KESAN RADIASI NUKLEAR JEPUN PADA MANUSIA | impianku dalam mimpiku

Thursday, March 17, 2011

KESAN RADIASI NUKLEAR JEPUN PADA MANUSIA

Assalamualaikum....

TAKZIAH.... Takziah diucapkan kepada seluruh warga jepun yang terlibat dengan bencana Tsunami disebabkan oleh gempa bumi yang kuat tu..

akibatnye beribu2 rakyat Jepun kehilangan harta benda, tempat tinggal dan orang tersayang..
Aku xdapat bayangkan macam mane la keadaan dieorang kt sane. May be dieorang rasa macam dah kiamat je kan.

Sekarang ni, masalah baru lak yang timbul... Paling yang membimbangkan ialah mengenai kerosakan yang dialami oleh loji2 nuklear di sekitar bandar Fukushima, Jepun. Memang amat membahayakan semua penduduk sekitar loji tersebut dan kesan nye memang lah amat dahsyat...


Ada khabar angin mengatakan kesan daripada radiasi tersebut boleh sampai ke negara kita Malaysia terutamanya di kawasan timur Malaysia iaitu Sabah dan Sarawak.. Harap dijauhkan la malapetaka tu kan...



Antara kesan-kesan radiasi nuklear pada manusia :-

1. Pendedahan radiasi berukuran 100 Rems akan merosakkan sistem peredaran darah menyebabkan sel limfosit darah akan berkurangan. Simptom awal selesema.

2. Pendedahan kepada radiasi berukuran 200 Rems ke atas menyebabkan keguguran rambut dengan cepat, kerosakan saluran usus yang mengakibatkan mual, muntah dan cirit-birit. Pada kekuatan ini, radiasi boleh menyebabkan kerosakan saluran peranakan.


3. Radiasi nuklear berukuran 1,000 hingga 5,000 Rems mengakibatkan kerosakan kepada pembuluh darah dan boleh menyebabkan jantung gagal berfungsi dan kematian.


4. Pendedahan langsung kepada radiasi berukuran lebih 5,000 Rems akan menyebabkan sel otak rosak, selain membunuh sel saraf dan merosakkan pembuluh darah dalam jantung.


5. Dalam jumlah tertentu, iodin radioaktif boleh merosakkan sebahagian atau seluruh bahagian kelenjar tiroid yang mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia.


6. Menurut data kesan pengeboman bom atom di Nagasaki dan Hiroshima menunjukkan mangsa cuma bertahan selama 10 tahun dan berdepan risiko jangka panjang seperti leukemia dan barah limfoma.


*sumber berita harian online


Memang tenaga nuklear ni amat penting sebagai tenaga alternatif kepada sesuatu negara.. Hope Kerajaan Malaysia dapat membuat draf atau pon kajian terperinci untuk membuat projek nuklear ni..

Sekian...

IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

17 comments:

unknown girlz said...

takziah kat diorg juga..
semoga rmi lg yg dtg beri bantuan :D

Nurfazilah Cipa said...

btol2..doakn yg terbaek buat dorg:')

Akak Kembang said...

harap2 kita masih selamat di bumi Malaysia kan Top...

Anonymous said...

Dengar kata letupan yang berlaku pada loji itu atas sebab kegagalan 3 fungsi utama keselamata loji tersebut. Semoga mereka akan lebih peka dengan perkara ini.

Unknown said...

takziah untuk mereka..thanks share berita dgn nana...

Isteri Encek Bard said...

takziah tuk mereka.. bebaru nie ana dapat sms berkenaan radiasi tu.. kecoh gak sekejap...

Unknown said...

terdgr berita pg td kat radio..katanya malaysia pun nak bina loji nuklear gak..tp Tun M kata tak payah..hurm..kena pk blk segala pro n cons

♥.::cintabunga™blogspot::.♥ said...

takziah, kesian sgt... skang dekat 13ribu orang yang dah dijumpai meninggal. so sad -__-



reply dari komen

http://ikmalira87.blogspot.com/2011/03/cukur-jambol-cik-bunga-lovely-niece.html



cehhh...nak jugakkk perasan tuh. huhu :P

mykhalis said...

nuklear sangat penting bagi jepun unutk dapatkan tenaga.. mereak terpakasa bergantung pada nuklear.. semoga lepas ini kajian lebih mendalam dilakukan oleh k'jaan malaysia..ura ura nak wat kat malaysia pulak

nur said...

semoga tidak terkena la kat malaysia ye..

JEMPUT KE:ALL IN ONE
kat sini oke je.. takde Malware pun sebab boleh masuk ni..

MiszCoMoT said...

risaulaa pasal radioaktif ney...semoga mereka semua selamat..baik2 jaa...aminn

KAMIHIDUP said...

malaysia xperlu loji nuklear, kata tun mahathir. :)

anna mardhiah said...

harap la malaysia tak kena . takut kalau cmni .

Anim Azhari said...

iisshhkk!! bahaya ni mintak2 mlysia x kena amiin

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

kesimpulannya, bagi aku, xsalah kalo malaysia nak wat sistem nuklear ni... tp kena la wat kajian yang terperinci seperti lokasi, persekitaran dan keselamatan sekeliling kn :)

EzayHadry said...

kita doakan sume selamat..
dan jangan kita berasa selesa sangat duk kat sini
sentiasa bersyukur dan ingat Allah

bee said...

tu lah memang bahaya nuklear nih