impianku dalam mimpiku: KENAL RAMAI RAKAN BLOG
Showing posts with label KENAL RAMAI RAKAN BLOG. Show all posts
Showing posts with label KENAL RAMAI RAKAN BLOG. Show all posts

Monday, March 17, 2014

BLOG AKU HANYA DALAM KENANGAN

Assalamualaikum...

Rasanya dah berkurun lama, ku rasakan blog aku ni xberupdate... rasanye dh setahun lebih kut xupdate.. tahun lepas pon 4 je entry aku update kut... aku pon dah xberapa ingat lagi member2 blog aku yang rapat sebelom ni, ape ntah lagi dieorang, haram jadah nak ingat kt blog aku ni..

Macam mane la suasana dunia blog sekarang ni kan.. cm meriah je ak nengok..  siap leh berkumpul dalam 300 bloggers dalam 1 tempat dan 1 masa kan dalam 1 majlis kan.. gempak siot... haha.



Nak wat comeback????.. haha.. comeback la sangt.. nk pasang internet kat umah pon x mampu, ape ntah lagi nak mengadap internet .. nak layan kt cc? mampos pokai aku... nk update kat fhone? haha.. memang xlah.. terkemut-kemut ak nak taip kt fhone murah aku ni..

Ni update pon saje je, sementara ada peluang dapat cilok internet free orang lain kan.. saje je nak jengah-jengah jap blog sendiri.. haha.. Lagipun ak ni dah xde idea nak mengarut kat blog.. dah matang la kata kan.. tak mampu lagi aku nak masuk air dengan ko orang lagi.. haha :)

Semoga ko orang berjaya dalam apa yang ko orang wat k.. )

Sekian...

p/s : pray for mh370.. apa pun kesudahannya sama-sama la kita doakan yang terbaik untuk mangsa dan ahli keluarga mereka.. peace 4 all...





IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Monday, June 11, 2012

DUNIA BLOG BUAT KITA MENGENALI RAKAN DARI PELBAGAI GOLONGAN


Assalamualaikum...

RAKAN BLOG... blog dikategorikan juga dalam golongan laman sosial.. laman sosial maksudnye adalah tempat kita bersosial.. haha.. so, dari medium ni lah kita dapat mengenali ramai orang yang datang dari pelbagai kelompok kan... :)

Selama setahun lebih aku menjenguk dunia blog ne... dah banyak golongan yang aku jmpe dan kenal.... walaupun xpernah lagi bersua muka.. tapi dari ape yang dicoretkan mereka kita dapat tahu mereka dari latar belakang mane kan...


gambar hiasan :)



Antara golongan-golongan itu adalah...

- golongan ibu-ibu, bapa-bapa....
- golongan ibu tunggal, (*ak lom jmpe lagi blogger berstatus bapa tunggal.. hehe)....
- golongan student ipt , budak2 sekolah....
- golongan artis ( pelakon, penulis skrip, penulis buku)....
- golongan profesional...
- golongan tak profesional...
- golongan dari baka master chef:)....
- golonganyang punyai keluarga yang amat bahagia....
- golongan budak bujang yang happy ngan pasanganye...
- golongan budak bujang yang ngah kecewa dlm percintaan..
- golongan yang telah berjaya dalam kerjaya
- golongan yang baru menjenguk alam pekerjaan...
- golongan yang xpuas hati ngan orang tu.. ngan orang ni...
- golongan yang sebok kejar duit dari blog


- banyak lagi lah golongan-golongannya... xkan ak nk senarai kn sume... nak mampos.. hehe :)


daripada mana jua golongan pon, apa yang kita dapat adalah kita boleh mengenali gaya hidup seharian palbagai kelompok yang berlainan dari gaya hidup kita...

-----------------------------------------------------------

kadang-kadang kita berasa cemburu bila membaca coretan yang menunjukkan mereka lebih berjaya serta kehidupan yang lebih sempurna daripada apa yang kita miliki sekarang...

contohnya, polan bin polan ni hidup senang sahaja, setiap kali gadget2 baru keluar laju je die sapu.... kerjaya die pon stabil... gaji berkepok2....

sedih melihat blog yang menceritakan tentang kebahagiaan keluarga mereka secara melampau-lampau berbanding keluarga kita...
-----------------------------------------------------------

tapi, sometimes, ia juga dapat membuatkan kita berasa bangga dan bersyukur bile membaca luahan dari insan-insan yang serba kekurangan daripada apa yang kita miliki sekarang ni...

contohnya, sempena hari bapa atau hari ibu.. kepada mereka yang tidak lagi mempunyai ibu bapa.. luahan mereka membuatkan kita bersyukur kerana masih ada keluarga sndiri

-----------------------------------------------------------

walauapa-apa pun semua nya membuatkan kita lebih mesra serta dapat bertukar2 pengalaman dan idea untuk memajukan diri kita sndiri... Dunia blog tanpa sempadan... jangan lah menujukan pepatah ini "muka je ganas, tapi dalam hati ada ropol-ropol" kepada para blogger ye.. hahaha

Sekian...

IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE