impianku dalam mimpiku

Tuesday, May 29, 2012

PERNAH MENONTON WAYANG SEORANG DIRI?


Assalamualaikum...

TONTON WAYANG... kepada kaki filem n wayang ni, confirm setiap kali cter baru keluar, mesti pakat ramai2 ngan member-member atau pon ngan couple masing-masing nk g serbu pangung wayang kan :)...

Aku nak tanye ko orang la... kalau ko orang nak g nengok mesti kena nengok bersama seseorang kan.. paling koman sorang mesti yang teman kan..


gambar hiasan sahaja :)


Tapi ko orang pernah terjumpa x , member ko orang yang suka nengok wayang sorang-sorang? tak mustahil jugak kan.. sebab aku pernah terjumpa orang dari kelompok cam ni...

Nak kata die xde member, xpulak.. member-member memang ramai yang ada... die pon seorang yang peramah ngan orang sekeliling.... awek pon ade kut... tapi nak wat cam ne kan.. memang tu tabiat yang menyelesakan bagi dia :)

Walaupun aku tak pernah wat benda ni, nengok wayang sorang-sorang..... tapi, bagi aku la, benda ni tiada la pelik sangatkan... may be die lebih selesa nengok wayang seorang diri agak nye.. ialah, senang bergerak bebas, xpayah ikut kerenah birokrasi orang lain kan.. layan pale sendiri je dalam wayang tu :)

Ko orang lak cam ne... pernah tak g nengok wayang sorang-sorang?

Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Monday, May 21, 2012

DALAM FACEBOOK SUNGGUH MESRA, TAPI BILA DI DUNIA REALITI?

Assalamualaikum...

FACEBOOK.... Facebook adalah antara medium yang mudah untuk mengeratkan silaturrahim dalam sesuatu komuniti itu.. di facebook lah tempat kita untuk berkongsi dalam beberapa hal dengan semua orang sama ada kita kenal atau pun tidak...

tapi ko orang pernah terjumpa tak individu yang cukup mesra dan ramah tamah di dalam dunia facebook, tapi di alam realiti nya adalah sebaliknya...?


gambar hiasan :)


Contohnya, bila difacebook, setiap status rakan-rakan nye die akan komen dengan cukup mesra.. siap usik mengusik lagi untuk wujudkan suasana... kadang2 jika rakan tersebut wat status mintak pendapat atau dalam masalah, die dengan efficiennya melontarkan komen nasihat...

tapi bila di dunia realiti, contohnya ditempat kerja... bile berselisih jalan dengan rakan yang die mesra kat facebook tu, bukan nak kata tegur, kadang-kadang senyum pun tak... sekali nampak macam tak pernah kenal pon ada... :)

Mengapa benda cam ni leh terjadi ek..? adakah di dalam alam maya sahaja kemesraan tu dapat dijalinkan.. bila berhadapan di dunia realiti sikap akan terus berubah... kenapa kemesraan tersebut tidak dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian?

Memang sukar untuk merungkaikannya... perkara ni memang tidak mustahil la kan... semuanya dapat dilakukan dengan mudah hanya menggunakan keyboard... tapi di dunia realiti, terpulang la kepada sifat dalam diri masing-masing...

Sekian...


p/s : aku perhatikan ada yang salah faham komen sebab xbaca entry ni sampai abis... maksud ak dlm entry ne ialah rakan facebook kita yang memang kita dah kenal.. contohnya, rakan sekerja, member2 kolej atau sebagainya... bukan yang kita xpernah jmpa n hanya kenal di facebook sahaja... :)


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Friday, May 18, 2012

MUTIARA KATA - BEZA PENDAPAT GOLONGAN MUDA DAN GOLONGAN TUA


Assalamualaikum...

MUTIARA KATA...

Gambar Hiasan

--------------------------------------------------------------

Kesilapan Golongan Muda Adalah Berpendapat Yang Kebijaksanaan Itu Tidak Memerlukan Pengalaman...

Manakala....

Kesilapan Golongan Tua Adalah Berpendapat Yang Pengalaman Itu Tidak Memerlukan Kebijaksanaan...

Renung-renungkanlah...


Kata-kata dari (George Bernard Shaw - seorang novelis, aktivis Inggeris)

--------------------------------------------------------------

Sekian.....


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE