Monday, February 27, 2012

LELAKI HANYA PIKIR MASA DEPAN BILA HENDAK BERKAHWIN?

Assalamualaikum...

MASA DEPAN... setiap orang mengimpikan sesuatu yang baik untuk masa depan masing-masing kan... tapi xsemua apa yang diimpikan itu akan kita dapat capai dengan sempurna...

Kali ni aku nak berbincang pasal orang lelaki... betul ke lelaki akan hanya pikir betul-betul pasal masa depan nya apabila seru untuk berkahwin itu telah sampai????

Maknanye, sebelum tu memang orang lelaki xde kesah sangat ke pasal masa depan die.. :)

gambar hiasan :)

Mase zaman baru abis belajar, adalah masa untuk enjoy dan ingin mencuba pelbagai benda ye.. kesan untuk jangka panjang tidaklah di ambil kisah sangat...

So, bile umur sudah semakin meningkat, maknanya waktu untuk berumah tangga semakin hampirkan.. so, adakah masa itu baru kesedaran untuk masa depan baru timbul??

Antara aspek selalu yang selalu dirisaukan oleh lelaki ialah tentang pekerjaan.. jika umur sudah mencecah 25 tahun, tapi belom dapat suatu kerjaya yang stabil dan mantap memang cukup merisaukan..

Selain itu ialah mengenai simpanan kewangan.. jika niat dihati ada untuk berkahwin, adakah simpanan sudah cukup untuk menjaga anak dara orang.. :)

Lagi satu aspek penting ialah aset peribadi.. contohnye kereta, rumah, insurans dan sebagainya kan.. jika tiada aset basic ni, memang terasa macam belum cukup lengkap.. bukan nak kata kebendaan perlu diutamakan dalam hidup ini, tetapi zaman sekarang ni benda2 ni memang cukup penting untuk hari mendatangkan...

Walaubagaimanapun semua nye adalah rezeki dari tuhan.. selagi tuhan xmengizinkan, selagi tu la kita tidak mencapainye.. tetapi, kita perlu berusaha untuk mecapainya dan kena bijak untuk mengatur perjalanan hidup kita sendiri... :)

Sekian...



21 comments:

  1. setuju...biler dah ada cinta baru la pikir mase depan :)

    ReplyDelete
  2. normally laki kalo dah ade yg die cintai mmg die akan pk semuanyee..

    ReplyDelete
  3. menarik... memg sesuai untk renungan... tq :-)

    ReplyDelete
  4. haha cantik la gmbr hiasan..tringat kartun blue clues

    ReplyDelete
  5. selalunya lelaki mmg gitu la... bila dah bercinta..dah tau.. kena kawen.. baru laa nampak matang dirinya kat situ.. bila nak pikir soal masa depan..

    ReplyDelete
  6. lelaki berat tanggungjawabnya bila dah berkeluarga...

    ReplyDelete
  7. bukan laki ni berpandangan jauh ke ? ? ? oh tak jugak rupanya ye :p
    hehehehe .... Nikah tu tak susah ... adat tu yg susah ...

    ReplyDelete
  8. setuju...klu xstabil semua tu, mcm mn nk sara anak org.. blm anak sendiri lg.. hehehe

    ReplyDelete
  9. lelaki ni kalau nak kwin, mst la kewangan die kne ckup..kalau tak,susah nti :)

    ReplyDelete
  10. Part aset peribadi tu, bergantung jugak kepada pompuan yang dia nak kawen tu. Ada je pompuan yang sanggup bersusah bersama2 lelaki yg dia cinta utk kumpul aset tu semua berperingkat2 lepas kawen. Sebab tu la lelaki perlu cari wanita solehah yg benar2 beriman. Yg redha dengan keadaan suaminya. Tapi, kalau lelaki tu nak jugak sediakan semua kelengkapan rumah sebelum berkahwin, lagi baik.

    ReplyDelete
  11. betol3..selagi dia tak fikir pasal kawen dia fikir nak enjoy je..ca da banyak jumpa org laki cmni termasuk adik ca sendiri..hehe..nak jumpa cik awek baru terkial2 nak kumpul duit.huh~

    ReplyDelete
  12. lau pmpn, abes blaja je da pk nak kumpul aset .. lau umo 24 tade aset lg, pening2 ~

    ReplyDelete
  13. besar tanggungjawab seorang lelaki bila dia dah berkahwin,,,so, kenalah berfikir dahulu

    ReplyDelete
  14. bkn bermkna sebelum terpikir soal kawin lelaki tak pikir psl masa depan diorang tapi bila lelaki tu dah buat keputusan nak kawin maka dia akan terpikir tanggungjawab yang bakal dipikul selepas mendirikan rumahtangga..macam2 yg perlu disediakan buat keluarga jd sbb tu laa dia mula mencorak msa depannya..

    ReplyDelete
  15. Banyak benda nak kene plan..dari segi zahir dan batin..mane la tahu..ada duit kaya raya pon, tak mampu nak jaga bini kan..ada banyak aspek fizikal dan mental perlu di bentuk..tak kurang juga soal agama..^^'

    ReplyDelete
  16. memang kena ada perancangan yang baik baru le boleh fikir tentang perkahwinan kan

    ReplyDelete
  17. lelaki nampak jek macam tak pikir.. macam tak kisah.. tapi sebelum tidur tu.. semua dia pikir.. ^_^

    ReplyDelete
  18. redah dan redha~ rancang rancang rancang, usaha usaha usaha kemudian kita bertawakal la~

    ReplyDelete