakiki (melibatkan periuk nasi tu)
- tidak sabar untuk menamatkan pengajian sebab terlampau mengejar sijil untuk kepentinagn terrtentu.
- kepala hotak memang sudah tepu untuk belaja sebab dah bertahun tinggalkan zaman wat assignment ni.. hehe..
- faktor ekonomi kerana ada sesetangah ipt mengenakan yuran yang agak mahal.
- dan lain-lain...

Pada pendapat korang macam mane lak ek tentang program PJJ ni.. kadang-kadang aku yakin yang membuat PJJ ni adalah kerana segulung ijazah untuk menjadi platform untuk kenanikan pangkat, terutamanya dari sektor kerajaan kan. Ak sebenarnya respek dengan sesiapa yang dapat menamatkan program ni dengan baik terutamanya yang sudah bekerjaya.

Sebenarnya, memang tiada alasan untuk menuntut ilmu ni kan.. tetapi kadang-kadang kerana faktor keadaan yang tidak mengizinkan membuatkan kita susah untuk mencapai nya.. Yang penting semuanya dari semangat dan rezeki masing-masing yang telah dikurniakan..

Sekian...

p/s : menuntut ilmu biar sampai ke negeri china.


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Monday, March 17, 2014

BLOG AKU HANYA DALAM KENANGAN

Assalamualaikum...

Rasanya dah berkurun lama, ku rasakan blog aku ni xberupdate... rasanye dh setahun lebih kut xupdate.. tahun lepas pon 4 je entry aku update kut... aku pon dah xberapa ingat lagi member2 blog aku yang rapat sebelom ni, ape ntah lagi dieorang, haram jadah nak ingat kt blog aku ni..

Macam mane la suasana dunia blog sekarang ni kan.. cm meriah je ak nengok..  siap leh berkumpul dalam 300 bloggers dalam 1 tempat dan 1 masa kan dalam 1 majlis kan.. gempak siot... haha.



Nak wat comeback????.. haha.. comeback la sangt.. nk pasang internet kat umah pon x mampu, ape ntah lagi nak mengadap internet .. nak layan kt cc? mampos pokai aku... nk update kat fhone? haha.. memang xlah.. terkemut-kemut ak nak taip kt fhone murah aku ni..

Ni update pon saje je, sementara ada peluang dapat cilok internet free orang lain kan.. saje je nak jengah-jengah jap blog sendiri.. haha.. Lagipun ak ni dah xde idea nak mengarut kat blog.. dah matang la kata kan.. tak mampu lagi aku nak masuk air dengan ko orang lagi.. haha :)

Semoga ko orang berjaya dalam apa yang ko orang wat k.. )

Sekian...

p/s : pray for mh370.. apa pun kesudahannya sama-sama la kita doakan yang terbaik untuk mangsa dan ahli keluarga mereka.. peace 4 all...





IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE