Monday, April 14, 2014
BEZA LELAKI DAN PEREMPUAN TUTUP MULUT KETIKA MENGUAP
Thursday, June 21, 2012
APAKAH MASAKAN FEVERET ORANG LELAKI BUJANG MALAYSIA
Wednesday, May 16, 2012
BEZA LELAKI DAN PEREMPUAN BILA GUNTING RAMBUT - WORDLESS WEDNESDAY
Monday, April 16, 2012
PEREMPUAN TIDAK SUKA LELAKI RAMBUT TERLAMPAU BASAH ATAU KERAS
Monday, March 26, 2012
PERBEZAAN LELAKI DAN PEREMPUAN DALAM MENILAI WARNA
WARNA.. betulkah perempuan ni begitu teliti dalam aspek menilai warna... hehehe.. ni aku jmpe gambar ni pon kt google :)

sumber google :)
Almaklumlah, sekarang ni idea untuk menulis memang berkurangan... so entry2 cam ni je la yang aku mampu :)
Sekian...
Tuesday, February 28, 2012
CARA MENGATASI APABILA DIRI MENGALAMI TEKANAN ATAU MASALAH
TEKANAN... setiap orang tidak akan mendapat kesempurnaan dalam hidup masing-masing.. kadang-kadang bila seseorang mengalami sesuatu masalah, tekanan pasti akan melanda diri tu kan..
So, bagaimanakah cara ko orang untuk menangani permasalahaan ini ek :)
gambar hiasan dari google :)----------------------------------------------------------------------
Lelaki bila mengalami tekanan atau masalah....
Lebih suka melarikan diri dan menghindari dari memikirkan masalah tersebut.. dengan itu dia akan cuba untuk menyibukkan diri dengan benda-benda lain, seperti lepak-lepak ngan kawan-kawan...
atau buat benda lain sama ada kerja yang berfaedah atau pun yang xberfaedah untuk mengelakkan diri dari mengingati masalah yang melanda.... :)
----------------------------------------------------------------------
Perempuan bila mengalami tekanan atau masalah...
Lebih suka meluahkan kepada seseorang tentang masalah tersebut... sehingga perkara-perkara peribadi yang tidak perlu diketahui oleh orang lain pun akan diceritakan juga... :)
selain itu, dia juga akan meluahkan perasaan dengan cara penulisan seperti di facebook, blog, diari atau pun tulis secara rambang dimana-mana kertas tentang perasaannya...
perempuan juga gemar melayan lagu-lagu yang sentimental untuk menyelami perasaan masing-masing :)
----------------------------------------------------------------------
aku pun xtau la betul ke tak tentang fakta ni kan.. aku ada gak terjumpa kat beberapa buah forum yang bincangkan tentang masalah ni.... kebanyakkan nye bercakap tentang fakta ni la...
Yang penting, terpulang kepada masing-masing untuk cuba menangani masalah yang melanda... jika perkara itu sesuai untuk mengelakkan diri untuk terus berasa tertekan, tidak salah kan... :)
Sekian...
Monday, February 27, 2012
LELAKI HANYA PIKIR MASA DEPAN BILA HENDAK BERKAHWIN?
MASA DEPAN... setiap orang mengimpikan sesuatu yang baik untuk masa depan masing-masing kan... tapi xsemua apa yang diimpikan itu akan kita dapat capai dengan sempurna...
Kali ni aku nak berbincang pasal orang lelaki... betul ke lelaki akan hanya pikir betul-betul pasal masa depan nya apabila seru untuk berkahwin itu telah sampai????
Maknanye, sebelum tu memang orang lelaki xde kesah sangat ke pasal masa depan die.. :)
gambar hiasan :)Mase zaman baru abis belajar, adalah masa untuk enjoy dan ingin mencuba pelbagai benda ye.. kesan untuk jangka panjang tidaklah di ambil kisah sangat...
So, bile umur sudah semakin meningkat, maknanya waktu untuk berumah tangga semakin hampirkan.. so, adakah masa itu baru kesedaran untuk masa depan baru timbul??
Antara aspek selalu yang selalu dirisaukan oleh lelaki ialah tentang pekerjaan.. jika umur sudah mencecah 25 tahun, tapi belom dapat suatu kerjaya yang stabil dan mantap memang cukup merisaukan..
Selain itu ialah mengenai simpanan kewangan.. jika niat dihati ada untuk berkahwin, adakah simpanan sudah cukup untuk menjaga anak dara orang.. :)
Lagi satu aspek penting ialah aset peribadi.. contohnye kereta, rumah, insurans dan sebagainya kan.. jika tiada aset basic ni, memang terasa macam belum cukup lengkap.. bukan nak kata kebendaan perlu diutamakan dalam hidup ini, tetapi zaman sekarang ni benda2 ni memang cukup penting untuk hari mendatangkan...
Walaubagaimanapun semua nye adalah rezeki dari tuhan.. selagi tuhan xmengizinkan, selagi tu la kita tidak mencapainye.. tetapi, kita perlu berusaha untuk mecapainya dan kena bijak untuk mengatur perjalanan hidup kita sendiri... :)
Sekian...
Tuesday, February 21, 2012
BILA MEJA OFFICE BERSEPAH-SEPAH
MEJA OFFICE.... kalau ko orang kerja ofice, mesti ada meja sendiri kan... so,meja tu lah menjadi tanggungjawab ko orang untuk menjaga nye...
Dari segi susun atur, pengurusan dan dekorasinye... memang seronok kalau ada meja sendiri.. ada siket hak privacy kan.. so orang lain xbleh kacau...
kat sini cuma aku nak tanye siket je la... ape yang terpikir dalam kepala otak orang lain bile ternampak meja seseorang pekerja tu bersepah ek... kita fokus kepada lelaki dan perempuan je la ye.. hehe :)
-------------------------------------------------------------------

Bila Meja Lelaki Bersepah-sepah....
Wah rajin betul die ni kan.. mesti bos banyak beri keje kat die kan.. maklumlah die kan bijak.. kerja die sume memuaskan hati bos.. sebab tu die kalau boleh semua benda die nak siapkan cepat-cepat.. tu yang bersepah meja die ngan sume fail-fail tu...
-------------------------------------------------------------------
Bila Meja Perempuan Bersepah-sepah....
Eh, ni perempuan ke jantan nye meja ni... bersepah giler... mesti perempuan ni tak reti jaga kebersihan tu yang tempat die tunggang langgang .. nak kata wat keje, tu ha berlambak-lambak lagi fail atas meja tu... ntah bile nak siap agaknye tak tau la kan...
-------------------------------------------------------------------
tu ha die... entry ni cam nampak diskriminikasi gender jer..... xtau la betul ke x benda ni yang dipikir kan oleh orang yang melihatnye kn... ko orang lak cm ne...hehe
Sekian...
Tuesday, February 14, 2012
BEZA LELAKI DAN PEREMPUAN BILA DI KRITIK OLEH BOSS
KRITIK.. setiap orang pasti pernah kena kritik kan.. jap... nak tanye ko orang lak.. ape beza kritik dengan kutuk ek.. haha.. terpulang la ko orang nk definisi die cm ne kan

kat sini aku nk bentang kan pasal kesan ape bila dikritik dengan bos..
-------------------------------------------------------------------------
Lelaki apabila dikritik oleh boss.......
akan berusaha untuk meningkatkan prestasi supaya dapat membuktikan kepada boss die bahawa die boleh buat dengan lebih baik... kiranya kritikan tu adalah sebagai semangat atau tonik untuk lebih maju ke hadapan.. hehe :)
-------------------------------------------------------------------------
Perempuan bila dikritik oleh boss...
Mula lah tarik muka 14... kadang leh sampai 1 bulan wat muka untuk tunjukkan protes die.. haha.. pastu kt belakang mulalah ngumpat sane sini kan.. boss pilih kasih lah, boss nampak salah die je la.. salah orang lain xnampak.. haha..
-------------------------------------------------------------------------
Bagi aku fakta ni xde la 100% betulkan.. maybe 51% perkara ni betul2 berlaku kan.. terpulang la kepada masing-masing untuk menilaikannya kan.. :)
Sekian...
Wednesday, February 8, 2012
#31 WORDLESS WEDNESDAY : BEZA RAGAM BOYS AND GIRLS
Friday, December 2, 2011
LELAKI TAKDE BULU KAKI TAK BOLEH PAKAI SELUAR PENDEK
BULU KAKI.. betol ke, lelaki yang banyak bulu kaki ni lebih menonjolkan kejantanannya.. haha... macam2 toeri la ko orang ni kan..
Pastu ada yang cakap lelaki yang ada bulu kaki ni seksi.. yang xde bulu kaki lak cam ne? xseksi ke? hehe.. Sekarang fenomena untuk menunjukkan "aurat bulu kejantanan" tu semakin berleluasa kan.. hehe.. Lagi2 budak lelaki melayu sekarang ni.. mesti rase diri tu ensem bangat kan... :)

Tapi nk dijadikan cerita ada member aku sorang ne, bulu kaki die xde la lebat sangat.. sekali nengok am xde je.. pastu die pakai short pant... ade la beberape orang makhluk member2 lain gelakkan beliau... diorang mngatakan " dah kaki xde bulu.. cam pompuan je.. ad hati nak tayang-tayang".... :)
yang menjadi persoalannya adakah lelaki yang tidak berbulu kaki tidak digalakkan memakai seluar pendek..haha... Aku soal, ko orang la yang jawab k.. maklumlah, lama xmenulis kat blog ni.. so idea pon xbanyak. :)
Sekian...
Thursday, November 17, 2011
FENOMENA BILA ISTERI MERAJUK, BALIK RUMAH EMAK
ISTERI MERAJUK... agak sensitif gak tajuk ne ek.. haha.. aku pon bukannye tau pon pasal fenomena ni sebab aku ni masih bujang.. lom ada isteri lagi.. so, xtau la cm ne kan.. haha
Tapi aku selalu gak terdengar dari rakan2 yang dah kawen or dari drama-drama melayu kt tv ni, isteri kalau merajuk je ngan laki dieorang, mesti lari balik umah mak... nape ek?.. :0.. nape xlari balik umah nenek ke, umah paklong ke, tak pun umah jiran ke... hehe
Mesti jawapan yang selalu kita dengar, sebab emak adalah orang yang paling rapat ngan kita.. dan di sana la tempat yang paling sesuai untuk berbincang dan meminta pendapat untuk selesai kan sesuatu masalah tu kan..

Tapi cm ne lak kalau suami yang merajuk.. rumah mane lak die nak bawak diri ek.. rasenye xbalek umah mak kut sebab takut dikatakan xdapat memimpin keluarga dengan baik... so jawapan yang aku selalu dengar ialah bawak diri kt mane2 tempat yang leh menenang kan jiwa.. so, tidur hotel la 2 3 malam kan.. :)
Tapi ada gak yang bagi jawapan yang lebih extreme, lelaki kalau merajuk dengan isteri, ape lagi bawak diri ke rumah isteri kedua la kn.. kalau merajuk ngan isteri kdua, g umah isteri 3.. kalau isteri 3 majuk, pe lagi, cari la alon seterusny kan.. haha
Haha,, macam2 ragam orang yang dh kawen ni kan.. aku pon ingat nak kawen, tapi duit lak xde.. so post pone je la niat murni tu kan.. hehe.. kepada suami2 or isteri2 tu cuba bagi pandangan siket atas pengalamn ko orang yang berkaitan hal ni yer... :)
Sekian...
Wednesday, November 16, 2011
#24 WORDLESS WEDNESDAY : PERBEZAAN PERUT LELAKI DAN PEREMPUAN YANG GEMUK
Sekian...
Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan
Wednesday, November 2, 2011
#23 WORDLESS WEDNESDAY : CARA MENGATASI ORANG PEREMPUAN???
Tuesday, September 6, 2011
TAK SALAH KAN KALAU LELAKI MINAT MEMBACA NOVEL
NOVEL... jadikan lah membaca tu amalan kita kan... tapi bila bercakap pasal novel, betul ke, amalan membaca novel ni lebih sesuai untuk golongan wanita sahaja.. :) ialah, novel ne banyak melibatkan emosi dan perasaan kan..
Tapi... minta perhatian!!!! diminta jangan lah ko orang pandang amalan membaca novel tu pada satu skop je... sebab novel ni bukan hanya semata-semata "NOVEL CINTA''... banyak lagi kategori novel-novel ni... novel berkaitan, perjuangan, motivasi, sejarah, tamadun dan banyak lagi lah :)
Aku, kalau member aku tanye kadang kalau ko bosan ko wat pe ek, aku cakap la aku kadang-kadang nengok tv, baca novel ke dan macam2 lagi la.. hehe.. bile dengar nye perkataan novel dieorang gelakkan aku dan cakap ko ne baca novel cam perempuan la... haha.. aku nak wat pe lagi kn.. gelak same gak la.. lantak dieorang la :)
Cam kat rumah aku ni, bapak aku nye novel dah satu rak almari besar penuh... ada pelbagai kategori dari ramai penulis, seperti shahnon ahmad, A.Samad said, Arena Wati, Ali Jusoh dan ramai lagi la...
Aku pon tau pasal novel cinta ne sebab mak aku selalu baca novel2 cam ni.. penulisnye seperti Damya Hamna, Anis Ayuni, Eka Fahara dan macam lagi la.. :).. kalau lelaki nak baca novel-novel cam ni pon xsalah kan :)
Kesimpulannye terpulang lah kepada minat masing-masingkan sesungguhnya amalan membaca ne perlulah sentiasa diterapkan dalam diri kita ni.... sebab setiap dari pembacaan tu adalah ilmu :)
Sekian...
Thursday, August 25, 2011
ORANG PEREMPUAN TAK KISAH KE LELAKI LEMBUT (BAPOK) PEGANG-PEGANG BODY DIE???
LELAKI LEMBUT.. maksud aku disini bukan lah lelaki lembut @ mak nyah yang jual bontot kat lorong-lorong gelap... maksud aku ialah lelaki yang tak seberapa lelaki @ sotong yang semakin banyak dalam masyarakat kita sekarang ne... cm ne nak cakap ne.. alah lelaki pown pown la senang cakap.. auw auw.... hehehe
Aku perhatikan la, nape lelaki lembut senang nak mesra dengan kelompok orang perempuan ni ye.. orang perempuan pon aku nengok selesa je bile berkawan dengan diorang ne kan.. mesti ada tarikan tersendiri kn.. senang diajak bergurau.. :)
Tapi kadang2 kemesraan dan kegurauan dieorang ne nampak cam overdos gak kn... relaks je "lelaki lembut" ne main tampar-tampar bontot, main pelok-pelok, main cucuk-cucuk ngan orang perempuan ne... hehe.. mungkin ini cara dieorang untuk menunjukan kemesraannye kn..
Pada orang perempuan lak, adakah ko orang xkesah "lelaki lembut" ni menjelajah body ko orang.... memang ko orang nampak "makhluk" ni cam spesis ko orang gak tapi ko orang perlu ingat pada zahirnye makhluk ne tetap seorang lelaki :)
sumber google :)
Walaubagaimanapun tak semua perempuan rela "lelaki lembut" ne bebas wat apa sahaja kat dieorang.. cam member perempuan aku sorang ne, die benci giler kalau lelaki lembut ne menggedik kat die.. hehe.. same jugak, bukan semua lelaki lembut ne bertindak bebas cam ni.... tapi kebanyakkan la :)
Aku bukan nye benci ngan golongan seperti ni, tapi kita sebagai manusia yang normal, perlu lah membimbing mereka supaya kembali kepada norma-norma kehidupan yang sempurna... sebab makin kita menyokong ape yang dieorang wat ni, makin seronok la dieorang nak jadi seperti tu kn.. :)
Sekian....
p/s : kalau cam ne, ramai la nak jadi "lelaki lembut" kan.. senang nak raba-raba orang perempuan.. hehehe
Monday, July 25, 2011
NENGOK ANAK ORANG TERINGAT ANAK KITA, NENGOK BINI ORANG, LUPA BINI KITA
NENGOK.. panjang x tajuk entry aku ni... hahaha.. ad aku kesah.... :)
Ko orang perasan x, orang perempuan ni kalau ngah borak2 ngan sape2, tibe ada anak sape2 la lalu depan dieorang mesti dieorang cakap " nengok budak tu teringat lak anak aku yang kat perantauan tu".... xkesah la kat perantauan ke ape... kadang2 anak yang kt dalam bilik ngah tido tu pon leh die teringatkn bile nengok anak orang lain....
Sudah menjadi lumrah, naluri seorang wanita yang bergelar ibu... dalam apa2 jua kadaan pon, anak2 tetap sentiasa dekat di hati dieorang kan.... Saya saya mak saya... :)
sumber google :)Pada lelaki lak, ko orang pernah dengar x ayat "Nengok bini orang, lupa bini kita"... hehe agak pedas gak la statement ni.. tapi aku xtau la betol ke x tentang fakta ni...
Tapi aku perasan gak, bila suami isteri ngah berjalan2 kat mana2 ke, kalau ade bini orang yang cun melecun lalu sebelah,... eh jap, xkira la cun ke x, cnfirm si suami akan berpaling or melopong nengok perempuan tu kan.. walaupun bini sendiri ada kat sebelah. hehe
inikan pula kalau bini xde akt seblah die kn.. cnfirm akan terlupa pasal bini sendiri tu ... xkn lelaki tu akan terpikir pasal bini sendiri kalau ternampak bini orang kn... " nengok bini orang tu, tba2 rindu lak aku kat bini aku yang ada kat perantauan tu"... hehe. ade ke? kalau ada, alhamdulillah :)
Aku xtau la betol ke x tentang fakta ni... harap2 situasi pertama tu betol n situasi kedua tu salah la yerk.. :) kalau ko orang ada pendapat sendiri silalah lontarkan yer... dapatlah kita kongsi bersama2... :)
Sekian...
Tuesday, July 19, 2011
TUKAR JANTINA LEPAS, TAPI NAK TUKAR NAMA LAK TAK LEPAS
LELAKI PEREMPUAN... ingat lagi x pasal kesah seorang hamba Allah dari terengganu yang dilahirkan sebagai seorang lelaki dan telah melakukan pembedahan jantina untuk bertukar kepada seorang wanita.... :)
Beliau telah memohon kepada Mahkamah untuk menukarkan nama beliau daripada nama lelaki kepada nama perempuan... name perempuan yang die pilih tu xmacam best lak.. hehe.. walaubagaimanapun mahkamah tlah menolak permohonan beliau tu....
___________________________________________BERITA PENUH
KUALA TERENGGANU: “Walaupun pemohon sudah menjalani pembedahan tukar jantina, perkara itu tidak boleh dijadikan hujah untuk mendapatkan kebenaran mahkamah.”
Demikian kata Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Mohd Yazid Mustafa dalam penghakimannya ketika menolak permohonan Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 26, yang mahu menukar namanya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz, semalam.
Selain itu, kata Mohd Yazid, tiada laporan lengkap daripada pihak hospital bersabit pembedahan jantina yang dibuat terhadap Mohd Ashraf Hafiz dan sepanjang prosiding berlangsung, tiada seorang pun doktor dipanggil memberi keterangan.
“Selepas kes ini diperhalusi dan diteliti daripada semua aspek dan mengambil kira implikasi kepada masyarakat, mahkamah menolak permohonan ini,” katanya.
Bagaimanapun, Mohd Ashraf Hafiz selaku pempetisyen tidak hadir di mahkamah semalam dan hanya diwakili peguamnya, Horley Isaacs.
SUMBER : MYMETRO
___________________________________________
inilah tabiat manusia akhir zaman kan.. menuntut yang bukan. tidak bersyukur dengan ape yang telah tuhan tetapkan.. jangan pilih jalan hitam... musnah diri nanti....
hope bangsa melayu dan umat islam di negara kita ni cube lah elakkan daripada menjadi bangsa yang xbertamadun kan... jangan terlampau sekular sehingga melangkaui norma2 kehidupan kita sebagai seorang manusia :(
Sekian...
