impianku dalam mimpiku: May 2012

Tuesday, May 29, 2012

PERNAH MENONTON WAYANG SEORANG DIRI?


Assalamualaikum...

TONTON WAYANG... kepada kaki filem n wayang ni, confirm setiap kali cter baru keluar, mesti pakat ramai2 ngan member-member atau pon ngan couple masing-masing nk g serbu pangung wayang kan :)...

Aku nak tanye ko orang la... kalau ko orang nak g nengok mesti kena nengok bersama seseorang kan.. paling koman sorang mesti yang teman kan..


gambar hiasan sahaja :)


Tapi ko orang pernah terjumpa x , member ko orang yang suka nengok wayang sorang-sorang? tak mustahil jugak kan.. sebab aku pernah terjumpa orang dari kelompok cam ni...

Nak kata die xde member, xpulak.. member-member memang ramai yang ada... die pon seorang yang peramah ngan orang sekeliling.... awek pon ade kut... tapi nak wat cam ne kan.. memang tu tabiat yang menyelesakan bagi dia :)

Walaupun aku tak pernah wat benda ni, nengok wayang sorang-sorang..... tapi, bagi aku la, benda ni tiada la pelik sangatkan... may be die lebih selesa nengok wayang seorang diri agak nye.. ialah, senang bergerak bebas, xpayah ikut kerenah birokrasi orang lain kan.. layan pale sendiri je dalam wayang tu :)

Ko orang lak cam ne... pernah tak g nengok wayang sorang-sorang?

Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Monday, May 21, 2012

DALAM FACEBOOK SUNGGUH MESRA, TAPI BILA DI DUNIA REALITI?

Assalamualaikum...

FACEBOOK.... Facebook adalah antara medium yang mudah untuk mengeratkan silaturrahim dalam sesuatu komuniti itu.. di facebook lah tempat kita untuk berkongsi dalam beberapa hal dengan semua orang sama ada kita kenal atau pun tidak...

tapi ko orang pernah terjumpa tak individu yang cukup mesra dan ramah tamah di dalam dunia facebook, tapi di alam realiti nya adalah sebaliknya...?


gambar hiasan :)


Contohnya, bila difacebook, setiap status rakan-rakan nye die akan komen dengan cukup mesra.. siap usik mengusik lagi untuk wujudkan suasana... kadang2 jika rakan tersebut wat status mintak pendapat atau dalam masalah, die dengan efficiennya melontarkan komen nasihat...

tapi bila di dunia realiti, contohnya ditempat kerja... bile berselisih jalan dengan rakan yang die mesra kat facebook tu, bukan nak kata tegur, kadang-kadang senyum pun tak... sekali nampak macam tak pernah kenal pon ada... :)

Mengapa benda cam ni leh terjadi ek..? adakah di dalam alam maya sahaja kemesraan tu dapat dijalinkan.. bila berhadapan di dunia realiti sikap akan terus berubah... kenapa kemesraan tersebut tidak dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian?

Memang sukar untuk merungkaikannya... perkara ni memang tidak mustahil la kan... semuanya dapat dilakukan dengan mudah hanya menggunakan keyboard... tapi di dunia realiti, terpulang la kepada sifat dalam diri masing-masing...

Sekian...


p/s : aku perhatikan ada yang salah faham komen sebab xbaca entry ni sampai abis... maksud ak dlm entry ne ialah rakan facebook kita yang memang kita dah kenal.. contohnya, rakan sekerja, member2 kolej atau sebagainya... bukan yang kita xpernah jmpa n hanya kenal di facebook sahaja... :)


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Friday, May 18, 2012

MUTIARA KATA - BEZA PENDAPAT GOLONGAN MUDA DAN GOLONGAN TUA


Assalamualaikum...

MUTIARA KATA...

Gambar Hiasan

--------------------------------------------------------------

Kesilapan Golongan Muda Adalah Berpendapat Yang Kebijaksanaan Itu Tidak Memerlukan Pengalaman...

Manakala....

Kesilapan Golongan Tua Adalah Berpendapat Yang Pengalaman Itu Tidak Memerlukan Kebijaksanaan...

Renung-renungkanlah...


Kata-kata dari (George Bernard Shaw - seorang novelis, aktivis Inggeris)

--------------------------------------------------------------

Sekian.....


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Thursday, May 17, 2012

PENING BILA MEMBACA BUKU DALAM KENDERAAN BERGERAK



Assalamualaikum...

PENING-PENING LALAT... aku dapat idea wat entry ni pon bila terbaca satu entry dari member kita ni... MASZ SIDEK ------> Membaca Sewaktu Kenderaan Bergerak.....

Membaca ni adalah suatu amalan yang mulia.. sape yang jenis ulat buku ni, buku memang sentiasa ada kat tangan kan.. so, bile sahaja ada masa yang terluang teros leh membaca.. xkira waktu dan tempat....


sumber google :)


Cam ko orang, leh x ko orang memabca semasa berada di dalam kenderaan yang sedang bergerak???... cam aku ne memang xleh la... kalau baca gak.. confirm kepala ni rasa pening2 lalat... silap2 leh termuntah terus....

dulu mase zaman study, bile nk balek kampung or nk balek kolej, ingat kan nk hilang kan bosan dalam bas... baca la buku kononnya.. tp hampeh.... xsampai 5 minit pening2 lalat terus melanda... kalau teros membaca termuntah lak... lagi segan.. dh tua bangka nak bas pon leh muntah2.. haha..

tapi ko orang pernah nampak x orang naik moto sambil baca buku?????? betol2 ulat buku la kalau cm ni kan.. tp kalau yang ber SMS sambil bawak moto tu banyak kali aku nampak.. tu menempah maut namanye... :)

apa-apa pon nak tunjuk kerajinan tu biarlah dalam keadaan selesa dan menyenangkan ye.. jangan nak menyeksa diri sangat... kalau xleh blah gak ngan tahap kebosanan tu bek membuta jerr... hehe

Sekian...



IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Wednesday, May 16, 2012

BEZA LELAKI DAN PEREMPUAN BILA GUNTING RAMBUT - WORDLESS WEDNESDAY




Assalamualaikum...

WORDLESS WEDNESDAY


Sekian...


Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :)



IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Tuesday, May 15, 2012

ORANG PEREMPUAN TAK SUKA MINUM KOPI?



Assalamualaikum...

KOPI... Kopi adalah minuman yang dicampurkan dengan air panas yang disedia daripada benih panggang. biasanya dipanggil dengan biji kopi.. Disebabkan kandungan kafeinnya, kopi mempunyai kesan peransang pada manusia. (Wikipedia)

Aku nak tanye ko orang lah.. betulkah kebanyakkan orang perempuan ni memang xsuka n benci dengan rasa n keharuman bau kopi tu...? kebanyakkan nye perempuan yang muda mudi ni la kan...


sumber google :)


Kenapa leh jadi cam ni ek.. ak pernah gak terjumpa, ada pompuan kalau terbau je bau kopi pon leh rasa loya nak muntah... hehe..

Nak kata kopi ne bau busuk xde pulak.. kopi ne pon kadang2 leh wat membuka selera kita kan.. xpun minum petang2 sambil cicah ngan biskut mary.. layannnn.. hehe

tapi kalau minum kopi kat old town aku nengok sume relaks je... perempuan lagi ramai kut.. hehe

Aku ada siket info ni pasal pompuan dan kopi... xtau la kesahihan fakta ni cam ne kan... "minum kopi boleh mengecilkan payudara perempuan" (SUMBER) ... haha... so, sape yang besar gedabak tu leh la minum kopi ari2 kan.. hehe

Tapi aku rasa xsemua perempuan benci kepada kopi ... ada yang jenis sampai ketagih pon ada.. yang penting ikutlah selera masing2 selagi tidak memudaratkan.. :)

Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Monday, May 14, 2012

TIDUR ATAS KATIL ATAU ATAS LANTAI?



Assalamualaikum...

TIDUR... setiap orang ada cara yang tersendiri untuk mendapatkan tidur yang selesa dan menyenyakkan :)

Maksud aku tidur atas lantai adalah dengan membentangkan tilam diatas lantai k.. hehe... bukannya tidur diatas lantai tanpa pape alas.. hehe.. kalau cm tu sejukk bebbb...:)

sumber google :)

Ko orang cam ne ek.. prefer tidor atas katil or atas lantai ek... macam aku ne, aku lagi selesa dengan bentangkan tilam kat atas lantai.. lagi best n rasa luas je..

kat bilik aku bukannya xde katil.. siap katil double decker lagi.. hehe.. katil atas tu aku dah wat rak letak bantal-bantal yang banyak tu... n katil bawah lak aku dah wat rak letak buku-buku, bedak, perfume, wallet, handphone dan sengangkatan dengan nye la.. hehe

Tapi ada gak jenis orang yang xleh tidor cm tu .. may be mereka lebih selesa tidor diatas katil kan..

-------------------------------------------------------

kat sini aku ada terdengar beberapa perkara lawak pasal tidur atas katil ni.... :)

1- tidur atas katil rase sempit je. kalau mengigau mesti jatuh katil.. hehe

2- kalau tidor atas katil , mesti ada rasa cam ada benda je kat bawah katil kita tu...

3- mase kat asrama, baldi student kan letak kat bawah katil sendiri... bile malam je, kadang2 student selalu terdengar cam ada benda bergolek2 dalam baldi dieorang tu.. ada orang kata tu kepala jepun yang kena pancung.. hehe..

-------------------------------------------------------

macam-macam .. yang penting ko orang selesa dengan cara tidur yang ko orang pilih kan.. :)

Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Sunday, May 13, 2012

SEJARAH SAMBUTAN HARI IBU

Assalamualaikum...

HARI IBU.... setipa tahun.. bulan Mei, semua anak-anak akan menunggu saat ini untuk meraikan satu hari yang dinamakan hari ibu...

Tapi aku ada gak terdengar dan terbaca tentang fakta yang mengatakan menyambut hari ibu ini adalah haram.. tak tau lah betul ke x kan.. wallahualam...

Tentang sejarah hari ibu lak... cerita dongeng yang paling popular pasal hari ibu adalah seperti kata bawah ni...


--------------------------------------------------------------------------------

Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac.


Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.


Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang fakir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut.


Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Churchdianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan.


Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.


Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR).


TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.


Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.


Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis suratkepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika.


Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.


SUMBER CERITA : http://www.mothersdaycentral.com/about-mothersday/history/

-------------------------------------------------------------------------------

Walauapapun teori yang keluar pasal hari ibu ni, yang penting hati kita sentiasa ingat pada ibu kita, tidak kira masa dan ketikanya kan.. kerana, kalau tiada ibu, tiadalah kita di muka bumi ini..

Sekian...



IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Friday, May 11, 2012

MUTIARA KATA : ERTI SEBUAH KESABARAN

Assalamualaikum....

KESABARAN.....


gambar hiasan sahaja :)



Adakah seseorang itu dapat mengawal tahap kesabaran dalam diri masing-masing... sesungguhnya tahap kesabaran seseorang itu mempengaruhi perjalanan hidup harian mereka.. yang penting cara mereka untuk mengawal dan mengatasinya...

Konsep kesabaran ini terbahagi kepada dua bahagian...

Pertama : Kita bersabar mengawal diri untuk mengelak daripada apa yang kita tidak perlukan...

Kedua : Kita bersabar untuk mendapatkan sesuatu apa yang kita idamkan....


Sekian...

IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Thursday, May 10, 2012

APA PAKAIAN RASMI TIDUR KO ORANG


Assalamualaikum...

BAJU TIDUR... aku nak tanya ko orang la... ko orang ada tak baju khas yang hanya dipakai untuk tidur sahaja.. hehe.. maksud ak baju tidor la.. haha

Rasanya xsemua orang ada baju khas untuk tidor je kan... kadang2 ada yang jenis ape yang dipakai pada waktu tu dah leh terus membuta je.. :)

gambar hiasan dari google :)

Tapi bile nengok drama2 kat tv ne, n baju2 tido yang ada kt shopping ne, biasanya adalah warna putih dan ada polkodot2.. haha.. untuk baju tidor orang pompuan lak nampak comel siket .. ada mickey mouse la.. ada love2 siket la... bajet jambu la tu.. haha...

Macam orang lelaki aku rasa memang senang giler.. baju tidor dieorang adalah seluar pendek atau boxer je kan... xpon pakai kain pelekat je... haha.. simple n selesa..

Cam orang perempuan lak cam ne ek... nak cakap lebey2 mane boleh kan sebab ak ne lelaki bukannye perempuan... biasanya pompuan tidor pakai tracksuit kut.. (maksud aku pakai tracksuit n baju la... bukan pakai tracksuit je... )

Tapi kalau perempuan yang dh kawen rasenye mesti ada baju tidor yang special kn.. haha... agaknye la... :)

Haha,, so sape nak kongsi pape sila la lontarkan ye.. tp jgn ape yang berlaku dalam kelambu pon nk share yer.... :)

Sekian...



IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Wednesday, May 9, 2012

VIDEO TRAGIS SEORANG IBU MENDERA ANAK NYA


Assalamualaikum..

DERA ANAK.. Satu berita yang menggemparkan rakyat malaysia telah tersebar ke di laman-laman sosial dan blog-blog...

Memang sungguh menyayat hati... nak kata berperangai binatang pon ada.. inilah dinamakan manusia bertopengkan syaitannnnnnn...

sumber google :)

Apa yang dapat diperoleh dari video ini, wanita @ ibu kepada budak tu bernama dira... memang betol kejam la makhluk ni... bukan sahaja die memukul budak tu ngan bantal, malahan ngan tangan dan kaki pon ada untuk die melepaskan geram die tu..




tujuan aku berkongsi video ini adalah bukan untuk mengaibkan sesiapa.. ini hanya untuk dijadikan teladan supaya kita yang lain ini berasa insaf dan berfikir dengan waras sebelum melakukan sesuatu..

ada yang mengatakan video ini adalah video lama.. tak kisah lah video lama ke video baru, kita sebagai manusia perlulah amek teladan dari video ini kan.. dan ada juga yang mengata kan pompuan ni pon sudah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah...

Diharapkan pompuan durjana itu dapat menerima balasan yang setimpal.. memang pepatah mengatakan "syurga dibawah tapak kaki ibu".... tapi jangan salahkan budak itu bila dah besar anti die lak menjadi seorang yang pendendam terhadap ibunya sendiri...

Astaghfirullahal'azim...

Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE