impianku dalam mimpiku: May 2011

Tuesday, May 31, 2011

FENOMENA FESYEN TUNJUK TALI BRA

Assalamualaikum....

FESYEN.. Bra atau coli ialah pakaian dalam bagi wanita. Tujuan utamanya adalah untuk menyokong payudara tetapi juga digunakan sebagai tarikan nafsu. RUJUK SINI

Disini aku nak bincangkan tentang fenomena fesyen muda mudi zaman sekarang ni iaitu suka menunjukkan tali bra... sekali lagi ditekan kan, entry ini bukanlah untuk menghentam kaum hawa yerk.. hehehe...

dan disini kita bincangkan bagi kaum wanita yang biasa2 iaitu masyarakat sekeliling kita ni yerk... bukan la dari golongan artis2 or model2 macam zila bakarin or zizie ezetti ke yerk :)... hehehe...

sape nak pakai "spek mata" ni ek :)

Apakah sebenarnye tujuan segelentir wanita memakai macam ni ek.... adakah kerana fesyen.. atau pon memang saje nak tarik prhatian orang sekeliling.. xpon memang baju tu selalu terlondeh sendiri.... hehe...

tapi kebiasaannye yang wat fesyen cam ni selalunye yang memakai bra yang warna mengancam2... pink or merah lah... haha.. cam ne aku leh perasan ek.. sebab aku ni kan lelaki normal.. pantang nampak pompuan "terdedah" siket... mecanak la.. maksud aku mencanak la mata.. hahaha

Mungkin ini sume adalah trend sekarang ek... aku xnak cakap dari sudut hukum agama sebab memang dah ternyata berdosa kan.... aku nak cakap dari sudut fakta dan keadaan sekeliling... apakah kesan dari perkara ini...

bukan la nak cakap lelaki ni nengok tali bra pon dah leh "mencanak" kan.. tapi ia menunjukkan seperti wanita tersebut telah beri green light kepada lelaki untuk ehem2 kan beliau... haha.. ape aku merepek ni.... sebenarnye aku xde ide... ko orang layan kn je la entry aku ne ek.. haha

Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Monday, May 30, 2011

ALAM PEKERJAAN AKU YANG TAK MENENTU

Assalamualaikum...

REZEKI... bak kata orang, rezeki ada dimana-mana kan.. sape yang ikuti blog aku ni msti tahu tentang masalah gaji aku yang tidak dibayar selama 3 bulan kan.... KLIK SINI

Wat pengetahuan semua, sebenarnye bos ofice aku mengarahkan aku supaya bercuti semenjak dua minggu lepas.. ini adalah disebab ofice tidak dapat dibuka kerana dikunci oleh pemlik bangunan kerana pihak syarikat tidak juga membayar sewa ofice selama 3 bulan...


Adakah ini cubaan pihak syarikat untuk melarikan diri??... bos berjanji akan cube mencari duit dan akan membayar gaji aku secepat mungkin dengan akan menyelesaikan semua masalah dengan segera....

Adakah aku terlampau bodoh? terlampau lurus? Pengecut?... Aku sebenarnye tahu dimana tempat yang perlu aku rujuk untuk menuntut hak aku ni... iaitu jabatan buruh kan.....

Wat pengetahuan ko orang, segala dokumen untuk wat aduan seperti alamat syarikat, alamat rumah majikan, surat pendaftaran syarikat dari SSM, lesen syarikat sumenye telah tersedia... cume tunggu untuk hantar jer kat jabatan buruh... tapi.. entah lah... aku pon xtau la nape aku belom bersedia lagi untuk wat aduan tu

Untuk menampung "masa lapang" aku sekarang ni, jadual part time aku sebagai cashier di giant telah berubah kepada pagi - petang.. hehe 9-6... ofice hour jugak la tu kan... Kepada peminat2 yang ingin berjumpa dan bergambar dengan aku leh la pergi ke giant pada waktu seperti yang dinyatakan yerk... hahaha

Sekian....

p/s : 3 june 2011 ni adalah ulang tahun kelahiran aku yang ke 13 tahun tau!!!


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

RINTIHAN DARI SEORANG PESAKIT YANG PERNAH DISIHIR

Assalamualaikum...

SIHIR... k la guys.. entry kali ni memang terlampau panjang banyak... so, terpulang la pada ko orang nak baca ke x yerk. :0

Ini adalah luahan dari seorang member facebook aku iaitu yang dikenali sebagai Medulla Oblongata... ini adalah kisah beliau yang pernah disihir.... marilah sama2 kita menghayati cerita beliau k :)

____________________________________________________________

Assalamualaikum.

Ok, tanpa melengahkan masa lagi aku nak cite pasal pengalaman aku terkena buatan orang. Kepada sape-sape yang tak tau sape aku, eloklah korang kenal aku sebagai Medulla Oblongata je sebab aku dinasihatkan agar tak dedahkan nama sebenar, kat mana aku menetap dan buang gambar-gambar aku yang ade dalam fesbuk terutamanya yang berskala penuh supaya tak mendatangkan mudarat.


Sejak zaman sekolah menengah lagi sampaila da menjengah ke alam pekerjaan skarang ni pun aku masih lagi diganggu oleh benda-benda mistik. Benda ni semakin lame jadi semakin buruk sampai boleh memudaratkan kesihatan aku. Gangguan yang aku alami terbahagi kepada dua iaitu gangguan di alam nyata dan gangguan sewaktu tido seperti kene tindih, mimpi ngeri dan mimpi benda mengarut. Tapi aku tak bercadang nak cite secara detail pasal sume tu sebab orang tua-tua berpesan, benda-benda buruk yang kite alami tak elok dihebahkan kepada umum. Lagipun aku taknak la korang jadi takut lepas bace cite aku ni sebab matlamat aku hanya untuk dijadikan renungan dan peringatan kepada kite semua. Yakinlah bahawa hanya Allah S.W.T yang Maha Berkuasa atas segala-galanya.


Antara mimpi yang aku sering alami termasuklah mimpi hantu pocong, hantu yang sangat hodoh, hantu takde muka, mimpi ular hitam, ular yang sangat besar, mimpi benda tak masuk akal, mimpi berada kat atas tempat yang sangat tinggi dan mimpi persetubuhan samada aku sendiri yang terlibat atau aku nampak ade kapel yang tengah berzina. Yang pasti, hubungan kelamin tu kebanyakannye berlaku secara songsang, maknenye ia berlaku dari belakang. Untuk rekod, aku pernah mengigau sebanyak empat kali dalam satu malam !!! Kadang-kadang takde orang sedar pun aku mengigau. Dugaan...


Pasal kene tindih plak takyah citela, boleh dikatakan setiap minggu ade je aku kene tindih, adakalanya sampai berulang kali dalam satu malam. Masa mula-mula dulu bile kene tindih, aku setakat tak boleh nak gerak je, tapi sejak 2-3 tahun kebelakangan ni siap boleh rasa lagi kepala aku dipijak-dipijak, die berlari-lari atas badan aku dan ade ketikanya pakaianku seolah-olah diselak padahal sebenarnye tak pun. Masa praktikal dulu lagi dasyhat, boleh dikatakan hampir setiap malam kene tindih. Masa tu memang seksa la, aku kene pastikan aku betul-betul mengantuk dulu baru boleh tido, kalu tak alamatnye kene tindih la. Nak kene tindih ni takyah amik mase lame pun, tutup mate je automatik terus kene. Kadang-kadang tu aku rase macam badan aku dicakar-cakar. Yang terbaru, aku kene cekik masa kene tindih sebab die marah aku pasang ayat suci al-Quran masa nak tido. Ade jugak bile bangun tido tu aku rase tersentak, macam ade renjatan seolah-olah aku dikejutkan secara paksa.


Bagi gangguan di alam nyata, benda ni dulu tak terjadi pun, cume sejak akhir-akhir ni je makin menjadi-jadi. Korang bayangkan, aku tetibe berubah jadi orang yang kuat berangan. Kalu orang bercakap ngan aku, even 1 on 1 pun, aku boleh berangan ntah kemana. Sebenarnye aku dengar ape yang orang tu cakap cume aku tak boleh nak fokus. Kesannye aku jadi pelupe. Kadang-kadang orang baru je suruh aku buat sesuatu tapi aku dah tak ingat ape yang die suruh. Yang menakutkan, housemate aku pernah nampak aku bercakap sorang-sorang ngan bantal peluk. Boleh plak aku berangan bantal peluk tu bini aku. Nau’zubillah, ntah ape yang aku peluk waktu tu tak tau la.


Pastu dalam hati aku ni macam ade due suara, satu kearah kebaikan dan satu kearah kemungkaran. Bile aku duk sorang-sorang, ade je benda-benda aku fikir yang bukan-bukan. Alhamdulillah aku tak pernah plak wat benda bodoh stakat ni. Kadangkala sendi-sendi aku ni rase macam lemah je, badan rase tak larat. Pernah jugak benda mengerikan berlaku kat aku, contohnye nampak lembaga, rase diperhatikan dan rase macam ade orang melintas di sekeliling aku. Malam plak aku asik rase panas je. Mula-mula aku tak prasan sebab aku rase panas tu normal la, orang lain pun panas. Tapi lepas berubat baru aku prasan, selama ni aku panas tapi aku tak pnah berpeluh pun. Aku pernah nampak rummet aku, tetibe je angkat tangan masa tengah tido. Masa tu aku tak tido lagi, memang seram ar.Ade gak kadang-kadang aku jadi seram tak tentu pasal, sampai jadi gelisah. Aku pernah suarakan kat family aku pasal hal ni tapi takkan asik nak bagitau kan, nanti nampak macam aku pengecut sangat la plak. Ade satu benda lagi yang pelik, sejak kebelakangan ni aku sering terjaga waktu tengah malam. Secara puratanya aku terkejut pukul 3 pagi. Kadang-kadang rase seram, kadang-kadang tak rase pape.


Aku start tau kene sihir ni baru je, tu pun aku tak syak ape-ape sebenarnye. Kisahnye macam ni, akhir Januari baru-baru ni aku tetibe je rase macam pening skit-skit. Tapi tu sementara je, kendian die hilang camtu je. Pastu aku start alami masalah kesihatan dan perkara ni berlarutan selama beberapa bulan. Mula-mula aku jadi tak brape sedap nak tengok depan, tapi yang peliknye die jadi mase memandu je. Mata aku asik nak berkelip-kelip je, sungguh tak selesa nak tengok kedepan. Pastu bile da lame berkelip mule la jadi melekit padahal aku tak mengantuk pun. Korang bayangkan kalu aku memandu 5 jam, selama 5 jam tu la aku berkelip-kelip. Bile da mata start jadi melekit tu lama-lama die jadi gatal. Mata gatal ni memang tak dapat aku nak terangkan camne, yang pasti die gatal yang teramat sangat, sampai satu tahap mata aku ni berair macam orang menangis je.


Aku jadi fobia nak berjalan jauh. Ade sesekali bile nak balik kampung, aku bagitau ayah yang aku nak balik naik bas sebab takut ngantok memandu sendiri. Nasib baiklah ayah aku ni seakan memahami dan die tak marah aku naik bas walopun ade kenderaan sendiri. Pasal masalah mata ni aku rahsiakan dari family dan rakan sepejabat. Kak aku pernah perasan yang mata aku asik berkelip, tapi bile die tanye aku tak bagi jawapan konkrit. Sebenarnye aku pernah alami masalah mata berkelip ni dulu masa zaman sekolah tapi penyakit tu hilang begitu je. Aku berbohong pasal mata gatal tu, aku bagitau family aku yang aku kene resdung, sebab tu mata gatal padahal dalam hati hanya Allah yang tau. Bile aku balik kampung, besenye family aku suke ajak berjalan-jalan, tapi fobia punye pasal aku cube elakkan diri dari memandu dengan memberi pelbagai alasan. Aku takut mata aku jadi berkelip-kelip dan gatal, lagipun aku tak selesa nak memandang, camne nak memandu.


Aku pergi dapatkan rawatan doktor dan jawapan yang aku dapat ialah mungkin mata aku kering akibat terlalu kerap memandang skrin komputer dan mungkin kerana pemakanan aku yang tak berkhasiat. Aku diberi ubat titis mata. Oleh kerana berat badan berlebihan, doktor nasihatkan aku supaya ubah cara pemakanan. Tapi lain yang doktor suruh, lain yang aku buat. Korang percaya tak, aku boleh pergi makan roti je tiap-tiap ari, langsung tak sentuh nasi gara-gara nak sihat punye pasal. Atas nasihat doktor jugak, aku pergi ke kedai kacamata dan periksa keadaan mata aku. Alhamdulillah aku dapat berita baik, kuasa kanta aku makin berkurangan. Aku fikir mungkin ni la sebabnye aku asik tak selesa nak memandang. Hari-hari aku menjadi indah semula. Chewah, macam cite Korea plak.


Tapi lepas tu timbul plak masalah lain. Rupe-rupenye masalah mata aku tak setel kat situ, tapi timbul masalah lain plak. Oleh kerana aku asik makan roti je, tetibe aku tak boleh nak makan benda lain. Aku hanya makan makanan selain roti bile ade jamuan kat ofis dan bile aku balik kampung. Bukan pe, aku taknak la family aku prasan yang aku tak makan nasi, lagipun kakak aku masak best-best, mane boleh tahan bro. Hehe. Masalah yang timbul adalah setiap kali aku makan benda selain roti, waktu malam mesti aku jadi pening dan nak muntah tak pasal-pasal. Bab pening ni kakak aku pun prasan tapi mungkin die anggap benda tu perkara bese je kot. Makin lame makin menjadi-jadi, setiap kali makan ape-ape, malam je pening. Sampai satu tahap badan aku da susut skit, da jadi makin hensem. Hahaha. Okeh, tak kelakar.


Klimaksnye, beberapa minggu lepas, aku hadiri jamuan yang dibuat di ofis aku. Aku makan je dan aku tau, malam ni mesti pening. Tapi benda lain plak terjadi, lepas je makan tu aku terus jadi pening yang agak teruk. Aku terus gi klinik yang bese aku pergi, malangnya doktor tak tau punca penyakit tu. Aku dapat MC selama 4 hari. Bayangkan selama 4 hari aku cuti, campur cuti hujung minggu 2 hari, jumlahnye selama 6 hari aku pening !!! Even masa baring pun pening sampai tak boleh nak memandu langsung. Selain tu, ade benda baru plak terjadi, aku tak boleh bercakap banyak. Bile aku bercakap masa aku pening, rase macam ade benda menyucuk kat belakang kepala, besenye start terjadi lepas Asar. Bile da menyucuk tu aku tak boleh nak bercakap banyak sebab bile bercakap je badan jadi menggigil. Masa solat lagi dasyhat, start je takbiratul ihram aku da start menggigil sampaikan aku solat sambil tutup mata.


Dengan bantuan housemate, aku gi ke beberapa buah klinik dan kat sana aku buat pemeriksaan jantung dan pemerisaan darah. Doktor kate tujuannye untuk tengok samada aku ade penyakit yang boleh menjejaskan antibodi aku. Setelah 2 hari, keputusannya positif, Alhamdulillah aku disahkan tidak mengidap sebarang penyakit yang disyaki. Aku dibekalkan dengan 5 jenis ubat iaitu ubat pening, ubat saraf, ubat penahan sakit, ubat gastrik dan vitamin B kompleks. Walaubagaimanapun ianya masih tidak membuahkan hasil seperti yang diharapkan.


Setelah abis bercuti, aku nekad nak pegi keje jugak sebab da lame sangat aku cuti walopun sakit aku belum sembuh. Pagi tu majikan aku iaitu Haji H datang tengok aku kat ofis, mungkin kerana kesian die pun cakap aku tak payah keje lagi, die bawak aku pergi klinik pakar serta merta. Adus, terharu aku. Lepas jalani rawatan aku tak sembuh-sembuh jugak, Haji H nasihatkan aku balik. Petang tu aku dapat kol dari Haji H, die kate die nak try bawak aku gi kat pusat perubatan Islam kat satu tempat yang aku rahsiakan.


Malam tu lebih kurang pukul 9.30 malam kami bertolak kesana. Dalam perjalanan tu aku asik tunduk je, tak boleh nak pandang jalan. Soalan yang dikemukakan Haji H pun aku jawab acuh tak acuh sebab aku menggigil bile bercakap banyak. Sampai kat sane, ramai pesakit yang menunggu. Tempat tu dibahagikan kepada dua, satu ruangan menunggu dan satu ruangan rawatan. Sepanjang menunggu tu tetibe aku jadi macam kejap pening, kejap macam sihat skit, pastu pening lagi. Aku rase macam nak bagitau Haji H supaya batalkan je rawatan ni sebab aku da sihat skit, tapi tak terkeluar plak dari mulut. Giliran aku sampai kira-kira jam 3 pagi. Bayangkanlah betapa lama kitorang tunggu untuk dapatkan rawatan, sangat ramai orang yang perlukan rawatan.


Aku ditemani oleh Haji H masuk kat ruangan rawatan. Tetibe aku rase pening yang teramat sangat. Ade seorang ustaz datang dan letak tangan atas kepala aku lebih kurang seminit. Ustaz tu kate aku kene sihir, ade orang buat kat aku. Pastu ade 3 orang pembantu ustaz datang, masing-masing seorang duduk kat kiri dan kanan aku, manakala sorang lagi duduk betul-betul depan aku. Aku diingatkan supaya sentiasa membaca ayat Kursi sampai habis rawatan, kuatkan semangat dan jangan takut kat benda tu. Kendian mereka bertiga membaca ayat suci al-Quran sambil dua orang di kiri dan kanan aku tu seolah-olah mengangkat sesuatu masuk kedalam orang kat depan aku. Masa tu aku da langsung takleh nak buka mata, tetiba aku dengar ade suara garau bercakap.


Rupenye selama ni ade seekor jin kafir duk bertenggek kat kepala aku. Jin ni sangat degil, ustaz berdakwah kat die suruh masuk Islam pun die taknak. Soalan-soalan yang ustaz tanye pun die tak jawab. Ape yang pasti die mengaku memang da lame duduk dalam badan aku. Kendian ustaz tanye, ape tujuan die masuk kat dalam tubuh aku? Dengan izin Allah, tetibe aku macam boleh buke mata skit. Masa tu aku nampak die angkat tangan kiri dan halakan dekat ngan muka aku sambil berkata “Aku nak die buta !!!


MasyaAllah, dosa apekah yang aku lakukan selama ni sampai ade orang sanggup nak aku jadi buta? Termenung aku sekejap. Rawatan diteruskan, aku jadi makin pening bile ustaz paksa die keluar bersama benda-benda kotor yang die tanam dalam badan aku. Malangnye jin tu degil, langsung taknak mengalah. Masa tu aku tak tau ape yang berlaku tapi menurut Haji H, ustaz telah bunuh jin tu sebab die taknak keluar. Badan aku menggigil dan ubun-ubunku rase macam ditarik. Selesai rawatan, lebih kurang 10 minit lepas tu aku jadi makin pulih dan dengan izin Allah, aku sihat walafiat dan tak pening langsung. Alhamdulillah. Menurut ustaz, aku mungkin akan pening lagi skit-skit lepas ni sebab walopun jin dah takde, benda-benda kotor tu die masih tinggalkan dalam badan aku. So pasni aku kene teruskan rawatan untuk beberapa kali lagi, insyaAllah.


Sewaktu nukilan ni ditulis, alhamdulillah aku da semakin sihat. Cume baru-baru ni je aku ade kene tindih sekejap, tapi tindih bese-bese je. Pening dan gatal-gatal mata tu masih ade skit-skit cume ianya tak sampai mengganggu kehidupan harianku. Malam tadi seperti bese, aku masih terjaga lebih kurang pukul 2.45 pagi. Lepas tido balik, aku ade mimpi beratus-ratus ular pelbagai warna dan saiz duk menjalar di sekeliling tapi langsung tak mengancam aku. Aku terjaga kira-kira 20 minit sebelum azan Subuh berkumandang dan aku lega kerana walaupun ade mimpi buruk skit, tapi aku da tak mengigau lagi. Ya Allah, aku bersyukur diatas nikmat kesihatan yang Engkau kurniakan. Semoga dengan ujian yang Engkau berikan ini dapat mengingsafkan aku dan menjadikan aku insan yang lebih bersyukur dan taat kepada perintah-Mu. Amin..


Di kesempatan ni ingin aku nasihatkan kepada korang sekalian dan peringatan kepada aku jugak supaya menjaga adab-adab dalam bergaul, menjaga adab masuk dan keluar rumah, menjaga adab keluar masuk tandas dan menjaga adab tido. Kadang-kadang kite tak sedar yang benda yang kite buat tu boleh mendatangkan mudarat. Semoga kisah aku ni menjadi iktibar buat semua yang membaca. Andai kata benar aku disihir, aku dengan hati yang terbuka sudi memaafkan segala kesalahannya terhadapku. Jika aku ade membuat sesiapa tersinggung, aku memohon ampun diatas segala kekhilafanku selama ini.


Sekian, wassalam.


by, Medulla Oblongata

____________________________________________________________

Hope sape yangt membaca artikel ini dari awal hinggah akhir dapat sedikit sebanyak yang boleh dijadikan pedoman dalam hidup kita ni kan....

Sekian..



IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Sunday, May 29, 2011

SENANG GILER CHELSEALONA TITIK MAN UTD

Assalamualaikum....

CHAMPION LEAGUE... ini adalah perlawanan terakhir untuk season kali ini... menyaksikan pasukan terhandal diabad ini iaitu CHELSEALONA menentang pasukan cap ayam iaitu Man Utd...


Memang dari awal2 lagi aku memang dah jangka la CHELSEALONA ni cnfirm dapat "makan" nye la pasukan cikai ni... hahaha...3-1 die sumbat kan.. tu pon goal dari muka gangster ronney tu seakan2 nampak offside pada mulanye kan.. :)... xpe la.. bagi la sebiji sebagai saguhatikan... :)

Kita tunggu je la lepas ni kan... memang banyak la luahan ketidakpuas hatian dari kalan fan2 man utd.. anti ada la cakap refree berat sebelah lah... player CHELSEALONA kuat berlakon la... sepatutnye man utd dapat penalti la... macam2 la.. biasa la.. dah kalah macam2 lak peel nye kan.. hahaha

Apa-apa match malam tadi memang hebat la.. jaringan yang paling aku suka ialah jaringan dari david villa.. memang smart ar... jaringan cam tu la yang selalu aku wat kalau men bola ngan member2... :).. meh kita layan jaringan dari david villa tu k..


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Saturday, May 28, 2011

GENAP 3 BULAN AKU TAK DAPAT GAJI

Assalamualaikum...

GAJI... kebiasaanye 28 ari bulan adalah adalah hari sume orang bersuka ria kerana dapat hasil setelah bekerja sebulan kan.. tapi aku?.. ari ini adalah genap 3 bulan aku xdapat gaji dari ofice aku...

selama ni pon duit belanja aku pon bergantung dari duit gaji partime aku sebagai cashier yang bper sen tu je n bergantung juga duit simpanan aku selama ini...


Entah lah...

Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

KENAPA BASIKAL LELAKI ADA PALANG DI TENGAH

Assalamualaikum...

BASIKAL... ko orang perasan x, semua basikal lelaki mesti ada palang kat kat tengah2 tu.. kadang2 tinggi lak tu... tapi yang wat aku pelik basikal pompuan ade gak palang.. tapi palang tu menyerong ke bawah kan dan rendah jerk.. nape ek...

Kalau pasal basikal pompuan tu mungkin leh consider lagi kan... ialah orang pompuan mane leh la kangkang besar2 mase nak naik basikal tu.. anti masuk angin lak.. hehehe ... lagi satu pompuan kan kebiasaanye pakai kain... so kalao ada palang tinggi kat tengah tu cm ne nk nek basikal kn..


Ok.. kita cakap pasal basikal lelaki ni... apakah tujuan die wat palang tu ek.. apa motif nya basikal lelaki dibuat am tu... kadang2 perkara ini akan menmbulkan bahaya jugakkan kan... cube ko orang bayang kan kalau penunggal basikal itu exident.. peratus untuk terhentak kat palang tu cukup tinggi... senakkkk beb!!!!!!!!!

Adakah jika sesuatu basikal itu mempunyai palang yang tinggi maka basikal itu nampak lebih gagah dan maskulin.. hehehe.. entahlah kan.. sape yang mencipta kejeruteraan ni pon aku xtau la... tapi setiap perkara yang dibuat mesti ada sebabnye kan... kita sebagai pengguna perlulah menjaga hak kita... (xde kena mengena lak.. hehe)

Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

TONTON VIDEO MAHARAJA LAWAK MINGGU KE 9 - R2, BALAS, SEPAH, NABIL, JOZAN DAN JAMBU

Assalamualaikum...

MAHARAJA LAWAK... inilah antara rancangan yang paling ramai ditonton oleh penduduk Malaysia... semua pasti tergelak dengan gelagat peserta-peserta... :)... senarai peserta-peserata bagi minggu ini iaitu JOZAN, NABIL, SEPAH, JAMBU, BALAS dan R2..


Marilah sama-sama kita menonton gelagat mereka yerk :)

1 : KUMPULAN R2




2 : KUMPULAN BALAS




3: KUMPULAN SEPAH




4: NABIL




5 : JOZAN



6 : JAMBU



Sape yang umah die xde astro, ape lagi.. meh la ramai kita menghiburkan diri kita dengan persembahan dieorang yerk :)

Sekian..


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Friday, May 27, 2011

PEREMPUAN - AKAN CARI KAWAN BILA NAK MAKAN, TAPI JARANG BELANJA KAWAN MAKAN

Assalamualaikum...

MAKAN... panjang tak tajuk entry aku... aku ni memang suka wat tajuk entry panjang2.. so ko orang jangan mare k...

Ari ni aku nak bincang siket pasal satu perihal orang perempuan ni.. bila time nak makan jerk mesti nak ajak sape2 teman kan.. xkira la awek ke, student ke, isteri orang ke or sape2 la... maksud aku makan disini ialah makan kat kedai... bukan makan kat umah depan tv k :)

dah lama xmakan sushi.... tibe2 mengidam lak :)

Dan menjadi persoalannye, bile time nak ajak makan tu bukan main beriya2 kan.. tapi time nak bayar tu orang pompuan memang susah untuk belanje member2 ek.. kalau kuar ngan member pompuan gak, sape makan, bayar la sendiri.. kalau kuar ngan member laki lak, cuber cucuk jarum siket mane la tau orang lelaki tu nak belanje kan... nak try ego lelaki la tu :) hahaha

cam orang lelaki ni xkesah sangat pasal makan ni.. makan sorang pon leh jalan gak kan.. janji perot kenyang.. xde teman pon xkesah.. kalau makan ngan member2 pon xralat untuk belanje member2 .. walaupun dengan belanje segelas air teh tarik jer.. :) ini bermakna orang lelaki ni bukan jenis yang berkira sangat :)

mungkin setiap perbuatan tu ade sebab nye kan.. orang pompuan kan xleh keluar bersendirian.. bahaya... :).. pasal belanja lak, mungkin orang pompuan lebih banyk tanggungan.. so, kena berjimat2 lah yerk :)

Sekian..


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Thursday, May 26, 2011

REVIEW : HUSNALALINK.BLOGSPOT.COM

Assalamualaikum...

REVIEW.... Ari ni aku nak review seorang blogger ni.. blog beliau diberi nama LIFE IS A WORD... beliau ni boleh dikatakan selalu juga la jengok2 n tinggalkan komen kat blog aku ni... bagi aku, beliau ne seorang yang periang dan selalu komen2 nya cukup bernas dan bukannye komen kosong :)

http://husnalalink.blogspot.com/


beliau ni adalah antara peminat fanatik sebuah pasukan cikai2 di EPL iaitu Manchester United.... Sebab itu beliau agak berlagak ngan aku sebab team cikai die dapat mengalah team feveret aku iaitu CHELSEA... :)

Untuk blog die lak, ape yang aku nampak blog beliau same cam blog aku gak... lom ade identiti sendiri... hehe.. hentam je apa yang terlintas dalam otak... walaubagaimanapun, setiap entry2 beliau bagi aku cukup menarik lah... Cume aku nak nasihat kan supaya buang la badge MU kat tepi tu.. wat buruk blog jerk :)

So, ape lagi kawan2.. mai la kita ramai2 terjah blog beliau k sebab xrugi untuk kita wat beliau sebagai kawan.. rase aku beliau ni dah berumur kut.. so kita leh pangil beliau kakak or makcik ke :)

Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

WANITA TIDAK BERTUDUNG SOLAT VS WANITA BERTUDUNG TIDAK SOLAT

Assalamualaikum...

TUDUNG... sebenarnye aku xsuka bangkit isu tudung dan tidak bertudung ni... sebab aku perhatikan ramai giler terutamanya blogger lelaki ni suka bangkit isu pasal pemakaian tudung bagi seseorang wanita...

Tapi ntah lah, ni sume hak peribadi masing-masing kan.. tapi aku tergerak untuk membuat entry ini adalah disebab satu komen pada entry aku yang sebelum ni "SOLAT TAK PERNAH TINGGAL, TAPI NENGOK VIDEO LUCAH GAK"..

sumber dari pakcik google :)

Komen / Pertanyaan tersebut dibuat oleh seorang wanita... yang menggunakan nickname PIQAH BAGUS... aku rasa beliau mungkin risau dengan gejala yang melanda wanita zaman sekarang ni kan... komen beliau berbunyi :-

"antara prempuan yg solat tapi tak pakai tudung dgn prempuan yg pakai tudung tapi tak solat, which 1 is better..."

Susah gak nak jawab pasal benda ni kan.. ini kerana sumenya adalah kerja tuhan...kepada yang arif pasal benda ni boleh lah berkongsi ilmu tentang gejala ini yerk...

Sekian..


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

SOLAT TAK PERNAH TINGGAL, TAPI NENGOK VIDEO LUCAH GAK

Assalamualaikum...

SOLAT... solat atau sembahyang lima waktu adalah amalan wajib yang perlu diamalkan oleh umat islam.. solat lima waktu adalah rukun islam yang kedua yang mula diamanahkan oleh ALLAH semasa peristiwa Isra' Dan Mik'raj.


VIDEO LUCAH... tapi ko orang pernah tak jumpa member2 ko orang yang sembahyang xpernah tinggal tapi selalu gak nengok video lucah?... aku pernah... kalau die dah selalu nengok video luah, so, cam ne amalan die selama ini yerk.. adakah segala amal jariah die tidak memberi kesan rohani pada diri dia.

Pernah gak aku terdengar ada umat manusia ni cakap, jika kita wat sesuatu kesalahan atau dosa, dengan solat or amal jariah lain kita dapat mengimbanginye balik.. so balance lah... rasanye macam menghinanye je kan bunyi nye.. xtau la itu menghina agama or menghina diri sendiri kan..

aku bukan la nak membuka aib orang tapi aku terpikir, apakah sebenarnye sifat die ye.. Benda-benda cam ni kita jangan terlampau taksub untuk mengkaji nye ye... dosa pahala adalah kuasa ALLAH.. DIE yang berhak untuk menentukan amalan kita didunia ni..

K la.. anti bila aku cakap lebih-lebih orang kata aku ni cam good2 lak.. diri sendiri pon lom lurus lagi nak luruskan kan orang kan.. tapi kita sebagai umat islam, kalau boleh sentiasa lah ingat mengingati antara satu sama lain kan...

Sekian...

p/s : Jangan melihat orang yang bercakap, lihatlah apa yang dicakapkan...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Wednesday, May 25, 2011

OKAY TAK PICTURE PROFILE AKU YANG BARU NI?

Assalamualaikum...

PICTURE PROFILE.... Ko orang perasan tak picture profile aku ni dah berubah... xkire la picture profile blog or facebook kan.. hehe..

Jika sebelom ne picture aku yang bajet hensem dengan memakai baju kemeja dan bergambar di dalam ofice.. tapi sekarang ni hanya picture hitam putih sahaja.. hehe..


Sebenarnye gambar ni dah lama aku letak dalam facebook aku.... daripada komen2 yang aku dapat dari member2 facebook aku ialah:-

*lawa
*kretif
*cam hareemmmm
*kagum
*muka cam mintak penumbuk

Haha.. macam2 kan.. terpulang la kepada masing untuk menilai seni penggambaran dan edit mengedit ni kan... sape2 yang berminat nak picture cam ni gak leh g ke website ini... http://www.yearbookyourself.com/

Sekian...

p/s : entry santai



IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

ORANG PEREMPUAN SUKA SALIN RESEPI, TAPI MASAK TAK IKUT RESEPI

Assalamualaikum..

RESEPI... orang perempuan dan masakan memang cukup rapat... memang tidak dinafikan.. ini adalah lumrah kehidupan...

Cube kita perhatikan bila ada rancangan memasak kat tv, orang pompuan bukan men khusyuk menyalin cara2 penyediaannye.. lom lagi ditambah dengan resepi-resepi yang diambl dari internet.. kalau kita nengok koleksi resepi yang disimpannya boleh wat arkib negara la... beriban.. hehe :)


Tapi, betol ke semua resepi yang disalin itu akan dipraktik kan oleh kaum wanita?... dalam beriban tu baper resepi yang akan dicuba ye?? banyak kali aku terbaca artikel pasal "Salah satu kegemaran orang perempuan ialah salin resepi, fotostat resepi dan hafal resepi. Dan salah satu ketidakgemaran orang perempuan ialah masak ikut resepi!".... betol ke fakta ni????

Kalau fakta ni betol, wat pe orang perempuan bukan men suka salin resepi ek.. apakah tujuan tersebut? adakah ini adalah bekalan untuk menjadi rujukan bagi anak2 bila dah besar nanti... hehehe...

Orang perempuan mesti ada jawapan nye tersendiri kan apa sebab dieorang berperangai cam ni... haha.. yang penting orang perempuan ni kena pandai memasak.. lagi2 kalau dapat anak lelaki or suami yang kuat makan cam aku ni... :)

Sekian..



IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

SEMAKAN KEPUTUSAN UNTUK PERMOHONAN PERTUKARAN GURU JUN 2011 / EG TUKAR 2011

Assalamualaikum...

GURU... Mulai hari ni. 25 Mei 2011, Semakan bagi Keputusan Pertukaran Guru bagi sesi Jun 2011 ataupun EG Tukar bagi tahun 2011 telah pun dibuka.

Kepada guru-guru yang telah membuat permohonan pertukaran tempat mengajar bolehlah menyemak keputusan anda di laman web seperti di paparkan.


PORTAL RASMI SEMAKAN : http://apps.moe.gov.my/epgo/


Kepada yang telah berjaya diucapkan tahniah dan kepada yang tidak berjaya boleh lah mencubanya pada lain masa ya.. :)

Sekian...

IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

UPDATE ENTRY TENGAH MALAM NI RUGI JE???

Assalamualaikum...

UPDATE ENTRY... betol ke kalau update entry tengah malam ni rugi jerk... maksud aku rugi kat sini ialah, rugi trafik, rugi readers, rugi komen dan macam2 lagi la... hehe.. ade member aku cakap wat pe update entry tngah2 malam... sape nak jengok blog ko.. haha


Aku pernah terbaca entry dari en. ben ashaari yang mengatakan update entry tengah malam ni adalah sebagai bekalan untuk sampai keeseokan harinye.. maknanye kita xrugi lah kan...memang tidak dinafikan susah nak dapat traffik yang cam waktu siang kn..

Lainlah kalau ko orang wat entry SEO kan... memang lah ade advantage siket untuk mase akan datang nye :) lagi2 tentang isu semasa....

So, terpulang lah pada masing2 kan.. ape yang aku nampak, ramai jugak yang online waktu malam hingga ke pagi.. kalau dah waktu malam je idea tu datang, update je la kan.. wat pe nak tangguh2 lagi :) Lagi satu ni blog kita... suka ati kita la bile kita nak update... hahaha

Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Tuesday, May 24, 2011

FOLLOWERS AKU YANG KE 999 DAN 1000

Assalamualaikum....

FOLLOWERS.. alhamdulillah selepas aku berkecimpung dalam dunia blog selama 4 bulan lebih ni akhirnya bilangan followers aku dah mencecah 1000 kn... xsangka lak... terasa bangga menyelubungi diri ini.. :)

Tapi aku tau, jumlah followers xmelambang kan kualiti sesuatu blog kan.. xsume followers kita akan "follow" betol2 blog kita... tapi bila bilangan tersbut bertambah, maka semangat kita untuk berblog pon bertmbah kan.. betol ke semakin bersemangat????.. hehehe

K la, aku nak memperkenal 2 insan yang telah menjadi follower aku yang ke 999 dan yang ke 1000 yerk :)


FOLLOWER AKU YANG KE 999


http://tieykahituaku.blogspot.com/

huhu.. sempoi je kan header die.. dan itu juga adalah nama blog ini... dan pemilik bagi blog ini adalah seorang gadis yang nampak cam lemah lembut yang bernama SITI ATIKAH MAT KASIM.. ape yang aku perasan blog ni ialah "title" yang diguna kan oleh beliau bagi setiap entry... cukup pendek n simple jerk... bukan cam "title" entry aku... hahaha.

Bagi aku blog ini cukup simple dengan menggunakan background putih suci dan tidak terlampau banyak widgetnye... tapi, aku ne jenis suke terjah entry2 yang mempunyai title yang menarik... apa2 pon setiap orang ada cara tersendiri kan :)


FOLLOWER AKU YANG KE 1000

http://misstunsalma.blogspot.com/

Cantik kan header beliau.. siap ade love2 lagi.. aku jangkakan blog ini menghasilkan entry2 yang berkaitan hati dan perasaan empunya nye kut... hehe :) Dari nama dan entry beliau, aku pasti beliau ini adalah seorang gadis muslimah yang cukup bersopan santun dan sesuia dijadikan sebagai pengaruh rakan sebaya kan.. Nama sebenar empunya blog ini adalah HODIJAHTUN SALMA AHMAD ALI... unik x name beliau....

Belaiu ni mungkin dulu bersekolah di sekolah agama n belajar bahasa arab.. sebab aku perhatikan entry beliau banyak yang berkaitan norma2 agama dan tentang penulisan bahasa arab... so sape yang berminat nak belajar tentang bahasa arab ni leh la usha2 line yerk :)

K la... sory ar.. aku ni jenis xreti sangat nak review blog2 orang.. yang aku tau puji melambong jerk... hehe.. kalau ko orang nak tau dengan lebih dekat ko orang terjah n follow je la blog dieorang k...

Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

CIRI-CIRI LELAKI YANG SEDANG MERAJUK

Assalamualaikum...

MERAJUK.... biasanye aktiviti ini dimonopoli oleh kaum hawa kan... walaupun ego seorang lelaki begitu tinggi, xsemestinye lelaki ni xboleh merajuk kn.. :)

Apakah yang lelaki akan buat biler merajuk... aku dapat informasi ini daripada seorang member facebook aku iaitu SELIPAR JEPON SURIA... meh kita baca apa yang telah die senaraikan tentang lelaki yang merajuk ni :)

_____________________________________________________


Diam Seribu Bahasa

Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan kita.

Buat Tak Tahu

Dia akan buat tak tahu dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.

Menolak Untuk Makan Bersama

Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti "awak makan la dulu, saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi" (walhal perut lapar... nak uji dorang, kita dok je sila depan dorang, sambil makan... )

Masam Muka

Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! (amik hanger, gantung kat muncung dia)

Baca Surat Khabar

Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.

Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam

Dia akan tengok TV tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di TV tapi hatinya ke lain. Kita kena peka beb!

Keluar Rumah Tanpa Beritahu

Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnya. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana confirm dia akan buat dek je!

Matikan Telefon Bimbit

Ha ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat... Alaa, bila dah rindu call jugak last-lastnyer!

Hisap rokok

Macam tak pernah dapat rokok setahun...

_____________________________________________________

Sekian...

IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Monday, May 23, 2011

EPL KAN DAH HABIS, WAT PE NAK CERITA LAGI

Assalamualaikum...

ENGLISH PREMIER LEAGUE.... setelah tamat 38 perlawanan, maka berakhir cabara EPL bagi season 2010/2011.. dengan CHELSEA menjadi naib juara liga dan Birmingham, Blackpool dan West Ham tersingkir dari EPl untuk season depan...


So bila dah habis, wat pe nak cerita lagi.. lain la kalo nak cerita pasal juara EPL season lepas punye kan... memang gempak la Champion season lepas nye... hehe.. season ni dah la bosan... Juara die pon team yang biasa2 je.. lagi la membosan kan... menang dengan bantuan nasib je.. :)

Ni x, lepak ngan member2 citer pasal EPL, g kerja cakap pasal EPL, nengok tv pasal EPL... bosan weiiii.... xde citer len ke.. citer la pasal Akademi fantasi ke, Mentor ke, pasal Blogger of the year ke... hehe...

K la, malas lak aku nak membebel panjang lagi... anti orang cakap ni entry sebab bengang n kecewa lak.. hope season depan suasana EPL akan lebih meriah dan gempak dengan menghasilkan juara yang lebih berkualiti seperti CHELSEA...

Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

MENJADI SUAMI DAYUS ATAU SUAMI PENYAYANG?

Assalamualaikum...

LELAKI... semenjak dua menjak ni, acap kali kita terbaca kat mana-mana media tentang kecurangan isteri terhadap suaminye kan.. kalau dulu, semuanya pasal suami ada perempuan lain, tapi sekarang ni dah terbalik lak...

Apa yang aku nak bincangkan kat sini ialah, kepada mana-mana suami yang mengalami situasi ini, apakah tindakan yang sewajarnye yang perlu dieorang laku kan... Memaafkan isteri? Menceraikan isteri? Mendera isteri? Memukul "pasangan" isteri? atau bermacam2 lagi...

Mungkin kepada lelaki yang mengalami situasi ini akan berasa serba salah.. ini melibatkan maruah diri dan juga perlu memikirkan masa depan diri sendiri serta pandangan dari masyarakat sekeliling kn...


Dari apa yang kerap kali diaparkan dimedia2 ialah suami akan menyerang "pasangan" yang menjalinkan hubungan sulit dengan isterinye kn... ada juga kes yang dua-dua dibunuh oleh si suami... adakah ini disebab kan dari tindakan dari luar kewarasan seseorang kerana mengalami tekanan ini..

Bagaimana pula jika si suami terbuka hati untuk memaafkan isterinye?...ini kerana dia masih sayang sangat-sangat lagi dengan isterinye..... apa pula pandangan dari masyarakat kan.. adakah si suami itu seorang yang dayus... Si suami tiada maruah diri?...

Susah jugak nak cakap pasal benda2 cm ni kan.. aku harap, tuhan jauhkan la aku dari mengalami dugaan yang begitu berat ni.. xkire la daripada mana punca nye.. sama ada isteri or suami sendiri...

Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

SEGMEN KREATIF BEN ASHAARI KEMBALI


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Sunday, May 22, 2011

SEMAKAN KEPUTUSAN KEMASUKAN KE POLITEKNIK 2011

Assalamualaikum....

POLITEKNIK.... adalah satu cabang IPT yang agak popular di Malaysia ini.. kepada sesiapa yang gagal untuk panggilan UPU atau pun MATRIK ari tu ari ni berpeluang untuk melihat keputusan masing sama ada diterima untuk melanjut kan pelajaran ke Politeknik..


Semakan boleh dibuat di Portal Rasmi Politeknik


TARIKH SEMAKAN : 22hb. Mei, 2011
MASA : 2 Petang
PORTAL RASMI POLITEKNIK : www.politenik.edu.my


Kepada yang berjaya di terima untuk melanjutkan pelajaran ke Politeknik tahniah diucapkan, dan kepada yang tidak berjaya, jangan lah kecewa, kerana mungkin rezeki ko orang bukan di sini kan... :)

Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Saturday, May 21, 2011

SALAM TAKZIAH UNTUK MANGSA-MANGSA DAN KELUARGA TANAH RUNTUH RUMAH ANAK YATIM HULU LANGAT

Assalamualaikum...

TAKZIAH... aku pun baru balek kerja ni.. sampai kat umah jerk aku nengok bapak aku ngah khusyuk depan tv.. ingat nengok citer ape la.. rupenye pasal berita tragedi tanah runtuh Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat Selangor...

Sedih rasenye kan bila nengok seorang demi seorang mayat mangsa tragedi itu dibawa keluar.. kita hanya merancang.. tuhan yang menentukan... diharapkan semua yang terlibat dapat bersabar dan tabah menghadapi dugaan ini :(


SUMBER BERITA HARIAN ONLINE

SUMBER BERITA HARIAN ONLINE

SUMBER BERITA HARIAN ONLINE

SUMBER BERITA HARIAN ONLINE

Ini adalah sebahagian gambar yang aku amik dari BERITA HARIAN ONLINE.... ada lagi gambar yang lebih menyayat hati... xsanggup aku nak papar kan disini...

Sebenarnye dah banyak kali tragedi seperti ini berlaku dinegara kita kan... bukan nak melawan takdir, tapi kita sebagai manusia sebenar nye boleh mentadbir bumi ini yang seperti diamanah kan tuhan dengan lebih baik dan lebih terancang.... Ini semua adalah akibat daripada kerakusan dan ketamakan manusia kn :(

Walauapa-apa pun, kita yang hidup ini , dapat lah ambil iktibar daripada kejadian ini. dan marilah kita bersama-sama sedekah kan AL-FATIHAH kepada mangsa2 yang terlibat kan.. :(

Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

BILE DAH MENANG MESTI CAKAP "SAYA TAK SANGKA BOLEH MENANG"

Assalamualaikum....

MENANG.... sekarang ni negara kita banyak dilambakkan dengan pelbagai program dan pertandingan seperti, Raja Kelakar, Macam2 akademi la, Pencarian Remaja Hot, Pencarian Model Hebat dan bermacam2 lagi la.. :)


Tapi cube ko orang perhatikan bila juara-juara in diumumkan, apekah ucapan feveret dieorang yerk.. hehe. Meh aku senarai kan siket la ape yang aku perasan ye :)

- "Saya xsangka lak saya leh menang pertandingan ni sebab saya suka-suka je masuk"

- "Sebenarnye mase audition dulu adik saya yang ajak teman, pada mulanye saya memang xterniat pon nak masuk program ni"

- "Saya xtarget langsung pon yang saya ni leh menang sebab peserta-peserta lain memang cukup hebat"

- "Saya rasa performance saya lom cukup mantap lagi tapi alhamdulillah kerana masih ramai lagi menyokong saya"

- "Bukan saya seorang sahaja yang juara, sebenarnye semua rakan-rakan seperjuangan saya adalah juara"

Hehe.. ini bermakna dieorang ni cukup hebat.. walaupon dieorang ni "xwat betol2" mase pertandingan pon dah menang, cuba lak kalau dieorang wat dengan lebih "serius" dan "ikhlas", cnfirm lagi gempak kan.. :)

Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

MAHARAJA LAWAK MINGGU 8 - JOZAN TERBAIK

Assalamualaikum...

JOZAN MAHARAJA LAWAK... aku memang peminat dua orang makhluk ni... tapi aku rase minggu ni dieorang ni kureng siket la.. xtau la nape kan.. may be dieorang xde idea kut.. :)

Pape pon kite layan je la yerk :)





Jozan terbaik!!!

Sekian....


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Friday, May 20, 2011

HELMI EFFENDY - BAKAL PENULIS NOVEL TERKENAL MALAYSIA

Assalamualaikum...

PENULIS NOVEL... aku ni xreti sangat review2 blog orang ni.. tapi ari ne tergerak hati aku untuk mereview seorang blogger yang merangkap seorang yang bakal menjadi penulis novel terkenal suatu hari nanti..

HELMI EFFENDY

Aku kenal beliau pon daripada satu group blogger di facebook.. pada pendapat aku beliau memang mempunyai potensi untuk menjadi seorang penulis novel yang terkenal suatu hari nanti.. aku juga difahamkan beliau telah menghantar karya2 Beliau ke syarikat penerbitan yang terkenal iaitu ALAF 21.. jika ada rezeki karya2 beliau akan dibukukan dan akan dipasarkan..

Sebenarnye beliau telah banyak menghasilkan cerita. Tapi, disini aku nak memperkenal antara karya2 yang beliau telah hasilkan.. kepada peminta novel online marilah sama2 kita terjah karya2 beliau ye :)

KARYA PERTAMA : R.A.I.N.B.O.W

R.A.I.N.B.O.W


KARYA KEDUA :TERATAK ADVENCER - THE LOST WORLD

TERATAK ADVENCER - THE LOST WORLD

Buat pengetahuan ko orang juga, dalam cerita TERATAK ADVENER - THE LOST WORLD ni, nama aku telah dimasukkan untuk watak dalam cerita ini... walaupun aku hanya sebagai watak sampingan, tapi aku cukup terharu dan amat berterima kasih kepada penulis ini. Cume aku nak nasihatkan kepada penulis tu agar "memelayukan" kan la setiap tajuk karya-karya nye ye :)

Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

MINUM AIR CAMPUR NGAN AIR LIUR

Assalamualaikum...

AIR LIUR... adakah itu satu daripada cara untuk menyihatkan tubuh badan.. perghhh.. xsanggup aku... sebenarnye ini adalah satu kes penganiayaan yang pernah aku ternampak.. :)

Ko orang pernah dok asrama pada zaman sekolah dulu?... pernah jadi senior?..... pernah jadi junior?..... sape pernah mengalaminye mesti mengetahui tentang aktiviti raging meraging ni kan.. kalau xde raging xbest la dunia asrama ni kan :)

Mesti ko orang terpikir pasal senior raging junior supaya minum air campur air liurkan... ni bukan pasal tu derrr.... ini adalah raging secara halus yang dilakukan oleh junior terhadap senior.. :) Kepada yang xtau meh aku bg tau k :)


Senior xpayah lah nak tunjuk ko orang ni brader2 nak suruh budak junior g amek air or makanan kat dewan makan sekolah yerk.. memang kadang2 budak2 ni ikot arahan ko orang.. tapi ko orang tau ke ape yang dieorang wat kat air or makanan ko orang tu.... ko orang sedap je santal santapan yang dieorang bawak tu..

Dulu kat sekolah aku, member aku pernah ludah dalam air minuman yang senior suruh amek sebab geram punye pasal... adakah member aku ni jahat?... so senior xjahat la mengarah sini mengarah sana :) ... belom lagi pasal makanan yang yang dicampur "lauk pauk" tu kan.. lu pikir la sendiri der.....

Kepada budak2 yang baru nak merasa jadi senior pikir2 la yer... nak raging pon biar la raging cara yang budak2 junior ne xleh kena kn kita blek... contohnye, suruh dieorang nyanyi lagu negaraku kat tengah padang ke, jalan itik ke, pumping sebelah tangan ke dan sebaginye yerk :)

Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Thursday, May 19, 2011

DUNIA BLOG MEMBUATKAN SOSIAL BERSAMA RAKAN TERBATAS???

Assalamualaikum...

SOSIAL... betol ke bile kita dah aktif dengan dunia blog, sosial kita bersama rakan2 terutamanya dengan rakan-rakan yang tiada blog akan terbatas???

Bagi aku gejala ini xkan berlaku.. sebab bagi jadual harian aku pon, aku berblog ni biasanye pada waktu aku bekerja.. ini bermakna aku akan curi tulang untuk berblog :) dan akan aktif brblog balik pada waktu malam sebelom tido :)

gambar hiasan dari uncle google :)

Ini juga disebabkan jadual harian aku yang ketat yang itu pagi kerja ofice, dan malam partime di Giant Hypermarket...

SO, kalau dah cm ni, bile lak waktu aku bersosial bersama rakan2????... biasanya dalam seminggu tu adalah 2 3 kali aku bersosial... bile hujung minggu lepak ngan member2 kat kedai mamak ke kn sambil mengumpat.. n ari selasa or rabu g beriadah men badminton or futsal... sume nye dilakukan pada tengah malam... xpon beriadah dalam bilik sendiri je kn :)

Tercetus nye idea untuk aku wat entry ne adalah kerana aku telah "ditembak" oleh salah sorang ahli KAMIHIDUP.BLOGSPOT yang mengatakan aku kurang bersosial semenjak aku join dunia blog ni.... hahaha.. sebenarnye aku segan nak lepak2 ngan KAMIHIDUP sebab dieorang ni xlama lagi bakal mengalahkan OH! MEDIA.. :) harap KAMIHIDUP faham yerk :)

Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

AL-FATIHAH BUAT ABDUL HAKIM BIN MOHD KAMAL @ TELORDIBASUH

Assalamualaikum...

AL-FATIHAH.... setiap yang hidup akan kembali kepada NYA.. baru sebentar tadi dunia blogger underground Malaysia dikejutkan dengan pemergian seorang blogger hebat TELORDIBASUH telah kembali ke rahmatullah..

Walaupun aku jarang melawat blog beliau, tapi aku tetap terasa kehilangan beliau kerana kita semua duduk dalam satu komuniti.. kita yang hidup ni sama2 lah sedekah kan al-fatihah kepada arwah yerk..


Yang pergi tetap pergi.. kita yang masih hidup ini harap dapat sentiasa dapat beringat bahawa ajal maut tidak mengenal usia.. bila-bila masa sahaja tuhan akan menarik nyawa kita kan :(

Sekian...

sumber : BEN ASHAARI dan ISTERI ENCEK BARD


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

AWEK SALAM, CIUM TANGAN PAKWE

Asslamaualaikum..

SALAM.. memang dah menjadi adat budaya masyarakat malaysia terutamanya masyarakat melayu yang akan salam sambil cium tangan kan.. lagi2 terhadap orang yang lebih tua dari kita..

Tapi apa yang nak dibincangkan di sini ialah pasal awek yang salam cium tangan pakwe nye terutamanye semasa hendak berpisah seleps berjumpa or dating kan... wah.... bagusnye... sebelum kawen lagi dah di didik untuk menjadi isteri2 yang soleha kan...


Adakah perkara ini sangat normal bagi zaman sekarang ni... tapi mengikut hukum, keluar berdua-duaan antara lelaki dan wanita pon dah salah ape tah lagi jika bersentuh kulit yang bukan muhrim kan.. (cam good2 lak aku ni yerk... hehe)

Adakah ini menunjukkan keayuan dan kesopanan serta ketatasusilaan seorang wanita melayu. ? adakah kasih sayang akan lebih menonjol jika dilakukan sebegini? Adakah ini menjukkan tanda hormat awek terhadap pakwenye?

Tapi kalau dah terbiasa dengan cara ni iaitu salam cium tangan, hope anti bile dah kawen anti, dapat kekalkan la momentom ni yerk.. nak keluar umah mintak izin suami dulu n akan salam cium tangan... nak comolot pon leh... dah halal kan :)

K la.. aku ni jenis xreti nak huraikan sangat perkara-perkara ni.. setatkat beri tajuk untuk dibincangkan leh lah.,. so, tugas ko orang hanyalah kritik n lontarkan pandangan masing2 yerk.. :)

Sekian...

p/s : jangan menilai orang yang menasihat, menilai apa yang dinasihatkan :)


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Wednesday, May 18, 2011

SEGMEN KHAS AR-RIFKE | JOM REVIEW BLOG BERSAMA ARIED!

Assalamualaikum



Jom review blog bersama aried dengan hanya copy paste sahaja ayat ini! Sama-sama kita lihat siapa yang bertuah dan mereka yang dipilih akan direview habis-habisan! Cepat sebelum terlambat! Copy ayat pendek ini dan paste segera di blog anda! Pastikan anda tidak termasuk dalam 20 top blogger melayu ini agar peluang berharga ini dapat dirasai oleh blogger-blogger lain juga. icon razz Segmen Khas ar rifke | Jom Review Blog Bersama Aried!

Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

LELAKI PAKAI KETAT-KETAT BUKAN GAY LA, TAPI SEKSI

Assalamualaikum...

SEKSI.... entry sebelum ni LELAKI PAKAI BAJU KETAT NI GAY??? ... hehe.. ramai gak yang menyangkalnye.. bukan aku yang cakap lelaki suka pakai bj ketat2 ni gay... tapi ramai yang cakap cm tu.. tu yang aku minta pendapat ko orang ... :)

Kebanyakannye mengatakan lelaki yang pakai baju ketat2 ni nampak lebih seksi... tang mana yang seksinye yer... nak kata nampak bentuk "barang" xde la kn... leper jer... nasi lemak 0.5 sen.. eh ape aku merepek ni... etika berblog kena jaga kn.. sory2 yerk .....

sumber gambar dari pakcik google yang x gay tapi seksi :)

aku lelaki normal.. so mane la aku tau keseksian seorang lelaki cm ne kan dari pandangan wanita... hehehe.. so kiranye yang suka pakai baju ketat2 ni bukan gay la yerk.. ni sume gara-gara persatuan gay2 sedunianye la wujudnye persepsi cm ni... antara trademark dieorang pakai baju ketat... :)

Tapi bagi aku, lelaki yang mempunyai bentuk badan yang menarik sesuai kut pakai baju ketat2 ni, tapi kalau yang obesiti sebab makan banyak nasi lemak mase kat sekolah dulu perlu pikir dua kali nak berfesyen fit ni. lebih sesuai berfesyen hopperz kut :).. sebab tu aku selalu pikir dua kali... hahaha.....

btw.... kita sebagai umat islam dilarang untuk bermegah2 dengan kelebihan masing dan batas2 aurat kita juga perlu dijagakan... Sesungguhnye daripada DIA kita datang, dan kepada DIA jugalah kita kembali...

Sekian...

p/s : jangan menilai orang yang menasihat, menilai apa yang dinasihatkan :)



IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

LELAKI PAKAI BAJU KETAT-KETAT NI GAY???

Assalamualaikum...

GAY... Gay adalah istilah untuk laki-laki yang mengarahkan orientasi seksualnya kepada sesama laki-laki atau disebut juga laki-laki yang mencintai laki-laki baik secara fisik, seksual, emosional ataupun secara spiritual. Mereka juga rata-rata agak memedulikan penampilan, dan sangat memperhatikan apa-apa saja yang terjadi pada pasangannya. Biasanya mereka melakukan hubungan sesama jenis melalui oral seks atau anal seks. Hubungan melalui anal seks disebut juga sodomi. (RUJUK WIKIPEDIA)

sumber dari cik google yang gay :)

Ape yang aku nak bincang kat sini ialah, betul ke kalau lelaki yang pakai baju ketat ni melambang die ni gay.. hehehe.. jeng jeng jeng.... aku dah banyak kali dengar tentang persepsi ni.. :)

Kalau kita g mane2 sekarang memang ramai lelaki yang suka pakai baju ketat2 ni kan... xkire badan tuff ke.... badan sekeping ke... perot maju ke depan ke... bontot maju ke belakang ke... haha.. sume nye xterlepas la nak pakai ketat2 ni... ada yang cakap, ketat2 baru nampak seksi... haha

Memang kadang2 kita nengok ada segelintir bile pakai ketat2 ni nampak cool jerk, tapi ada gak yang segelintirnye len macam jerk kita nengok kan.. cam mintak kaki... hehe... aku pon xtau cm ne nak describe benda ni... :)

Macam aku ni, walaupun badan aku memang tuff, aku malas nak pakai baju ketat2 ni.. takut anti menggangu emosi orang yang melihat aku... hahaha (poyo x ayat aku tu)

K la.. kepada lelaki sila lah ketengahkan pendapat masing2 k dan kepada pompuan yang melihat ni pon silalah lah beri kritikan anda yerk :)

Sekian...

p/s : kalau pompuan pakai ketat2 ni maknanye dieorang ni lesbian la yer :)




IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Tuesday, May 17, 2011

SAPE CAKAP SEMUA PEREMPUAN NI WANGI

Assalamualaikum..

WANGI... hehe.. sebelom ni kan aku wat entry pasal BAU BADAN PEREMPUAN SENTIASA WANGI... rupenye aku silap.. banyak gak yang menyangkal mengatakan xsume perempuan ni wangi... malahan ada yang lebih berbau lagi dari lelaki.. mengikut teori pon memang menngatakan peluh perempuan lebih berbau dari peluh lelaki... :)

Ni entry bukan entry nak menghentam orang perempuan k....hahaha... ni cume untuk perbincangan dan untuk sape2 melontarkan pendapat jerk..


Ada yang mengatakan tahap bau yang kurang menyenang kan bagi perempuan selalunye semasa di dalam bas.. haha.. lagi2 budak sekolah yang dah sehari suntuk menuntut ilmu dan waktu balik terpaksa berasak2 dalam bas.. cnfirm ketiak berlendihnye kn... :) (budak2 sekolah sila jawab)

Ada gak yang cakap, peluh perempuan ne memang tengit siket baunye.. yang menyebab kan wangian tu tu terserlah sebab orang pompuan ni dalam sehari berpuluh2 kali la sembur perfume.. kalo sekali sembur, mak oi.. xingat dunia :) (orang pompuan giler perfume sila jawab)

Ada jugak yang mengatakan segelintir orang perempuan xsuka pakai perfume ni.. pening kepale katanye.... tapi nape still bau wangi yerk.. maybe bau shampoo yang setengah botol die habiskn tu kut.. hehe (orang perempuan xsuka perfume sila jawab)

Terpulang la kepada masing2 ngan teori sendiri yerk... tapi aku selalu terdengar orang cakap lelaki yang badan basah berpeluh tu seksi... hehe.. ade kena mengena ke ngan tajuk entry ni (lelaki sejati sila jawab)...

Sekian...


p/s : cube ko orang search kat google "peluh lelaki".. apa yang terpapar sume nye positif :)

IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

BAU BADAN PEREMPUAN SENTIASA WANGI

Assalamualaikum...

WANGI.... ini bukan bermaksud aku g kat mane2 pompuan n tibe2 cium dieorang yerk.. giler ke... ko nak mampos... hehehe

Maksud aku kat sini, nape perempuan dapat mengekalkan momentom kewangian mereka dalam satu hari tu... adakah dieorang beli perfume yang mahal2... tapi ada gak yang beli perfume cap ayam tapi leh stay tune kewangian dieorang seharian suntuk kan...

gambar hiasan sumbangan cik google :)

Lagi satu, mase ko orang nek moto, tibe2 satu awek cun potong ko orang... pergh, bukan men wangi... tapi yang pelik nye, lepas die dah tinggal kan ko orang lima tiang pon kesan tinggalan wangian dieorang masih ade kan.. pelik tol..

Cam ne cara orang perempuan ni pakai perfume ek.. site2 mane yerk perlu ditepekkan perfume tersebut.. adakah perlu tepek disetiap celah dalam tubuh badan kita untuk mengekalkan momentum wangian pada tubuh badan ni...

tapi xsume keadaan perempuan ni sentiasa wangi kan.. xkn lepas dieorang berendam dalam lumpur or ketiak dieorang ngah basah lepas men bola jaring pon ko orang nak cakap wangi lagi kn... pembohong giler :)

perempuan, sila lontarkan pendapat dan cadangan anda di kotak komen yerk...

Sekian..


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

Monday, May 16, 2011

SEGAN NAK BAGI CIKGU HADIAH

Assalamualaikum...

SELAMAT HARI CIKGU... aku nak ucapkan hari yang bertuah ni kepada semua cikgu2 di seluruh malaysia, terutamanye kepada cikgu2 yang pernah mengajar aku dan yang paling utama kepada emak ku.. PUAN ROSAYA BINTI JUSOH iaitu seorang cikgu disekolah rendah arab al-falah pernu melaka.... SELAMAT HARI CIKGU :)


Kali ni simple je kut aku nak cter.. mase kat sekolah rendah dulu, murid2 berlumba2 nak bagi cikgu masing2 hadiah kan.. sape yang xdapat bagi tu memang rasa sedih lah....

tapi nape bile dah masuk sekolah menengah, kadang2 murid2 jadi segan nak bagi hadiah kat cikgu masing2 yerk... tapi xsume la murid2 cm ni tapi kebanyakan la... ni pendapat aku je... kalau bagi hadiah pon dengan secara berkumpulan atau hadiah dari 1 kelas.... kenape yer????

Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE

SPENDER VS BOXER

Assalamualaikum....

SPENDER VS BOXER.... ini hanya nak merujuk kpada lelaki sahaja ye... ada lelaki yang berminat memakai spender, dan ada juga yang lebih kepada boxer... :)

Maksud spender atau pun seluar dalam.... sory la.. aku dah search kat google nak cari maksud spender.... tapi yang keluar semuanyer maksud "spender basah"... rasenye ko orang taukan maksud spender.. :)

Bagi aku bile pakai spender, kedudukan "objek" lelaki itu akan lebih stabil dan berada di kedudukan yang telah ditetap kan.... so secara fizik nya, momentom objek tersebut akan lebih sekata... :) cume kekurangan nye ia akan menyebabkan objek tersebut terlampau padat di situ :)


Maksud boxer lak, adalah seluar pendek paras peha ko orang tu la.. aku pon xtau nak ternag kn cm ne.. boxer ni cam short pant gak tapi lebih pendek sikit hingga leh nampak celah2 bedah tu :)

Bagi aku bile pakai boxer ni, suasana persekitaran "objek" tersebut akan lebih terbuka serta pengaliran oksigen dan karbondioksida dapat berjalan dengan lebih lancar... dan bile berlakunye ketegangan yang agak melampaui batas, "tindakbalas ereksinye" akan lebih selesa serta tidak menimbulkan mane sekatan.. :) cume jangan bg kantoi la..

aku pon xtau la sebab ape manusia pakai spender or boxer ni kan.. memang sejak aku lahir telah dididik untuk pakai kat dalam ni.. so, terpulang la kat ko orang yerk mana yang lebih selesa :)

Sekian...


IMAGINE OUR LIFE FOR OUR FUTURE