Friday, July 8, 2011
LELAKI SUKA KUTUK MEMBER DEPAN-DEPAN, PEREMPUAN SUKA PUJI MEMBER DEPAN-DEPAN
LELAKI DAN PEREMPUAN... memang sejak azali lagi telah ditetapkan lelaki berlawanan ngan perempuan kan.. memang kebanyakkan aspek memang berlawanan la .... xkira la dari sudut yang baik ataupun yang buruk :)
Lelaki memang suka kutuk2 member lelaki die depan-depan kan... dan member tu xkan rase kecik ati sebab adatlah kan kena kutuk ngan member2 baik.. kalau xkena kutuk tu bukan member la namanye :)
Tapi kat belakang lak, orang lelaki kalau borak2 ngan orang len selalu puji2 member2 die kan... itu memang satu pujian yang ikhlas... kalau leh orang lelaki ne xnk member die tau yang kita ni puji die.. hehe :) ye la, takut member ni overdos bangga lak. ... hehehe
gambar hiasan jerk :)Perempuan lak.. memang suka puji2 member2 perempuan die depan-depan kan.. cakap la die ne cantik la, lemah lembut la, pandai bergaya la dan macam2 lagi la.. tapi tu sumenye adalah sifat semula jadi orang perempuan yang nak menjaga hati orang lain... :)
Kat belakang lak... semua yang "ikhlas" akan keluar.... segala isi hati dan kutukan akan keluar la dari mulut sorang2... minah tu bajet cun la.. jalan pon nak cover cun.. mak oi pompuan tu jantan ke betina... keras semacam jerk... hahaha... dah memang sifat semula jadi perempuan yang suka mengumpat kan :)
apa-apa pun xsume cam ni... yang penting kita kena pandai2 la menjaga nilai2 persahabatan kita ni kan... biar ikhlas berkawan... jangan ikhlas berlawan... hahaha.. pepatah ape lak aku guna ni... k la... semoga kita akan teros menjadi kawan yerk :)
Sekian...
Monday, June 27, 2011
9 AKAL LELAKI SUKAR UNTUK KAWAL 1 NAFSU NYA???
LELAKI CUCI MATA... semenjak dari kecil lagi aku memang dah tau tentang satu fakta ni iaitu... lelaki mempunyai 9 akal satu nafsu dan perempuan mempunyai 1 akal 9 nafsu.. mak oi banyak giler nafsu pompuan ni ek.. nafsu kuda ke ape ne.. hahaha
Tapi, bagi lelaki, walaupun mempunyai satu nafsu, agak sukar juga seorang lelaki menggunakan 9 akal tu untuk mengawal 1 nafsu tu... betol ke? ape benda yang 1 nafsu tu ek??? ramai cakap 1 nafsu lelaki tu adelah "tutttttttt".. ape benda yang tutttt tu.. ape yang aku faham yang tuttttt adalah seks dan lucah-lucah2.... adohaiiiii... xkn xde benda len orang lelaki nak pikir selain benda "xberfaedah" tu kn :)
antara yang diselitkan dalam iklan olympus.. SUMBER GOOLEAda orang cakap, lelaki ni kalau ngah jalan-jalan, tibe ada perempuan lalu kat depan, xkire la cantik ke x, mesti nak nengok kan.. dan benda yang die akan nengok ialah "tutttttt"... dan mulalah akan berfikir tentang benda-benda "kotor"... betol ke?... tolong siket.. ingat lelaki ne xde benda lain ke nak pikir ek... :)
Dan aku pon pernah terdengar orang cakap, bukan aku yang cakap yerk.... seorang lelaki pendiam dengan perempuan pon akan jadi kuat bercakap bila perempuan tu start cakap benda-benda yang berkaitan dengan lucah... hahaha.. kuat betol penangan 1 nafsu ne ek...
Setiap orang ada kelemahan masing-masing... yang penting lelaki yang normal adalah lelaki yang gatal... haha.. sape yang xgatal tu maknanye xnormal la tu kan.. hahaha
Walaubagaimanapun, kita sebagai umat islam, perlulah tingkat kan iman kita dan gunakanlah akal fikiran kita secara semaksima yang mungkin untuk mengawal 1 nafsu kita tu kan... sesungguhnya semua yang baik itu datangnya daripada ALLAH dan yang buruk itu lahir dari kesilapan kita sendiri...
Sekian...







